By using this site, you agree to the Privacy Policy and Terms of Use.
Accept
MFM.news
  • Majalah
    • Majalah Online
    • Terkini
    • Fundamental
    • Strategi
    • Aktiviti
    • Teknikal Analisis
  • Pilihan Editor
  • Mengenai Broker
    • Broker Forex Malaysia
    • Bonus Tanpa Deposit
    • Buka Akaun Forex
    • Copytrade Forex
  • Platform Dagangan
Reading: HYPERINFLASI :Selangor akan mula projek tanam jagung selepas Aidilfitri untuk tanggani kenaikan harga dedak
Sign In
Breaking:
Kadar Inflasi India Jatuh kepada 2019-Terendah
Eksport China Meningkat Lebih Daripada Jangkaan
Kadar Inflasi Serbia Mencapai Tinggi 5 Bulan
Saham Eropah Turun pada Jumaat, Tarif Diperhati
Saham Jepun Jatuh apabila Rundingan Perdagangan AS-Jepun Terhenti
MFM.newsMFM.news
Font ResizerAa
Search
  • Majalah
    • Majalah Online
    • Terkini
    • Fundamental
    • Strategi
    • Aktiviti
    • Teknikal Analisis
  • Pilihan Editor
  • Mengenai Broker
    • Broker Forex Malaysia
    • Bonus Tanpa Deposit
    • Buka Akaun Forex
    • Copytrade Forex
  • Platform Dagangan
Have an existing account? Sign In
Follow US
© MajalahForexMalaysia - All rights reserved.
MFM.news > Blog > Berita Terkini > HYPERINFLASI :Selangor akan mula projek tanam jagung selepas Aidilfitri untuk tanggani kenaikan harga dedak
Berita Terkini

HYPERINFLASI :Selangor akan mula projek tanam jagung selepas Aidilfitri untuk tanggani kenaikan harga dedak

Last updated: April 25, 2022 2:06 am
By MFM Team
2 Min Read
Share
SHARE

Kerajaan negeri Selangor dijangka memulakan projek penanaman jagung bagi menghasilkan makanan ayam selepas Aidilfitri, dalam usahanya mengatasi masalah kenaikan harga makanan ternakan tersebut.

Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani negeri Izham Hashim berkata, projek tanaman di bawah Program Intervensi Ehsan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) itu, dijalankan di tanah seluas 121 hektar (300 ekar) di negeri itu manakala 162 hektar (400 ekar) lagi di Negeri Sembilan.

Beliau berkata, langkah tersebut bertujuan mengurangkan kebergantungan terhadap import makanan ayam khususnya jagung, yang ketika ini mencecah bilion ringgit yang disifatkan tidak munasabah.

“Susulan itu, pihak PKPS telah mendapatkan satu syarikat berpengalaman dalam penanaman jagung bagi makanan ayam. Jadi, kita akan lihat bagaimana ia dapat menyumbang kepada kestabilan harga makanan ayam khususnya di Selangor.

“Kami harap perkara ini dapat dilaksanakan dalam masa terdekat agar (isu) harga ayam boleh diselesaikan, bukan setakat distabilkan tetapi diturunkan harganya. Jika berjaya dilaksanakan, Selangor akan menjadi pelopor (kepada penghasilan jagung bagi makanan ayam),” katanya kepada pemberita selepas meninjau operasi Pasar Tani Stadium Seksyen 13 di sini, pada Ahad.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKPS Dr Mohamad Khairil Mohamad Razi berkata, dijangka lebih RM3 juta dibelanjakan bagi pelaksanaan projek penyelesaian jangka masa panjang itu dan setakat ini kerja pembersihan tanah di kawasan selatan daerah Kuala Langat sedang giat dijalankan.

“Sekarang dalam perbincangan terakhir untuk kerjasama rentas negeri antara Selangor dan Negeri Sembilan. Insya-ALLAH, selepas raya kita akan mulakan projek penanaman. Tapak lokasi di Negeri Sembilan pula kini sedang dikenal pasti.

