By using this site, you agree to the Privacy Policy and Terms of Use.
Accept
MFM.news
  • Majalah
    • Majalah Online
    • Terkini
    • Fundamental
    • Strategi
    • Aktiviti
    • Teknikal Analisis
  • Pilihan Editor
  • Mengenai Broker
    • Broker Forex Malaysia
    • Bonus Tanpa Deposit
    • Buka Akaun Forex
    • Copytrade Forex
  • Platform Dagangan
Reading: ID Digital Malaysia Kini Diperkenalkan
Sign In
Breaking:
Inflasi Kenya Menurun kepada 3.8% pada bulan Mei
Perumahan Jepun Mula Jatuh Lebih Daripada Jangkaan
Hasil Gilt 10 Tahun UK Meningkat
Thailand Dedahkan Bajet 2026 Di Tengah-tengah Masalah Ekonomi
Saham Kanada Mencapai Rekod Tinggi
MFM.newsMFM.news
Font ResizerAa
Search
  • Majalah
    • Majalah Online
    • Terkini
    • Fundamental
    • Strategi
    • Aktiviti
    • Teknikal Analisis
  • Pilihan Editor
  • Mengenai Broker
    • Broker Forex Malaysia
    • Bonus Tanpa Deposit
    • Buka Akaun Forex
    • Copytrade Forex
  • Platform Dagangan
Have an existing account? Sign In
Follow US
© MajalahForexMalaysia - All rights reserved.
MFM.news > Blog > Berita Terkini > ID Digital Malaysia Kini Diperkenalkan
Berita Terkini

ID Digital Malaysia Kini Diperkenalkan

Last updated: December 1, 2023 12:06 pm
By Azawiya Azali
3 Min Read
Share
SHARE

Mungkin ada rakyat Malaysia akhir-akhir ini berasa gelisah dengan pelaksanaan Program ID Digital Nasional (IDN) yang bakal bermula pada 2024.

Kandungan
Apa Itu ID Digital Malaysia / Identiti Digital Nasional (IDN)?Kelebihan Identiti Digital Nasional / ID Digital Malaysia (IDN)

Segelintir pengguna media sosial mendidakwa akan mendedahkan data peribadi rakyat.

Apa Itu ID Digital Malaysia / Identiti Digital Nasional (IDN)?

Menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC), IDN merupakan satu bentuk pengenalan dan pengesahan diri secara digital yang merujuk sumber tunggal.

ID Digital Nasional ini dapat memudahkan rakyat berurusan secara bersemuka atau secara jarak jauh di alam maya dengan penyedia perkhidmatan digital dari sektor awam dan swasta bagi tujuan pengesahan identiti dengan selamat, terjamin dan menjimatkan masa.

Memetik portal rasmi MyGovernment, program IDN ini merupakan satu kaedah untuk pengesahan identiti seseorang di alam maya berasaskan pendekatan ‘What You Are’, ‘What You Have’ dan ‘What You Know’ yang disokong oleh rangkakerja identiti digital yang dipercayai (trusted digital identity framework).

ID Digital Nasional tidak akan menggantikan MyKad sebagai bukti kewarganegaraan tetapi akan melengkapinya sebagai bentuk pengenalan digital yang digunakan ketika bertransaksi secara digital.

SASARAN PENGGUNA UTAMA

Sasaran utama pemilik IDN adalah rakyat Malaysia dan akan diperluaskan kepada pemastautin yang menetap di Malaysia.

CIRI-CIRI

  • Platform IDN beroperasi pada tahap kepercayaan yang tinggi untuk warganegara, kerajaan dan komuniti perniagaan
  • Setiap warganegara dan penduduk yang layak akan didaftarkan dalam program IDN
  • Memanfaatkan data demografi JPN untuk pengeluaran IDN
  • Data biometrik baru (Cap Jari, Iris dan Muka) dan data demografi tambahan akan disimpan di dalam pangkalan data IDN
  • IDN adalah nombor rawak yang dihubungkan dengan nombor kad pengenalan di dalam pangkalan data IDN. Nombor Kad Pengenalan digunakan oleh Warganegara & Pemastautin Tetap untuk transaksi IDN.
  • Biometrik pelbagai-mod (“multi-modal”) akan diambil bagi setiap pemohon yang mendaftar.
  • IDN akan membolehkan pengesahan identiti secara nyata dan dalam  talian, serta perkhidmatan e-KYC.
  • IDN akan memastikan reka bentuk yang menekankan aspek keselamatan dan privasi.
  • IDN adalah unik untuk sepanjang hayat, dan seseorang individu tidak boleh mempunyai dua ID Digital
  • Platform IDN adalah saling hubung (“interoperable”) dan berasaskan dasar keselamatan negara dan piawaian antarabangsa

Kelebihan Identiti Digital Nasional / ID Digital Malaysia (IDN)

