By using this site, you agree to the Privacy Policy and Terms of Use.
Accept
MFM.news
  • Majalah
    • Majalah Online
    • Terkini
    • Fundamental
    • Strategi
    • Aktiviti
    • Teknikal Analisis
  • Pilihan Editor
  • Mengenai Broker
    • Broker Forex Malaysia
    • Bonus Tanpa Deposit
    • Buka Akaun Forex
    • Copytrade Forex
  • Platform Dagangan
Reading: Tiada penangguhan bagi perlaksanaan gaji minimum RM1500 kepada mana-mana majikan
Sign In
Breaking:
Hasil Bon Jerman 10 Tahun Tertinggi Sejak April
Saham Aussie Berundur daripada Penamat Rekod
Kadar Inflasi Oman Terendah Dalam 7 Bulan
Dolar Australia Meningkat Lebih Tinggi
Kadar Inflasi India Jatuh kepada 2019-Terendah
MFM.newsMFM.news
Font ResizerAa
Search
  • Majalah
    • Majalah Online
    • Terkini
    • Fundamental
    • Strategi
    • Aktiviti
    • Teknikal Analisis
  • Pilihan Editor
  • Mengenai Broker
    • Broker Forex Malaysia
    • Bonus Tanpa Deposit
    • Buka Akaun Forex
    • Copytrade Forex
  • Platform Dagangan
Have an existing account? Sign In
Follow US
© MajalahForexMalaysia - All rights reserved.
MFM.news > Blog > MENARIK HARI INI! > Tiada penangguhan bagi perlaksanaan gaji minimum RM1500 kepada mana-mana majikan
MENARIK HARI INI!

Tiada penangguhan bagi perlaksanaan gaji minimum RM1500 kepada mana-mana majikan

Last updated: May 1, 2022 9:29 pm
By MFM Team
3 Min Read
Share
KAMPAR, 28 April -- Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M Saravanan bercakap pada sidang media pada Majlis Iftar dan Penyampaian Sumbangan Raya anjuran bersama UMNO Bahagian Tapah dan Barisan Nasional Tapah di Grand Kampar hari ini.--fotoBERNAMA (2022) HAKCIPTA TERPELIHARA
SHARE

Penguatkuasaan gaji minimum RM1,500 kepada majikan yang mempunyai kurang daripada lima pekerja akan dilaksanakan mulai 1 Januari tahun depan.

Menteri Sumber Manusia M Saravanan, berkata penangguhan kuat kuasa gaji minimum kepada majikan berkenaan bertujuan memberi peluang kepada pihak berkenaan untuk membuat persediaan sewajarnya.

Sehubungan itu beliau berkata, bagi tempoh 1 Mei hingga 31 Disember ini, kadar gaji minimum yang terpakai ialah seperti Perintah Gaji Minimum (PGM) 2020 iaitu RM1,200 sebulan bagi tempat pekerjaan di kawasan Majlis Bandaraya atau Majlis Perbandaran serta dan RM1,100 sebulan bagi kawasan lain.

“Kerajaan turut memutuskan tiada penundaan diberikan kepada mana-mana sektor ekonomi atau jenis pekerjaan memandangkan kerajaan sudah memberi bantuan kepada majikan melalui pakej bantuan Covid-19 seperti Program Subsidi Upah yang berupaya mengekalkan perniagaan dan pekerjaan.

“Ini juga bagi memastikan pekerja mendapat manfaat daripada peningkatan gaji minimum,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Saravanan berkata bagi majikan yang mempunyai pekerja lebih daripada lima orang kadar gaji minimumnya kekal berkuat kuasa bermula 1 Mei ini.

“Penguatkuasaan itu juga kekal kepada majikan yang menjalankan sesuatu aktiviti profesional yang dikelaskan di bawah Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (Malaysia Standard Classification of Occupations, MASCO) 2020,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau juga memaklumkan pihaknya turut memperincikan dalam PGM 2020 mengenai kadar gaji minimum harian dan jam serta kadar gaji bagi pekerja yang tiada gaji pokok tetapi dibayar melalui tugasan dan produktiviti seperti komisen, upah ikut kerja.

“Pelaksanaan gaji minimum ini tidak terpakai kepada pekhidmat domestik sebagaimana PGM terdahulu. Penguatkuasaan gaji minimum akan dilaksanakan oleh Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

“Sehubungan itu, semua majikan diminta mematuhi pelaksanaan gaji minimum baharu ini,” katanya.

Kerajaan menjangkakan peningkatan gaji minimum ini akan memberi impak positif kepada negara, majikan dan pekerja yang akan membantu mempercepatkan pemulihan ekonomi negara akibat pandemik Covid-19.

