By using this site, you agree to the Privacy Policy and Terms of Use.
Accept
MFM.news
  • Majalah
    • Majalah Online
    • Terkini
    • Fundamental
    • Strategi
    • Aktiviti
    • Teknikal Analisis
  • Pilihan Editor
  • Mengenai Broker
    • Broker Forex Malaysia
    • Bonus Tanpa Deposit
    • Buka Akaun Forex
    • Copytrade Forex
  • Platform Dagangan
Reading: Anda perlukan 3M untuk menjadi trader!
Sign In
Breaking:
Saham Australia Mendatar Selepas Keputusan RBA
Trump Akan Kenakan Tarif 25% ke atas Import dari Jepun dan Korea Selatan
Dolar Kanada Meninggalkan Paras Tertinggi 8 Bulan
Tarif Trump Akan Berkuatkuasa pada 1 Ogos
Rizab Forex Taiwan Mencapai Rekod Baru pada bulan Jun
MFM.newsMFM.news
Font ResizerAa
Search
  • Majalah
    • Majalah Online
    • Terkini
    • Fundamental
    • Strategi
    • Aktiviti
    • Teknikal Analisis
  • Pilihan Editor
  • Mengenai Broker
    • Broker Forex Malaysia
    • Bonus Tanpa Deposit
    • Buka Akaun Forex
    • Copytrade Forex
  • Platform Dagangan
Have an existing account? Sign In
Follow US
© MajalahForexMalaysia - All rights reserved.
MFM.news > Blog > Strategi > Anda perlukan 3M untuk menjadi trader!
Strategi

Anda perlukan 3M untuk menjadi trader!

Last updated: September 21, 2023 6:26 pm
By Fatin Zulaikha
6 Min Read
Share
SHARE

Sekarang ini saya tengok makin hari makin ramai yang berminat untuk mendalami ilmu pelaburan. Tambahan lagi, ramai yang nampak menjadi trader merupakan salah satu jalan untuk mengembangkan karier. Mana tidaknya dengan melabur sejumlah duit, duit anda berpotensi untuk dikembangkan. Bila duit berkembang, sudah pasti lebih banyak perkara yang boleh dipenuhi. Bagi saya ini suatu perkembangan positif kerana masyarakat mula mengambil berat perihal masa depan kewangan mereka terutama bab pelaburan. Tapi, sebelum anda buat keputusan untuk memilih menjadi seorang trader, anda perlu mengetahui konsep 3 M. Ketiga-tiga M ini adalah sangat penting, dan kita boleh menganggapnya sebagai tiga tonggak dan tulang belakang dalam pelaburan.

Kandungan
#1 Mind (Minda)#2 Money Management (Pengurusan Wang)#3 Method (Cara)Kesimpulan

Ayuh kita pelajari apa itu 3M :

#1 Mind (Minda)

Minda merupakan komponen yang paling penting dan utama daripada yang lain. Hal ini kerana kita tidak dapat menjana wang secara berterusan jika tidak mempunyai mindset trading yang betul. Terdapat banyak perkara yang perlu dilakukan untuk mencapai mindset  dunia pelaburan yang betul.

Kawalan minda sangatlah penting bagi seorang trader dalam membuat trading. Setiap trader perlu mempunyai objektif dan target mereka tersendiri seperti meletakkan had keuntungan atau kerugian yang mereka mahukan atau mampu tanggung.

Sekiranya trader tidak mampu untuk mengawal minda dalam menghadapi godaan dalam membuat trading dengan membeli saham secara melulu, kemungkinan besar mereka akan mudah putus asa dalam membuat trading.  

Trading mempunyai risiko tinggi dimana trader perlu bijak dalam mengendalikan diri dan mempunyai kemampuan yang dimulai dengan pemahaman tentang apakah yang mereka mahu lakukan dan apakah risiko yang mereka akan ambil.

Disebabkan itu, kita perlu memikirkan lebih banyak mengenai hakikat bahawa sangat mudah kehilangan wang dalam trading, dan bukannya fakta bahawa mungkin kita boleh memperoleh keuntungan besar pada setiap trading yang kita lakukan. Oleh itu, trader dinasihati supaya berhati-hati dalam membuat trading seperti tidak membeli saham secara berlebihan kerana ini boleh mempengaruhi minda trader sekiranya kerugian berlaku.

