By using this site, you agree to the Privacy Policy and Terms of Use.
Accept
MFM.news
  • Majalah
    • Majalah Online
    • Terkini
    • Fundamental
    • Strategi
    • Aktiviti
    • Teknikal Analisis
  • Pilihan Editor
  • Mengenai Broker
    • Broker Forex Malaysia
    • Bonus Tanpa Deposit
    • Buka Akaun Forex
    • Copytrade Forex
  • Platform Dagangan
Reading: Ringgit dijangka merosot sehingga RM5.70 berbanding Dolar – Ku Li
Sign In
Breaking:
Saham Hong Kong Meningkat untuk Sesi Ke-4
Indeks Dolar AS Mendekati Terendah 3 Tahun
Kadar Inflasi Malaysia Terendah Dalam Lebih 3 Tahun
Hasil Bon 10 Tahun Perancis Kekal pada 3.2%
Hasil 10 Tahun China Berkekalan Stabil
MFM.newsMFM.news
Font ResizerAa
Search
  • Majalah
    • Majalah Online
    • Terkini
    • Fundamental
    • Strategi
    • Aktiviti
    • Teknikal Analisis
  • Pilihan Editor
  • Mengenai Broker
    • Broker Forex Malaysia
    • Bonus Tanpa Deposit
    • Buka Akaun Forex
    • Copytrade Forex
  • Platform Dagangan
Have an existing account? Sign In
Follow US
© MajalahForexMalaysia - All rights reserved.
MFM.news > Blog > Berita Terkini > Ringgit dijangka merosot sehingga RM5.70 berbanding Dolar – Ku Li
Berita Terkini

Ringgit dijangka merosot sehingga RM5.70 berbanding Dolar – Ku Li

Last updated: July 4, 2022 3:57 pm
By Fakhrul Razi
2 Min Read
Share
SHARE

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah mendakwa nilai ringgit kini mengalami ‘free fall’, malah mata wang negara dijangka terus merosot hingga RM5.70 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) jika tiada tindakan segera diambil bagi mengekang kejatuhannya.

Tengku Razaleigh berkata, kerajaan perlu mencari jalan penyelesaian berhubung isu itu dengan secepat mungkin kerana ia akan memberi kesan terhadap rakyat.

“Kebanyakan barang yang diimport terpaksa dibayar menggunakan dolar AS dan apabila dijual dalam negara dengan ringgit, pengguna perlu membayar harga lebih mahal.

“Kita nampak sekarang berlaku ‘free fall of the ringgit’ kerana kerajaan dilihat seolah-olah membiarkan ringgit jatuh. Ekonomi kita pun susah hendak diselamatkan. Pelaburan tidak akan datang dengan ringgit mengalami ‘free fall’ macam itu,” dakwanya.

Tengku Razaleigh yang juga bekas Menteri Kewangan berkata, kerajaan mesti bertindak kerana nilai ringgit diramalkan terus merosot hingga RM5.70 berbanding dolar AS.

“Kerajaan mesti bertindak, kalau tidak seolah-olah kita akan menyerah kepada keadaan lebih buruk daripada sekarang. Kerajaan tidak boleh lepas tangan atau berpeluk tubuh jika tidak mahu melaksanakan langkah menambat ringgit.

“Ini soal kehidupan rakyat dan harga barangan pula berada pada paras tinggi. Walaupun ringgit akan pulih, harga dijangka tidak turun semula dan itu tidak baik untuk rakyat serta ekonomi negara,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan kerajaan tidak bercadang untuk menambat ringgit kepada dolar AS kerana langkah itu tidak sesuai dengan keadaan semasa, malah ia tidak pernah dibincangkan pada peringkat Kabinet.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed, dipetik berkata Bank Negara Malaysia (BNM) sebelum ini sudah mengeluarkan kenyataan bahawa langkah menambat ringgit adalah tidak sesuai untuk negara. –BHNEWS

Anda Pasti Sukakan Ini

Malaysia Mencatat Pertumbuhan KDNK Melebihi 5% Walaupun Berdepan Risiko Tarif Trump

Ekonomi Malaysia kembali bebas & berdaya saing

OECD meningkatkan ramalan inflasi untuk ekonomi global

EUR/USD akan jatuh kepada 0.90 pada musim sejuk ini – Nomura

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE-44 SEDIA DI MUAT TURUN SECARA PERCUMA!

