By using this site, you agree to the Privacy Policy and Terms of Use.
Accept
MFM.news
  • Majalah
    • Majalah Online
    • Terkini
    • Fundamental
    • Strategi
    • Aktiviti
    • Teknikal Analisis
  • Pilihan Editor
  • Mengenai Broker
    • Broker Forex Malaysia
    • Bonus Tanpa Deposit
    • Buka Akaun Forex
    • Copytrade Forex
  • Platform Dagangan
Reading: KL Foodie Bakal Masuk Bursa Malaysia – Dari TikTok ke Dunia Korporat!
Sign In
Breaking:
Kadar Inflasi Oman Terendah Dalam 7 Bulan
Dolar Australia Meningkat Lebih Tinggi
Kadar Inflasi India Jatuh kepada 2019-Terendah
Eksport China Meningkat Lebih Daripada Jangkaan
Kadar Inflasi Serbia Mencapai Tinggi 5 Bulan
MFM.newsMFM.news
Font ResizerAa
Search
  • Majalah
    • Majalah Online
    • Terkini
    • Fundamental
    • Strategi
    • Aktiviti
    • Teknikal Analisis
  • Pilihan Editor
  • Mengenai Broker
    • Broker Forex Malaysia
    • Bonus Tanpa Deposit
    • Buka Akaun Forex
    • Copytrade Forex
  • Platform Dagangan
Have an existing account? Sign In
Follow US
© MajalahForexMalaysia - All rights reserved.
MFM.news > Blog > Berita Terkini > KL Foodie Bakal Masuk Bursa Malaysia – Dari TikTok ke Dunia Korporat!
Berita Terkini

KL Foodie Bakal Masuk Bursa Malaysia – Dari TikTok ke Dunia Korporat!

Last updated: June 24, 2025 11:22 am
By Azawiya Azali
3 Min Read
Share
SHARE

Pernah tengok video makanan best dari KL Foodie kat TikTok atau Instagram? Kalau ya, kau sebenarnya tengah tengok hasil kerja geng digital dari syarikat Food Media Bhd – dan sekarang mereka tengah bersedia untuk level up ke dunia korporat dengan rancangan nak senaraikan syarikat kat Bursa Malaysia!

Kandungan
Siapa Sebenarnya Food Media Bhd Ni?Duit IPO Nak Buat Apa?Butiran IPO – Siapa Boleh Beli Saham?Kewangan Mereka Macam Mana?Kesimpulan: Dari Konten Viral ke Bursa Saham!

Yes, betul. Dari konten makanan viral terus masuk ke dunia saham. Power, kan?


Siapa Sebenarnya Food Media Bhd Ni?

Food Media ni diasaskan oleh Nicholas Lim Pinn Yang (ramai kenal sebagai Pinn Yang), seorang personaliti digital yang dah lama main dalam dunia konten. Jenama di bawah dia bukan KL Foodie je, tapi ada banyak lagi:

  • Penang Foodie
  • Halal Foodie
  • Singapore Foodie

Secara keseluruhan, ada lebih dari 34 jenama digital yang fokus pada makanan, lifestyle, teknologi, kereta dan macam-macam lagi. Semuanya ada pengaruh besar kat TikTok, IG, FB, dan YouTube — bukan setakat Malaysia, tapi sampai ke Asia Tenggara.


Duit IPO Nak Buat Apa?

Food Media plan nak buat IPO (Initial Public Offering), maksudnya nak jual saham kat public dan masuk Bursa Malaysia. Duit yang dia orang kutip tu akan digunakan untuk:

  • Tambah team & hire orang berbakat
  • Beli bangunan untuk buat live streaming studio
  • Upgrade peralatan & beli tools baru
  • Langgan software yang ada teknologi AI supaya kerja lebih efisien

Kiranya nak bawa syarikat ni ke tahap yang lebih moden dan besar.


Butiran IPO – Siapa Boleh Beli Saham?

Jumlah saham yang ditawarkan: 250 juta unit, lebih kurang 28% daripada jumlah keseluruhan syarikat. Rinciannya macam ni:

  • 59.4 juta saham untuk pelabur runcit (macam kita ni lah!)
    • Daripada tu, 44.4 juta saham dibuka untuk rakyat Malaysia
  • 190.6 juta saham untuk pelabur besar (institusi)

Beberapa pemegang saham besar akan kurangkan pegangan mereka, contohnya:

  • Pinn Yang sendiri (CEO) – dari 27.35% ke 21.81%
  • Edward Lim (adik dia) – Chief Content Officer
  • Ang Rui Mei (isteri dia) – Chief Operating Officer
  • Bryan Loo, founder Tealive – melalui LV Holdings (dulu Loob Ventures)

Kewangan Mereka Macam Mana?

Ni paling penting – syarikat ni bukan kosong. Tahun kewangan yang lepas, ending 31 Ogos 2024:

  • Pendapatan: RM23.95 juta
  • Untung bersih: RM7.45 juta
  • Margin untung kasar: 59.4%
  • Margin untung sebelum cukai: 44.1%

Nampak? Ini bukan jenama suka-suka buat content je, tapi bisnes yang memang duit masuk cantik dan ada perancangan kukuh.


