By using this site, you agree to the Privacy Policy and Terms of Use.
Accept
MFM.news
  • Majalah
    • Majalah Online
    • Terkini
    • Fundamental
    • Strategi
    • Aktiviti
    • Teknikal Analisis
  • Pilihan Editor
  • Mengenai Broker
    • Broker Forex Malaysia
    • Bonus Tanpa Deposit
    • Buka Akaun Forex
    • Copytrade Forex
  • Platform Dagangan
Reading: Pasaran hartanah dalam dilema.36,863 unit bernilai RM22.8 bilion tidak terjual
Sign In
Breaking:
Jualan Runcit Ireland melonjak semula pada bulan Jun
Jangkaan Inflasi Kawasan Euro Turun untuk Bulan Ke-2
Pengarah Asana Justin Rosenstein Menjual Lebih 339K Saham
Saham di China Mencapai Ketinggian 41 minggu
Saham India Ditutup Tinggi
MFM.newsMFM.news
Font ResizerAa
Search
  • Majalah
    • Majalah Online
    • Terkini
    • Fundamental
    • Strategi
    • Aktiviti
    • Teknikal Analisis
  • Pilihan Editor
  • Mengenai Broker
    • Broker Forex Malaysia
    • Bonus Tanpa Deposit
    • Buka Akaun Forex
    • Copytrade Forex
  • Platform Dagangan
Have an existing account? Sign In
Follow US
© MajalahForexMalaysia - All rights reserved.
MFM.news > Blog > MENARIK HARI INI! > Pasaran hartanah dalam dilema.36,863 unit bernilai RM22.8 bilion tidak terjual
MENARIK HARI INI!

Pasaran hartanah dalam dilema.36,863 unit bernilai RM22.8 bilion tidak terjual

Last updated: April 25, 2022 5:08 am
By MFM Team
3 Min Read
Share
SHARE

Hartanah kediaman siap yang tidak terjual meningkat sebanyak 24.7 peratus kepada 36,863 unit bernilai RM22.8 bilion setakat Disember 2021 berbanding tempoh sama setahun sebelumnya.

Menurut AmInvestment Bank , berdasarkan Laporan Pasaran Hartanah Tahunan 2021 yang dikeluarkan oleh Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC), Selangor masih lagi mendahului sebagai pasaran yang mempunyai kediaman siap tidak terjual paling tinggi di negara ini.

Katanya, ini diikuti oleh Johor, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.

“Dari segi jenis hartanah siap tidak terjual, unit kondominium dan pangsapuri adalah yang paling tinggi iaitu 20,505 unit atau 55.6 peratus daripada jumlah keseluruhan, diikuti oleh rumah teres sebanyak 7,389 unit atau 21.3 peratus,” katanya dalam satu nota penyelidikan.

Bank pelaburan itu berkata, status hartanah kediaman siap tidak terjual yang berharga antara RM500,000 hingga RM1 juta adalah membimbangkan, merangkumi sebahagian besar, iaitu 30 peratus dari segi jumlah unit yang gagal dihabiskan dan 33 peratus dari segi nilai keseluruhan.

Katanya, sebahagian besar daripada hartanah berkenaan adalah kediaman bertingkat tinggi.

“Sementara itu, pangsapuri servis merangkumi 73.2 peratus daripada hartanah komersial siap tidak terjual di Malaysia,” katanya.

AmInvestment Bank berkata, pada tahun lalu, pasaran hartanah di negara ini menyaksikan jumlah pelancaran kediaman terendah sejak 2007 membabitkan hanya kira-kira 44,000 unit.

Ia berkata, pemaju menangguhkan pelancaran baharu disebabkan oleh pasaran hartanah yang lemah selain inventori tidak terjual yang tinggi, menyebabkan jumlah pelancaran baharu merosot sebanyak 6.7 peratus tahun lalu berbanding 2020.

“Dari segi positif, prestasi jualan pelancaran baharu meningkat kepada 39 peratus pada 2021 berbanding 29 peratus pada 2020.

“Kami menjangkakan trend konservatif pelancaran hartanah baharu akan berterusan pada tahun kewangan 2022, memandangkan kebanyakan pemaju kecuali Mah Sing Group dan Lagenda Properties, menetapkan sasaran lebih sederhana tahun ini, yang lebih rendah daripada jumlah penjualan sebenar pada 2022,” katanya.

Sementara itu, ia berkata terdapat pemaju yang menunjukkan prestasi baik dalam segmen hartanah mampu milik.

“Projek perumahan mampu milik Mah Sing dan Lagenda Properties merekodkan kadar pengambilan yang baik bagi projek terbaharu disebabkan lokasi yang strategik, mantap dan kurang persaingan,” katanya.

AmInvestment Bank berkata, jumlah transaksi hartanah dijangka mencatatkan pemulihan secara berperingkat pada 2023, dengan sentimen pasaran yang lebih baik pasca sekatan pergerakan dan permintaan lebih tinggi susulan pembukaan semula sempadan antarabangsa.

