By using this site, you agree to the Privacy Policy and Terms of Use.
Accept
MFM.news
  • Majalah
    • Majalah Online
    • Terkini
    • Fundamental
    • Strategi
    • Aktiviti
    • Teknikal Analisis
  • Pilihan Editor
  • Mengenai Broker
    • Broker Forex Malaysia
    • Bonus Tanpa Deposit
    • Buka Akaun Forex
    • Copytrade Forex
  • Platform Dagangan
Reading: Semakin ramai rakyat Malaysia lari bekerja di luar negara
Sign In
Breaking:
Euro Teguh Mendahului Pemotongan Kadar ECB
Keluaran Perindustrian Tahunan Sepanyol Meningkat 0.6% pada April
Saham India Turun untuk Hari Ke-3
Saham New Zealand Ditutup Rendah
Inflasi Kenya Menurun kepada 3.8% pada bulan Mei
MFM.newsMFM.news
Font ResizerAa
Search
  • Majalah
    • Majalah Online
    • Terkini
    • Fundamental
    • Strategi
    • Aktiviti
    • Teknikal Analisis
  • Pilihan Editor
  • Mengenai Broker
    • Broker Forex Malaysia
    • Bonus Tanpa Deposit
    • Buka Akaun Forex
    • Copytrade Forex
  • Platform Dagangan
Have an existing account? Sign In
Follow US
© MajalahForexMalaysia - All rights reserved.
MFM.news > Blog > Berita Terkini > Semakin ramai rakyat Malaysia lari bekerja di luar negara
Berita Terkini

Semakin ramai rakyat Malaysia lari bekerja di luar negara

Last updated: August 26, 2022 5:02 pm
By Fatin Zulaikha
2 Min Read
Share
SHARE

KEADAAN ekonomi negara yang masih tidak stabil pada masa kini menjadi dilema dalam kalangan masyarakat sehinggakan ada yang terpaksa bekerja lebih waktu atau mencari pendapatan sampingan.

Tertekan dengan kos sara hidup dan harga barangan yang semakin meningkat, rakyat terpaksa memikirkan jalan lain untuk menjana wang bagi menampung perbelanjaan isi rumah.

Hakikatnya, sehingga kini pembangunan dari segi taraf hidup masih lagi belum di tahap yang memuaskan meskipun pelbagai inisiatif bantuan telah ditawarkan oleh kerajaan bagi pelbagai lapisan masyarakat.

Dalam pada itu, pilihan lain bagi rakyat Malaysia adalah berhijrah ke negara lain bagi mendapatkan pekerjaan dengan tawaran gaji yang lebih baik.

Melihat pada alternatif tersebut, ia bukan satu pilihan yang teruk kerana negara luar seperti Singapura, Australia, Jepun, United Kingdom, Arab Saudi dan lain-lain menawarkan pendapatan lumayan sehingga mencecah tiga kali ganda berbanding gaji di negara ini.

Menariknya, tawaran gaji tersebut bukan hanya melibatkan golongan profesional semata-mata malah turut merangkumi pelbagai sektor termasuk sektor 3D (kotor, bahaya dan sukar).

Pada Khamis, Pakar Ekonomi Universiti Tun Abdul Razak (Unirazak), Profesor Dr Barjoyai Bardai berkata, trend bekerja di luar negara itu dijangka akan terus meningkat pada masa yang akan datang.

Ujar beliau, kebanyakan negara luar juga memerlukan tenaga kerja untuk sektor tertentu. Jadi situasi itu sudah tentu membuka peluang dan ruang kepada rakyat di negara ini untuk bekerja di luar negara.

Sementara itu, Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Kamarul Baharin Mansor berpandangan kekosongan pekerjaan di Malaysia akan terus diisi oleh pekerja asing sekiranya trend tersebut berterusan.

Menurutnya, sekiranya negara tidak mengambil pengajaran melalui situasi berkenaan, pekerja tempatan akan lebih suka untuk bekerja di luar negara.

Jelasnya, majikan akan menggunakan alasan itu untuk tidak menaikkan gaji pekerja sekiranya syarikat-syarikat banyak bergantung kepada pekerja asing.

Dari aspek penawaran gaji serta budaya kerja yang sihat, negara masih lagi ketinggalan berbanding negara-negara luar yang lain.

