By using this site, you agree to the Privacy Policy and Terms of Use.
Accept
MFM.news
  • Majalah
    • Majalah Online
    • Terkini
    • Fundamental
    • Strategi
    • Aktiviti
    • Teknikal Analisis
  • Pilihan Editor
  • Mengenai Broker
    • Broker Forex Malaysia
    • Bonus Tanpa Deposit
    • Buka Akaun Forex
    • Copytrade Forex
  • Platform Dagangan
Reading: Kerjasama monetari antarabangsa untuk imbangi keperluan pembangunan sejagat
Sign In
Breaking:
Saham Hong Kong Meningkat untuk Sesi Ke-4
Indeks Dolar AS Mendekati Terendah 3 Tahun
Kadar Inflasi Malaysia Terendah Dalam Lebih 3 Tahun
Hasil Bon 10 Tahun Perancis Kekal pada 3.2%
Hasil 10 Tahun China Berkekalan Stabil
MFM.newsMFM.news
Font ResizerAa
Search
  • Majalah
    • Majalah Online
    • Terkini
    • Fundamental
    • Strategi
    • Aktiviti
    • Teknikal Analisis
  • Pilihan Editor
  • Mengenai Broker
    • Broker Forex Malaysia
    • Bonus Tanpa Deposit
    • Buka Akaun Forex
    • Copytrade Forex
  • Platform Dagangan
Have an existing account? Sign In
Follow US
© MajalahForexMalaysia - All rights reserved.
MFM.news > Blog > Berita Terkini > Kerjasama monetari antarabangsa untuk imbangi keperluan pembangunan sejagat
Berita Terkini

Kerjasama monetari antarabangsa untuk imbangi keperluan pembangunan sejagat

Last updated: September 30, 2022 1:31 pm
By Fatin Zulaikha
4 Min Read
Share
SHARE

 Malaysia menggesa negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mewujudkan mekanisme kerjasama monetari antarabangsa bagi membina sistem yang lebih efektif, adil serta mampu mengimbangi keperluan pembangunan sejagat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, dalam struktur kewangan dan monetari antarabangsa yang masih didominasi beberapa kuasa besar serta dalam keadaan pemulihan ekonomi dunia, keputusan dasar monetari domestik perlu diselaraskan dengan mengambil kira realiti dan keperluan negara membangun.

“Dalam dunia yang saling terkait, dasar dan keputusan sesetengah negara mampu memberi kesan kepada negara lain.

“Misalnya, dalam mendepani cengkaman inflasi yang melanda dunia, dasar monetari dan penetapan kadar faedah oleh sesebuah negara turut memberi impak kepada negara-negara lain.

“Di sinilah kerjasama dan penyelarasan antara negara perlu dipertingkatkan bagi mencapai matlamat kesejahteraan ekonomi yang lebih adil untuk semua,” katanya dalam ucapan sempena Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-77, tempohari.

Beliau berkata, apabila mendengar komitmen yang tinggi serta ikrar untuk bekerjasama pada Perhimpunan Agung PBB tahun lalu, ia memberikan harapan kepada dunia.

Katanya, banyak kenyataan telah dikeluarkan, yang memberi harapan termasuk kepada Malaysia bahawa semangat sebuah Keluarga Dunia berupaya mengenepikan perbezaan yang wujud dalam kalangan mereka.

“Komitmen ini membolehkan kita bangkit semula daripada pandemik serta mengharungi cabaran yang kita hadapi secara bersama. Namun, semangat yang optimis ini kian pudar.

“Saya bimbang melihat cabaran yang masih tidak dapat ditangani, malah semakin buruk. Banyak cabaran masih tidak dapat ditangani.

“Iktibar utama yang kita pelajari dari pandemik Covid-19 ialah kita tidak boleh lari daripada setiap cabaran yang melanda. Sifat mementingkan diri tanpa mempedulikan kesan terhadap pihak lain hanya akan menimbulkan ketidakpercayaan dalam jalinan kerjasama antarabangsa,” katanya yang turut menyambut baik tema perhimpunan tahun ini, “Suatu Detik Perubahan: Penyelesaian Transformatif kepada Cabaran Bersaling Kait”.

Beliau turut menyentuh mengenai konflik global dengan menekankan keamanan dan kestabilan penting dalam mengharungi setiap cabaran besar masa kini, baik krisis perubahan iklim, kemiskinan global mahupun kesan pandemik berterusan.

“Sehebat manapun perancangan kita, ia tidak akan bertahan daripada kemusnahan dan pembaziran yang disusuli dengan peperangan moden. Inilah kebenaran yang tidak seharusnya kita lupa.

“Konflik akan hanya mengakibatkan kesan negatif kepada seluruh dunia. Disebabkan konflik, kita kini berdepan dengan pelbagai masalah seperti kekurangan zat dan sumber makanan.

“Dalam mendepani isu ini, Malaysia menyeru semua negara untuk memberi penekanan kepada isu sekuriti makanan bagi menjamin sumber makanan yang mencukupi untuk semua,” ujar beliau.

Ismail Sabri berkata, Piagam PBB dan undang-undang antarabangsa wujud untuk menggalakkan penyelesaian damai bagi pertikaian antara negara dengan menetapkan had sesebuah negara dalam mengejar kepentingan diri sendiri.

Katanya, berdasarkan prinsip itu, Malaysia menentang pencabulan undang-undang antarabangsa, termasuk prinsip kedaulatan dan integriti wilayah sesebuah negara.

Ujarnya, apabila tercetusnya konflik, semua pihak bertanggungjawab untuk meredakan ketegangan dan memberi keutamaan kepada keselamatan serta nyawa orang awam.

