By using this site, you agree to the Privacy Policy and Terms of Use.
Accept
MFM.news
  • Majalah
    • Majalah Online
    • Terkini
    • Fundamental
    • Strategi
    • Aktiviti
    • Teknikal Analisis
  • Pilihan Editor
  • Mengenai Broker
    • Broker Forex Malaysia
    • Bonus Tanpa Deposit
    • Buka Akaun Forex
    • Copytrade Forex
  • Platform Dagangan
Reading: Nissan Pertimbang Jual Ibu Pejabat di Yokohama Demi Kelangsungan Syarikat
Sign In
Breaking:
Eksport Jepun Jatuh buat Kali Pertama dalam 8 Bulan
Emas Meningkat akibat Pergolakan Timur Tengah
Saham Jepun Lebih Tinggi Menjelang Keputusan BOJ
Emas Jatuh Rekod Tinggi kerana Konflik Israel-Iran Kekal Terkandas
Saham Jepun Meningkat Walaupun Ketegangan Timur Tengah
MFM.newsMFM.news
Font ResizerAa
Search
  • Majalah
    • Majalah Online
    • Terkini
    • Fundamental
    • Strategi
    • Aktiviti
    • Teknikal Analisis
  • Pilihan Editor
  • Mengenai Broker
    • Broker Forex Malaysia
    • Bonus Tanpa Deposit
    • Buka Akaun Forex
    • Copytrade Forex
  • Platform Dagangan
Have an existing account? Sign In
Follow US
© MajalahForexMalaysia - All rights reserved.
MFM.news > Blog > Berita Terkini > Nissan Pertimbang Jual Ibu Pejabat di Yokohama Demi Kelangsungan Syarikat
Berita Terkini

Nissan Pertimbang Jual Ibu Pejabat di Yokohama Demi Kelangsungan Syarikat

Last updated: May 31, 2025 9:09 pm
By Fakhrul Razi
2 Min Read
Share
SHARE

Nissan yang kini sedang bergelut dengan masalah kewangan dilaporkan sedang mempertimbangkan untuk menjual ibu pejabat globalnya yang terletak di Yokohama, Jepun, menurut laporan Nikkei Asia. Langkah ini merupakan sebahagian daripada usaha syarikat untuk menguruskan kewangan dan menstabilkan operasinya.

Sebelum ini, syarikat automotif Jepun itu telah mengumumkan penutupan tujuh daripada 17 kilang globalnya serta merancang untuk mengurangkan tambahan 11,000 pekerjaan, menyusuli pemotongan 9,000 pekerjaan yang telah diumumkan pada November tahun lalu.

Menurut laporan tersebut, bangunan ibu pejabat yang terletak di tebing Sungai Katabira dan hanya beberapa minit dari stesen Yokohama itu telah dimasukkan dalam senarai aset yang mungkin dijual menjelang Mac 2026. Nilai bangunan tersebut dianggarkan sekitar 100 bilion yen (kira-kira RM3 bilion). Nissan telah memindahkan ibu pejabatnya dari Tokyo ke Yokohama pada tahun 2009 ketika Carlos Ghosn menerajui syarikat.

Namun begitu, Nissan mungkin akan terus menggunakan kemudahan tersebut dengan menyewanya daripada pemilik baharu – satu langkah yang mirip kepada strategi jual-dan-sewa-balik yang dilakukan oleh McLaren ke atas ibu pejabatnya di Woking bagi mengurangkan hutang. Hasil daripada penjualan bangunan ini dijangka akan membantu Nissan menampung kos penyusunan semula yang dianggarkan sebanyak 60 bilion yen (RM1.8 bilion) dalam tahun kewangan semasa.

Awal bulan ini, Nissan mengumumkan kerugian sebanyak 670.9 bilion yen (RM20 bilion) bagi tahun kewangan yang berakhir pada Mac 2025.

Presiden dan CEO baharu, Ivan Espinosa, telah memperkenalkan pelan pemulihan Re:Nissan dua minggu lalu, dengan sasaran penjimatan sebanyak 500 bilion yen (RM15 bilion) dalam tahun fiskal ini berbanding tahun fiskal 2024 yang baru berakhir. Penjimatan ini akan menjadi asas kepada keuntungan operasi dan aliran tunai positif dalam segmen automotif menjelang tahun fiskal 2026.

