By using this site, you agree to the Privacy Policy and Terms of Use.
Accept
MFM.news
  • Majalah
    • Majalah Online
    • Terkini
    • Fundamental
    • Strategi
    • Aktiviti
    • Teknikal Analisis
  • Pilihan Editor
  • Mengenai Broker
    • Broker Forex Malaysia
    • Bonus Tanpa Deposit
    • Buka Akaun Forex
    • Copytrade Forex
  • Platform Dagangan
Reading: ConocoPhillips “Angkat Kaki” Dari Projek Minyak RM13.7 Bilion di Sarawak – Apa Dah Jadi?
Sign In
Breaking:
Inflasi Kenya Menurun kepada 3.8% pada bulan Mei
Perumahan Jepun Mula Jatuh Lebih Daripada Jangkaan
Hasil Gilt 10 Tahun UK Meningkat
Thailand Dedahkan Bajet 2026 Di Tengah-tengah Masalah Ekonomi
Saham Kanada Mencapai Rekod Tinggi
MFM.newsMFM.news
Font ResizerAa
Search
  • Majalah
    • Majalah Online
    • Terkini
    • Fundamental
    • Strategi
    • Aktiviti
    • Teknikal Analisis
  • Pilihan Editor
  • Mengenai Broker
    • Broker Forex Malaysia
    • Bonus Tanpa Deposit
    • Buka Akaun Forex
    • Copytrade Forex
  • Platform Dagangan
Have an existing account? Sign In
Follow US
© MajalahForexMalaysia - All rights reserved.
MFM.news > Blog > Berita Terkini > ConocoPhillips “Angkat Kaki” Dari Projek Minyak RM13.7 Bilion di Sarawak – Apa Dah Jadi?
Berita Terkini

ConocoPhillips “Angkat Kaki” Dari Projek Minyak RM13.7 Bilion di Sarawak – Apa Dah Jadi?

Last updated: April 30, 2025 10:51 pm
By Fatin Zulaikha
3 Min Read
Share
SHARE

Baru-baru ni, satu berita agak mengejutkan muncul – firma minyak gergasi dari Amerika, ConocoPhillips, umumkan bahawa mereka tarik diri daripada projek minyak dan gas laut dalam bernilai lebih RM13.7 bilion dekat perairan Salam-Patawali, Sarawak.

Kandungan
Petronas vs Sarawak?Apa Implikasinya?

Tak banyak butiran didedahkan, tapi menurut laporan Channel News Asia (CNA), sumber dalaman industri sahkan yang syarikat ni dah buat keputusan berdasarkan “semakan strategi negara”. Ayat tu memang agak kabur, tapi bila diselidik, ada kemungkinan besar ia berkait dengan isu peraturan dan hak kawal selia minyak & gas di Sarawak.

Petronas vs Sarawak?

Inilah yang jadi punca panas – pergeseran antara Petronas dan Kerajaan Negeri Sarawak. Kerajaan negeri, di bawah pimpinan Tan Sri Abang Johari, makin tegas dalam menuntut hak kawalan ke atas sumber asli negeri sendiri. Sarawak ada syarikat minyaknya sendiri, iaitu Petroleum Sarawak Bhd (Petros), dan mereka memang dah lama nak lebih banyak kuasa dalam hal minyak & gas.

ConocoPhillips, sebagai syarikat asing, mungkin rasa tidak selesa dengan ketidaktentuan peraturan ni. Yalah, bila dua ‘boss’ tengah tarik tali – Petronas di peringkat persekutuan, dan Petros di negeri – syarikat pelabur jadi serba salah. Mana satu nak ikut? Mana satu lebih “safe” untuk jangka panjang?

Apa Implikasinya?

Penarikan diri ConocoPhillips ni mungkin beri kesan besar dari segi keyakinan pelabur asing dalam sektor tenaga di Malaysia, khususnya di Sarawak. Projek bernilai berbilion ringgit, bukan calang-calang. Bila syarikat besar macam ni buat keputusan macam tu, pelabur lain pun mungkin akan ambil langkah tunggu dan lihat.

Tapi dalam masa sama, ini juga boleh jadi peluang untuk Sarawak buktikan yang mereka mampu uruskan sendiri industri minyak & gas dengan baik. Kalau Petros berjaya yakinkan pelabur dan stabilkan dasar serta kerjasama, tak mustahil syarikat-syarikat lain akan masuk semula dengan keyakinan baru.


