By using this site, you agree to the Privacy Policy and Terms of Use.
Accept
MFM.news
  • Majalah
    • Majalah Online
    • Terkini
    • Fundamental
    • Strategi
    • Aktiviti
    • Teknikal Analisis
  • Pilihan Editor
  • Mengenai Broker
    • Broker Forex Malaysia
    • Bonus Tanpa Deposit
    • Buka Akaun Forex
    • Copytrade Forex
  • Platform Dagangan
Reading: Permintaan luaran & kewangan ketat dijangka jejas ekonomi Malaysia tahun depan – IMF
Sign In
Breaking:
Hasil Bon Jerman 10 Tahun Tertinggi Sejak April
Saham Aussie Berundur daripada Penamat Rekod
Kadar Inflasi Oman Terendah Dalam 7 Bulan
Dolar Australia Meningkat Lebih Tinggi
Kadar Inflasi India Jatuh kepada 2019-Terendah
MFM.newsMFM.news
Font ResizerAa
Search
  • Majalah
    • Majalah Online
    • Terkini
    • Fundamental
    • Strategi
    • Aktiviti
    • Teknikal Analisis
  • Pilihan Editor
  • Mengenai Broker
    • Broker Forex Malaysia
    • Bonus Tanpa Deposit
    • Buka Akaun Forex
    • Copytrade Forex
  • Platform Dagangan
Have an existing account? Sign In
Follow US
© MajalahForexMalaysia - All rights reserved.
MFM.news > Blog > Berita Terkini > Permintaan luaran & kewangan ketat dijangka jejas ekonomi Malaysia tahun depan – IMF
Berita Terkini

Permintaan luaran & kewangan ketat dijangka jejas ekonomi Malaysia tahun depan – IMF

Last updated: October 31, 2022 2:19 pm
By Fatin Zulaikha
5 Min Read
Share
SHARE

Kesan ketidaktentuan luaran serta keadaan kewangan global yang ketat dengan kenaikan kadar faedah yang menjejaskan permintaan dan pelaburan menjadi faktor utama yang mendorong Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menurunkan unjuran ekonomi Malaysia tahun hadapan kepada 4.4 peratus.

Ia selepas badan kewangan dunia itu mengunjur Malaysia mencatatkan pertumbuhan amat kukuh pada tahun ini dengan menaikkan unjuran pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) kepada kepada 5.4 peratus berbanding unjuran sebelum ini sebanyak 5.1 peratus.

Ketua Bahagian Kajian Serantau, Jabatan Asia dan Pasifik IMF, Shanaka Jayanath Peiris, berkata prestasi ekonomi Malaysia dijangka kukuh tahun ini dan ia adalah sejajar dengan prestasi ekonomi baharu muncul (EM) Asia lain.

Namun, beliau berkata, ketidaktentuan permintaan luaran dan keadaan kewangan global yang ketat menyebabkan pertumbuhan dijangka perlahan merentasi rantau pada 2023.

“Malaysia adalah negara eksport komoditi, namun ia lebih pelbagai dan mempunyai ekonomi berasaskan pengeluaran yang sangat bersepadu. Tahun ini (pertumbuhan ekonomi Malaysia) adalah kukuh sama seperti yang anda lihat di ekonomi EM Asia yang lain. Kami jangka pertumbuhan 5.4 peratus pada 2022.

“Bagaimanapun, ketidaktentuan permintaan luaran dan keadaan kewangan yang ketat, kami jangka ia memberi kesan kepada Malaysia dan kami jangka pertumbuhan berkurangan kepada 4.4 peratus tahun depan,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai kedudukan ekonomi Malaysia pada sidang media IMF mengenai Tinjauan Ekonomi Serantau untuk Asia Pasifik di Singapura: Belayar Menuju Ketidaktentuan yang diadakan secara hibrid.

Jayanath berkata, tahun 2023 adalah tahun mencabar dan IMF menjangkakan tinjauan ekonomi Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah (EU) lemah tahun depan.

