By using this site, you agree to the Privacy Policy and Terms of Use.
Accept
MFM.news
  • Majalah
    • Majalah Online
    • Terkini
    • Fundamental
    • Strategi
    • Aktiviti
    • Teknikal Analisis
  • Pilihan Editor
  • Mengenai Broker
    • Broker Forex Malaysia
    • Bonus Tanpa Deposit
    • Buka Akaun Forex
    • Copytrade Forex
  • Platform Dagangan
Reading: EMPAT CARA KENALPASTI PENIPUAN PELABURAN
Sign In
Breaking:
Inflasi Kenya Menurun kepada 3.8% pada bulan Mei
Perumahan Jepun Mula Jatuh Lebih Daripada Jangkaan
Hasil Gilt 10 Tahun UK Meningkat
Thailand Dedahkan Bajet 2026 Di Tengah-tengah Masalah Ekonomi
Saham Kanada Mencapai Rekod Tinggi
MFM.newsMFM.news
Font ResizerAa
Search
  • Majalah
    • Majalah Online
    • Terkini
    • Fundamental
    • Strategi
    • Aktiviti
    • Teknikal Analisis
  • Pilihan Editor
  • Mengenai Broker
    • Broker Forex Malaysia
    • Bonus Tanpa Deposit
    • Buka Akaun Forex
    • Copytrade Forex
  • Platform Dagangan
Have an existing account? Sign In
Follow US
© MajalahForexMalaysia - All rights reserved.
MFM.news > Blog > Editor's Picks > EMPAT CARA KENALPASTI PENIPUAN PELABURAN
Editor's PicksMENARIK HARI INI!

EMPAT CARA KENALPASTI PENIPUAN PELABURAN

Last updated: July 30, 2021 5:42 am
By MFM Team
5 Min Read
Share
SHARE

TAHUKAH anda, hampir sejuta rakyat Malaysia tertipu dengan skim penipuan pelaburan atau scam? Macam tak percaya, tetapi itulah realiti yang melanda negara kita.

Menurut laporan dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendedahkan bahawa seramai 974,301 individu kerugian RM3.8 bilion disebabkan skim-skim penipuan yang wujud. Di antara skim penipuan yang popular adalah skim emas, mata wang digital, saham dan perniagaan.

Memang menyedihkan apabila kita melihat akhbar mengenai kisah orang ramai ditipu ‘scammers’ yang cilik ini. Tidak kira tua atau muda, lelaki atau perempuan, yang bekerja di bandar atau di kampung, yang berpelajaran mahu pun yang bukan semuanya ditipu dengan skim-skim penipuan pelaburan (scam).

Ini kerana sikap tamak manusia itu sendiri, yang mahu hidup senang-lenang tanpa perlu berusaha keras untuk mencari rezeki. Siapa yang tidak teruja dengan janji-janji manis seperti ‘labur sekali, dapat duit setiap bulan?’

Akhirnya kita sanggup menyerahkan duit tanpa berfikir panjang. Ada yang bekerja berpuluh tahun, tetapi dengan mudah menyerahkan semua wang simpanan kepada individu yang baru dikenali.

Jadi bagaimanakah caranya untuk kita kena lpasti skim-skim penipuan yang bertopengkan pelaburan ini?

Terima deposit tanpa lesen

Di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (FSA) dan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (IFSA) yang dikeluarkan Bank Negara Malaysia (BNM), menerima deposit tanpa lesen yang diberikan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan / Akta Perkhidmatan Kewangan Islam adalah dilarang.

Perkara pertama yang harus disemak adalah, samada syarikat tersebut mempunyai lesen untuk mengambil wang daripada orang ramai. Bukan lesen daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau lesen Akuan Pendaftaran Syarikat Bumiputera daripada Kementerian Kewangan Malaysia (KKM), tetapi lesen daripada BNM.

