By using this site, you agree to the Privacy Policy and Terms of Use.
Accept
MFM.news
  • Majalah
    • Majalah Online
    • Terkini
    • Fundamental
    • Strategi
    • Aktiviti
    • Teknikal Analisis
  • Pilihan Editor
  • Mengenai Broker
    • Broker Forex Malaysia
    • Bonus Tanpa Deposit
    • Buka Akaun Forex
    • Copytrade Forex
  • Platform Dagangan
Reading: PANDUAN TRADE FOREX DI BULAN RAMADHAN
Sign In
Breaking:
Kadar Inflasi Oman Terendah Dalam 7 Bulan
Dolar Australia Meningkat Lebih Tinggi
Kadar Inflasi India Jatuh kepada 2019-Terendah
Eksport China Meningkat Lebih Daripada Jangkaan
Kadar Inflasi Serbia Mencapai Tinggi 5 Bulan
MFM.newsMFM.news
Font ResizerAa
Search
  • Majalah
    • Majalah Online
    • Terkini
    • Fundamental
    • Strategi
    • Aktiviti
    • Teknikal Analisis
  • Pilihan Editor
  • Mengenai Broker
    • Broker Forex Malaysia
    • Bonus Tanpa Deposit
    • Buka Akaun Forex
    • Copytrade Forex
  • Platform Dagangan
Have an existing account? Sign In
Follow US
© MajalahForexMalaysia - All rights reserved.
MFM.news > Blog > Editor's Picks > PANDUAN TRADE FOREX DI BULAN RAMADHAN
Editor's PicksStrategi

PANDUAN TRADE FOREX DI BULAN RAMADHAN

Last updated: April 12, 2021 10:49 pm
By MFM Team
5 Min Read
Share
SHARE

Trade Forex di Bulan Ramadhan, Apa Tips-Tips Yang Anda Perlu Tahu Untuk Tetap Profit?

Kebiasaannya apabila tiba bulan Ramadhan, gaya trade kita pun akan berubah. Ya lah, bulan ini hanya datang sekali setahun, dan sangat bersyukur kita masih ditemukan dengan bulan yang mulia dan penuh barokah ini. Bulan Ramadhan kita jangan sia-siakan. Saya yakin forex trader yang samaada ‘part-time’ ataupun ‘full time’ pasti akan berubah cara tradingnya, sebab siang akan hari sibuk untuk persediaan berbuka,jemputan majlis berbuka puasa manakala malam pula dengan pengisian solat taraweh di surau atau masjid.apatah lagi tahun ini,kita diizinkan oleh kerajaan untuk berjemaah di surau & masjid setelah tahun lalu tidak dapat bertaraweh di masjid kerana PKP.

Berikut adalah tips-tips trading ketika tiba bulan Ramadhan, agar keseimbangan aktiviti trading dan ibadah kita terjaga

#1 Cari Peluang Trading Ketika Waktu Sahur atau Subuh

Mungkin sebelum ini anda kurang beri perhatian kepada pasangan matawang yang bermula sesi awal pagi seperti Pair NZDUSD ataupun AUDUSD. Jadi mungkin di bulan ini anda boleh mula mengkaji serba sedikit tentang pair tersebut. Karena pair ini aktif pada waktu subuh. Jadi selepas sahur dan solat subuh, sebelum pergi ke tempat kerja, anda mungkin boleh luangkan sedikit masa untuk mengamati dan melihat setup trading yang ada. Tetapi jangan lupa pula news-news besar bagi dua pair tersebut yang juga biasanya ‘release’ awal pagi. Bahkan juga pair Euro ataupun Pound sekalipun, sesuaikan cari setup pada awal pagi.

#2 Kurangi Scalping, Lebihkan Intraday Trading

Kebiasaan forex trader yang ‘full time’ mungkin tiada masalah untuk scalping dan berada di depan MT4 setiap saat pagi dan petang selama bulan ramadhan,tetapi mungkin pada waktu malam tidak sesuai karena kita akan sibuk bertaraweh. Jadi jika ada setup set and forget untuk Intraday, yang perlukan tahap perhatian yang minima adalah lebih baik.Tidaklah anda resah gelisah, sambil bertaraweh mata masih mengamati MT4. Lebih baik anda utamakan ibadah, insya allah tidak lari market dikejar.

#3 Trading Berjamaah

Banyak juga forex trader yang aktif trading secara beramai-ramai. Jadi sangat bagus jika anda boleh lakukan aktiviti beribadah taraweh bersama-sama, selepas taraweh dan ‘ngap’ moreh, boleh sama-sama trade dan berbincang untuk cari setup intraday secara bersama-sama juga. Cara ini akan lebih meminimakan kerugian karena saling berbincang dan berkumpul pada waktu yang tidak menganggu taraweh dan ibadah malam. Cuma kalau berkumpul jangan sampai lewat pagi. Nanti trading ke mana, sahur ke mana.Jangan lupa,kebenaran makan di kedai sehingga jam 6 pagi sahaja.

#4 Khususkan Waktu Trading

Mungkin sebelum ini kita jarang khususkan waktu sebab banyak masa terluang. Pada bulan Ramadhan ini, waktu perlu diurus dengan betul untuk trading. Jadi tetapkan waktu khusus , yang tidak ada gangguan untuk trade. Jadi otak pun tidak asyik terlalu memikirkan chart MT4 jika kita telah ada waktu khusus untuk trading.

