By using this site, you agree to the Privacy Policy and Terms of Use.
Accept
MFM.news
  • Majalah
    • Majalah Online
    • Terkini
    • Fundamental
    • Strategi
    • Aktiviti
    • Teknikal Analisis
  • Pilihan Editor
  • Mengenai Broker
    • Broker Forex Malaysia
    • Bonus Tanpa Deposit
    • Buka Akaun Forex
    • Copytrade Forex
  • Platform Dagangan
Reading: Nissan Pertimbang Jual Ibu Pejabat di Yokohama Demi Kelangsungan Syarikat
Sign In
Breaking:
Keluaran Perindustrian Tahunan Sepanyol Meningkat 0.6% pada April
Saham India Turun untuk Hari Ke-3
Saham New Zealand Ditutup Rendah
Inflasi Kenya Menurun kepada 3.8% pada bulan Mei
Perumahan Jepun Mula Jatuh Lebih Daripada Jangkaan
MFM.newsMFM.news
Font ResizerAa
Search
  • Majalah
    • Majalah Online
    • Terkini
    • Fundamental
    • Strategi
    • Aktiviti
    • Teknikal Analisis
  • Pilihan Editor
  • Mengenai Broker
    • Broker Forex Malaysia
    • Bonus Tanpa Deposit
    • Buka Akaun Forex
    • Copytrade Forex
  • Platform Dagangan
Have an existing account? Sign In
Follow US
© MajalahForexMalaysia - All rights reserved.
MFM.news > Blog > Berita Terkini > Nissan Pertimbang Jual Ibu Pejabat di Yokohama Demi Kelangsungan Syarikat
Berita Terkini

Nissan Pertimbang Jual Ibu Pejabat di Yokohama Demi Kelangsungan Syarikat

Last updated: May 31, 2025 9:09 pm
By Fakhrul Razi
2 Min Read
Share
SHARE

Nissan yang kini sedang bergelut dengan masalah kewangan dilaporkan sedang mempertimbangkan untuk menjual ibu pejabat globalnya yang terletak di Yokohama, Jepun, menurut laporan Nikkei Asia. Langkah ini merupakan sebahagian daripada usaha syarikat untuk menguruskan kewangan dan menstabilkan operasinya.

Sebelum ini, syarikat automotif Jepun itu telah mengumumkan penutupan tujuh daripada 17 kilang globalnya serta merancang untuk mengurangkan tambahan 11,000 pekerjaan, menyusuli pemotongan 9,000 pekerjaan yang telah diumumkan pada November tahun lalu.

Menurut laporan tersebut, bangunan ibu pejabat yang terletak di tebing Sungai Katabira dan hanya beberapa minit dari stesen Yokohama itu telah dimasukkan dalam senarai aset yang mungkin dijual menjelang Mac 2026. Nilai bangunan tersebut dianggarkan sekitar 100 bilion yen (kira-kira RM3 bilion). Nissan telah memindahkan ibu pejabatnya dari Tokyo ke Yokohama pada tahun 2009 ketika Carlos Ghosn menerajui syarikat.

Namun begitu, Nissan mungkin akan terus menggunakan kemudahan tersebut dengan menyewanya daripada pemilik baharu – satu langkah yang mirip kepada strategi jual-dan-sewa-balik yang dilakukan oleh McLaren ke atas ibu pejabatnya di Woking bagi mengurangkan hutang. Hasil daripada penjualan bangunan ini dijangka akan membantu Nissan menampung kos penyusunan semula yang dianggarkan sebanyak 60 bilion yen (RM1.8 bilion) dalam tahun kewangan semasa.

Awal bulan ini, Nissan mengumumkan kerugian sebanyak 670.9 bilion yen (RM20 bilion) bagi tahun kewangan yang berakhir pada Mac 2025.

Presiden dan CEO baharu, Ivan Espinosa, telah memperkenalkan pelan pemulihan Re:Nissan dua minggu lalu, dengan sasaran penjimatan sebanyak 500 bilion yen (RM15 bilion) dalam tahun fiskal ini berbanding tahun fiskal 2024 yang baru berakhir. Penjimatan ini akan menjadi asas kepada keuntungan operasi dan aliran tunai positif dalam segmen automotif menjelang tahun fiskal 2026.

