By using this site, you agree to the Privacy Policy and Terms of Use.
Accept
MFM.news
  • Majalah
    • Majalah Online
    • Terkini
    • Fundamental
    • Strategi
    • Aktiviti
    • Teknikal Analisis
  • Pilihan Editor
  • Mengenai Broker
    • Broker Forex Malaysia
    • Bonus Tanpa Deposit
    • Buka Akaun Forex
    • Copytrade Forex
  • Platform Dagangan
Reading: Skandal LCS : Orang ramai menanti siri pendedahan Rafizi
Sign In
Breaking:
Saham India Turun untuk Hari Ke-3
Saham New Zealand Ditutup Rendah
Inflasi Kenya Menurun kepada 3.8% pada bulan Mei
Perumahan Jepun Mula Jatuh Lebih Daripada Jangkaan
Hasil Gilt 10 Tahun UK Meningkat
MFM.newsMFM.news
Font ResizerAa
Search
  • Majalah
    • Majalah Online
    • Terkini
    • Fundamental
    • Strategi
    • Aktiviti
    • Teknikal Analisis
  • Pilihan Editor
  • Mengenai Broker
    • Broker Forex Malaysia
    • Bonus Tanpa Deposit
    • Buka Akaun Forex
    • Copytrade Forex
  • Platform Dagangan
Have an existing account? Sign In
Follow US
© MajalahForexMalaysia - All rights reserved.
MFM.news > Blog > Berita Terkini > Skandal LCS : Orang ramai menanti siri pendedahan Rafizi
Berita Terkini

Skandal LCS : Orang ramai menanti siri pendedahan Rafizi

Last updated: August 7, 2022 2:52 pm
By Fakhrul Razi
3 Min Read
Share
SHARE

Isu skandal penyelewengan projek pembinaan kapal tempur pesisir pantai (LCS) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bernilai RM9 bilion dijangka terus hangat dibangkitkan.

Meskipun siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah berada di peringkat terakhir, ia tidak mampu menghalang kelantangan pelbagai pihak yang mahu memastikan isu tersebut terus didedahkan.

Pada Sabtu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki menyatakan butiran terperinci berkaitan siasatan masih tidak dapat didedahkan kepada umum kerana ia membabitkan maklumat sensitif dan rahsia.

“Siasatan berkenaan perkara itu memang sudah dijalankan banyak tahun, sekarang saya tak nak umumkan lagi ia berada di peringkat mana dan apakah keputusannya demi menjaga sensitiviti.

“Ramai mempersoalkan seolah-olah kami (SPRM) tidak menjalankan siasatan, banyak kali saya kata SPRM sudah siasat dan dalam peringkat akhir penyiasatan.

Banyak kali saya pernah sebut perkara ini.

“Saya kena jaga sensitiviti berkaitan hal-hal penyiasatan dan juga kerahsiaan kes tersebut, ini kerana ia bukan sahaja melibatkan SPRM bahkan juga agensi lain termasuk Jabatan Peguam Negara,” katanya.

Sebelum ini bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempersoalkan sikap pemimpin Pakatan Harapan (PH) berkaitan pembinaan LCS TLDM itu.

Najib menerusi catatan di laman Facebook mendakwa, PH telah melewatkan dan membekukan sepenuhnya projek LCS pada 2019.

Katanya, projek berkenaan masih berjalan semasa pemerintaan BN dan kapal pertama sepatutnya diserahkan pada 2019.

“Projek ini bukan tidak pernah disiasat.

Ia disiasat oleh jawatankuasa ditubuhkan PH pada tahun 2018.

Boustead juga membuat laporan SPRM pada bulan Disember 2020 untuk menyiasat projek ini,”katanya sebagai reaksi apabila ada pihak yang menunding jari terhadapnya berkaitan kegagalan projek itu menyiapkan LCS.

Hujah Najib mendapat reaksi balas pemimpin PH apabila Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli menempelak kenyataannya.

Rafizi turut ‘berikrar’ akan mendedahkan skandal LCS sepanjang bulan ini demi membuka mata rakyat.

Menurutnya, satu persatu penyelewengan berlaku akan ditunjukkan termasuk syarikat-syarikat palsu yang ditubuhkan didakwa untuk melarikan wang.

“Modus operandi tak ubah macam 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dahulu.

“Masaklah Najib (Datuk Seri Najib Razak) kali ni.

“Biar dia jawab bagaimana pertahanan negara jadi lemah semasa dia jadi Perdana Menteri… selama ini dia fitnah kononnya semua orang jual aset negara,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu.

