By using this site, you agree to the Privacy Policy and Terms of Use.
Accept
MFM.news
  • Majalah
    • Majalah Online
    • Terkini
    • Fundamental
    • Strategi
    • Aktiviti
    • Teknikal Analisis
  • Pilihan Editor
  • Mengenai Broker
    • Broker Forex Malaysia
    • Bonus Tanpa Deposit
    • Buka Akaun Forex
    • Copytrade Forex
  • Platform Dagangan
Reading: HARGA BARANG NAIK GILA-GILA SEHINGGA PERTENGAHAN TAHUN DEPAN
Sign In
Breaking:
Eksport China Meningkat Lebih Daripada Jangkaan
Kadar Inflasi Serbia Mencapai Tinggi 5 Bulan
Saham Eropah Turun pada Jumaat, Tarif Diperhati
Saham Jepun Jatuh apabila Rundingan Perdagangan AS-Jepun Terhenti
Kadar Inflasi Jun Mesir Jatuh Lebih Daripada Jangkaan
MFM.newsMFM.news
Font ResizerAa
Search
  • Majalah
    • Majalah Online
    • Terkini
    • Fundamental
    • Strategi
    • Aktiviti
    • Teknikal Analisis
  • Pilihan Editor
  • Mengenai Broker
    • Broker Forex Malaysia
    • Bonus Tanpa Deposit
    • Buka Akaun Forex
    • Copytrade Forex
  • Platform Dagangan
Have an existing account? Sign In
Follow US
© MajalahForexMalaysia - All rights reserved.
MFM.news > Blog > Editor's Picks > HARGA BARANG NAIK GILA-GILA SEHINGGA PERTENGAHAN TAHUN DEPAN
Editor's PicksMENARIK HARI INI!

HARGA BARANG NAIK GILA-GILA SEHINGGA PERTENGAHAN TAHUN DEPAN

Last updated: November 27, 2021 9:21 am
By MFM Team
3 Min Read
Share
SHARE

Isu kenaikan harga barang kini menjadi perbualan ramai rakyat di bawah. Suri rumah merungut harga ikan, ayam dan sayur-sayuran naik mendadak. Kontraktor binaan dan orang kampung yang berhasrat membina bina rumah juga resah dengan kenaikan harga bahan binaan. Pesawah pula dibebani kenaikan harga benih padi dan racun.

Kenaikan harga bahan mentah ini ada kesan rantaian yang panjang jika tidak ditangani dengan berkesan. Kenaikan harga bahan binaan akan mendorong kepada kenaikan harga rumah.

Memandangkan harga rumah sudah sedia tinggi, peningkatan berterusan harga rumah bermakna semakin ramai yang tidak berupaya untuk memiliki rumah sendiri pada masa depan.

Harga bahan mentah makanan pula menjurus kepada kenaikan harga makanan bermasak. Hari ini, kalau makan nasi campur di kedai di Lembah Klang, sukar untuk mendapat harga di bawah RM10. Kita semua memang cuba berjimat.

Rata-rata orang bercakap mengenai kenaikan harga barangan menggila-gila. Ada 100 peratus kenaikannya dan ada pula barangan yang naik sampai 200 peratus. Sudah tidak terkawal segala barang yang dalam kawalan.

Orang yang berduit dan bergaji besar tak kisah semua ini, tetapi rakyat marhaen, kantin sekolah, sekolah berasrama penuh, maahad tahfiz, sekolah Agama Rakyat dan rumah kebajikan anak yatim dan sebagainya sangat terkesan dengan kenaikan ini.


Berapa perbelanjaan isi rumah hari ini? Berapa komitmen bulanan yang perlu disediakan oleh ketua keluarga? Inilah himpitan hidup.

Golongan kapitalis sering mengambil kesempatan di atas kesempitan dan kelemahan pihak rakyat kebanyakan. Sorok barang, manipulasi harga dan berbagai helah mereka. Usah harapkan mereka ada hati perut untuk fikir kesusahan pihak lain.

Sepatutnya semua pihak insaf, saling tolong menolong ketika semua pihak masih terkesan akibat pandemik COVID-19 ini. Masing-masing ada cara untuk menolongnya. Peniaga, pembekal ada cara tolongnya iaitu mengenakan harga berpatutan.

Manakala orang ramai pula selaku pelanggan menolong peniaga, pembekal untuk menghidupkan putaran ekonomi melalui kuasa beli yang ada kepada mereka. Yang pentingnya jangan terlalu tamak haloba.

Kerajaan perlu tingkatkan kawalan di dalam semua sektor kerana setiap masalah saling berkaitan di antara satu dengan yang lainnya.Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan agensi lain yang berkaitan perlu berterusan memantau dan mengambil tindakan penguatkuasaan bagi menangani isu kenaikan harga barang ini.

