By using this site, you agree to the Privacy Policy and Terms of Use.
Accept
MFM.news
  • Majalah
    • Majalah Online
    • Terkini
    • Fundamental
    • Strategi
    • Aktiviti
    • Teknikal Analisis
  • Pilihan Editor
  • Mengenai Broker
    • Broker Forex Malaysia
    • Bonus Tanpa Deposit
    • Buka Akaun Forex
    • Copytrade Forex
  • Platform Dagangan
Reading: Petronas Kurangkan 10 Peratus Pekerja, Lebih 5,000 Bakal Terlibat
Sign In
Breaking:
Eksport Jepun Jatuh buat Kali Pertama dalam 8 Bulan
Emas Meningkat akibat Pergolakan Timur Tengah
Saham Jepun Lebih Tinggi Menjelang Keputusan BOJ
Emas Jatuh Rekod Tinggi kerana Konflik Israel-Iran Kekal Terkandas
Saham Jepun Meningkat Walaupun Ketegangan Timur Tengah
MFM.newsMFM.news
Font ResizerAa
Search
  • Majalah
    • Majalah Online
    • Terkini
    • Fundamental
    • Strategi
    • Aktiviti
    • Teknikal Analisis
  • Pilihan Editor
  • Mengenai Broker
    • Broker Forex Malaysia
    • Bonus Tanpa Deposit
    • Buka Akaun Forex
    • Copytrade Forex
  • Platform Dagangan
Have an existing account? Sign In
Follow US
© MajalahForexMalaysia - All rights reserved.
MFM.news > Blog > Berita Terkini > Petronas Kurangkan 10 Peratus Pekerja, Lebih 5,000 Bakal Terlibat
Berita Terkini

Petronas Kurangkan 10 Peratus Pekerja, Lebih 5,000 Bakal Terlibat

Last updated: June 6, 2025 12:32 pm
By Azawiya Azali
3 Min Read
Share
SHARE

Petroliam Nasional Bhd (Petronas) bakal mengurangkan kira-kira 10 peratus daripada tenaga kerjanya, melibatkan lebih 5,000 orang susulan penstrukturan semula syarikat secara menyeluruh yang sedang dilaksanakan.

Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz berkata, langkah mengecilkan jumlah kakitangan itu adalah langkah terpaksa bagi mengurangkan kos operasi berikutan kejatuhan harga minyak mentah dunia.

Beliau menjelaskan bahawa semua pihak yang terlibat dalam proses penstrukturan semula tersebut akan dimaklumkan selewat-lewatnya hujung tahun ini. Tambahan lagi, Petronas juga akan membekukan sebarang kenaikan pangkat serta pengambilan pekerja baharu sehingga Disember tahun depan.

“Margin keuntungan semakin mengecil manakala medan minyak pula semakin kecil. Ini akan menjadi satu cabaran besar untuk mencapai sasaran dividen dengan harga minyak semasa,” katanya dalam satu taklimat media, hari ini.

Petronas dilaporkan menetapkan bajet tahunan berdasarkan harga minyak mentah Brent sekitar AS$75 (RM318.41) hingga AS$80 setong. Namun, harga semasa Brent kini diniagakan hampir AS$65 setong – penurunan kira-kira 13 peratus tahun ini – akibat ketegangan perdagangan global serta peningkatan semula pengeluaran oleh negara-negara OPEC+.

Kesan langsung daripada perkembangan ini, pendapatan bersih Petronas telah merosot sebanyak 32 peratus pada tahun 2024, selepas mengalami penurunan 21 peratus pada tahun sebelumnya.

Kejatuhan harga minyak mentah, ditambah dengan penurunan hasil daripada aset lama Petronas, turut memberi tekanan kepada kerajaan Malaysia yang menerima kira-kira 10 peratus daripada hasil negara menerusi syarikat petroleum dan gas negara itu.

Sebagai sebuah entiti penting dalam sektor tenaga negara, Petronas bukan sahaja menjadi pemacu utama ekonomi negara malah turut menyumbang besar dalam membiayai projek infrastruktur, pendidikan, serta pelbagai program sosial melalui dividen dan cukai.

Dalam pada itu, ketika menjawab spekulasi mengenai masa depan operasi luar negara, Tengku Muhammad Taufik menegaskan bahawa Petronas tidak akan menarik diri daripada pelaburannya di Kanada.

“Kanada tidak berada dalam radar keluar. Kami tidak akan meninggalkan Kanada. Kami akan terus mencari pendekatan baharu dan menerima sebarang cadangan. Ini perkara biasa dalam dunia perniagaan dan Kanada merupakan sebuah negara yang sangat kaya dengan sumber asli,” katanya.