Pada masa sama, beliau berkata, kadar inflasi juga meningkat, sekali gus mendorong bank pusat untuk menaikkan kadar faedah bagi mengawal inflasi.

“Apa yang kami lihat, inflasi keseluruhan akan berkurangan sedikit berikutan pengurangan harga komoditi.

“Namun, inflasi teras yang kekal tinggi dan faktor lain, kami jangka banyak negara di rantau ini akan kekal dalam kitaran mengetatkan (kadar faedah) untuk mengurangkan inflasi ke paras yang dijangkakan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Asia dan Pasifik IMF, Krishna Srinivasan, berkata pemulihan ekonomi Asia yang kukuh pada awal tahun ini sudah kehilangan momentum, dengan suku kedua yang lebih lemah daripada jangkaan.

Beliau berkata, pihaknya telah mengurangkan unjuran pertumbuhan ekonomi bagi Asia dan Pasifik kepada 4.0 peratus tahun ini dan 4.3 peratus tahun depan, dengan masing-masing turun sebanyak 0.9 dan 0.8 mata peratusan berbanding Tinjauan Ekonomi Dunia pada April lalu.

Malah, jelasnya, unjuran pertumbuhan bagi rantau itu juga jauh di bawah purata 5.5 peratus yang dicatatkan dua dekad lalu.

Walaupun begitu, katanya, tinjauan ekonomi Asia kekal cerah berbanding ekonomi global yang semakin malap.

Mengulas lanjut, Srinivasan berkata, rantau Asia juga menghadapi tiga ketidaktentuan yang mungkin terbukti berterusan iaitu pengetatan kewangan global susulan langkah Rizab Persekutuan AS (Fed) menaikkan kadar faedah secara lebih agresif bagi mengekang inflasi yang tinggi.

Beliau berkata, ketidaktentuan berikutnya ialah perang di Ukraine dan pertumbuhan perlahan mendadak ekonomi China yang dijangka memberi kesan limpahan kepada ekonomi Asia lain berikutan jaringan perdagangan dan kewangan.

Srinivasan juga melahirkan kebimbangan wujudnya petanda awal perpecahan berikutan ketidaktentuan dasar perdagangan yang meningkat dan negara mengenakan lebih banyak sekatan perdagangan.

Beliau berkata, walaupun ketiadaan sekatan sebenar, ketidaktentuan dasar perdagangan yang lebih besar boleh membawa kesan makroekonomi yang buruk dalam jangka pendek.

Katanya, kejutan biasa terhadap ketidaktentuan dasar perdagangan, seperti peningkatan ketegangan AS-China pada 2018, mengurangkan pelaburan sebanyak kira-kira 3.5 peratus selepas dua tahun.

“Laporan kami mempertimbangkan senario pemecahan mendadak yang mana dunia akan terbahagi kepada blok perdagangan yang berasingan, dan menunjukkan ia akan membawa kerugian output yang besar dan kekal.

“Oleh itu, kami menekankan keperluan kerjasama antarabangsa untuk membatalkan sekatan perdagangan, mengurangkan ketidaktentuan dasar dan menggalakkan perdagangan terbuka dan stabil di peringkat serantau dan global untuk mengelakkan senario pemecahan yang mudarat dan untuk memastikan perdagangan terus bertindak sebagai enjin pertumbuhan,” katanya.- BH

Anda Pasti Sukakan Ini

Produk Gardenia mulai 1 Oktober ini

Ringkasan Ekonomi SocGen

Malaysia Mencatat Pertumbuhan KDNK Melebihi 5% Walaupun Berdepan Risiko Tarif Trump

ULASAN-Kedudukan panjang Yen tidak lama lagi mungkin menjadi masalah

US DOLLAR MENINGKAT SEDIKIT MENJELANG PERISTIWA PENTING PILIHAN RAYA PRESIDEN UNITED STATES ESOK, SAFE HAVEN CURRENCY MENJADI TUMPUAN