Rakyat negara ini perlu bersedia berdepan dengan kenaikan harga barang yang dijangka antara 30 hingga 200 peratus menjelang 2022 ekoran fenomena global dan spekulasi peniaga. Semua barangan keperluan asas dijangka menghadapi kenaikan, terutamanya makanan kerana sehingga kini negara ma­sih bergantung kepada aktiviti import untuk menampung ke­perluan domestik. Ditambah nilai ringgit yang menyusut pada kadar RM4.24 berbanding dolar Amerika.

Anda Pasti Sukakan Ini

8 SIKAP TRADER YANG BERJAYA!

4 Cara Anda Boleh ”Mula Semula” Dalam Dunia Forex

PASARAN, SEMINGGU SEBELUM MENJELANG TAHUN 2021

Edukasi Forex:Apa itu mesyuarat FOMC

PENGASAS HONG LEONG KINI JUTAWAN TERKAYA MALAYSIA

TAGGED:forex malaysiaharga barang naikInflasi Malaysiakenaikkan harga barangKPDNKK
Share This Article
Facebook Email Copy Link Print
Glad you finished the article! How do you feel about it?
Love0
Happy0
Surprise0
Embarrass0
Sleepy0
Sad0
Angry0
Leave a Comment

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


More like this

Skandal Rasuah Minyak 285 Trillion! Riza Chalid DiBuru Indonesia,Dipercayai Melarikan Diri Ke Malaysia
July 14, 2025
Bitcoin Cecah Paras Tertinggi Sepanjang Zaman – Lebih $120,000! Ini Sebabnya
July 14, 2025
Eksport China Meningkat Lebih Daripada Jangkaan
July 14, 2025
Kadar Inflasi Serbia Mencapai Tinggi 5 Bulan
July 11, 2025
Saham Eropah Turun pada Jumaat, Tarif Diperhati
July 11, 2025
- Advertisement -
Ad image

Artikel menarik untuk anda

Berita TerkiniMENARIK HARI INI!StrategiTeknikal

Analisa Teknikal AudUsd 04 Jan 2022

By MFM Team
1 Min Read
Majalah Online

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 295 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

By MFM Team
0 Min Read
AktivitiBerita TerkiniEditor's Picks

LAPORAN TERKINI BOTT 2019 MINGGU KE-2

By NAJMULDIN BIN HAMZAH
0 Min Read

Segalanya di Majalah Forex Malaysia

Berita Terkini

Mengajar Forex Boleh Kena Tangkap? Ini Kebenaran Yang Ramai Tak Tahu!

By Azawiya Azali
June 18, 2025
2 Min Read

Kisah Lagenda Scammer Malaysia,Pak Man Telo

By Azawiya Azali
June 18, 2025
Berita Terkini

Rakyat Malaysia Bakal Nikmati Tarif Elektrik Lebih Adil Mulai 1 Julai 2025!

By Ahmad Danial
June 22, 2025
4 Min Read
Majalah Online

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 335 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

By MFM Team
0 Min Read
- Advertisement -
Ad image
News Ticker

Dolar Melanjutkan Penurunan

Indeks dolar jatuh kepada 100.3 pada hari Rabu, berundur lebih jauh daripada paras tertinggi sebulan yang…

By MFM News Update
May 14, 2025
News Ticker

Harga Pengguna Brunei Menurun untuk Kali Ketiga pada 2025

Harga pengguna di Brunei jatuh sebanyak 0.1% tahun ke tahun pada April 2025, susut daripada penurunan…

By MFM News Update
May 26, 2025
News Ticker

Saham Hong Kong Meningkat untuk Sesi Ke-4

Saham Hong Kong meningkat 205 mata atau 0.9% kepada 24,385 pada dagangan awal pada hari Rabu,…

By MFM News Update
June 25, 2025
Berita Terkini

Skandal Rasuah Minyak 285 Trillion! Riza Chalid DiBuru Indonesia,Dipercayai Melarikan Diri Ke Malaysia

Muhammad Riza Chalid, yang dikenali sebagai “raja minyak”, akhirnya ditetapkan sebagai suspek oleh pihak Peguam Negara…

By Azawiya Azali
July 14, 2025
MFM.news

MFM.news adalah laman interaktif bagi komuniti forex di Malaysia, Brunei dan Indonesia. Di MFM anda boleh dapatkan informasi terkini berkaitan forex, isu semasa, dan pasaran kewangan secara amnya. Terdapat juga promosi hebat daripada forex broker di Malaysia dikongsi di laman ini.

Lain-Lain

  • Laman Utama
  • Peluang Dagangan
  • Berita Terkini
  • Belajar Forex

Korporat

  • Profil
  • Perkhidmatan
  • Majalah Online
  • Hubungi Kami

© 2025 MFM.news – All rights reserved.

Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?

Not a member? Sign Up