By using this site, you agree to the Privacy Policy and Terms of Use.
Accept
MFM.news
  • Majalah
    • Majalah Online
    • Terkini
    • Fundamental
    • Strategi
    • Aktiviti
    • Teknikal Analisis
  • Pilihan Editor
  • Mengenai Broker
    • Broker Forex Malaysia
    • Bonus Tanpa Deposit
    • Buka Akaun Forex
    • Copytrade Forex
  • Platform Dagangan
Reading: Matawang Ringgit dijangka terus melemah sebelum kembali menguat perlahan-lahan menjelang 2030
Sign In
Breaking:
Eksport Jepun Jatuh buat Kali Pertama dalam 8 Bulan
Emas Meningkat akibat Pergolakan Timur Tengah
Saham Jepun Lebih Tinggi Menjelang Keputusan BOJ
Emas Jatuh Rekod Tinggi kerana Konflik Israel-Iran Kekal Terkandas
Saham Jepun Meningkat Walaupun Ketegangan Timur Tengah
MFM.newsMFM.news
Font ResizerAa
Search
  • Majalah
    • Majalah Online
    • Terkini
    • Fundamental
    • Strategi
    • Aktiviti
    • Teknikal Analisis
  • Pilihan Editor
  • Mengenai Broker
    • Broker Forex Malaysia
    • Bonus Tanpa Deposit
    • Buka Akaun Forex
    • Copytrade Forex
  • Platform Dagangan
Have an existing account? Sign In
Follow US
© MajalahForexMalaysia - All rights reserved.
MFM.news > Blog > Sentimen > Matawang Ringgit dijangka terus melemah sebelum kembali menguat perlahan-lahan menjelang 2030
Sentimen

Matawang Ringgit dijangka terus melemah sebelum kembali menguat perlahan-lahan menjelang 2030

Last updated: January 23, 2024 2:08 pm
By Azawiya Azali
2 Min Read
Share
SHARE

Ringgit ditutup rendah semalam berbanding dolar AS, bersama-sama mata wang sedang pesat membangun lain, apabila pelabur memilih dolar AS berikutan kebimbangan terhadap prospek ekonomi global dan menjelang pelepasan data AS akhir minggu ini yang mungkin mempengaruhi prospek kadar faedah di AS.

Pasaran pertukaran asing (FX) global didagangkan dengan berhati-hati menjelang banyaknya data ekonomi AS yang penting, yang boleh mempengaruhi jangkaan mengenai potensi penurunan kadar faedah AS pada Mac.

Data kadar inflasi Malaysia, yang dikeluarkan , menunjukkan harga meningkat sebanyak 2.5% pada 2023, lebih rendah daripada 3.3% yang dicatatkan pada 2022.

Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) stabil kerana pendirian dasar monetari boleh dianggap terhad memandangkan kadar faedah sebenar pada masa ini berada pada 1.5% pada bulan Disember.

Selain menunggu penyata dasar monetari pertama BNM pada 24 Jan, minggu ini dijangka sibuk dengan keputusan dasar monetari terbaru Bank of Japan, yang dijadualkan dikeluarkan awal pagi Selasa, dan keputusan dasar monetari Bank Pusat Eropah pada hari Rabu.

Pada jam 6 petang, ringgit diniagakan pada 4.7280/7335 berbanding dolar AS, berbanding 4.7160/7210 pada penutup Jumaat lepas.

Berbanding sekumpulan mata wang utama, ringgit juga diniagakan lebih rendah.

Ia susut berbanding euro pada 5.1516/5.1576 daripada 5.1324/5.1379 dan lebih rendah berbanding pound Britain pada 6.0065/6.0134 daripada 5.9822/5.9886.

Ia lemah berbanding yen Jepun kepada 3.1918/3.1957 daripada 3.1871/3.1907 pada penutup Jumaat.

Pada masa yang sama, mata wang tempatan didagangkan bercampur-campur berbanding mata wang Asean.

Ia turun berbanding dolar Singapura kepada 3.5252/3.5298 daripada 3.5176/3.5216 dan susut berbanding rupiah Indonesia kepada 302.3/302.8 daripada 301.9/302.4 pada penutup minggu lepas.

Ringgit menambah nilai berbanding peso Filipina kepada 8.40/8.42 daripada 8.43/8.44 dan meningkat berbanding baht Thailand kepada 13.2493/13.2706 daripada 13.2733/13.2941, sebelumnya.

