By using this site, you agree to the Privacy Policy and Terms of Use.
Accept
MFM.news
  • Majalah
    • Majalah Online
    • Terkini
    • Fundamental
    • Strategi
    • Aktiviti
    • Teknikal Analisis
  • Pilihan Editor
  • Mengenai Broker
    • Broker Forex Malaysia
    • Bonus Tanpa Deposit
    • Buka Akaun Forex
    • Copytrade Forex
  • Platform Dagangan
Reading: PENGELUARAN KHAS KWSP 10K DIBAYAR ‘ONE-OFF’ MULAI 20 APRIL MELALUI PORTAL KHAS
Sign In
Breaking:
Saham New Zealand Jatuh Menjelang Keputusan RBNZ
Saham Australia Mendatar Selepas Keputusan RBA
Trump Akan Kenakan Tarif 25% ke atas Import dari Jepun dan Korea Selatan
Dolar Kanada Meninggalkan Paras Tertinggi 8 Bulan
Tarif Trump Akan Berkuatkuasa pada 1 Ogos
MFM.newsMFM.news
Font ResizerAa
Search
  • Majalah
    • Majalah Online
    • Terkini
    • Fundamental
    • Strategi
    • Aktiviti
    • Teknikal Analisis
  • Pilihan Editor
  • Mengenai Broker
    • Broker Forex Malaysia
    • Bonus Tanpa Deposit
    • Buka Akaun Forex
    • Copytrade Forex
  • Platform Dagangan
Have an existing account? Sign In
Follow US
© MajalahForexMalaysia - All rights reserved.
MFM.news > Blog > Berita Terkini > PENGELUARAN KHAS KWSP 10K DIBAYAR ‘ONE-OFF’ MULAI 20 APRIL MELALUI PORTAL KHAS
Berita Terkini

PENGELUARAN KHAS KWSP 10K DIBAYAR ‘ONE-OFF’ MULAI 20 APRIL MELALUI PORTAL KHAS

Last updated: March 29, 2022 3:10 pm
By MFM Team
2 Min Read
Share
SHARE

Pencarum yang berhasrat mengeluarkan simpanan RM10,000 daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah kemudahan pengeluaran khas diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 16 Mac lalu, boleh membuat permohonan melalui portal khas.

Dalam satu kenyataan hari ini, KWSP memaklumkan, pemohon boleh berbuat demikian bermula 1 April ini melalui portal pengeluarankhas.kwsp.gov.my yang juga boleh diakses menerusi aplikasi mudah alih i-Akaun.

Bagaimanapun, dana persaraan itu menggalakkan pencarum menyemak baki simpanan KWSP mereka melalui i-Akaun, aplikasi mudah alih i-Akaun atau kios KWSP sebelum membuat permohonan pengeluaran berkenaan.

“Dalam pengumuman pada 16 Mac lalu, KWSP memaklumkan permohonan untuk pengeluaran itu akan dibuka kepada ahli bawah usia 55 tahun, bermula 1 April ini dan tempoh permohonan berakhir pada 30 April, manakala pembayaran akan bermula pada 20 April ini.

“Jumlah maksimum yang boleh dikeluarkan ialah RM10,000 dan minimum RM50. Ahli perlu menggunakan sepenuhnya baki dalam Akaun 2 sebelum mengakses Akaun 1 mereka serta perlu mengekalkan jumlah minimum sebanyak RM100 dalam akaun.

“Pembayaran akan dibuat dalam satu bayaran sahaja dan dikreditkan ke dalam akaun bank simpanan atau semasa ahli yang perlu memastikan akaun bank mereka aktif dan bawah nama ahli sendiri. Akaun bersama atau yang didaftarkan di bawah nama syarikat adalah tidak dibenarkan,” kata KWSP.

Kenyataan itu memaklumkan, pencarum boleh membuat semakan status permohonan bermula 9 April melalui portal pengeluarankhas.kwsp.gov.my.

“Pengeluaran khas ini bertujuan membantu ahli yang masih terkesan dengan pandemik untuk memenuhi keperluan mendesak hari ini. KWSP mengingatkan ahli supaya mempertimbangkan jaminan pendapatan mereka pada masa depan dan hanya mengeluarkan simpanan sekiranya benar-benar perlu,” katanya.

KWSP memaklumkan, pencarum boleh berjumpa dengan pegawai khidmat nasihat ahli di mana-mana cawangan agensi berkenaan di seluruh negara untuk mendapatkan nasihat percuma mengenai simpanan mereka.

