By using this site, you agree to the Privacy Policy and Terms of Use.
Accept
MFM.news
  • Majalah
    • Majalah Online
    • Terkini
    • Fundamental
    • Strategi
    • Aktiviti
    • Teknikal Analisis
  • Pilihan Editor
  • Mengenai Broker
    • Broker Forex Malaysia
    • Bonus Tanpa Deposit
    • Buka Akaun Forex
    • Copytrade Forex
  • Platform Dagangan
Reading: Ekonomi Malaysia dijangka terus sederhana dalam tempoh terdekat – Perangkaan
Sign In
Breaking:
Hasil Bon Jerman 10 Tahun Tertinggi Sejak April
Saham Aussie Berundur daripada Penamat Rekod
Kadar Inflasi Oman Terendah Dalam 7 Bulan
Dolar Australia Meningkat Lebih Tinggi
Kadar Inflasi India Jatuh kepada 2019-Terendah
MFM.newsMFM.news
Font ResizerAa
Search
  • Majalah
    • Majalah Online
    • Terkini
    • Fundamental
    • Strategi
    • Aktiviti
    • Teknikal Analisis
  • Pilihan Editor
  • Mengenai Broker
    • Broker Forex Malaysia
    • Bonus Tanpa Deposit
    • Buka Akaun Forex
    • Copytrade Forex
  • Platform Dagangan
Have an existing account? Sign In
Follow US
© MajalahForexMalaysia - All rights reserved.
MFM.news > Blog > Berita Terkini > Ekonomi Malaysia dijangka terus sederhana dalam tempoh terdekat – Perangkaan
Berita Terkini

Ekonomi Malaysia dijangka terus sederhana dalam tempoh terdekat – Perangkaan

Last updated: September 27, 2023 8:12 pm
By Azawiya Azali
2 Min Read
Share
SHARE

Landskap ekonomi Malaysia dijangka terus sederhana dalam tempoh terdekat berdasarkan data pada bulan Julai dan Ogos, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).

Jabatan itu berkata ekonomi Malaysia menunjukkan pertumbuhan sederhana dengan berkembang 4.2 peratus pada separuh pertama 2023.

Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata prestasi itu dipengaruhi oleh pertumbuhan5.6 peratus pada suku pertama dan 2.9 peratus pada suku kedua.

“Sementara itu, lebihan dagangan meningkat 7.9 peratus dari tahun sebelumnya kepada RM17.1 bilion,” katanya dalam satu kenyataan hari ini sempena Sorotan Statistik Ekonomi Malaysia.

Pada Ogos 2023, jumlah perdagangan Malaysia mencatatkan nilai RM213.0 bilion, menguncup 19.8 peratus atau RM52.7 bilion, manakala eksport dan import mencatatkan pertumbuhan negatif dua digit, masing-masing 18.6 peratus dan 21.2 peratus, tahun ke tahun.

Sebaliknya, lebihan dagangan meningkat sedikit sebanyak 0.1 peratus kepada RM17.3 bilion.

Mohd Uzir berkata melihat keadaan ekonomi negara pada Julai 2023, Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) Malaysia pulih semula kepada 0.7 peratus pada Julai 2023, daripada -2.2 peratus pada bulan sebelumnya.

Beliau berkata peningkatan kecil pada Julai 2023 disokong oleh pertumbuhan dalam sektor perlombongan (4.2 peratus) dan sektor elektrik (1.5 peratus).

Sementara itu, sektor pembuatan kekal negatif, walaupun pada kadar yang lebih rendah sebanyak 0.2 peratus.

Pada masa yang sama, nilai jualan sektor pembuatan berjumlah RM144 bilion pada Julai 2023, turun bagi bulan kedua berturut-turut, kepada -3.0 peratus tahun ke tahun (y-o-y) daripada -4.0 peratus pada bulan sebelumnya.

Prestasi itu dipengaruhi oleh kemerosotan berterusan dalam subsektor petroleum, kimia, getah dan plastik, mencecah kepada -15.3 peratus pada bulan tersebut.

Nilai jualan industri berorientasikan eksport yang mewakili 72.1 peratus daripada jumlah jualan terus menurun sebanyak 7.0 peratus pada Julai 2023 berbanding Jun -7.4 peratus.

“Walau bagaimanapun, prestasi industri berorientasikan dalam negeri kekal cergas, mencapai 9.2 peratus pada Julai 2023 berbanding 6.8 peratus pada Jun 2023, mengurangkan kesan kemerosotan dalam industri berorientasikan eksport,” kata Mohd Uzir.