Kesimpulan: Dari Konten Viral ke Bursa Saham!

KL Foodie dan Food Media Bhd dah buktikan yang jenama digital tempatan boleh pergi jauh. Dari review makanan dan video viral, kini dah bersedia jadi syarikat tersenarai. IPO ni bukan je satu pencapaian besar, tapi juga peluang untuk generasi muda tengok macam mana dunia digital dan bisnes boleh bergabung jadi kuasa yang real.

So, siapa tahu lepas ni giliran siapa pula nak ‘naik pangkat’ dari TikTok ke Bursa?

Anda Pasti Sukakan Ini

Indonesia bekukan penghantaran pekerja asing ke Malaysia

KEDUDUKAN TERKINI BOT 2020 MINGGU KE-4 HARI KEEMPAT

SEKILAS BERITA GLOBAL SESI EROPAH 23 FEBRUARI

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE-81 SEDIA UNTUK DI MUAT TURUN SECARA PERCUMA!.

Satu pertiga daripada ekonomi dunia dijangka mengalami kemelesetan pada 2023-IMF

Share This Article
Facebook Email Copy Link Print
Glad you finished the article! How do you feel about it?
Love0
Happy0
Surprise0
Embarrass0
Sleepy0
Sad0
Angry0
Leave a Comment

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


More like this

Kadar Inflasi Oman Terendah Dalam 7 Bulan
July 15, 2025
Dolar Australia Meningkat Lebih Tinggi
July 15, 2025
Kalau nak KTMB untung,kita naikkan harga tambang komuter- Anthony Loke
July 14, 2025
Kadar Inflasi India Jatuh kepada 2019-Terendah
July 14, 2025
Skandal Rasuah Minyak 285 Trillion! Riza Chalid DiBuru Indonesia,Dipercayai Melarikan Diri Ke Malaysia
July 14, 2025
- Advertisement -
Ad image

Artikel menarik untuk anda

Berita TerkiniEditor's PicksSantai

8 SIKAP TRADER YANG BERJAYA!

By MFM Team
3 Min Read
Berita TerkiniSentimen

EUR/USD akan jatuh kepada 0.90 pada musim sejuk ini – Nomura

By Fakhrul Razi
1 Min Read
Berita Terkini

China gempur penunjuk perasaan yang menuntut wang simpanan mereka di bank dikembalikan.

By Fakhrul Razi
3 Min Read

Segalanya di Majalah Forex Malaysia

Berita Terkini

Mengajar Forex Boleh Kena Tangkap? Ini Kebenaran Yang Ramai Tak Tahu!

By Azawiya Azali
June 18, 2025
2 Min Read

Kisah Lagenda Scammer Malaysia,Pak Man Telo

By Azawiya Azali
June 18, 2025
Berita Terkini

Rakyat Malaysia Bakal Nikmati Tarif Elektrik Lebih Adil Mulai 1 Julai 2025!

By Ahmad Danial
June 22, 2025
4 Min Read
Majalah Online

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 335 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

By MFM Team
0 Min Read
- Advertisement -
Ad image
Berita Terkini

Whale Bitcoin Bangun Lepas 14 Tahun – 80,000 BTC Berpindah! Apa Maksudnya?

Baru-baru ini, komuniti crypto dikejutkan dengan pergerakan besar dari "whale" Bitcoin – pemilik akaun lama yang…

By Azawiya Azali
July 8, 2025
News Ticker

Harga Bitcoin Meningkat 4% kepada $107,000

Perkara utama: Syiling oren biasanya bukan jenis menunggu — kesabaran pasaran crypto berisiko letih melainkan Trump…

By MFM News Update
May 19, 2025
News Ticker

Ekuiti di New Zealand Meningkat Lagi

NZX 50 meningkat 64 mata, atau 0.5%, kepada 12,708 pada awal dagangan Rabu, membina keuntungan daripada…

By MFM News Update
May 21, 2025
Berita Terkini

Perang Dagang Amerika Syarikat-China: The Art Of Deal

Tindakan mengejut bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, yang mencadangkan pengurangan tarif terhadap barangan import…

By Azawiya Azali
April 28, 2025
MFM.news

MFM.news adalah laman interaktif bagi komuniti forex di Malaysia, Brunei dan Indonesia. Di MFM anda boleh dapatkan informasi terkini berkaitan forex, isu semasa, dan pasaran kewangan secara amnya. Terdapat juga promosi hebat daripada forex broker di Malaysia dikongsi di laman ini.

Lain-Lain

  • Laman Utama
  • Peluang Dagangan
  • Berita Terkini
  • Belajar Forex

Korporat

  • Profil
  • Perkhidmatan
  • Majalah Online
  • Hubungi Kami

© 2025 MFM.news – All rights reserved.

Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?

Not a member? Sign Up