TAGGED:Ekonomi MalaysiaEkonomi Malaysia 2023ekonomi malaysia hari iniIMF global EconomyIMF News'
Share This Article
Facebook Email Copy Link Print
Glad you finished the article! How do you feel about it?
Love0
Happy0
Surprise0
Embarrass0
Sleepy0
Sad0
Angry0
Leave a Comment

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


More like this

Perjalanan Bebas Visa Malaysia-China Bermula 17 Julai!
July 16, 2025
PM Perancis Cadang Mansuhkan Cuti Umum Untuk Kurangkan Hutang Negara
July 16, 2025
Pelabur Asing Jual Semula RM516.6 Juta Saham Tempatan, Trader Saham Beralih ke Forex Semasa Ketidaktentuan Pasaran
July 16, 2025
Hasil Bon Jerman 10 Tahun Tertinggi Sejak April
July 16, 2025
Saham Aussie Berundur daripada Penamat Rekod
July 16, 2025
- Advertisement -
Ad image

Artikel menarik untuk anda

Berita TerkiniEditor's PicksFundamentalKoleksiMajalah OnlineUncategorized

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE-30

By NAJMULDIN BIN HAMZAH
0 Min Read
AktivitiBerita TerkiniEditor's Picks

1 KUWAIT DINAR BERSAMAAN HAMPIR RM14!. KENAPA SANGAT BERBEZA NILAINYA?

By MFM Team
4 Min Read
News Ticker

USD/JPY Mungkin Menurun Jangka Dekat Selepas Kemeruapan Awal — Perbincangan Pasaran

By MFM News Update
1 Min Read

Segalanya di Majalah Forex Malaysia

Fundamental

Jenis-jenis Emas & Kenapa Trader Suka Trade GOLD (XAUUSD)

By Azawiya Azali
June 30, 2025
4 Min Read

Kisah Lagenda Scammer Malaysia,Pak Man Telo

By Azawiya Azali
June 18, 2025
Berita Terkini

Rakyat Malaysia Bakal Nikmati Tarif Elektrik Lebih Adil Mulai 1 Julai 2025!

By Ahmad Danial
June 22, 2025
4 Min Read
Majalah Online

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 335 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

By MFM Team
0 Min Read
- Advertisement -
Ad image
Berita Terkini

Nissan Pertimbang Jual Ibu Pejabat di Yokohama Demi Kelangsungan Syarikat

Nissan yang kini sedang bergelut dengan masalah kewangan dilaporkan sedang mempertimbangkan untuk menjual ibu pejabat globalnya…

By Fakhrul Razi
May 31, 2025
News Ticker

Kadar Inflasi India Jatuh kepada 2019-Terendah

Inflasi harga pengguna India berkurangan untuk bulan kelapan berturut-turut, jatuh kepada 2.1% pada Jun 2025, paras…

By MFM News Update
July 14, 2025
Berita Terkini

Angin perubahan bertiup di selatan,PAP dijangka menang majoriti mudah tapi…

Parti Tindakan Rakyat (PAP) telah menjadi parti dominan dalam politik Singapura sejak kemerdekaan pada tahun 1965.…

By Fatin Zulaikha
April 27, 2025
AktivitiBerita Terkini

Traders Fair South Africa 2025: Africa’s Leading Financial Minds Converge in Johannesburg

This September, Johannesburg will once again become the financial heart of Africa as Traders Fair South…

By Ahmad Danial
June 25, 2025
MFM.news

MFM.news adalah laman interaktif bagi komuniti forex di Malaysia, Brunei dan Indonesia. Di MFM anda boleh dapatkan informasi terkini berkaitan forex, isu semasa, dan pasaran kewangan secara amnya. Terdapat juga promosi hebat daripada forex broker di Malaysia dikongsi di laman ini.

Lain-Lain

  • Laman Utama
  • Peluang Dagangan
  • Berita Terkini
  • Belajar Forex

Korporat

  • Profil
  • Perkhidmatan
  • Majalah Online
  • Hubungi Kami

© 2025 MFM.news – All rights reserved.

Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?

Not a member? Sign Up