By using this site, you agree to the Privacy Policy and Terms of Use.
Accept
MFM.news
  • Majalah
    • Majalah Online
    • Terkini
    • Fundamental
    • Strategi
    • Aktiviti
    • Teknikal Analisis
  • Pilihan Editor
  • Mengenai Broker
    • Broker Forex Malaysia
    • Bonus Tanpa Deposit
    • Buka Akaun Forex
    • Copytrade Forex
  • Platform Dagangan
Reading: Kisah Lagenda Scammer Malaysia,Pak Man Telo
Sign In
Breaking:
Kadar Inflasi Oman Terendah Dalam 7 Bulan
Dolar Australia Meningkat Lebih Tinggi
Kadar Inflasi India Jatuh kepada 2019-Terendah
Eksport China Meningkat Lebih Daripada Jangkaan
Kadar Inflasi Serbia Mencapai Tinggi 5 Bulan
MFM.newsMFM.news
Font ResizerAa
Search
  • Majalah
    • Majalah Online
    • Terkini
    • Fundamental
    • Strategi
    • Aktiviti
    • Teknikal Analisis
  • Pilihan Editor
  • Mengenai Broker
    • Broker Forex Malaysia
    • Bonus Tanpa Deposit
    • Buka Akaun Forex
    • Copytrade Forex
  • Platform Dagangan
Have an existing account? Sign In
Follow US
© MajalahForexMalaysia - All rights reserved.
MFM.news > Blog > Berita Terkini > Kisah Lagenda Scammer Malaysia,Pak Man Telo
Berita Terkini

Kisah Lagenda Scammer Malaysia,Pak Man Telo

Last updated: June 18, 2025 9:59 am
By Azawiya Azali
4 Min Read
Share
SHARE

Kalau zaman sekarang ada scammer online, dulu Malaysia dah ada raja segala scammer, siapa lagi kalau bukan Pak Man Telo. Nama sebenar dia Osman Hamzah, dulu kerja wartawan je kat akhbar Warta Negara dan lepas tu jadi wartawan sambilan Bernama. Tapi kerjaya dia betul-betul ‘meletup’ bila dia ubah haluan – dari pegang pen jadi pengasas skim cepat kaya paling femes satu Malaysia.

Kandungan
Mula dengan Gaya, Duit Masuk Tak MenyahutBNM Dah Bau ‘Peluh’ Skim NiBila Janji Tak Ditepati, Drama Pun BermulaMuka Masuk Paper, Tapi Bukan Sebab Anugerah

Mula dengan Gaya, Duit Masuk Tak Menyahut

Akhir 70-an, Pak Man mula gerakkan Skim Pertama Berhad – satu skim pelaburan yang kononnya boleh bagi dividen 10%-12% setiap bulan. Tak payah tanya pelaburan tu jalan macam mana, sebab sebenarnya langsung takda bisnes pun. Tapi sebab orang awal yang join dapat duit lumayan, makin ramai pun melabur.
Logiknya simple – masuk duit, duduk diam, tunggu kaya. Apa lagi, semua pakat join!

BNM Dah Bau ‘Peluh’ Skim Ni

Tapi langit takkan cerah selamanya. 1 Oktober 1989, BNM masuk campur sebab Pak Man kumpul duit tanpa lesen. Lepas tu 2 November, rumah dia sekali lagi diserbu. Dia, isteri, dan anak ditahan. Siap rampas RM1.7 juta tunai.

Tapi twist dia, sebab masa tu undang-undang longgar, duit tu kena pulangkan balik kat dia! Makin ramai pulak yang percaya dan sokong. Bayangkan, kat luar mahkamah siap ada penyokong jerit “Hidup Pak Man!”. Fuh, dah macam selebriti scammer.

Bila Janji Tak Ditepati, Drama Pun Bermula

Masuk September 1990, pelabur mula cuak sebab dividen makin sikit. Dari 12%, jatuh ke 5% – alasan dia sebab ekonomi merudum sebab Perang Teluk. Tapi lepas tu, langsung tak bayar apa-apa.
Awal 1991, pelabur mula mengamuk. Rumah dia kena serang, kereta kena pecah, dan anak lelaki dia kena culik sebab pelabur nak tebus balik duit – RM430,000. Nasib baik polis cekap, semua penculik kena tangkap.

Muka Masuk Paper, Tapi Bukan Sebab Anugerah

April 1991, Pak Man ditahan sekali lagi. Kali ni tuduhan berat – ambil deposit dari 50,000 orang, jumlah hampir RM100 juta! Yang lagi ‘legend’, bila disoal, dia sendiri tak tahu berapa jumlah sebenar sebab tak catat satu pun rekod transaksi. Betul-betul sistem ‘percaya dan redha’.

Dia dibicara pada awal 1992, dan didapati bersalah. Mahkamah jatuhkan hukuman setahun penjara dan denda RM500,000. Tapi sebab tak mampu bayar, kena tambah lagi setahun dalam lokap. Tamat hukuman, dia tak balik rumah terus – dia kena buang daerah ke Kuala Berang, Terengganu.

