By using this site, you agree to the Privacy Policy and Terms of Use.
Accept
MFM.news
  • Majalah
    • Majalah Online
    • Terkini
    • Fundamental
    • Strategi
    • Aktiviti
    • Teknikal Analisis
  • Pilihan Editor
  • Mengenai Broker
    • Broker Forex Malaysia
    • Bonus Tanpa Deposit
    • Buka Akaun Forex
    • Copytrade Forex
  • Platform Dagangan
Reading: Ekonomi Malaysia dijangka terus sederhana dalam tempoh terdekat – Perangkaan
Sign In
Breaking:
Saham Australia Mendatar Selepas Keputusan RBA
Trump Akan Kenakan Tarif 25% ke atas Import dari Jepun dan Korea Selatan
Dolar Kanada Meninggalkan Paras Tertinggi 8 Bulan
Tarif Trump Akan Berkuatkuasa pada 1 Ogos
Rizab Forex Taiwan Mencapai Rekod Baru pada bulan Jun
MFM.newsMFM.news
Font ResizerAa
Search
  • Majalah
    • Majalah Online
    • Terkini
    • Fundamental
    • Strategi
    • Aktiviti
    • Teknikal Analisis
  • Pilihan Editor
  • Mengenai Broker
    • Broker Forex Malaysia
    • Bonus Tanpa Deposit
    • Buka Akaun Forex
    • Copytrade Forex
  • Platform Dagangan
Have an existing account? Sign In
Follow US
© MajalahForexMalaysia - All rights reserved.
MFM.news > Blog > Berita Terkini > Ekonomi Malaysia dijangka terus sederhana dalam tempoh terdekat – Perangkaan
Berita Terkini

Ekonomi Malaysia dijangka terus sederhana dalam tempoh terdekat – Perangkaan

Last updated: September 27, 2023 8:12 pm
By Azawiya Azali
2 Min Read
Share
SHARE

Landskap ekonomi Malaysia dijangka terus sederhana dalam tempoh terdekat berdasarkan data pada bulan Julai dan Ogos, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).

Jabatan itu berkata ekonomi Malaysia menunjukkan pertumbuhan sederhana dengan berkembang 4.2 peratus pada separuh pertama 2023.

Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata prestasi itu dipengaruhi oleh pertumbuhan5.6 peratus pada suku pertama dan 2.9 peratus pada suku kedua.

“Sementara itu, lebihan dagangan meningkat 7.9 peratus dari tahun sebelumnya kepada RM17.1 bilion,” katanya dalam satu kenyataan hari ini sempena Sorotan Statistik Ekonomi Malaysia.

Pada Ogos 2023, jumlah perdagangan Malaysia mencatatkan nilai RM213.0 bilion, menguncup 19.8 peratus atau RM52.7 bilion, manakala eksport dan import mencatatkan pertumbuhan negatif dua digit, masing-masing 18.6 peratus dan 21.2 peratus, tahun ke tahun.

Sebaliknya, lebihan dagangan meningkat sedikit sebanyak 0.1 peratus kepada RM17.3 bilion.

Mohd Uzir berkata melihat keadaan ekonomi negara pada Julai 2023, Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) Malaysia pulih semula kepada 0.7 peratus pada Julai 2023, daripada -2.2 peratus pada bulan sebelumnya.

Beliau berkata peningkatan kecil pada Julai 2023 disokong oleh pertumbuhan dalam sektor perlombongan (4.2 peratus) dan sektor elektrik (1.5 peratus).

Sementara itu, sektor pembuatan kekal negatif, walaupun pada kadar yang lebih rendah sebanyak 0.2 peratus.

Pada masa yang sama, nilai jualan sektor pembuatan berjumlah RM144 bilion pada Julai 2023, turun bagi bulan kedua berturut-turut, kepada -3.0 peratus tahun ke tahun (y-o-y) daripada -4.0 peratus pada bulan sebelumnya.

Prestasi itu dipengaruhi oleh kemerosotan berterusan dalam subsektor petroleum, kimia, getah dan plastik, mencecah kepada -15.3 peratus pada bulan tersebut.

Nilai jualan industri berorientasikan eksport yang mewakili 72.1 peratus daripada jumlah jualan terus menurun sebanyak 7.0 peratus pada Julai 2023 berbanding Jun -7.4 peratus.

“Walau bagaimanapun, prestasi industri berorientasikan dalam negeri kekal cergas, mencapai 9.2 peratus pada Julai 2023 berbanding 6.8 peratus pada Jun 2023, mengurangkan kesan kemerosotan dalam industri berorientasikan eksport,” kata Mohd Uzir.