Kebanyakan daripada mereka akan beritahu bahawa syarikat mereka adalah berdaftar, jadi tak perlu risau. Tapi adakah mereka berdaftar untuk mengambil duit daripada khalayak ramai? Kalau tiada lesen untuk terima deposit tu, cepat-cepatlah jauhkan diri anda.

Untung besar

Kedua, skim pelaburan tersebut menjanjikan pulangan dan keuntungan yang besar. Apakah yang dimaksudkan dengan untung besar?

Cuba kita bandingkan dengan pulangan daripada skim pelaburan popular seperti Amanah Saham Bumiputera (ASB). Boleh juga bandingkan dengan kadar dividen Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) dan hibah Tabung Haji (TH). Dah ada jawapannya?

Kini tengok pula pulangan yang dijanjikan skim-skim penipuan pelaburan (scam) tersebut. Kebanyakannya menjanjikan pulangan yang luar biasa tinggi, seperti 10 peratus sebulan atau 50 peratus setahun. Kalau difikirkan secara logik, memang tak masuk akal.

Ramai di kalangan kita yang tewas dengan tawaran untung besar ini.

Tiada risiko langsung

Ada ke pelaburan yang tak berisiko? Jawapannya ada, iaitu dengan bersedekah atau berwakaf. Allah telah berjanji bahawa tidak akan miskin seseorang itu jika beliau bersedekah; malah makin bertambah rezeki.

Tetapi skim penipuan pelaburan (scam) kebanyakannya memberi jaminan bahawa pelaburan mereka tiada risiko langsung. Malah, ianya berkait rapat dengan untung besar.

Biasa dengar istilah ‘High Risk High Return’ kan? Untuk mendapat pulangan yang tinggi, kita perlu mengambil risiko yang tinggi. Kalau risiko kecil, maka pulangannya pun kecil.

Jadi bagaimanakah caranya untuk mendapatkan pulangan yang tinggi, kalau tiada risiko yang terlibat?

Sedangkan peniaga kuih tepi jalan yang popular sekalipun dengan jualan pasti habis setiap hari, jika ditakdirkan pagi tersebut berlakunya ribut petir; pastinya jualan kuih beliau akan terjejas.

Tiada pemegang amanah

Terakhir sekali, pastikan syarikat pelaburan tersebut mempunyai pemegang amanah atau trustee. Ini kerana pengarah syarikat tidak boleh sewenang-wenangnya mengeluarkan duit daripada akaun yang dipegang oleh pemegang amanah.

Perlu ada alasan yang kukuh dan bukti yang jelas. Bukan boleh sesuka hati withdraw atau transfer duit daripada akaun bank dengan begitu sahaja.

Tapi kalau kita terus ‘bank in’ ke akaun syarikat atau akaun pengarah syarikat, memang gembiralah mereka. Bila-bila nak pakai duit, boleh terus keluarkan daripada akaun bank. Untuk tujuan apa nak guna duit tersebut, pun tak perlu dinyatakan. Dah buat macam duit sendiri pula.

Rakyat Malaysia perlu mantapkan ilmu perancangan kewangan. Kesedaran rakyat Malaysia mengenai ilmu perancangan kewangan masih berada di tahap yang rendah. Sebab itulah pentingnya untuk mendapatkan ilmu daripada sumber yang sahih.

Mari bersama-sama kita berdoa agar rakyat Malaysia terselamat daripada menjadi mangsa skim penipuan pelaburan (scam).

Anda Pasti Sukakan Ini

KEMANA HALA TUJU HARGA MINYAK? APA YANG PERLU ANDA LAKUKAN?.

