By using this site, you agree to the Privacy Policy and Terms of Use.
Accept
MFM.news
  • Majalah
    • Majalah Online
    • Terkini
    • Fundamental
    • Strategi
    • Aktiviti
    • Teknikal Analisis
  • Pilihan Editor
  • Mengenai Broker
    • Broker Forex Malaysia
    • Bonus Tanpa Deposit
    • Buka Akaun Forex
    • Copytrade Forex
  • Platform Dagangan
Reading: OPR dijangka boleh terus kekal pada kadar 2.75% : Rafizi
Sign In
Breaking:
Hasil Bon Jerman 10 Tahun Tertinggi Sejak April
Saham Aussie Berundur daripada Penamat Rekod
Kadar Inflasi Oman Terendah Dalam 7 Bulan
Dolar Australia Meningkat Lebih Tinggi
Kadar Inflasi India Jatuh kepada 2019-Terendah
MFM.newsMFM.news
Font ResizerAa
Search
  • Majalah
    • Majalah Online
    • Terkini
    • Fundamental
    • Strategi
    • Aktiviti
    • Teknikal Analisis
  • Pilihan Editor
  • Mengenai Broker
    • Broker Forex Malaysia
    • Bonus Tanpa Deposit
    • Buka Akaun Forex
    • Copytrade Forex
  • Platform Dagangan
Have an existing account? Sign In
Follow US
© MajalahForexMalaysia - All rights reserved.
MFM.news > Blog > Berita Terkini > OPR dijangka boleh terus kekal pada kadar 2.75% : Rafizi
Berita Terkini

OPR dijangka boleh terus kekal pada kadar 2.75% : Rafizi

Last updated: July 12, 2023 3:35 pm
By Fatin Zulaikha
2 Min Read
Share
SHARE

Kadar dasar semalaman (OPR) boleh terus kekal pada paras 2.75 peratus sekiranya kadar inflasi di negara ini terus mereda pada bulan-bulan akan datang, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli (gambar).

Beliau berkata kadar inflasi pada Disember 2022 mereda kepada 3.8 peratus berbanding 4.0 peratus pada November 2022 seperti yang diumumkan Jabatan Perangkaan Malaysia pada Jumaat lepas.

Rafizi berkata antara faktor yang memacu inflasi di pasaran tempatan, sebahagian besarnya disumbangkan oleh harga makanan.

“Jika OPR pada paras 2.75 peratus dan kadar inflasi terus mereda pada Januari dan Februari ini, itu akan menunjukkan OPR boleh kekal pada 2.75 peratus,“ katanya pada sidang media di sini hari ini bagi mengulas mengenai hubung kait antara kenaikan OPR dalam menangani kenaikan inflasi.

Secara teorinya, kata beliau Bank Negara (BNM) akan menggunakan dasar monetari iaitu menerusi OPR untuk mengekang tekanan kenaikan inflasi di pasaran tempatan.

“Apabila inflasi meningkat lebih cepat, kemudiannya anda mahu mengehadkan permintaan, jadi caranya adalah dengan menaikkan OPR.

“Perkara ini memerlukan banyak usaha. Kita masih boleh mengurangkan inflasi di samping mengekalkan OPR. Sekiranya kita lebih peka dengan harga, kita diharap boleh mengekalkan OPR pada paras semasa yang dimahukan rakyat,” katanya.

Pada 19 Januari lepas, BNM menerusi Jawatankuasa Dasar Monetari membuat keputusan untuk mengekalkan OPR pada paras 2.75 peratus selepas empat kenaikan secara berturut-turut.

Kenaikan OPR empat kali berturut-turut sejak tahun lepas bermula Mei, Julai, September dan November dengan masing-masing meningkat sebanyak 25 mata asas kepada 2.75 peratus berbanding paras rekod terendah 1.75 peratus sebelumnya.

Rafizi berkata kadar inflasi di negara ini dilihat semakin reda dan ia memberi petanda baik dalam usaha mengawalnya untuk kembali ke paras normal sebelum ini iaitu sekitar lebih dua peratus.

Menurutnya kadar inflasi pada tahun lepas dilihat memuncak pada Ogos dan September dengan masing-masing berada pada paras 4.7 peratus dan 4.5 peratus.