— BERNAMA

Anda Pasti Sukakan Ini

Polis serbu 3 premis sediket pelaburan forex di Bangsar, 58 individu ditahan

ASIAN FOREX MAGAZINE 8TH EDITION

Singapura kaji peraturan baru untuk menghalalkan perkahwinan sejenis

China dan Matawang Renminbi: Menggugat Pasaran Tukaran Matawang US

Influencer Kewangan akan dikawal selia mulai 1 November

TAGGED:EkonomiEkonomi global 2023Ekonomi Malaysia 2023
Share This Article
Facebook Email Copy Link Print
Glad you finished the article! How do you feel about it?
Love0
Happy0
Surprise0
Embarrass0
Sleepy0
Sad0
Angry0
Leave a Comment

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


More like this

Whale Bitcoin Bangun Lepas 14 Tahun – 80,000 BTC Berpindah! Apa Maksudnya?
July 8, 2025
Saham Australia Mendatar Selepas Keputusan RBA
July 8, 2025
Trump Akan Kenakan Tarif 25% ke atas Import dari Jepun dan Korea Selatan
July 8, 2025
Dolar Kanada Meninggalkan Paras Tertinggi 8 Bulan
July 7, 2025
Desakan Tubuh RCI Bongkar Campur Tangan Pelantikan Ketua Hakim Negara: Cabaran terhadap Kebebasan Kuasa Kehakiman Malaysia
July 7, 2025
- Advertisement -
Ad image

Artikel menarik untuk anda

Berita TerkiniEditor's PicksMENARIK HARI INI!

MENJELANG LAPORAN NON-FARM PAYROLL(NFP) MALAM INI

By MFM Team
2 Min Read
Berita TerkiniMENARIK HARI INI!StrategiTeknikal

Analisa Teknikal NzdUsd 24 Mac 2022

By Zulhilmi Mohd Diah
1 Min Read
Berita Terkini

Harga siling ayam RM9.40 sekilo mulai 1 Julai-Ronald Kiandee

By Fatin Zulaikha
2 Min Read

Segalanya di Majalah Forex Malaysia

News Ticker

Indeks Dolar AS Mendekati Terendah 3 Tahun

By MFM News Update
June 24, 2025
1 Min Read

Yusoff Rawther: “Saya Akan Terus Lawan Ketidakadilan”

By Ahmad Danial
June 12, 2025
Berita Terkini

Rakyat Malaysia Bakal Nikmati Tarif Elektrik Lebih Adil Mulai 1 Julai 2025!

By Ahmad Danial
June 22, 2025
4 Min Read
Majalah Online

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 335 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

By MFM Team
0 Min Read
- Advertisement -
Ad image
News Ticker

Uganda Pegang Kadar Dasar Utama untuk Mesyuarat Ke-3

Bank of Uganda meninggalkan kadar faedah penanda arasnya stabil pada 9.75% pada 13 Mei 2025, menandakan…

By MFM News Update
May 13, 2025
News Ticker

Saham India Ditetapkan untuk Keuntungan Mingguan

BSE Sensex meningkat 387 mata, atau 0.5%, kepada 81,752 pada dagangan awal pada hari Jumaat, menghentikan…

By MFM News Update
June 20, 2025
News Ticker

Hasil Bon 10 Tahun Perancis Kekal pada 3.2%

Hasil bon kerajaan 10 tahun Perancis berlegar sekitar 3.2% apabila pelabur kekal fokus pada ketegangan geopolitik…

By MFM News Update
June 23, 2025
Berita Terkini

Octa Malaysia 2025: Mengapa Dakwaan “OctaFX penipu” Tidak Benar

Pengenalan Sebagai seorang yang aktif mengamati perkembangan pasaran dagangan dalam talian di Malaysia, saya telah meneliti…

By Ahmad Danial
April 24, 2025
MFM.news

MFM.news adalah laman interaktif bagi komuniti forex di Malaysia, Brunei dan Indonesia. Di MFM anda boleh dapatkan informasi terkini berkaitan forex, isu semasa, dan pasaran kewangan secara amnya. Terdapat juga promosi hebat daripada forex broker di Malaysia dikongsi di laman ini.

Lain-Lain

  • Laman Utama
  • Peluang Dagangan
  • Berita Terkini
  • Belajar Forex

Korporat

  • Profil
  • Perkhidmatan
  • Majalah Online
  • Hubungi Kami

© 2025 MFM.news – All rights reserved.

Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?

Not a member? Sign Up