Namun, ia menjangkakan margin operasi pemaju akan terkesan pada tahun ini disebabka oleh gangguan rantaian bekalan berterusan yang menyebabkan kenaikan kos bahan binaan.

“Kami juga bimbang dengan isu kemampuan sedia ada dalam pasaran perumahan, yang meningkat sejak penularan COVID-19 apabila pendapatan boleh pakai pengguna terkesan,” katanya. -BH

Anda Pasti Sukakan Ini

Analisa Teknikal GbpAud 04 Jan 2021

BURSA MALAYSIA BERI AMARAN MENGENAI SCAMMER PERLABURAN SAHAM MENYAMAR SEBAGAI INSTITUSI KEWANGAN YANG SAH

Analisa Teknikal Gold 23 Sep 2021

Analisa Teknikal GbpAud 16 May 2022

PAKAR PERTAHANAN NEGARA LUAR PELIK KENAPA NEGARA MERDEKA SEPERTI MALAYSIA MAHU RUJUK DARI CHINA TERLEBIH DAHULU UNTUK TENTUKAN DASAR LUARNYA DALAM ISU AUKUS

TAGGED:Beli rumahHartanahRumah mampu milik
Share This Article
Facebook Email Copy Link Print
Glad you finished the article! How do you feel about it?
Love0
Happy0
Surprise0
Embarrass0
Sleepy0
Sad0
Angry0
Leave a Comment

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


More like this

Analisa Pasaran Menjelang Laporan NFP 1 Ogos 2025: Pasaran Berjaga-jaga di Ambang Ketidaktentuan
July 30, 2025
Jualan Runcit Ireland melonjak semula pada bulan Jun
July 30, 2025
5 kereta terbaik berkelajuan tinggi
July 30, 2025
Hutang Kerajaan Persekutuan Cecah RM1.3 Trilion, Komitmen Terus Kekang Defisit Fiskal
July 30, 2025
Jangkaan Inflasi Kawasan Euro Turun untuk Bulan Ke-2
July 29, 2025
- Advertisement -
Ad image

Artikel menarik untuk anda

Berita TerkiniMENARIK HARI INI!StrategiTeknikal

Analisa Teknikal UsdCad 09 Feb 2022

By MFM Team
1 Min Read
Editor's PicksMENARIK HARI INI!

INDEKS S&P 500 TERUS MELONJAK, PELABUR MENANTI PENGUMUMAN PAKEJ RANSANGAN OLEH KERAJAAN AMERIKA SYARIKAT

By MFM Team
2 Min Read
Berita TerkiniMENARIK HARI INI!StrategiTeknikal

Analisa Teknikal NzdUsd 07 Feb 2022

By MFM Team
1 Min Read

Segalanya di Majalah Forex Malaysia

Berita Terkini

Hutang Kerajaan Persekutuan Cecah RM1.3 Trilion, Komitmen Terus Kekang Defisit Fiskal

By Azawiya Azali
July 30, 2025
3 Min Read

Kalau nak KTMB untung,kita naikkan harga tambang komuter- Anthony Loke

By Mohd Fauzi
July 14, 2025
Berita Terkini

Whale Bitcoin Bangun Lepas 14 Tahun – 80,000 BTC Berpindah! Apa Maksudnya?

By Azawiya Azali
July 8, 2025
3 Min Read
Majalah Online

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 335 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

By MFM Team
0 Min Read
- Advertisement -
Ad image
Berita Terkini

Trump Sasar Malaysia dan Thailand dalam Sekatan Baharu Cip AI ke China

WASHINGTON, 5 Julai 2025 — Amerika Syarikat kini merancang untuk mengenakan sekatan eksport baharu terhadap penghantaran…

By Azawiya Azali
July 6, 2025
News Ticker

Hasil 10 Tahun China Berkekalan Stabil

Hasil bon kerajaan 10 tahun China kekal stabil kepada sekitar 1.64% pada hari Isnin, apabila pelabur…

By MFM News Update
June 23, 2025
News Ticker

Jurang Belanjawan Rusia Melebar kepada 1.5% pada Jan-April

Defisit bajet Rusia melebar kepada 3.2 trilion rubel (USD 39.6 bilion), atau 1.5% daripada KDNK, dalam…

By MFM News Update
May 8, 2025
Santai

5 wanita paling berpengaruh dalam perniagaan global

Mary Barra Mary Barra berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan pengerusi General Motors, salah satu syarikat…

By MFM News Update
July 24, 2025
MFM.news

MFM.news adalah laman interaktif bagi komuniti forex di Malaysia, Brunei dan Indonesia. Di MFM anda boleh dapatkan informasi terkini berkaitan forex, isu semasa, dan pasaran kewangan secara amnya. Terdapat juga promosi hebat daripada forex broker di Malaysia dikongsi di laman ini.

Lain-Lain

  • Laman Utama
  • Peluang Dagangan
  • Berita Terkini
  • Belajar Forex

Korporat

  • Profil
  • Perkhidmatan
  • Majalah Online
  • Hubungi Kami

© 2025 MFM.news – All rights reserved.

Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?

Not a member? Sign Up