By using this site, you agree to the Privacy Policy and Terms of Use.
Accept
MFM.news
  • Majalah
    • Majalah Online
    • Terkini
    • Fundamental
    • Strategi
    • Aktiviti
    • Teknikal Analisis
  • Pilihan Editor
  • Mengenai Broker
    • Broker Forex Malaysia
    • Bonus Tanpa Deposit
    • Buka Akaun Forex
    • Copytrade Forex
  • Platform Dagangan
Reading: Abdul Rasheed Abdul Ghaffour dilantik Gabenor BNM baharu mulai 1 Julai
Sign In
Breaking:
Saham Itali Memanjangkan Keuntungan
Hasil Bon Jerman 10 Tahun Tertinggi Sejak April
Saham Aussie Berundur daripada Penamat Rekod
Kadar Inflasi Oman Terendah Dalam 7 Bulan
Dolar Australia Meningkat Lebih Tinggi
MFM.newsMFM.news
Font ResizerAa
Search
  • Majalah
    • Majalah Online
    • Terkini
    • Fundamental
    • Strategi
    • Aktiviti
    • Teknikal Analisis
  • Pilihan Editor
  • Mengenai Broker
    • Broker Forex Malaysia
    • Bonus Tanpa Deposit
    • Buka Akaun Forex
    • Copytrade Forex
  • Platform Dagangan
Have an existing account? Sign In
Follow US
© MajalahForexMalaysia - All rights reserved.
MFM.news > Blog > Berita Terkini > Abdul Rasheed Abdul Ghaffour dilantik Gabenor BNM baharu mulai 1 Julai
Berita Terkini

Abdul Rasheed Abdul Ghaffour dilantik Gabenor BNM baharu mulai 1 Julai

Last updated: July 12, 2023 3:32 pm
By Ahmad Danial
3 Min Read
Share
SHARE

Bank Negara Malaysia (BNM) hmengumumkan pelantikan gabenornya yang baharu Datuk Shaik Abdul Rasheed Abdul Ghaffour berkuat kuasa 1 Julai ini.

Menerusi satu kenyataan media, BNM memaklumkan pelantikan gabenor baharu itu telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk tempoh lima tahun hingga 30 Jun 2028.

Abdul Rasheed akan mengambil alih jawatan daripada Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus yang tamat tempoh perkhidmatan pada 30 Jun ini.

Nor Shamsiah dalam kenyataannya berterima kasih di atas peluang yang diberikan sepanjang lima tahun menerajui BNM yang merupakan suatu penghormatan buat dirinya.

“Saya berterima kasih kerana diberi peluang untuk memimpin bank dan berkhidmat untuk negara, terutamanya semasa keadaan tidak menentu dan sangat penting kepada negara.

“Saya percaya Abdul Rasheed merupakan pilihan yang tepat untuk menerajui Bank sebagai Gabenor, setelah bertahun-tahun bekerjasama rapat dengan beliau.

“Saya yakin dengan keupayaan beliau untuk memimpin Bank bagi terus memenuhi mandat Bank iaitu menggalakkan kestabilan monetari dan kestabilan kewangan yang kondusif bagi pertumbuhan ekonomi Malaysia yang mampan,” kata Shamsiah.

Sementara itu, Abdul Rasheed berkata pelantikannya sebagai Gabenor BNM baharu merupakan suatu penghormatan terhadapnya.

“Pelantikan sebagai Gabenor merupakan suatu penghormatan kepada saya. Saya akan meneruskan dan meningkatkan lagi usaha Gabenor Shamsiah.

“Di bawah kepimpinan beliau, Bank terus memenuhi mandatnya untuk menggalakkan kestabilan monetari dan juga kewangan meskipun melalui banyak tempoh yang mencabar termasuk krisis pandemik.

“Beliau juga telah memulakan pelbagai inisiatif pemodenan organisasi untuk membentuk semula dan meletakkan Bank pada kedudukan yang lebih baik untuk memanfaatkan peluang dan menangani cabaran pada masa hadapan.

“Saya akan berusaha dan memberikan yang terbaik dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai Gabenor,” katanya.

Abdul Rasheed mula berkhidmat di BNM pada tahun 1988 dan dilantik sebagai Timbalan Gabenor pada tahun 2016.

Beliau kini memegang jawatan sebagai ahli Jawatankuasa Dasar Monetari dan Jawatankuasa Kestabilan Kewangan sejak tahun 2015.

Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi, Universiti Malaya dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Said Business School, Universiti Oxford, Abdul Rasheed antara sosok penting dalam pembangunan dan pelaksanaan Pelan Induk Sektor Kewangan (2000-2010) dan Pelan Sektor Kewangan (2011-2020 dan 2022-2026).

Anda Pasti Sukakan Ini

SLOT WILD CARD BOTT 2019 MASIH TERBUKA!

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE-42 PERCUMA UNTUK SEMUA

Won Korea Selatan Mencapai Ketinggian 37 minggu

71 Juta penduduk dunia jatuh miskin akibat kos sara hidup semakin tinggi – UNDP

MATAWANG KRIPTO HARAM -MAJLIS FATWA

TAGGED:Abdul Rasheed GhafourBank Negara MalaysiaGabenor BNM baru
Share This Article
Facebook Email Copy Link Print
Glad you finished the article! How do you feel about it?
Love0
Happy0
Surprise0
Embarrass0
Sleepy0
Sad0
Angry0
Leave a Comment

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


More like this

Saham Itali Memanjangkan Keuntungan
July 18, 2025
Trump Kutip $50 Bilion Bila Satu Dunia “Ketar Telor” Nak Balas Balik Tarif Perdagangan
July 18, 2025
Kerajaan Gagal Batalkan Saman Berkaitan Isu Penamatan Kontrak KL Tower
July 18, 2025
Perjalanan Bebas Visa Malaysia-China Bermula 17 Julai!
July 16, 2025
PM Perancis Cadang Mansuhkan Cuti Umum Untuk Kurangkan Hutang Negara
July 16, 2025
- Advertisement -
Ad image

Artikel menarik untuk anda

Berita Terkini

Analisis Harga Indeks USD: Tekanan menurun dikurangkan di atas 103.50

By Ahmad Danial
1 Min Read
Berita TerkiniMENARIK HARI INI!StrategiTeknikal

Analisa Teknikal AudUsd 16 Jun 2022

By Zulhilmi Mohd Diah
1 Min Read
Berita Terkini

BERDAGANG DAN MENYUSURI MASA DEPAN DENGAN INDEKS TEMATIK XM!

By Ahmad Danial
2 Min Read

Segalanya di Majalah Forex Malaysia

Strategi

7 Cara Realistik Jana Wang Tambahan Online — Dari Freelancing ke Kasino Dalam Talian

By Azawiya Azali
June 28, 2025
5 Min Read

AS Serang Iran: Permulaan Perang Dunia Ke-3?

By Mohd Fauzi
June 22, 2025
Berita Terkini

Rakyat Malaysia Bakal Nikmati Tarif Elektrik Lebih Adil Mulai 1 Julai 2025!

By Ahmad Danial
June 22, 2025
4 Min Read
Majalah Online

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 335 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

By MFM Team
0 Min Read
- Advertisement -
Ad image
News Ticker

Won Korea Selatan Mencapai Ketinggian 37 minggu

USDKRW menurun kepada paras terendah 37 minggu pada 1351.00. Sepanjang 4 minggu yang lalu, Dolar AS…

By MFM News Update
June 30, 2025
News Ticker

Saham Jepun Jatuh apabila Rundingan Perdagangan AS-Jepun Terhenti

Indeks Nikkei 225 jatuh 0.4% kepada di bawah 39,700 manakala Indeks Topix yang lebih luas turun…

By MFM News Update
July 10, 2025
AktivitiBerita Terkini

Wiki Finance Expo Johannesburg 2025: Africa’s Premier Fintech, Crypto & Forex Event!

Johannesburg, 16 August 2025 — The highly anticipated Wiki Finance Expo Johannesburg 2025 is set to take…

By Azawiya Azali
April 20, 2025
Berita TerkiniStrategi

Perbezaan Antara Trader Runcit vs Trader Institusi – Siapa Lagi Power?

Dalam dunia perdagangan kewangan, terdapat dua kategori utama pedagang: trader runcit dan trader institusi. Walaupun kedua-duanya…

By Azawiya Azali
July 3, 2025
MFM.news

MFM.news adalah laman interaktif bagi komuniti forex di Malaysia, Brunei dan Indonesia. Di MFM anda boleh dapatkan informasi terkini berkaitan forex, isu semasa, dan pasaran kewangan secara amnya. Terdapat juga promosi hebat daripada forex broker di Malaysia dikongsi di laman ini.

Lain-Lain

  • Laman Utama
  • Peluang Dagangan
  • Berita Terkini
  • Belajar Forex

Korporat

  • Profil
  • Perkhidmatan
  • Majalah Online
  • Hubungi Kami

© 2025 MFM.news – All rights reserved.

Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?

Not a member? Sign Up