Sebagai sebahagian daripada penyusunan semula ini, Nissan juga bercadang mengurangkan kerumitan komponen sebanyak 70%, termasuk mengecilkan jumlah platform kenderaan daripada 13 kepada hanya tujuh menjelang tahun fiskal 2035. Tempoh pembangunan kenderaan juga akan dipendekkan daripada 37 bulan kepada 30 bulan. Antara model baharu yang dirancang termasuklah Skyline generasi baharu, SUV global segmen-C dan SUV kompak Infiniti.

Anda Pasti Sukakan Ini

Ringgit Catat Paras Tertinggi Dalam Enam Bulan — Dolar AS Terus Hilang Daya Tarikan

TUMPUAN PADA PAIR EUR/GBP MENJELANG 1 JANUARI 2021

Analisa Teknikal GbpAud 08 Jun 2022

Analisa Teknikal UsdChf 06 Jan 2022

US DOLLAR MENGUKUH, EMAS MENJUNAM MINGGU INI

Share This Article
Facebook Email Copy Link Print
Glad you finished the article! How do you feel about it?
Love0
Happy0
Surprise0
Embarrass0
Sleepy0
Sad0
Angry0
Leave a Comment

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


More like this

Kisah Lagenda Scammer Malaysia,Pak Man Telo
June 18, 2025
Mengajar Forex Boleh Kena Tangkap? Ini Kebenaran Yang Ramai Tak Tahu!
June 18, 2025
Kenapa Orang Trade Forex Buat Duit Tapi Anda Tidak?
June 18, 2025
Eksport Jepun Jatuh buat Kali Pertama dalam 8 Bulan
June 18, 2025
Emas Meningkat akibat Pergolakan Timur Tengah
June 17, 2025
- Advertisement -
Ad image

Artikel menarik untuk anda

Berita TerkiniMENARIK HARI INI!StrategiTeknikal

Analisa Teknikal Gold 21 April 2022

By Zulhilmi Mohd Diah
1 Min Read
Berita TerkiniEditor's PicksFundamental

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE-91 SEDIA UNTUK DI MUAT TURUN SECARA PERCUMA!

By MFM Team
1 Min Read
Berita Terkini

New York isytihar darurat,wabak cacar monyet menular

By Fatin Zulaikha
1 Min Read

Segalanya di Majalah Forex Malaysia

News Ticker

Paun Bertahan Hampir 3 Tahun Tinggi

By MFM News Update
May 21, 2025
1 Min Read

Semakin Ramai Wanita Janda Kian Menyerlah Dalam Dunia Forex: Jadi IB & Trader Berjaya

By Fatin Zulaikha
June 12, 2025
Berita Terkini

Analisis Kesan Kadar Faedah AS Terkini ke atas Pasaran Forex Global dan Ringgit Malaysia

By Azawiya Azali
May 22, 2025
4 Min Read
Majalah Online

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 335 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

By MFM Team
0 Min Read
- Advertisement -
Ad image
News Ticker

Ekuiti di New Zealand Meningkat Lagi

NZX 50 meningkat 64 mata, atau 0.5%, kepada 12,708 pada awal dagangan Rabu, membina keuntungan daripada…

By MFM News Update
May 21, 2025
Berita Terkini

Perang Dagang Amerika Syarikat-China: The Art Of Deal

Tindakan mengejut bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, yang mencadangkan pengurangan tarif terhadap barangan import…

By Azawiya Azali
April 28, 2025
Berita Terkini

Tong Gas Ungu: Ramai Peniaga Kecil Mula Rasa Terbeban?

Sejak 1 Mei lalu, kerajaan dah wajibkan penggunaan tong gas LPG komersial 14kg – yang kita…

By Azawiya Azali
May 30, 2025
News Ticker

ETH/USD: Ethereum Meningkat 25% kepada $2,300 kerana Pedagang Kripto Mengharapkan Tawaran AS-China

Perkara utama: Syiling kedua terbesar merosot berhampiran paras terendah tiga tahun tetapi semua permintaan terpendam itu…

By MFM News Update
May 9, 2025
MFM.news

MFM.news adalah laman interaktif bagi komuniti forex di Malaysia, Brunei dan Indonesia. Di MFM anda boleh dapatkan informasi terkini berkaitan forex, isu semasa, dan pasaran kewangan secara amnya. Terdapat juga promosi hebat daripada forex broker di Malaysia dikongsi di laman ini.

Lain-Lain

  • Laman Utama
  • Peluang Dagangan
  • Berita Terkini
  • Belajar Forex

Korporat

  • Profil
  • Perkhidmatan
  • Majalah Online
  • Hubungi Kami

© 2025 MFM.news – All rights reserved.

Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?

Not a member? Sign Up