“Perincian lanjut berhubung program itu akan diumumkan Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari bersama Yang Berhormat Izham dalam masa terdekat,” katanya. – BERNAMA

Anda Pasti Sukakan Ini

Waktu terbaik untuk berdagang forex

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE-38

LAPORAN TERKINI #BOTR2020 22/10/2020 MAJALAH FOREX MALAYSIA

Forex Hari Ini: Dolar kekal senyap apabila tumpuan beralih kepada laporan inflasi AS

USD/CHF mengurangkan kerugian harian sekitar 0.9750 pada SNB

Share This Article
Facebook Email Copy Link Print
Glad you finished the article! How do you feel about it?
Love0
Happy0
Surprise0
Embarrass0
Sleepy0
Sad0
Angry0
Leave a Comment

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


More like this

Kalau nak KTMB untung,kita naikkan harga tambang komuter- Anthony Loke
July 14, 2025
Kadar Inflasi India Jatuh kepada 2019-Terendah
July 14, 2025
Skandal Rasuah Minyak 285 Trillion! Riza Chalid DiBuru Indonesia,Dipercayai Melarikan Diri Ke Malaysia
July 14, 2025
Bitcoin Cecah Paras Tertinggi Sepanjang Zaman – Lebih $120,000! Ini Sebabnya
July 14, 2025
Eksport China Meningkat Lebih Daripada Jangkaan
July 14, 2025
- Advertisement -
Ad image

Artikel menarik untuk anda

Berita TerkiniMENARIK HARI INI!StrategiTeknikal

Analisa Teknikal NzdUsd 22 Feb 2022

By MFM Team
1 Min Read
Berita Terkini

OPR kekal pada 3.00 peratus – BNM

By Ahmad Danial
3 Min Read
Berita Terkini

Perpecahan Trump-Musk: Perseteruan Terbuka Goncang Dunia Politik dan Ekonomi

By Azawiya Azali
2 Min Read

Segalanya di Majalah Forex Malaysia

Berita Terkini

Skandal Rasuah Minyak 285 Trillion! Riza Chalid DiBuru Indonesia,Dipercayai Melarikan Diri Ke Malaysia

By Azawiya Azali
July 14, 2025
4 Min Read

Kisah Lagenda Scammer Malaysia,Pak Man Telo

By Azawiya Azali
June 18, 2025
Berita Terkini

Rakyat Malaysia Bakal Nikmati Tarif Elektrik Lebih Adil Mulai 1 Julai 2025!

By Ahmad Danial
June 22, 2025
4 Min Read
Majalah Online

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 335 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

By MFM Team
0 Min Read
- Advertisement -
Ad image
News Ticker

Hasil Bon 10 Tahun Perancis Kekal pada 3.2%

Hasil bon kerajaan 10 tahun Perancis berlegar sekitar 3.2% apabila pelabur kekal fokus pada ketegangan geopolitik…

By MFM News Update
June 23, 2025
Berita Terkini

BNM umum OPR turun kepada 2.75 peratus

Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini mengumumkan penurunan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas…

By Ahmad Danial
July 10, 2025
News Ticker

AS Menjangkakan Pemotongan Kadar Fed menjelang September

Setiausaha Perbendaharaan AS Scott Bessent berkata pada hari Selasa beliau percaya Rizab Persekutuan boleh menurunkan kadar…

By MFM News Update
July 2, 2025
Berita TerkiniStrategi

Mata Wang Paling Power di Dunia 2025 – No, Bukan USD Bro!

Kalau kau ingat USD (US Dollar) tu paling kuat sebab selalu nampak dalam chart, haaa… kau…

By Dhia Fazura
July 2, 2025
MFM.news

MFM.news adalah laman interaktif bagi komuniti forex di Malaysia, Brunei dan Indonesia. Di MFM anda boleh dapatkan informasi terkini berkaitan forex, isu semasa, dan pasaran kewangan secara amnya. Terdapat juga promosi hebat daripada forex broker di Malaysia dikongsi di laman ini.

Lain-Lain

  • Laman Utama
  • Peluang Dagangan
  • Berita Terkini
  • Belajar Forex

Korporat

  • Profil
  • Perkhidmatan
  • Majalah Online
  • Hubungi Kami

© 2025 MFM.news – All rights reserved.

Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?

Not a member? Sign Up