Sebagai sebahagian daripada penyusunan semula ini, Nissan juga bercadang mengurangkan kerumitan komponen sebanyak 70%, termasuk mengecilkan jumlah platform kenderaan daripada 13 kepada hanya tujuh menjelang tahun fiskal 2035. Tempoh pembangunan kenderaan juga akan dipendekkan daripada 37 bulan kepada 30 bulan. Antara model baharu yang dirancang termasuklah Skyline generasi baharu, SUV global segmen-C dan SUV kompak Infiniti.

Anda Pasti Sukakan Ini

European currencies unlikely to see a smooth ride to recovery – ING

Erdogan Untouchable Heading Into Türkiye Presidential Election — Poll

BOJ offers to purchase JGBs on Wednesday

ANALISA TEKNIKAL GBPUSD 21 NOV 2021

Perlindungan Data Peribadi Malaysia di tahap 5 terburuk daripada 47 negara

Share This Article
Facebook Email Copy Link Print
Glad you finished the article! How do you feel about it?
Love0
Happy0
Surprise0
Embarrass0
Sleepy0
Sad0
Angry0
Leave a Comment

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


More like this

Keluaran Perindustrian Tahunan Sepanyol Meningkat 0.6% pada April
June 4, 2025
Davao to Host Davao Trader Fair 2025: A Premier Financial Event for Aspiring and Professional Traders
June 3, 2025
Manila Traders Fair 2025 Wraps Up with a Day of Learning and Connection
June 3, 2025
Saham India Turun untuk Hari Ke-3
June 3, 2025
Perlaksanaan E-Invois,Subsidi Bersasar Lebih Untungkan Pendatang Asing
June 3, 2025
- Advertisement -
Ad image

Artikel menarik untuk anda

Berita Terkini

Canada: Retail Sales rise by 0.5% in December vs. 0.2% expected

By Ahmad Danial
1 Min Read
Berita Terkini

JPJ minta bantuan Polis buru influencer forex

By Azawiya Azali
1 Min Read
Berita TerkiniMENARIK HARI INI!

Senarai 25 negara hampir bangkrap kerana gagal bayar hutang

By Fakhrul Razi
3 Min Read

Segalanya di Majalah Forex Malaysia

News Ticker

Saham New Zealand Ditutup Rendah

By MFM News Update
June 3, 2025
1 Min Read

Bill Gates Pilih Indonesia untuk Ujikaji Vaksin TBC

By Ahmad Danial
May 7, 2025
Berita Terkini

Sarawak,Brunei,Filipina; Medan Petempuran Laut China Selatan

By Fatin Zulaikha
May 6, 2025
4 Min Read
Majalah Online

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 335 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

By MFM Team
0 Min Read
- Advertisement -
Ad image
News Ticker

Saham Hong Kong Di Bawah Tekanan

Saham Hong Kong jatuh 536 mata, atau 2.5%, kepada 20,934 sekitar tengah hari pada hari Rabu,…

By MFM News Update
April 16, 2025
News Ticker

Saham India Turun untuk Hari Ke-3

BSE Sensex India ditutup kira-kira 0.8% turun pada 80,737.5 pada hari Selasa, menandakan sesi penurunan ketiga…

By MFM News Update
June 3, 2025
News Ticker

Sentimen Pengguna Australia Mencapai Ketinggian 3 Tahun

Indeks Sentimen Pengguna Institut Westpac-Melbourne Australia meningkat 4% pada bulan Mac, mencapai 95.9 daripada 92.2 pada…

By MFM News Update
March 11, 2025
Uncategorized

Saham Australia Meningkat pada Peningkatan Komoditi

Indeks S&P/ASX 200 meningkat 0.7% kepada sekitar 7,700 pada hari Isnin, pulih daripada kerugian sesi sebelumnya…

By MFM News Update
April 14, 2025
MFM.news

MFM.news adalah laman interaktif bagi komuniti forex di Malaysia, Brunei dan Indonesia. Di MFM anda boleh dapatkan informasi terkini berkaitan forex, isu semasa, dan pasaran kewangan secara amnya. Terdapat juga promosi hebat daripada forex broker di Malaysia dikongsi di laman ini.

Lain-Lain

  • Laman Utama
  • Peluang Dagangan
  • Berita Terkini
  • Belajar Forex

Korporat

  • Profil
  • Perkhidmatan
  • Majalah Online
  • Hubungi Kami

© 2025 MFM.news – All rights reserved.

Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?

Not a member? Sign Up