#2 Money Management (Pengurusan Wang)

Sebagai seorang trader yang bijak, pengurusan wang amat penting bagi memastikan kita tidak kerugian keseluruhan modal pelaburan. Kita dinasihatkan, jangan meletakkan semua wang kita ke dalam satu saham sahaja.

Berikut merupakan cara pengurusan wang yang boleh kita ikuti:

  • Kita perlu sentiasa memikirkan risiko sebelum membuat sesuatu keputusan.
  • Kita perlu tahu berapa jumlah risiko per pelaburan dan jangan melebihi daripada jumlah yang kita sudah tetapkan. Jumlah wang ini adalah jumlah yang kita sanggup hilang bila berlakunya penurunan harga saham dalam trading.
  • Kita perlu mempunyai kefahaman yang jelas tentang bagaimana meletakkan sasaran keuntungan.
  • Kita perlu memahami cara mengira risiko dan pulangan (risk and reward ratio) pada pelaburan dan ini bermakna kita juga perlu tahu samada dagangan itu berbaloi untuk diambil atau tidak dan adakah risikonya tinggi atau rendah?

Sekiranya kita tidak mempunyai pengurusan wang yang betul, mindset yang telah kita tetapkan akan mudah bercelaru atau hilang. Kaedah kita juga akan menjadi kurang atau tidak relevan sekiranya kita tidak dapat menguruskan wang dengan bijak.

Oleh itu, lebih mudah untuk kita fokus dalam menguruskan wang kita, terutamanya risiko kerugian. Ketahuilah bahawa pemeliharaan modal adalah kunci utama pengurusan wang. Pemeliharaan modal bermaksud menguruskan modal pelaburan kita supaya kita tidak menggunakannya terlalu banyak atau secara berlebihan.

#3 Method (Cara)

Method ialah pendekatan atau kaedah yang pelabur gunakan untuk menganalisis atau mengkaji harga, menentukan harga beli, cut loss, harga sasaran (target price) dan sebagainya. Sebelum masuk ke dalam pasaran saham, kita perlu tahu dan mesti mempunyai kaedah pelaburan yang berkesan.

Contohnya, kita perlu tahu sebab mengapa kita beli sesuatu saham? Adakah kerana fundamentalnya baik? Atau munculnya signal beli pada carta?

Oleh itu, kita perlulah menilai sama ada kaedah pelaburan yang digunakan oleh kita, adakah  ia berkesan atau tidak? Sebagai trader yang baharu di dalam dunia saham, kita boleh cuba melakukan paper trading selama beberapa bulan dan melihat hasil yang kita perolehi.

Paper trade boleh dilakukan dengan cuba bermain di game pelaburan yang telah disediakan seperti di TradingView atau Bursa Marketplace.  Satu peringatan, pastikan kita mengikuti kaedah seperti yang diajarkan.

Contohnya, menggunakan beberapa indikator sebagai panduan beli dan jual dalam pelaburan seperti Moving Average (MA), Exponential Moving Average (EMA), Simple Moving Average (SMA) dan sebagainya.

Kesimpulan

Jika kita nak melakukan sesuatu perkara, kita perlu tahu caranya sebelum nak buat sesuatu. Kalau kita tak tahu cara, kita boleh dapat kerugian yang besar dan akan menyesal satu hari nanti. Sebab tu penting untuk kita tahu konsep 3M ini.

Yang mana 3M (Mind, Money Management and Method) ini perlu untuk kita sentiasa ingat sebelum membuat sesuatu trade. Oleh itu, sekiranya kita gabungkan 3M ini dan praktik dalam dunia trading kita, pasti kita akan dapat bertahan lama dan berjaya dalam dunia trading ini.

RUJUKAN:

<<SUMBER>>

<<SUMBER>>

JustMarkets

Anda Pasti Sukakan Ini

IMF semak unjuran KDNK Malaysia kepada 4.4%

Ancaman tarif menjejaskan euro, dolar Australia dan Kanada

Apa Itu Spread ?