Berikutan kenyataan Rafizi itu, pastinya ramai sedang menunggu siri pendedahan yang bakal dibuat oleh pemimpin PKR berkenaan.- SINAR

Anda Pasti Sukakan Ini

AS lancar kempen forum ekonomi bagi memerangi China

TRADER FAIR & GALA NIGHT

IEF: Harga minyak dijangka meningkat melebihi $100 disebabkan oleh sekatan EU terhadap Rusia

Larangan eksport ayam Malaysia tamat 31 Ogos

Pemegang Permit Kerja Singapura tidak boleh simpan & guna kenderaan plat Malaysia di Singapura mulai 1 Julai

TAGGED:Kapal LCSMalaysia LCS ScandalSkandal LCS
Share This Article
Facebook Email Copy Link Print
Glad you finished the article! How do you feel about it?
Love0
Happy0
Surprise0
Embarrass0
Sleepy0
Sad0
Angry0
Leave a Comment

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


More like this

Davao to Host Davao Trader Fair 2025: A Premier Financial Event for Aspiring and Professional Traders
June 3, 2025
Manila Traders Fair 2025 Wraps Up with a Day of Learning and Connection
June 3, 2025
Saham India Turun untuk Hari Ke-3
June 3, 2025
Perlaksanaan E-Invois,Subsidi Bersasar Lebih Untungkan Pendatang Asing
June 3, 2025
SPRM Bekukan Aset RM750 Juta Milik Isteri & Keluarga Tun Daim di London
June 3, 2025
- Advertisement -
Ad image

Artikel menarik untuk anda

AktivitiBerita TerkiniEditor's PicksPenajaan

Diskusi Panel Kewangan Di Kuala Lumpur

By MFM Team
1 Min Read
Berita Terkini

JP Morgan Didenda Hampir $350 Juta Kerana Pelaporan Perdagangan ‘Tidak Mencukupi’

By Azawiya Azali
2 Min Read
Berita Terkini

Türkiye Announces Massive Natural Gas Discovery

By shahrulsohaimi
1 Min Read

Segalanya di Majalah Forex Malaysia

News Ticker

Rupee India Melemah Lagi

By MFM News Update
May 22, 2025
1 Min Read

Bill Gates Pilih Indonesia untuk Ujikaji Vaksin TBC

By Ahmad Danial
May 7, 2025
Berita Terkini

Sarawak,Brunei,Filipina; Medan Petempuran Laut China Selatan

By Fatin Zulaikha
May 6, 2025
4 Min Read
Majalah Online

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 335 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

By MFM Team
0 Min Read
- Advertisement -
Ad image
News Ticker

Saham New Zealand Melambung Susulan Kenaikan Wall Street, Penggantungan Tarif

Saham di New Zealand melonjak 451 mata atau 3.8% kepada 12,258 dalam dagangan pagi Khamis, pulih…

By MFM News Update
April 10, 2025
News Ticker

Kadar Inflasi Mongolia Menurun pada Mac

Kadar inflasi tahunan di Mongolia perlahan kepada 9.1% pada Mac 2025 daripada paras tertinggi hampir satu…

By MFM News Update
April 10, 2025
Berita Terkini

Octa Malaysia 2025: Mengapa Dakwaan “OctaFX penipu” Tidak Benar

Pengenalan Sebagai seorang yang aktif mengamati perkembangan pasaran dagangan dalam talian di Malaysia, saya telah meneliti…

By Ahmad Danial
April 24, 2025
News Ticker

Inflasi Pengeluar Iceland pada 6 Bulan Terendah

Harga pengeluar Iceland meningkat sebanyak 5.4% tahun ke tahun pada April 2025, perlahan daripada kenaikan 8.3%…

By MFM News Update
May 23, 2025
MFM.news

MFM.news adalah laman interaktif bagi komuniti forex di Malaysia, Brunei dan Indonesia. Di MFM anda boleh dapatkan informasi terkini berkaitan forex, isu semasa, dan pasaran kewangan secara amnya. Terdapat juga promosi hebat daripada forex broker di Malaysia dikongsi di laman ini.

Lain-Lain

  • Laman Utama
  • Peluang Dagangan
  • Berita Terkini
  • Belajar Forex

Korporat

  • Profil
  • Perkhidmatan
  • Majalah Online
  • Hubungi Kami

© 2025 MFM.news – All rights reserved.

Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?

Not a member? Sign Up