“PENYANGAK” YANG KAUT $1 BILLION DOLLAR KEUNTUNGAN FOREX DALAM MASA 24 JAM

HARGA EMAS TERUS MENDAKI MENJELANG TAHUN BARU 2021

UK TARIK BALIK SEMUA SOP COVID 19

AIR ASIA X : SYARIKAT PENERBANGAN TAMBANG MURAH BERNILAI 1 SEN

TAGGED:Kenali penipuan pelaburanscammer sahamtaktik scammer saham
Share This Article
Facebook Email Copy Link Print
Glad you finished the article! How do you feel about it?
Love0
Happy0
Surprise0
Embarrass0
Sleepy0
Sad0
Angry0
Leave a Comment

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


More like this

Nissan Pertimbang Jual Ibu Pejabat di Yokohama Demi Kelangsungan Syarikat
May 31, 2025
FBM KLCI Dijangka Bergerak Dalam Julat Tidak Menentu – Pelabur Disaran Waspada Menjelang Minggu Singkat Perdagangan
May 31, 2025
Inflasi Kenya Menurun kepada 3.8% pada bulan Mei
May 30, 2025
Tong Gas Ungu: Ramai Peniaga Kecil Mula Rasa Terbeban?
May 30, 2025
Perumahan Jepun Mula Jatuh Lebih Daripada Jangkaan
May 30, 2025
- Advertisement -
Ad image

Artikel menarik untuk anda

Berita TerkiniEditor's PicksMENARIK HARI INI!

PERKEMBANGAN TERKINI BREXIT: PERGERAKAN MATAWANG POUND STERLING JADI TUMPUAN

By MFM Team
3 Min Read
Berita TerkiniMENARIK HARI INI!StrategiTeknikal

Analisa Teknikal EurAud 22 Dis 2021

By Zulhilmi Mohd Diah
0 Min Read
Berita TerkiniMENARIK HARI INI!StrategiTeknikal

Analisa Teknikal gbpusd 16 Nov 2021

By Zulhilmi Mohd Diah
1 Min Read

Segalanya di Majalah Forex Malaysia

News Ticker

Saham Australia Merosot 0.6% pada Tamat

By MFM News Update
May 19, 2025
1 Min Read

Bill Gates Pilih Indonesia untuk Ujikaji Vaksin TBC

By Ahmad Danial
May 7, 2025
Berita Terkini

Sarawak,Brunei,Filipina; Medan Petempuran Laut China Selatan

By Fatin Zulaikha
May 6, 2025
4 Min Read
Majalah Online

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 335 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

By MFM Team
0 Min Read
- Advertisement -
Ad image
Berita Terkini

USD Melemah Membantu Ringgit Makin Mengukuh

KUALA LUMPUR, 7 Mei 2025 – Ringgit Malaysia terus menunjukkan prestasi memberangsangkan apabila mata wang tempatan…

By Fatin Zulaikha
May 7, 2025
Berita Terkini

Malaysia Tidak Kenakan Tarif Balas, Fokus Rundingan & Strategi

Malaysia tidak bercadang mengenakan tarif balas susulan keputusan Amerika Syarikat (AS) menaikkan tarif kepada 24% ke…

By Ahmad Danial
April 4, 2025
Berita Terkini

China Kekal Sebagai Rakan Dagang Penting Malaysia

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa China akan terus menjadi rakan dagang paling penting…

By Azawiya Azali
April 17, 2025
News Ticker

Saham AS Memadam Kerugian

Saham AS memadamkan kerugian awal apabila pasaran terus menilai bagaimana latar belakang defisit yang semakin meningkat,…

By MFM News Update
May 20, 2025
MFM.news

MFM.news adalah laman interaktif bagi komuniti forex di Malaysia, Brunei dan Indonesia. Di MFM anda boleh dapatkan informasi terkini berkaitan forex, isu semasa, dan pasaran kewangan secara amnya. Terdapat juga promosi hebat daripada forex broker di Malaysia dikongsi di laman ini.

Lain-Lain

  • Laman Utama
  • Peluang Dagangan
  • Berita Terkini
  • Belajar Forex

Korporat

  • Profil
  • Perkhidmatan
  • Majalah Online
  • Hubungi Kami

© 2025 MFM.news – All rights reserved.

Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?

Not a member? Sign Up