Maklumat lanjut mengenai kemudahan pengeluaran khas boleh diperoleh dengan menggunakan kemudahan ‘Ask ELYA’ dalam laman web KWSP di www.kwsp.gov.my, Facebook, Twitter dan Instagram KWSP atau menghubungi Hotline Pengeluaran Khas di talian 03-8922 4848, bermula 1 April ini.

Anda Pasti Sukakan Ini

Analisa Teknikal GbpJpy 21 Sep 2021

Ringgit merosot, RM4.26 berbanding satu dolar AS

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 193 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

US economy grows steadily through fall, inflation eases a bit: Fed

Rupee dibuka 5 paise turun pada 87.12 berbanding dolar AS

TAGGED:EkonomiFOREXmajalah forex malaysiaTEKNIKAL
Share This Article
Facebook Email Copy Link Print
Glad you finished the article! How do you feel about it?
Love0
Happy0
Surprise0
Embarrass0
Sleepy0
Sad0
Angry0
Leave a Comment

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


More like this

Saham New Zealand Jatuh Menjelang Keputusan RBNZ
July 9, 2025
Whale Bitcoin Bangun Lepas 14 Tahun – 80,000 BTC Berpindah! Apa Maksudnya?
July 8, 2025
Saham Australia Mendatar Selepas Keputusan RBA
July 8, 2025
Trump Akan Kenakan Tarif 25% ke atas Import dari Jepun dan Korea Selatan
July 8, 2025
Dolar Kanada Meninggalkan Paras Tertinggi 8 Bulan
July 7, 2025
- Advertisement -
Ad image

Artikel menarik untuk anda

Berita TerkiniEditor's PicksMENARIK HARI INI!

Tradingview.com kini HALAL

By NAJMULDIN BIN HAMZAH
1 Min Read
Berita Terkini

Malaysia kurangkan waktu bekerja mulai 1 September

By Fatin Zulaikha
1 Min Read
StrategiTeknikal

Analisa Teknikal NzdUsd 12 September 2022

By Zulhilmi Mohd Diah
1 Min Read

Segalanya di Majalah Forex Malaysia

News Ticker

Dolar Kanada Meninggalkan Paras Tertinggi 8 Bulan

By MFM News Update
July 7, 2025
1 Min Read

Yusoff Rawther: “Saya Akan Terus Lawan Ketidakadilan”

By Ahmad Danial
June 12, 2025
Berita Terkini

Rakyat Malaysia Bakal Nikmati Tarif Elektrik Lebih Adil Mulai 1 Julai 2025!

By Ahmad Danial
June 22, 2025
4 Min Read
Majalah Online

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 335 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

By MFM Team
0 Min Read
- Advertisement -
Ad image
Berita Terkini

USD Melemah Membantu Ringgit Makin Mengukuh

KUALA LUMPUR, 7 Mei 2025 – Ringgit Malaysia terus menunjukkan prestasi memberangsangkan apabila mata wang tempatan…

By Fatin Zulaikha
May 7, 2025
News Ticker

Inflasi Kenya Menurun kepada 3.8% pada bulan Mei

Inflasi tahunan Kenya merosot kepada 3.8% pada Mei 2025, daripada paras tertinggi lapan bulan sebanyak 4.1%…

By MFM News Update
May 30, 2025
News Ticker

Dolar Australia Meningkat kerana Greenback Melemah

Dolar Australia naik di atas $0.644 pada hari Khamis, menandakan hari kedua berturut-turut kenaikannya, kerana dolar…

By MFM News Update
May 22, 2025
News Ticker

Tarif Trump Akan Berkuatkuasa pada 1 Ogos

Presiden AS Donald Trump mengesahkan bahawa tarif ditetapkan untuk berkuat kuasa pada 1 Ogos, bukan 9…

By MFM News Update
July 7, 2025
MFM.news

MFM.news adalah laman interaktif bagi komuniti forex di Malaysia, Brunei dan Indonesia. Di MFM anda boleh dapatkan informasi terkini berkaitan forex, isu semasa, dan pasaran kewangan secara amnya. Terdapat juga promosi hebat daripada forex broker di Malaysia dikongsi di laman ini.

Lain-Lain

  • Laman Utama
  • Peluang Dagangan
  • Berita Terkini
  • Belajar Forex

Korporat

  • Profil
  • Perkhidmatan
  • Majalah Online
  • Hubungi Kami

© 2025 MFM.news – All rights reserved.

Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?

Not a member? Sign Up