By using this site, you agree to the Privacy Policy and Terms of Use.
Accept
MFM.news
  • Majalah
    • Majalah Online
    • Terkini
    • Fundamental
    • Strategi
    • Aktiviti
    • Teknikal Analisis
  • Pilihan Editor
  • Mengenai Broker
    • Broker Forex Malaysia
    • Bonus Tanpa Deposit
    • Buka Akaun Forex
    • Copytrade Forex
  • Platform Dagangan
Reading: Harga siling ayam, telur dan subsidi minyak dimansuhkan mulai 1 Julai ini
Sign In
Breaking:
Saham Australia Mendatar Selepas Keputusan RBA
Trump Akan Kenakan Tarif 25% ke atas Import dari Jepun dan Korea Selatan
Dolar Kanada Meninggalkan Paras Tertinggi 8 Bulan
Tarif Trump Akan Berkuatkuasa pada 1 Ogos
Rizab Forex Taiwan Mencapai Rekod Baru pada bulan Jun
MFM.newsMFM.news
Font ResizerAa
Search
  • Majalah
    • Majalah Online
    • Terkini
    • Fundamental
    • Strategi
    • Aktiviti
    • Teknikal Analisis
  • Pilihan Editor
  • Mengenai Broker
    • Broker Forex Malaysia
    • Bonus Tanpa Deposit
    • Buka Akaun Forex
    • Copytrade Forex
  • Platform Dagangan
Have an existing account? Sign In
Follow US
© MajalahForexMalaysia - All rights reserved.
MFM.news > Blog > Berita Terkini > Harga siling ayam, telur dan subsidi minyak dimansuhkan mulai 1 Julai ini
Berita Terkini

Harga siling ayam, telur dan subsidi minyak dimansuhkan mulai 1 Julai ini

Last updated: June 21, 2022 7:07 pm
By Fatin Zulaikha
2 Min Read
Share
SHARE

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memutuskan harga kawalan siling ayam, telur ayam dan subsidi minyak masak tulen bagi pek kemasan botol tidak akan diteruskan mulai 1 Julai ini.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, harga barangan itu dijangka akan meningkat dan akan ditentukan oleh pasaran.

Beliau berkata, tindakan itu dibuat bagi memastikan bekalan bahan makanan dan harga dalam pasaran akan lebih stabil dalam tempoh jangka panjang.

“Kami jangka harga siling ayam akan naik selepas 30 Jun ini berbanding RM8.90 sekilogram ketika ini tetapi pihak industri telah memberi jaminan harganya tidak akan naik terlalu mendadak.

“Saya dimaklumkan oleh pihak industri bahawa harga siling ayam sekilogram akan berlegar sekitar RM10 sekilogram. Saya tidak berani sahkan berapa harganya nanti kerana bila harga kawalan ditarik, harga akan diapungkan ikut pasaran.

“Bagaimanapun, kami bagi jaminan kenaikan harga ayam tidak akan naik mendadak tapi jika ia berlaku, kami akan pantau dan gunakan peraturan sedia ada,” katanya pada sidang akhbar selepas sesi libat urus bersama pemain industri di sini, hari ini.

Katanya, sebelum ini, kerajaan telah mengawal harga siling ayam dan telur ayan bagi membantu meringankan kenaikan harga barangan namun, tindakan itu menyebabkan herotan pasaran dan harga.

Dalam pada itu, Alexander berkata, kerajaan masih meneruskan subsidi minyak masak polibeg pada harga RM2.50 sekilogram untuk semua pengguna di seluruh negara.