#5 Gunakan Trading Plan

Bagi yang sebelum ini jarang merancang trading plan mungkin ini masanya anda perlu mmbiasakan diri. Menggunakan trading plan dalam keadaan sibuk dengan hal lain dapat mengurangkan kesalahan kita trading terutama pada waktu sibuk dengan ibadah bulan Ramadhan. Inilah pentingnya mempunyai sistem dalam trading.Trading plan ini mungkin boleh dirangka pada waktu malam, ketika sudah berbuka dan bertaraweh, otak kita lebih tenang untuk buat kajian. Besoknya hanya tinggal follow saja. Trading Planboleh dilebihkan kepada kepada strategi swing dan intraday.

#6 Manfaatkan Ilmu Analisis Fundamental untuk Swing

Analisis fundamental dapat memberikan kita sedikit ketenangan dalam trading. Semakin sedikit posisi yang kita masuk, makin tenang dan santai kita trade. Rata-rata trader yang mempunyai ilmu ini dapat membuat projection trading pada pergerakan medium term dan long term. Oleh sebab banyaknya aktiviti pada bulan puasa, menyebabkan kita kekurangan waktu, jadi cara “swing position” lebih sesuai dan dengan analisis fundamental, kita dapat trade secara swing dan lebih tenang.

Akhir kalam, kami sidang redaksi Majalah Forex Malaysia mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada semua Forex Trader seluruh Malaysia yang membaca artikel ini. Semoga kita dapat manfaat bersama. Semoga rezeki dan trading kita pada bulan Ramadhan ini mendapat lebih keberkatan.
Amin Ya Rabbal Alamin.

Anda Pasti Sukakan Ini

Analisa Teknikal GbpUsd 23 Ogos 2022

Analisa Teknikal Gold 31 May 2022

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE-92 SEDIA UNTUK DI MUAT TURUN SECARA PERCUMA !

Analisa Teknikal NzdUsd 09 Disember 2022

Analisa Teknikal GbpUsd 16 Jun 2022

Share This Article
Facebook Email Copy Link Print
Glad you finished the article! How do you feel about it?
Love0
Happy0
Surprise0
Embarrass0
Sleepy0
Sad0
Angry0
Leave a Comment

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


More like this

Kadar Inflasi Oman Terendah Dalam 7 Bulan
July 15, 2025
Dolar Australia Meningkat Lebih Tinggi
July 15, 2025
Kalau nak KTMB untung,kita naikkan harga tambang komuter- Anthony Loke
July 14, 2025
Kadar Inflasi India Jatuh kepada 2019-Terendah
July 14, 2025
Skandal Rasuah Minyak 285 Trillion! Riza Chalid DiBuru Indonesia,Dipercayai Melarikan Diri Ke Malaysia
July 14, 2025
- Advertisement -
Ad image

Artikel menarik untuk anda

StrategiTeknikal

Analisa Teknikal UsdJpy 03 Oktober 2022

By Zulhilmi Mohd Diah
1 Min Read
Berita TerkiniMENARIK HARI INI!StrategiTeknikal

Analisa Teknikal EurJpy 09 Feb 2022

By MFM Team
1 Min Read
Editor's PicksMajalah Online

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 122

By MFM Team
0 Min Read

Segalanya di Majalah Forex Malaysia

Berita Terkini

Kisah Lagenda Scammer Malaysia,Pak Man Telo

By Azawiya Azali
June 18, 2025
4 Min Read

Kisah Lagenda Scammer Malaysia,Pak Man Telo

By Azawiya Azali
June 18, 2025
Berita Terkini

Rakyat Malaysia Bakal Nikmati Tarif Elektrik Lebih Adil Mulai 1 Julai 2025!

By Ahmad Danial
June 22, 2025
4 Min Read
Majalah Online

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 335 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

By MFM Team
0 Min Read
- Advertisement -
Ad image
News Ticker

Harga Pengeluar Portugal Jatuh Paling Banyak Sejak 2023

Harga pengeluar di Portugal jatuh sebanyak 2.7% tahun ke tahun pada April 2025, menandakan penurunan paling…

By MFM News Update
May 20, 2025
News Ticker

Hasil 10 Tahun India Jatuh Lagi

Hasil pada G-Sec India 10 tahun susut lagi kepada hanya di bawah 6.24%, terendah sejak September…

By MFM News Update
June 6, 2025
Berita Terkini

FBM KLCI Dijangka Bergerak Dalam Julat Tidak Menentu – Pelabur Disaran Waspada Menjelang Minggu Singkat Perdagangan

KUALA LUMPUR, 31 Mei 2025 – Indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka…

By Azawiya Azali
May 31, 2025
Berita Terkini

Prestasi perdagangan kini Malaysia makin padu!

Prestasi perdagangan Malaysia kini makin padu! Untuk bulan Mei 2025, jumlah perdagangan negara melonjak 2.6% kepada…

By Azawiya Azali
June 20, 2025
MFM.news

MFM.news adalah laman interaktif bagi komuniti forex di Malaysia, Brunei dan Indonesia. Di MFM anda boleh dapatkan informasi terkini berkaitan forex, isu semasa, dan pasaran kewangan secara amnya. Terdapat juga promosi hebat daripada forex broker di Malaysia dikongsi di laman ini.

Lain-Lain

  • Laman Utama
  • Peluang Dagangan
  • Berita Terkini
  • Belajar Forex

Korporat

  • Profil
  • Perkhidmatan
  • Majalah Online
  • Hubungi Kami

© 2025 MFM.news – All rights reserved.

Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?

Not a member? Sign Up