Justeru itu, isu ini perlu dikaji dengan lebih mendalam dan kerajaan perlu merangka pelan strategik bagi mengatasi isu ini sebelum terlambat.- SINAR

Anda Pasti Sukakan Ini

Dolar mengekalkan keuntungan apabila perang semakin meluas di Timur Tengah, rali berbanding yen

Analisa Teknikal GbpAud 04 Jan 2021

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE-107 MUAT TURUN PERCUMA

Lima konsortium berjaya perolehi lesen bank digital Malaysia

AS: Inflasi yang lebih perlahan, tetapi masih mengecewakan – Wells Fargo

TAGGED:Ekonomi Malaysiakerja di luar negara'Rakyat Malaysia bekerja di luar negara
Share This Article
Facebook Email Copy Link Print
Glad you finished the article! How do you feel about it?
Love0
Happy0
Surprise0
Embarrass0
Sleepy0
Sad0
Angry0
Leave a Comment

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


More like this

Euro Teguh Mendahului Pemotongan Kadar ECB
June 4, 2025
Keluaran Perindustrian Tahunan Sepanyol Meningkat 0.6% pada April
June 4, 2025
Davao to Host Davao Trader Fair 2025: A Premier Financial Event for Aspiring and Professional Traders
June 3, 2025
Manila Traders Fair 2025 Wraps Up with a Day of Learning and Connection
June 3, 2025
Saham India Turun untuk Hari Ke-3
June 3, 2025
- Advertisement -
Ad image

Artikel menarik untuk anda

Berita TerkiniTeknikal

GBP/USD jatuh di bawah 1.0200 setelah lantunan semula USD

By Mohd Fauzi
4 Min Read
Berita Terkini

Ratu Elizabeth II, raja paling lama berkhidmat di Britain, meninggal dunia diusia 96 tahun

By Fatin Zulaikha
8 Min Read
Berita TerkiniMENARIK HARI INI!StrategiTeknikal

Analisa Teknikal NzdUsd 07 Feb 2022

By MFM Team
1 Min Read

Segalanya di Majalah Forex Malaysia

News Ticker

Jurang Belanjawan Rusia Melebar kepada 1.5% pada Jan-April

By MFM News Update
May 8, 2025
1 Min Read

Bill Gates Pilih Indonesia untuk Ujikaji Vaksin TBC

By Ahmad Danial
May 7, 2025
Berita Terkini

Sarawak,Brunei,Filipina; Medan Petempuran Laut China Selatan

By Fatin Zulaikha
May 6, 2025
4 Min Read
Majalah Online

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 335 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

By MFM Team
0 Min Read
- Advertisement -
Ad image
News Ticker

EUR/USD: Euro Menguasai Selepas Pedagang Menolak Dolar. Mata Kadar Pertukaran $1.10

Perkara utama: Tarif Trump tidak menyelamatkan dolar, yang merosot ke paras terendah enam bulan berbanding sekumpulan…

By MFM News Update
April 3, 2025
News Ticker

Harga Bitcoin Meningkat 4% kepada $107,000

Perkara utama: Syiling oren biasanya bukan jenis menunggu — kesabaran pasaran crypto berisiko letih melainkan Trump…

By MFM News Update
May 19, 2025
Berita Terkini

7 Sebab Kenapa Broker Forex Mula Tinggalkan Pasaran Malaysia

Pasaran forex Malaysia pernah menjadi antara destinasi popular bagi banyak broker antarabangsa untuk mengembangkan sayap mereka.…

By Fatin Zulaikha
June 3, 2025
Berita Terkini

Hong Kong kini menjadi bandar dengan kos sara hidup tertinggi di Asia

Hong Kong, dengan populasi 7.5 juta orang, kini menjadi bandar dengan kos sara hidup tertinggi di…

By Fatin Zulaikha
April 10, 2025
MFM.news

MFM.news adalah laman interaktif bagi komuniti forex di Malaysia, Brunei dan Indonesia. Di MFM anda boleh dapatkan informasi terkini berkaitan forex, isu semasa, dan pasaran kewangan secara amnya. Terdapat juga promosi hebat daripada forex broker di Malaysia dikongsi di laman ini.

Lain-Lain

  • Laman Utama
  • Peluang Dagangan
  • Berita Terkini
  • Belajar Forex

Korporat

  • Profil
  • Perkhidmatan
  • Majalah Online
  • Hubungi Kami

© 2025 MFM.news – All rights reserved.

Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?

Not a member? Sign Up