Ringgit dijangka akan terus jatuh dalam jangka masa terdekat disebabkan prestasi dolar Amerika Syarikat (AS) yang terus mengukuh.Mata wang tempatan dijangka kekal berada di bawah tekanan memandangkan minat belian terhadap dolar AS kekal terus mengukuh.Ringgit berpotensi jatuh ke tahap lebih buruk sebelum dijangka kembali menguat pada tahun 2030 bergantung kepada sentimen pasaran semasa.

Anda Pasti Sukakan Ini

EUR/USD: Long-term trend remains tilted to the upside

Tips Untuk Menjadi Trader Berjaya

PENYEBARAN VARIAN DELTA RENCATKAN PEMULIHAN EKONOMI EROPAH

MESIN ATM: JENIS DAN CARA PENGGUNAANYA YANG SELAMAT

RUSIA AKAN MENGELUARKAN ASET DOLAR DARI NATIONAL WEALTH FUND SEBAGAI TINDAK BALAS KEATAS SEKATAN US

TAGGED:Nilai Ringgit MalaysiaRinggit jatuhRinggit lemahRinggit malaysia jatuh
Share This Article
Facebook Email Copy Link Print
Glad you finished the article! How do you feel about it?
Love0
Happy0
Surprise0
Embarrass0
Sleepy0
Sad0
Angry0
Leave a Comment

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


More like this

Kisah Lagenda Scammer Malaysia,Pak Man Telo
June 18, 2025
Mengajar Forex Boleh Kena Tangkap? Ini Kebenaran Yang Ramai Tak Tahu!
June 18, 2025
Kenapa Orang Trade Forex Buat Duit Tapi Anda Tidak?
June 18, 2025
Eksport Jepun Jatuh buat Kali Pertama dalam 8 Bulan
June 18, 2025
Emas Meningkat akibat Pergolakan Timur Tengah
June 17, 2025
- Advertisement -
Ad image

Artikel menarik untuk anda

SantaiSentimenStrategi

Leverage Dalam Forex

By MFM Team
5 Min Read
Berita Terkini

Ringgit Malaysia jatuh kepada RM4.35 sedolar AS

By Ahmad Danial
0 Min Read

Apa itu Scalper Saham?

By MFM Team
4 Min Read

Segalanya di Majalah Forex Malaysia

News Ticker

Rupee India Melemah Lagi

By MFM News Update
May 22, 2025
1 Min Read

Semakin Ramai Wanita Janda Kian Menyerlah Dalam Dunia Forex: Jadi IB & Trader Berjaya

By Fatin Zulaikha
June 12, 2025
Berita Terkini

Analisis Kesan Kadar Faedah AS Terkini ke atas Pasaran Forex Global dan Ringgit Malaysia

By Azawiya Azali
May 22, 2025
4 Min Read
Majalah Online

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 335 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

By MFM Team
0 Min Read
- Advertisement -
Ad image
News Ticker

GBP/USD: Sterling Menyambung Ayunan— Tuntut Semula $1.33 Selepas Dua Hari Turun

Perkara utama: Dolar melemah apabila retorik tarif Trump menjadi senyap dalam minggu yang tenang tanpa sebarang…

By MFM News Update
April 25, 2025
News Ticker

Saham Hong Kong Di Bawah Tekanan

Saham Hong Kong jatuh 536 mata, atau 2.5%, kepada 20,934 sekitar tengah hari pada hari Rabu,…

By MFM News Update
April 16, 2025
News Ticker

Saham Jepun Lebih Tinggi Menjelang Keputusan BOJ

Nikkei 225 meningkat 0.3% kepada melebihi 38,400, manakala Topix yang lebih luas menokok 0.1% kepada 2,780…

By MFM News Update
June 17, 2025
News Ticker

Ekuiti di New Zealand Meningkat Lagi

NZX 50 meningkat 64 mata, atau 0.5%, kepada 12,708 pada awal dagangan Rabu, membina keuntungan daripada…

By MFM News Update
May 21, 2025
MFM.news

MFM.news adalah laman interaktif bagi komuniti forex di Malaysia, Brunei dan Indonesia. Di MFM anda boleh dapatkan informasi terkini berkaitan forex, isu semasa, dan pasaran kewangan secara amnya. Terdapat juga promosi hebat daripada forex broker di Malaysia dikongsi di laman ini.

Lain-Lain

  • Laman Utama
  • Peluang Dagangan
  • Berita Terkini
  • Belajar Forex

Korporat

  • Profil
  • Perkhidmatan
  • Majalah Online
  • Hubungi Kami

© 2025 MFM.news – All rights reserved.

Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?

Not a member? Sign Up