Kesimpulannya?
Drama minyak & gas di Malaysia ni nampaknya makin menarik. Yang pasti, rakyat Sarawak tentu nak yang terbaik – bukan saja dari segi hasil minyak, tapi juga ketelusan dan manfaat jangka panjang untuk negeri mereka tetapi adalah lebih baik juga cuma ada satu syarikat minyak saja yang mewakili negara persekutuan Malaysia ini dari perspektif memberi keyakinan kepada pelabur.

Nak tahu pandangan anda pula – patutkah Sarawak diberi kawalan penuh ke atas sumber minyak mereka sendiri?

Anda Pasti Sukakan Ini

Analisa Teknikal EurUsd 19 Mac 2022

Ekonomi Sepanyol mengatasi ramalan; dasar Trump merosakkan ekonomi

EUR/USD kekal kukuh berhampiran 1.1150, paras tertinggi baru 2023

Ekonomi Malaysia dijangka terus sederhana dalam tempoh terdekat – Perangkaan

Traders Fair is Coming to Lagos: Connecting Traders, Experts, and Opportunities

Share This Article
Facebook Email Copy Link Print
Glad you finished the article! How do you feel about it?
Love4
Happy0
Surprise0
Embarrass0
Sleepy0
Sad0
Angry0
Leave a Comment

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


More like this

Inflasi Kenya Menurun kepada 3.8% pada bulan Mei
May 30, 2025
Tong Gas Ungu: Ramai Peniaga Kecil Mula Rasa Terbeban?
May 30, 2025
Perumahan Jepun Mula Jatuh Lebih Daripada Jangkaan
May 30, 2025
Hasil Gilt 10 Tahun UK Meningkat
May 29, 2025
Thailand Dedahkan Bajet 2026 Di Tengah-tengah Masalah Ekonomi
May 29, 2025
- Advertisement -
Ad image

Artikel menarik untuk anda

Berita TerkiniFundamentalUncategorized

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE-24

By MFM Team
1 Min Read
Berita TerkiniTeknikal

USD/JPY bergerak ke arah 144.00 dengan hasil yang lebih kukuh, mengelak risiko menjelang ucapan Pengerusi Fed Powell

By Mohd Fauzi
5 Min Read
Berita Terkini

Panasonic Malaysia menutup 2 jabatan pembuatan di kilang Shah Alam dalam langkah penstrukturan semula

By Azawiya Azali
1 Min Read

Segalanya di Majalah Forex Malaysia

News Ticker

BTC/USD: Harga Bitcoin Disenyapkan Hampir $95,000 kerana Pedagang Kripto Memerhati Keputusan Kadar Fed

By MFM News Update
May 5, 2025
3 Min Read

Bill Gates Pilih Indonesia untuk Ujikaji Vaksin TBC

By Ahmad Danial
May 7, 2025
Berita Terkini

Sarawak,Brunei,Filipina; Medan Petempuran Laut China Selatan

By Fatin Zulaikha
May 6, 2025
4 Min Read
Majalah Online

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 335 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

By MFM Team
0 Min Read
- Advertisement -
Ad image
News Ticker

Real Brazil Melemah kepada Terendah 11 Minggu

Real Brazil melemah melepasi 6.05 setiap USD pada bulan April, mencapai paras terendah sebelas minggu di…

By MFM News Update
April 9, 2025
Berita Terkini

Analisis Kesan Kadar Faedah AS Terkini ke atas Pasaran Forex Global dan Ringgit Malaysia

Pengenalan: Kadar Faedah AS Sebagai Penentu Global Kadar faedah yang ditetapkan oleh Rizab Persekutuan Amerika Syarikat…

By Azawiya Azali
May 22, 2025
News Ticker

Emas Menarik Kembali dari Rekod Tinggi

Harga emas melanjutkan penarikan semula kepada bawah $3,280 setiap auns pada hari Selasa selepas mencapai rekod…

By MFM News Update
April 23, 2025
News Ticker

Presiden/CEO Aprea Therapeutics Gilad Oren Memperolehi 5,500 Saham

Gilad Oren, Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Aprea Therapeutics, membeli 5,500 saham saham biasa pada 3…

By MFM News Update
April 4, 2025
MFM.news

MFM.news adalah laman interaktif bagi komuniti forex di Malaysia, Brunei dan Indonesia. Di MFM anda boleh dapatkan informasi terkini berkaitan forex, isu semasa, dan pasaran kewangan secara amnya. Terdapat juga promosi hebat daripada forex broker di Malaysia dikongsi di laman ini.

Lain-Lain

  • Laman Utama
  • Peluang Dagangan
  • Berita Terkini
  • Belajar Forex

Korporat

  • Profil
  • Perkhidmatan
  • Majalah Online
  • Hubungi Kami

© 2025 MFM.news – All rights reserved.

Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?

Not a member? Sign Up