  1. Pelaksanaan IDN ini membolehkan rakyat memperolehi suatu pengenalan diri digital unik yang akan digunakan dalam pelbagai perkhidmatan digital dan boleh menambahbaik kualiti kehidupan.
  2. Semakan dan pengesahan MyKad dapat dilaksanakan dengan mudah dan cepat
  3. Urus niaga boleh dibuat secara selamat dengan akses saluran omni pada mana-mana peranti, bila-bila masa, di mana sahaja, malah dari luar negara.
  4. Perkhidmatan digital mampu memudahkan proses perniagaan menggunakan penandatanganan digital.
  5. Kerajaan juga akan memperolehi platform pengumpulan dan pengesahan pengenalan diri selari dengan teknologi terkini dengan merekodkan data biometrik baru (10 cap jari, muka dan iris) penduduk Malaysia secara berpusat di JPN.
  6. IDN akan memberi tambah nilai kepada pelbagai sektor perkhidmatan dengan meningkatkan kecekapan, mengurangkan kos operasi dan menjimatkan masa dalam proses pengesahan pengenalan diri.
  7. IDN juga dapat mengelakkan pemalsuan pengenalan diri dalam transaksi perkhidmatan digital dan ini akan mempertingkatkan keselamatan dan ketenteraman awam.

Anda Pasti Sukakan Ini

SENDIKET PENIPUAN PELABURAN FOREX CGC ASIA TUMPAS

ULASAN MUDAH: KENAPA EMAS MELONJAK TINGGI?.

61% rakyat Amerika kini terpaksa ikat perut kerana kos sara hidup semakin tinggi

Silver Price Analysis: XAG/USD refreshes 10-week low as bears attack 100-DMA

Analisa Teknikal EurUsd 06 Dis 2021

TAGGED:Digital ID MalausiaID DigitalID Digital Malaysia
Share This Article
Facebook Email Copy Link Print
Glad you finished the article! How do you feel about it?
Love0
Happy0
Surprise0
Embarrass0
Sleepy0
Sad0
Angry0
Leave a Comment

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


More like this

7 Sebab Kenapa Broker Forex Mula Tinggalkan Pasaran Malaysia
June 3, 2025
Nissan Pertimbang Jual Ibu Pejabat di Yokohama Demi Kelangsungan Syarikat
May 31, 2025
FBM KLCI Dijangka Bergerak Dalam Julat Tidak Menentu – Pelabur Disaran Waspada Menjelang Minggu Singkat Perdagangan
May 31, 2025
Inflasi Kenya Menurun kepada 3.8% pada bulan Mei
May 30, 2025
Tong Gas Ungu: Ramai Peniaga Kecil Mula Rasa Terbeban?
May 30, 2025
- Advertisement -
Ad image

Artikel menarik untuk anda

Analisa Teknikal GbpUsd 22 Mac 2022

By Zulhilmi Mohd Diah
1 Min Read
Berita TerkiniUncategorized

Marcos Jr. menang pilihan raya Presiden Filipina

By MFM Team
2 Min Read
Berita Terkini

Bursa reprimands Silver Ridge, fines four directors RM100,000

By Ahmad Danial
3 Min Read

Segalanya di Majalah Forex Malaysia

News Ticker

Jurang Belanjawan Rusia Melebar kepada 1.5% pada Jan-April

By MFM News Update
May 8, 2025
1 Min Read

Bill Gates Pilih Indonesia untuk Ujikaji Vaksin TBC

By Ahmad Danial
May 7, 2025
Berita Terkini

Sarawak,Brunei,Filipina; Medan Petempuran Laut China Selatan

By Fatin Zulaikha
May 6, 2025
4 Min Read
Majalah Online

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 335 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

By MFM Team
0 Min Read
- Advertisement -
Ad image
News Ticker

Hasil Bon Itali 10Y Mengikuti Peer Eropah Lebih Tinggi

Hasil bon kerajaan 10 tahun Itali meningkat semula melebihi paras 3.85%, pulih daripada paras terendah sebulan…

By MFM News Update
April 8, 2025
News Ticker

Dolar New Zealand Melemah Selepas Data KDNK

Dolar New Zealand jatuh kepada sekitar $0.579 pada hari Khamis, walaupun selepas data menunjukkan ekonomi telah…

By MFM News Update
March 20, 2025
Berita Terkini

Perang Dagang Terbaru China & AS: Konflik Ekonomi yang Semakin Memuncak

Perang dagang antara China dan Amerika Syarikat (AS) telah menjadi isu global yang mempengaruhi ekonomi dunia…

By Fatin Zulaikha
March 5, 2025
News Ticker

Hasil 10 Tahun Jepun Merosot disebabkan Data Ekonomi yang Lemah

Hasil bon kerajaan Jepun 10 tahun susut kepada sekitar 1.3% pada hari Rabu, menandakan paras terendah…

By MFM News Update
April 30, 2025
MFM.news

MFM.news adalah laman interaktif bagi komuniti forex di Malaysia, Brunei dan Indonesia. Di MFM anda boleh dapatkan informasi terkini berkaitan forex, isu semasa, dan pasaran kewangan secara amnya. Terdapat juga promosi hebat daripada forex broker di Malaysia dikongsi di laman ini.

Lain-Lain

  • Laman Utama
  • Peluang Dagangan
  • Berita Terkini
  • Belajar Forex

Korporat

  • Profil
  • Perkhidmatan
  • Majalah Online
  • Hubungi Kami

© 2025 MFM.news – All rights reserved.

Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?

Not a member? Sign Up