“Peningkatan gaji minimum juga akan membantu mencapai hasrat Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2030.

“Selain itu, kadar gaji minimum yang diputuskan ini adalah wajar bagi memastikan kebajikan pekerja terutama yang berpendapatan rendah terpelihara. Malah, pihak majikan juga akan mendapat manfaat daripada peningkatan kuasa beli pengguna,” katanya.

Anda Pasti Sukakan Ini

Analisa Teknikal EurUsd 06 Sep 2021

Analisa Teknikal UsdCad 12 May 2022

Analisa Teknikal Gold 04 Julai 2021

ANALISA TEKNIKAL GBPJPY 21 NOV 2021

Capaian internet Malaysia antara yang terpantas didunia

TAGGED:Gaji MinimumKeluarga Malaysia
Share This Article
Facebook Email Copy Link Print
Glad you finished the article! How do you feel about it?
Love0
Happy0
Surprise0
Embarrass0
Sleepy0
Sad0
Angry0
Leave a Comment

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


More like this

Perjalanan Bebas Visa Malaysia-China Bermula 17 Julai!
July 16, 2025
PM Perancis Cadang Mansuhkan Cuti Umum Untuk Kurangkan Hutang Negara
July 16, 2025
Pelabur Asing Jual Semula RM516.6 Juta Saham Tempatan, Trader Saham Beralih ke Forex Semasa Ketidaktentuan Pasaran
July 16, 2025
Hasil Bon Jerman 10 Tahun Tertinggi Sejak April
July 16, 2025
Saham Aussie Berundur daripada Penamat Rekod
July 16, 2025
- Advertisement -
Ad image

Artikel menarik untuk anda

Editor's PicksMENARIK HARI INI!

ELON MUSK BUKAN LAGI INDIVIDU TERKAYA DUNIA SELEPAS KEHILANGAN $15 BILLION

By MFM Team
1 Min Read
Berita TerkiniMENARIK HARI INI!StrategiTeknikal

Analisa Teknikal GbpAud 15 Dis 2021

By Zulhilmi Mohd Diah
1 Min Read
Editor's PicksMENARIK HARI INI!

“PENYANGAK” YANG KAUT $1 BILLION DOLLAR KEUNTUNGAN FOREX DALAM MASA 24 JAM

By MFM Team
2 Min Read

Segalanya di Majalah Forex Malaysia

Berita Terkini

Prestasi perdagangan kini Malaysia makin padu!

By Azawiya Azali
June 20, 2025
3 Min Read

Kisah Lagenda Scammer Malaysia,Pak Man Telo

By Azawiya Azali
June 18, 2025
Berita Terkini

Rakyat Malaysia Bakal Nikmati Tarif Elektrik Lebih Adil Mulai 1 Julai 2025!

By Ahmad Danial
June 22, 2025
4 Min Read
Majalah Online

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 335 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

By MFM Team
0 Min Read
- Advertisement -
Ad image
News Ticker

Saham Jepun Lebih Tinggi Menjelang Keputusan BOJ

Nikkei 225 meningkat 0.3% kepada melebihi 38,400, manakala Topix yang lebih luas menokok 0.1% kepada 2,780…

By MFM News Update
June 17, 2025
News Ticker

Euro pada 2021-Tertinggi

Euro meningkat kira-kira 1.5% kepada $1.15, paras paling kukuh sejak November 2021, didorong oleh kelemahan dolar…

By MFM News Update
April 21, 2025
Berita Terkini

Negara-Negara ASEAN Pilih VAT & GST: Kenapa Malaysia Masih Kekal dengan SST?

Sistem percukaian memainkan peranan penting dalam menjana pendapatan negara dan menyokong pembangunan ekonomi. Dalam kalangan negara-negara…

By Azawiya Azali
July 11, 2025
News Ticker

AS Menjangkakan Pemotongan Kadar Fed menjelang September

Setiausaha Perbendaharaan AS Scott Bessent berkata pada hari Selasa beliau percaya Rizab Persekutuan boleh menurunkan kadar…

By MFM News Update
July 2, 2025
MFM.news

MFM.news adalah laman interaktif bagi komuniti forex di Malaysia, Brunei dan Indonesia. Di MFM anda boleh dapatkan informasi terkini berkaitan forex, isu semasa, dan pasaran kewangan secara amnya. Terdapat juga promosi hebat daripada forex broker di Malaysia dikongsi di laman ini.

Lain-Lain

  • Laman Utama
  • Peluang Dagangan
  • Berita Terkini
  • Belajar Forex

Korporat

  • Profil
  • Perkhidmatan
  • Majalah Online
  • Hubungi Kami

© 2025 MFM.news – All rights reserved.

Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?

Not a member? Sign Up