Bagaimanapun, katanya, subsidi minyak masak tulen bagi pek kemasab botol 2kg, 3kg dan 5kg tidak akan diteruskan mulai 1 Julai ini dan ia akan ditentukan oleh harga minyak sawit mentah dunia. – KOSMO! ONLINE

Anda Pasti Sukakan Ini

LAPORAN TERKINI BOTT 2019 MINGGU KE-3

NAGA.COM

Rizab Forex Malaysia Susut Lagi pada Akhir Mac – Data BNM

Kerajaan tak tolak kemungkinan laksana semula GST – Rafizi

Hukuman mati ke atas bekas jeneral polis Indonesia atas pembunuhan kejam terhadap pengawal peribadinya

TAGGED:harga ayamHARGA MINYAK MASAKHARGA TELURSUBSIDI KERAJAAN
Share This Article
Facebook Email Copy Link Print
Glad you finished the article! How do you feel about it?
Love0
Happy0
Surprise0
Embarrass0
Sleepy0
Sad0
Angry0
Leave a Comment

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


More like this

Whale Bitcoin Bangun Lepas 14 Tahun – 80,000 BTC Berpindah! Apa Maksudnya?
July 8, 2025
Saham Australia Mendatar Selepas Keputusan RBA
July 8, 2025
Trump Akan Kenakan Tarif 25% ke atas Import dari Jepun dan Korea Selatan
July 8, 2025
Dolar Kanada Meninggalkan Paras Tertinggi 8 Bulan
July 7, 2025
Desakan Tubuh RCI Bongkar Campur Tangan Pelantikan Ketua Hakim Negara: Cabaran terhadap Kebebasan Kuasa Kehakiman Malaysia
July 7, 2025
- Advertisement -
Ad image

Artikel menarik untuk anda

Berita TerkiniEditor's Picks

BERITA FUNDAMENTAL PENTING CANADA MALAM INI

By MFM Team
1 Min Read
Berita TerkiniEditor's Picks

FED BERI BAYANGAN KADAR FAEDAH AKAN MENINGKAT TIDAK LAMA LAGI & TERUS MENINGKAT DENGAN CEPAT.

By MFM Team
2 Min Read
Berita TerkiniMENARIK HARI INI!StrategiTeknikal

Analisa Teknikal UsdCad 10 Jan 2022

By MFM Team
1 Min Read

Segalanya di Majalah Forex Malaysia

News Ticker

Emas Meningkat akibat Pergolakan Timur Tengah

By MFM News Update
June 17, 2025
1 Min Read

Yusoff Rawther: “Saya Akan Terus Lawan Ketidakadilan”

By Ahmad Danial
June 12, 2025
Berita Terkini

Rakyat Malaysia Bakal Nikmati Tarif Elektrik Lebih Adil Mulai 1 Julai 2025!

By Ahmad Danial
June 22, 2025
4 Min Read
Majalah Online

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 335 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

By MFM Team
0 Min Read
- Advertisement -
Ad image
News Ticker

Saham India Ditetapkan untuk Keuntungan Mingguan

BSE Sensex meningkat 387 mata, atau 0.5%, kepada 81,752 pada dagangan awal pada hari Jumaat, menghentikan…

By MFM News Update
June 20, 2025
News Ticker

Emas Jatuh Rekod Tinggi kerana Konflik Israel-Iran Kekal Terkandas

Emas jatuh daripada rekod tertinggi pada awal hari Isnin, walaupun dolar jatuh, kerana pembelian tempat selamat…

By MFM News Update
June 16, 2025
News Ticker

Saham New Zealand Melambung Susulan Kenaikan Wall Street, Penggantungan Tarif

Saham di New Zealand melonjak 451 mata atau 3.8% kepada 12,258 dalam dagangan pagi Khamis, pulih…

By MFM News Update
April 10, 2025
News Ticker

Minyak Turun apabila OPEC+ Mengesahkan Kenaikan Keluaran

Niaga hadapan minyak mentah WTI jatuh lebih daripada 3% kepada sekitar $56.1 setong pada hari Isnin…

By MFM News Update
May 5, 2025
MFM.news

MFM.news adalah laman interaktif bagi komuniti forex di Malaysia, Brunei dan Indonesia. Di MFM anda boleh dapatkan informasi terkini berkaitan forex, isu semasa, dan pasaran kewangan secara amnya. Terdapat juga promosi hebat daripada forex broker di Malaysia dikongsi di laman ini.

Lain-Lain

  • Laman Utama
  • Peluang Dagangan
  • Berita Terkini
  • Belajar Forex

Korporat

  • Profil
  • Perkhidmatan
  • Majalah Online
  • Hubungi Kami

© 2025 MFM.news – All rights reserved.

Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?

Not a member? Sign Up