Berita baik buat semua rakyat Malaysia! Sempena Hari Merdeka tahun ni, kerajaan akan bagi Bantuan Tunai Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM100 pada 31 Ogos 2025. Bantuan ni memang khas untuk bantu kita beli barangan asas harian – jadi tak perlu risau kalau nak top-up barang dapur.
Paling best, tak perlu isi borang, tak perlu apply apa-apa apps – semua automatik je. Anda hanya perlu semak kelayakan melalui laman rasmi SARA.

Cara Semak Kelayakan SARA RM100
Senang sangat, ikut je langkah ni:
- Layari laman rasmi SARA 👉 sara.gov.my
- Klik butang “Semak Kelayakan”
- Masukkan nombor IC anda dan tekan hantar
- Kalau keluar paparan “Layak”, tahniah! Anda memang layak terima bantuan RM100 ni

Macam Mana Nak Tebus Bantuan?
Bantuan ni berbentuk kredit RM100 yang boleh ditebus untuk pembelian barangan asas. Caranya:
- Gunakan MyKad fizikal anda masa beli barang
- Automatik sistem akan tolak guna bantuan RM100 tu
Siapa Layak?
➡️ Semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas
➡️ Tak kira bujang, sudah kahwin, bekerja atau masih belajar
➡️ Janji ada IC, anda boleh semak kelayakan
Ringkasnya
🎉 Hari Merdeka 2025 lebih meriah dengan hadiah kecil daripada kerajaan – SARA RM100 untuk kita semua. Jangan lupa semak status anda di sara.gov.my dan guna MyKad untuk tebus bantuan ni.