Buat masa ini, kerajaan masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung langkah penstrukturan semula serta pengurangan tenaga kerja yang diumumkan oleh Petronas ini.

Anda Pasti Sukakan Ini

Malam Gala MY 10 XM berlangsung penuh berprestij

RUPEE MERUPAKAN SATU-SATUNYA MATAWANG ASIA UNTUK MENGUKUH DALAM BULAN YANG PENUH PENYUSUTAN

Perdagangan Malaysia berkembang 39.8% kepada RM252.65 bilion

Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan ke atas bekas perdana menteri Najib Razak,dipenjara mulai hari ini

PM Anwar umum rasionalisasi subsidi diesel

Share This Article
Facebook Email Copy Link Print
Glad you finished the article! How do you feel about it?
Love0
Happy0
Surprise0
Embarrass0
Sleepy0
Sad0
Angry0
Leave a Comment

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


More like this

Kisah Lagenda Scammer Malaysia,Pak Man Telo
June 18, 2025
Mengajar Forex Boleh Kena Tangkap? Ini Kebenaran Yang Ramai Tak Tahu!
June 18, 2025
Kenapa Orang Trade Forex Buat Duit Tapi Anda Tidak?
June 18, 2025
Eksport Jepun Jatuh buat Kali Pertama dalam 8 Bulan
June 18, 2025
Emas Meningkat akibat Pergolakan Timur Tengah
June 17, 2025
- Advertisement -
Ad image

Artikel menarik untuk anda

Berita TerkiniEditor's PicksFundamental

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE-48 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN SECARA PERCUMA!

By MFM Team
1 Min Read
Berita Terkini

Analisis Harga USD/JPY: Menghadapi penolakan menghampiri paras 139.00, potensi kenaikan harga tidak berubah

By Mohd Fauzi
4 Min Read
Berita TerkiniEditor's Picks

SEKILAS BERITA GLOBAL SESI EROPAH 23 FEBRUARI

By MFM Team
2 Min Read

Segalanya di Majalah Forex Malaysia

Aktiviti

Manila Traders Fair 2025 Wraps Up with a Day of Learning and Connection

By Ahmad Danial
June 3, 2025
3 Min Read

Semakin Ramai Wanita Janda Kian Menyerlah Dalam Dunia Forex: Jadi IB & Trader Berjaya

By Fatin Zulaikha
June 12, 2025
Berita Terkini

Analisis Kesan Kadar Faedah AS Terkini ke atas Pasaran Forex Global dan Ringgit Malaysia

By Azawiya Azali
May 22, 2025
4 Min Read
Majalah Online

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 335 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

By MFM Team
0 Min Read
- Advertisement -
Ad image
News Ticker

IXIC: Nasdaq Menjunam 6% dalam Hari Terburuk Sejak Pandemik. Inilah Kerugian Teknologi Terbesar.

Perkara utama: Penurunan besar dalam Apple, Amazon, Meta dan Nvidia berada di belakang kekalahan sejarah dalam…

By MFM News Update
April 4, 2025
News Ticker

Minyak Turun apabila OPEC+ Mengesahkan Kenaikan Keluaran

Niaga hadapan minyak mentah WTI jatuh lebih daripada 3% kepada sekitar $56.1 setong pada hari Isnin…

By MFM News Update
May 5, 2025
Berita Terkini

Calling All South African Traders: Join the Traders Fair 2025 in Johannesburg

Johannesburg, South Africa . Local traders, investors, finance professionals, and anyone with an interest in financial…

By Azawiya Azali
May 20, 2025
Berita Terkini

Nissan Pertimbang Jual Ibu Pejabat di Yokohama Demi Kelangsungan Syarikat

Nissan yang kini sedang bergelut dengan masalah kewangan dilaporkan sedang mempertimbangkan untuk menjual ibu pejabat globalnya…

By Fakhrul Razi
May 31, 2025
MFM.news

MFM.news adalah laman interaktif bagi komuniti forex di Malaysia, Brunei dan Indonesia. Di MFM anda boleh dapatkan informasi terkini berkaitan forex, isu semasa, dan pasaran kewangan secara amnya. Terdapat juga promosi hebat daripada forex broker di Malaysia dikongsi di laman ini.

Lain-Lain

  • Laman Utama
  • Peluang Dagangan
  • Berita Terkini
  • Belajar Forex

Korporat

  • Profil
  • Perkhidmatan
  • Majalah Online
  • Hubungi Kami

© 2025 MFM.news – All rights reserved.

Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?

Not a member? Sign Up