— BERNAMA

Anda Pasti Sukakan Ini

Angka perdagangan Malaysia mengecewakan pada Julai – UOB

Sistem perbankan Malaysia sudah lapuk,ketinggalan zaman & tidak lagi selamat

Malaysia’s PMX announces end to US Dollar dependence

RESERVE BANK OF AUSTRALIA BAKAL MENURUNKAN LAGI KADAR FAEDAH DALAM TEMPOH 3 BULAN TERAKHIR 2020?

Pelabur Asing Jual Semula RM516.6 Juta Saham Tempatan, Trader Saham Beralih ke Forex Semasa Ketidaktentuan Pasaran

TAGGED:EkonomiEkonomi global 2023Ekonomi Malaysia 2023
Share This Article
Facebook Email Copy Link Print
Glad you finished the article! How do you feel about it?
Love0
Happy0
Surprise0
Embarrass0
Sleepy0
Sad0
Angry0
Leave a Comment

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


More like this

Perjalanan Bebas Visa Malaysia-China Bermula 17 Julai!
July 16, 2025
PM Perancis Cadang Mansuhkan Cuti Umum Untuk Kurangkan Hutang Negara
July 16, 2025
Pelabur Asing Jual Semula RM516.6 Juta Saham Tempatan, Trader Saham Beralih ke Forex Semasa Ketidaktentuan Pasaran
July 16, 2025
Hasil Bon Jerman 10 Tahun Tertinggi Sejak April
July 16, 2025
Saham Aussie Berundur daripada Penamat Rekod
July 16, 2025
- Advertisement -
Ad image

Artikel menarik untuk anda

AktivitiBerita TerkiniEditor's PicksPenajaan

5 Langkah Yang Merugikan Dalam Dagangan Matawang Asing

By NAJMULDIN BIN HAMZAH
4 Min Read
Berita Terkini

Presiden Taiwan Tsai: Keamanan dan kestabilan di Selat Taiwan telah diancam oleh China

By Fatin Zulaikha
1 Min Read
Berita Terkini

Harga ayam kembali turun di beberapa tempat

By Fakhrul Razi
1 Min Read

Segalanya di Majalah Forex Malaysia

Berita TerkiniStrategi

Mata Wang Paling Power di Dunia 2025 – No, Bukan USD Bro!

By Dhia Fazura
July 2, 2025
4 Min Read

Kisah Lagenda Scammer Malaysia,Pak Man Telo

By Azawiya Azali
June 18, 2025
Berita Terkini

Rakyat Malaysia Bakal Nikmati Tarif Elektrik Lebih Adil Mulai 1 Julai 2025!

By Ahmad Danial
June 22, 2025
4 Min Read
Majalah Online

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 335 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

By MFM Team
0 Min Read
- Advertisement -
Ad image
Berita Terkini

Prestasi perdagangan kini Malaysia makin padu!

Prestasi perdagangan Malaysia kini makin padu! Untuk bulan Mei 2025, jumlah perdagangan negara melonjak 2.6% kepada…

By Azawiya Azali
June 20, 2025
Aktiviti

Manila Traders Fair 2025 Wraps Up with a Day of Learning and Connection

The Manila Traders Fair 2025 was held on May 25 at Edsa Shangri-La, Manila, located in…

By Ahmad Danial
June 3, 2025
Berita Terkini

Trump Sasar Malaysia dan Thailand dalam Sekatan Baharu Cip AI ke China

WASHINGTON, 5 Julai 2025 — Amerika Syarikat kini merancang untuk mengenakan sekatan eksport baharu terhadap penghantaran…

By Azawiya Azali
July 6, 2025
News Ticker

BTC/USD: Harga Bitcoin Mendatar pada $94,000 kerana OG Crypto Berusaha Mencatat 13% Keuntungan April

Perkara utama: Ia merupakan bulan yang menang untuk token perdana dan permulaan yang menjanjikan bagi suku…

By MFM News Update
April 28, 2025
MFM.news

MFM.news adalah laman interaktif bagi komuniti forex di Malaysia, Brunei dan Indonesia. Di MFM anda boleh dapatkan informasi terkini berkaitan forex, isu semasa, dan pasaran kewangan secara amnya. Terdapat juga promosi hebat daripada forex broker di Malaysia dikongsi di laman ini.

Lain-Lain

  • Laman Utama
  • Peluang Dagangan
  • Berita Terkini
  • Belajar Forex

Korporat

  • Profil
  • Perkhidmatan
  • Majalah Online
  • Hubungi Kami

© 2025 MFM.news – All rights reserved.

Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?

Not a member? Sign Up