TAGGED:Bank Negara MalaysiaEkonomi MalaysiaNilai Ringgit MalaysiaRinggit jatuh
Share This Article
Facebook Email Copy Link Print
Glad you finished the article! How do you feel about it?
Love0
Happy0
Surprise0
Embarrass0
Sleepy0
Sad0
Angry0
Leave a Comment

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


More like this

Saham Hong Kong Meningkat untuk Sesi Ke-4
June 25, 2025
Indeks Dolar AS Mendekati Terendah 3 Tahun
June 24, 2025
Kadar Inflasi Malaysia Terendah Dalam Lebih 3 Tahun
June 24, 2025
KL Foodie Bakal Masuk Bursa Malaysia – Dari TikTok ke Dunia Korporat!
June 24, 2025
Pinjam Duit Bank Adakah Hukumnya Haram?
June 24, 2025
- Advertisement -
Ad image

Artikel menarik untuk anda

News Ticker

BTC/USD: Bitcoin Melompat 3% apabila Pelepasan Tarif Meningkatkan Pasaran Kripto Kembali Ke Arah $3 Trilion

By MFM News Update
2 Min Read
Berita Terkini

Quang Ninh to become leading coastal Vietnam economic hub

By Fatin Zulaikha
4 Min Read
Berita Terkini

Tambang e-hailing naik mendadak

By MFM Team
4 Min Read

Segalanya di Majalah Forex Malaysia

Berita Terkini

Gergasi Rasuah Minyak Sawit Tumbang – RM3.6 Bilion Kena Sita!

By Ahmad Danial
June 22, 2025
3 Min Read

Cyprus Bakal Jadi Palestin Baharu? Ribuan Pelarian Israel Tinggalkan Tanah Haram yang Musnah Dihujani Misil Iran

By Azawiya Azali
June 18, 2025
Berita TerkiniMENARIK HARI INI!

Semakin Ramai Wanita Janda Kian Menyerlah Dalam Dunia Forex: Jadi IB & Trader Berjaya

By Fatin Zulaikha
June 12, 2025
6 Min Read
Majalah Online

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 335 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

By MFM Team
0 Min Read
- Advertisement -
Ad image
News Ticker

XAU/USD: Emas Menduduki Dekat Rekod Tertinggi apabila Pedagang Menunggu Pergerakan Tarif Seterusnya Trump

Perkara utama: Logam berharga meningkat sedikit pada awal Selasa kerana peniaga masih bimbang dengan sebarang komen…

By MFM News Update
April 15, 2025
News Ticker

Rizab Asing Jepun Mencapai Tinggi Hampir 3 Tahun

Rizab asing Jepun meningkat sebanyak $25.74 bilion kepada $1.3 trilion pada April 2025, mencecah paras tertinggi…

By MFM News Update
May 9, 2025
News Ticker

Mengapa emas dijual di tengah-tengah kegawatan pasaran?

Perkara utama: Emas secara meluas dianggap sebagai aset selamat, dihargai kerana keupayaannya untuk memegang nilai dan…

By MFM News Update
April 8, 2025
AktivitiBerita Terkini

5 Keping Gold Bar & USD600 Menanti! Contest Lot Terbanyak JustMarkets Kini Dibuka – Siapa Paling Ganas Lot, Dia Menang!

Kuala Lumpur, 13 Jun 2025 – Nusantara Global Network dengan bangganya mengumumkan pembukaan rasmi Contest Lot…

By Azawiya Azali
June 13, 2025
MFM.news

MFM.news adalah laman interaktif bagi komuniti forex di Malaysia, Brunei dan Indonesia. Di MFM anda boleh dapatkan informasi terkini berkaitan forex, isu semasa, dan pasaran kewangan secara amnya. Terdapat juga promosi hebat daripada forex broker di Malaysia dikongsi di laman ini.

Lain-Lain

  • Laman Utama
  • Peluang Dagangan
  • Berita Terkini
  • Belajar Forex

Korporat

  • Profil
  • Perkhidmatan
  • Majalah Online
  • Hubungi Kami

© 2025 MFM.news – All rights reserved.

Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?

Not a member? Sign Up