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 209 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

Wall Street beri amaran,kecairan pasaran semakin teruk seperti tahun 2020

TAGGED:Bank Negara MalaysiaEkonomi MalaysiaFOREXforex malaysiamajalah forexmajalah forex malaysiatrader malaysiaUSD Analysis
Share This Article
Facebook Email Copy Link Print
Glad you finished the article! How do you feel about it?
Love0
Happy0
Surprise0
Embarrass0
Sleepy0
Sad0
Angry0
Leave a Comment

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


More like this

Whale Bitcoin Bangun Lepas 14 Tahun – 80,000 BTC Berpindah! Apa Maksudnya?
July 8, 2025
Saham Australia Mendatar Selepas Keputusan RBA
July 8, 2025
Trump Akan Kenakan Tarif 25% ke atas Import dari Jepun dan Korea Selatan
July 8, 2025
Dolar Kanada Meninggalkan Paras Tertinggi 8 Bulan
July 7, 2025
Desakan Tubuh RCI Bongkar Campur Tangan Pelantikan Ketua Hakim Negara: Cabaran terhadap Kebebasan Kuasa Kehakiman Malaysia
July 7, 2025
- Advertisement -
Ad image

Artikel menarik untuk anda

News Ticker

Dolar Mendapat 0.88% kepada 150.84 Yen

By MFM News Update
1 Min Read
Strategi

Bagaimana Untuk Berdagang Dengan Risiko Rendah

By Fatin Zulaikha
3 Min Read
Teknikal

Analisa Teknikal Gold 11 February 2023

By Zulhilmi Mohd Diah
1 Min Read

Segalanya di Majalah Forex Malaysia

News Ticker

Saham China Mantap Selepas Perhimpunan 3 Hari

By MFM News Update
June 26, 2025
1 Min Read

Yusoff Rawther: “Saya Akan Terus Lawan Ketidakadilan”

By Ahmad Danial
June 12, 2025
Berita Terkini

Rakyat Malaysia Bakal Nikmati Tarif Elektrik Lebih Adil Mulai 1 Julai 2025!

By Ahmad Danial
June 22, 2025
4 Min Read
Majalah Online

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 335 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

By MFM Team
0 Min Read
- Advertisement -
Ad image
Berita Terkini

Kisah Lagenda Scammer Malaysia,Pak Man Telo

Kalau zaman sekarang ada scammer online, dulu Malaysia dah ada raja segala scammer, siapa lagi kalau…

By Azawiya Azali
June 18, 2025
News Ticker

Kadar Inflasi Kuwait Merosot ke 4 Bulan Terendah

Kadar inflasi tahunan di Kuwait merosot sedikit kepada 2.41% pada Mac 2025, turun daripada 2.49% pada…

By MFM News Update
April 21, 2025
Berita Terkini

Hong Kong kini menjadi bandar dengan kos sara hidup tertinggi di Asia

Hong Kong, dengan populasi 7.5 juta orang, kini menjadi bandar dengan kos sara hidup tertinggi di…

By Fatin Zulaikha
April 10, 2025
News Ticker

Dolar Australia Mengukuh apabila Dolar AS Mengundur

Dolar Australia mengenepi lebih tinggi ke arah $0.644 pada hari Jumaat, memulihkan kerugian pada sesi sebelumnya…

By MFM News Update
May 23, 2025
MFM.news

MFM.news adalah laman interaktif bagi komuniti forex di Malaysia, Brunei dan Indonesia. Di MFM anda boleh dapatkan informasi terkini berkaitan forex, isu semasa, dan pasaran kewangan secara amnya. Terdapat juga promosi hebat daripada forex broker di Malaysia dikongsi di laman ini.

Lain-Lain

  • Laman Utama
  • Peluang Dagangan
  • Berita Terkini
  • Belajar Forex

Korporat

  • Profil
  • Perkhidmatan
  • Majalah Online
  • Hubungi Kami

© 2025 MFM.news – All rights reserved.

Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?

Not a member? Sign Up