“Graf dilihat menurun dan itu satu petanda baik. Kita berharap ia akan beransur ke paras inflasi yang lebih normal iaitu paras sebelumnya sekitar lebih dua peratus,“ katanya. -Bernama

Anda Pasti Sukakan Ini

Bantuan terus kepada rakyat sebagai ganti subsidi yang ditarik balik – PM

Manipulasi Saham: Ahli perniagaan Malaysia Soh Chee Wen dihukum penjara 36 tahun di Singapura

Ekonomi Malaysia akan kembali kukuh di suku ke 2 tahun ini – Tengku Zafrul

TUMPUAN UTAMA KEPADA DATA EKONOMI NFP MALAM INI

Satu pertiga daripada ekonomi dunia dijangka mengalami kemelesetan pada 2023-IMF

TAGGED:Kadar OPR BNMOPR Bank Negara TerkiniOPR BNM TERKINIOPR RAFIZI RAMLI
Share This Article
Facebook Email Copy Link Print
Glad you finished the article! How do you feel about it?
Love0
Happy0
Surprise0
Embarrass0
Sleepy0
Sad0
Angry0
Leave a Comment

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


More like this

Perjalanan Bebas Visa Malaysia-China Bermula 17 Julai!
July 16, 2025
PM Perancis Cadang Mansuhkan Cuti Umum Untuk Kurangkan Hutang Negara
July 16, 2025
Pelabur Asing Jual Semula RM516.6 Juta Saham Tempatan, Trader Saham Beralih ke Forex Semasa Ketidaktentuan Pasaran
July 16, 2025
Hasil Bon Jerman 10 Tahun Tertinggi Sejak April
July 16, 2025
Saham Aussie Berundur daripada Penamat Rekod
July 16, 2025
- Advertisement -
Ad image

Artikel menarik untuk anda

Berita Terkini

Fed expected to hike rates by three-quarters of a point again, but its forecast may matter most

By Fatin Zulaikha
9 Min Read
Berita Terkini

Abdul Rasheed Abdul Ghaffour dilantik Gabenor BNM baharu mulai 1 Julai

By Ahmad Danial
3 Min Read
Berita TerkiniMENARIK HARI INI!StrategiTeknikal

Analisa Teknikal EurUsd 19 Mac 2022

By Zulhilmi Mohd Diah
1 Min Read

Segalanya di Majalah Forex Malaysia

Berita Terkini

Bitcoin Cecah Paras Tertinggi Sepanjang Zaman – Lebih $120,000! Ini Sebabnya

By Ahmad Danial
July 14, 2025
3 Min Read

Kisah Lagenda Scammer Malaysia,Pak Man Telo

By Azawiya Azali
June 18, 2025
Berita Terkini

Rakyat Malaysia Bakal Nikmati Tarif Elektrik Lebih Adil Mulai 1 Julai 2025!

By Ahmad Danial
June 22, 2025
4 Min Read
Majalah Online

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 335 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

By MFM Team
0 Min Read
- Advertisement -
Ad image
News Ticker

BTC/USD: Harga Bitcoin Disenyapkan Hampir $95,000 kerana Pedagang Kripto Memerhati Keputusan Kadar Fed

Perkara utama: Token oren mengalami hujung minggu yang tidak menentu dengan kedua-dua hari dalam keadaan merah…

By MFM News Update
May 5, 2025
Berita Terkini

Potensi Pelaburan dan Potensi Perdagangan: Apa Maksudnya dan Kenapa Penting untuk Diketahui?

Dalam dunia ekonomi dan pembangunan, istilah “potensi pelaburan” dan “potensi perdagangan” sering menjadi tumpuan, terutamanya apabila…

By Azawiya Azali
July 7, 2025
Berita Terkini

Israel serang Iran dalam skala besar dalam operasi ‘Rising Lion’

Serangan “Rising Lion” (juga dikenali sebagai “Strength of a Lion”) Tarikh & Masa: Awal pagi 13 Jun 2025, Israel melancarkan…

By Azawiya Azali
June 13, 2025
Berita Terkini

Bill Gates Pilih Indonesia untuk Ujikaji Vaksin TBC

JAKARTA, 7 Mei 2025 – Pengasas Microsoft dan tokoh dermawan global, Bill Gates, melalui yayasan beliau,…

By Ahmad Danial
May 7, 2025
MFM.news

MFM.news adalah laman interaktif bagi komuniti forex di Malaysia, Brunei dan Indonesia. Di MFM anda boleh dapatkan informasi terkini berkaitan forex, isu semasa, dan pasaran kewangan secara amnya. Terdapat juga promosi hebat daripada forex broker di Malaysia dikongsi di laman ini.

Lain-Lain

  • Laman Utama
  • Peluang Dagangan
  • Berita Terkini
  • Belajar Forex

Korporat

  • Profil
  • Perkhidmatan
  • Majalah Online
  • Hubungi Kami

© 2025 MFM.news – All rights reserved.

Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?

Not a member? Sign Up