Kat sana, hidup dia berubah total. Dari jutawan skim cepat kaya, dia tukar angin jadi tukang baiki radio dan TV. Sampailah dia meninggal 22 Disember 1997, umur 70 tahun, sebab sakit tua.


Moral of the story:
Zaman Pak Man dulu, duit jalan tak payah risaukan produk. Tapi akhirnya, kebenaran tetap terbongkar. Mungkin hari ini scam jadi lebih moden – tapi konsep tamak dan cepat kaya tetap tak lapuk ditelan zaman.
Jadi ingat, kalau ada orang janjikan untung bulanan tak masuk akal, ingatlah nama Pak Man Telo – raja skim cepat kaya Malaysia.

Anda Pasti Sukakan Ini

Analisa Teknikal GbpUsd 29 April 2022

PENGELUARAN KHAS KWSP 10K DIBAYAR ‘ONE-OFF’ MULAI 20 APRIL MELALUI PORTAL KHAS

Kes kematian akibat jangkitan COVID-19 dilaporkan mencecah hampir 60,000 di China sejak sekatan dilonggarkan di negara itu

Analisis Harga NZD/USD: Menahan pergerakan ke arah 0.6150

Bank Of Canada naikkan kadar faedah sebanyak 100 mata asas kepada 2.5%

Share This Article
Facebook Email Copy Link Print
Glad you finished the article! How do you feel about it?
Love0
Happy0
Surprise0
Embarrass0
Sleepy0
Sad0
Angry0
Leave a Comment

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


More like this

Kadar Inflasi Oman Terendah Dalam 7 Bulan
July 15, 2025
Dolar Australia Meningkat Lebih Tinggi
July 15, 2025
Kalau nak KTMB untung,kita naikkan harga tambang komuter- Anthony Loke
July 14, 2025
Kadar Inflasi India Jatuh kepada 2019-Terendah
July 14, 2025
Skandal Rasuah Minyak 285 Trillion! Riza Chalid DiBuru Indonesia,Dipercayai Melarikan Diri Ke Malaysia
July 14, 2025
- Advertisement -
Ad image

Artikel menarik untuk anda

Berita Terkini

MyCC siasat penglibatan ahli politik lindungi kartel ayam

By MFM Team
2 Min Read
Berita Terkini

Fed expected to hike rates by three-quarters of a point again, but its forecast may matter most

By Fatin Zulaikha
9 Min Read
Berita TerkiniMENARIK HARI INI!

Perniagaan daging anjing di Indonesia berkembang pesat walaupun dibantah kumpulan hak asasi haiwan

By Fakhrul Razi
3 Min Read

Segalanya di Majalah Forex Malaysia

News Ticker

Pound Melemah Menjelang Keputusan BoE

By MFM News Update
June 19, 2025
1 Min Read

Kisah Lagenda Scammer Malaysia,Pak Man Telo

By Azawiya Azali
June 18, 2025
Berita Terkini

Rakyat Malaysia Bakal Nikmati Tarif Elektrik Lebih Adil Mulai 1 Julai 2025!

By Ahmad Danial
June 22, 2025
4 Min Read
Majalah Online

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 335 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

By MFM Team
0 Min Read
- Advertisement -
Ad image
News Ticker

Paun Bertahan Hampir 3 Tahun Tinggi

Pound Britain mengurangkan kenaikan awal untuk menstabilkan sekitar $1.34, selepas mencecah secara ringkas $1.3469—paras paling kukuh…

By MFM News Update
May 21, 2025
Berita Terkini

Cyprus Bakal Jadi Palestin Baharu? Ribuan Pelarian Israel Tinggalkan Tanah Haram yang Musnah Dihujani Misil Iran

Larnaca, 18 Jun 2025 – Dunia kini menyaksikan satu fenomena luar biasa: ribuan warga Israel melarikan…

By Azawiya Azali
June 18, 2025
News Ticker

Hasil 10 Tahun Jepun Merosot disebabkan Data Ekonomi yang Lemah

Hasil bon kerajaan Jepun 10 tahun susut kepada sekitar 1.3% pada hari Rabu, menandakan paras terendah…

By MFM News Update
April 30, 2025
News Ticker

Kadar Inflasi Filipina Meningkat

Kadar inflasi tahunan di Filipina meningkat kepada 1.4% pada Jun 2025 daripada paras terendah lebih lima…

By MFM News Update
July 4, 2025
MFM.news

MFM.news adalah laman interaktif bagi komuniti forex di Malaysia, Brunei dan Indonesia. Di MFM anda boleh dapatkan informasi terkini berkaitan forex, isu semasa, dan pasaran kewangan secara amnya. Terdapat juga promosi hebat daripada forex broker di Malaysia dikongsi di laman ini.

Lain-Lain

  • Laman Utama
  • Peluang Dagangan
  • Berita Terkini
  • Belajar Forex

Korporat

  • Profil
  • Perkhidmatan
  • Majalah Online
  • Hubungi Kami

© 2025 MFM.news – All rights reserved.

Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?

Not a member? Sign Up