Pada masa sama, pihak yang bertelagah perlu kembali ke meja perundingan untuk menghentikan konflik secepat mungkin.

Malaysia katanya, tidak bersetuju dengan tindakan pengasingan sesebuah negara daripada pertubuhan antarabangsa kerana langkah sedemikian bertentangan dengan prinsip multilateralisme dan menghalang dialog.

Perdana Menteri turut menyentuh mengenai keadaan di Ukraine, yang mana harga yang perlu dibayar untuk sesebuah peperangan adalah tinggi nilainya.

“Ini dibuktikan dengan situasi yang dialami oleh Ukraine. Kesannya bukan sahaja dideritai oleh rakyat dan negara itu, malah turut dirasai dunia. Konflik ini telah mengancam keamanan, keselamatan global, ekonomi dan menggugat sekuriti makanan.

“Malaysia mengalu-alukan pewujudan koridor laluan laut yang membolehkan penghantaran bijirin dari Ukraine. Ini merupakan satu langkah positif dalam menangani masalah sekuriti makanan.

“Dalam hal ini, Malaysia ingin mengulangi ketegasan agar semua negara, terutamanya kuasa-kuasa besar supaya mengelak daripada mengujudkan blok pengasingan yang hanya akan mendorong dunia ke kancah perang dingin,” katanya. 

Anda Pasti Sukakan Ini

Harga barang dijangka naik 20 peratus mulai Ogos

JELAJAH SEMINAR XM 2019: MELAKA & TERENGGANU

Keluaran Perindustrian Zon Euro Merosot pada April

IMF beri amaran Kemelesetan Ekonomi Global pada 2023

Analisa Teknikal Gold 15 Mac 2022

TAGGED:Bank Negara MalaysiaEkonomi Malaysiamonetari antarabangsa
Share This Article
Facebook Email Copy Link Print
Glad you finished the article! How do you feel about it?
Love0
Happy0
Surprise0
Embarrass0
Sleepy0
Sad0
Angry0
Leave a Comment

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


More like this

Saham Hong Kong Meningkat untuk Sesi Ke-4
June 25, 2025
Indeks Dolar AS Mendekati Terendah 3 Tahun
June 24, 2025
Kadar Inflasi Malaysia Terendah Dalam Lebih 3 Tahun
June 24, 2025
KL Foodie Bakal Masuk Bursa Malaysia – Dari TikTok ke Dunia Korporat!
June 24, 2025
Pinjam Duit Bank Adakah Hukumnya Haram?
June 24, 2025
- Advertisement -
Ad image

Artikel menarik untuk anda

Strategi

Perkara Yang Perlu Anda Tahu Semasa Berdagang Emas

By Fatin Zulaikha
3 Min Read
Berita Terkini

New York isytihar darurat,wabak cacar monyet menular

By Fatin Zulaikha
1 Min Read
Berita Terkini

Ringgit Malaysia jatuh kepada RM4.35 sedolar AS

By Ahmad Danial
0 Min Read

Segalanya di Majalah Forex Malaysia

Berita Terkini

Rakyat Malaysia Bakal Nikmati Tarif Elektrik Lebih Adil Mulai 1 Julai 2025!

By Ahmad Danial
June 22, 2025
4 Min Read

Cyprus Bakal Jadi Palestin Baharu? Ribuan Pelarian Israel Tinggalkan Tanah Haram yang Musnah Dihujani Misil Iran

By Azawiya Azali
June 18, 2025
Berita TerkiniMENARIK HARI INI!

Semakin Ramai Wanita Janda Kian Menyerlah Dalam Dunia Forex: Jadi IB & Trader Berjaya

By Fatin Zulaikha
June 12, 2025
6 Min Read
Majalah Online

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 335 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

By MFM Team
0 Min Read
- Advertisement -
Ad image
Berita Terkini

Wiki Finance Expo Cyprus 2025: Europe’s Premier Fintech, Crypto & Forex Event!

Cyprus, 24 Sept 2025 — The highly anticipated Wiki Finance Expo Cyprus 2025 is set to take…

By Azawiya Azali
May 20, 2025
AktivitiBerita Terkini

Meet the Industry Leaders: Traders Fair Manila 2025 Brings Expert Speakers to the Stage

The Traders Fair Manila 2025 is set to take place on May 24, 2025, at Edsa…

By Azawiya Azali
April 11, 2025
News Ticker

Hasil 10 Tahun AS Menahan Penurunan

Hasil pada nota Perbendaharaan AS 10 tahun kekal stabil sekitar 4.42% pada hari Jumaat, mengekalkan penurunannya…

By MFM News Update
May 16, 2025
News Ticker

Hasil 10 Tahun Jepun Merosot disebabkan Data Ekonomi yang Lemah

Hasil bon kerajaan Jepun 10 tahun susut kepada sekitar 1.3% pada hari Rabu, menandakan paras terendah…

By MFM News Update
April 30, 2025
MFM.news

MFM.news adalah laman interaktif bagi komuniti forex di Malaysia, Brunei dan Indonesia. Di MFM anda boleh dapatkan informasi terkini berkaitan forex, isu semasa, dan pasaran kewangan secara amnya. Terdapat juga promosi hebat daripada forex broker di Malaysia dikongsi di laman ini.

Lain-Lain

  • Laman Utama
  • Peluang Dagangan
  • Berita Terkini
  • Belajar Forex

Korporat

  • Profil
  • Perkhidmatan
  • Majalah Online
  • Hubungi Kami

© 2025 MFM.news – All rights reserved.

Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?

Not a member? Sign Up