By using this site, you agree to the Privacy Policy and Terms of Use.
Accept
MFM.news
  • Majalah
    • Majalah Online
    • Terkini
    • Fundamental
    • Strategi
    • Aktiviti
    • Teknikal Analisis
  • Pilihan Editor
  • Mengenai Broker
    • Broker Forex Malaysia
    • Bonus Tanpa Deposit
    • Buka Akaun Forex
    • Copytrade Forex
  • Platform Dagangan
Reading: Utamakan beli barangan Buatan Malaysia untuk kukuhkan kembali nilai Ringgit
Sign In
Breaking:
Hasil Bon Jerman 10 Tahun Tertinggi Sejak April
Saham Aussie Berundur daripada Penamat Rekod
Kadar Inflasi Oman Terendah Dalam 7 Bulan
Dolar Australia Meningkat Lebih Tinggi
Kadar Inflasi India Jatuh kepada 2019-Terendah
MFM.newsMFM.news
Font ResizerAa
Search
  • Majalah
    • Majalah Online
    • Terkini
    • Fundamental
    • Strategi
    • Aktiviti
    • Teknikal Analisis
  • Pilihan Editor
  • Mengenai Broker
    • Broker Forex Malaysia
    • Bonus Tanpa Deposit
    • Buka Akaun Forex
    • Copytrade Forex
  • Platform Dagangan
Have an existing account? Sign In
Follow US
© MajalahForexMalaysia - All rights reserved.
MFM.news > Blog > Berita Terkini > Utamakan beli barangan Buatan Malaysia untuk kukuhkan kembali nilai Ringgit
Berita TerkiniMENARIK HARI INI!

Utamakan beli barangan Buatan Malaysia untuk kukuhkan kembali nilai Ringgit

Last updated: April 28, 2022 5:22 am
By MFM Team
6 Min Read
Share
SHARE

Kajian telah menunjukkan jumlah pembelian barangan tempatan masih rendah meski pun ramai yang tahu tentang Kempen Beli Barangan Malaysia.

Benar, kuasa membeli terletak dalam tangan sendiri – ini realiti kita sebagai seorang pengguna. Sesiapa pun berhak untuk memilih mengikut citarasa, kemahuan dan kemampuan masing-masing.

Tiada halangan untuk memiliki dan menggunakan produk berjenama antarabangsa, tetapi jangan menidakkan produk keluaran negara kita.

Kenapa? Apa pentingnya rakyat Malaysia perlu membeli barangan buatan Malaysia?

Mengukuhkan Ekonomi

Kempen Beli Barangan Malaysia dijenamakan semula pada tahun 2010 susulan Kempen Beli Barangan Buatan Malaysia yang telah dilancarkan pada tahun 1998.

Ia bertujuan untuk menggalakkan pengguna membeli barangan buatan Malaysia bagi membantu pengusaha tempatan dan mewujudkan pertumbuhan ekonomi domestik.

Kerajaan dari tahun ke tahun sentiasa optimis bahawa KBBM berupaya mengukuhkan semula ekonomi negara khususnya dalam pembangunan industri tempatan.

Rekod Statistik Ekonomi dalam Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia 2017 menunjukkan berlaku peningkatan import barangan pengguna, sekali gus menyebabkan produk buatan tempatan tersepit di antara kuasa-kuasa besar ekonomi dunia terutamanya China.

Oleh itu, kempen jualan secara besar-besaran pelbagai produk tempatan dianjurkan setiap tahun agar masyarakat berbelanja melalui tawaran harga berpatutan.

Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, sumbangan daripada Perusahan Kecil dan Sederhana (PKS) kepada keseluruhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) telah meningkat kepada 38.9 peratus pada 2019 berbanding 38.3 peratus yang dicatatkan pada 2018.

Sedar atau tidak, produk tempatan sebenarnya berperanan besar terhadap ekonomi negara dan akan terus menyumbang kepada peningkatan peratusan KDNK dan menyokong pertumbuhan ekonomi.

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum ini melaporkan lebih 4,500 buah perniagaan ditutup dalam tempoh empat bulan pertama penularan Covid-19 di negara ini susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan.

Meskipun sektor ekonomi telah dibuka pasca pandemik COVID19, namun menjadi tanggungjawab kepada rakyat Malaysia untuk merangsang semula pemulihan dan daya saing ekonomi khususnya bagi pasca pandemik dengan cara menyokong dan membeli barangan Malaysia.

Setiap RM yang dibelanjakan memberi nafas baru kepada pengusaha tempatan sekali gus mampu melonjakkan kembali ekonomi negara yang suram sekaligus mengukuhkan kembali nilai matawang Ringgit kita.

Kualiti

Barangan Malaysia didefinasikan sebagai “produk mestilah dikilangkan di Malaysia dan mengandungi sekurang-kurangnya 51 peratus bahan atau kandungan tempatan dan produk-produk yang dikeluarkan hendaklah melibatkan aktiviti proses pengilangan (manufacturing activity)”.

Ramai beranggapan produk tempatan tidak meyakinkan, mudah rosak dan tidak tahan lama, tidak setanding jenama antarabangsa dan tidak membawa imej mewah kepada pengguna.

Dahulu produk Malaysia kurang digemari kerana ia tidak popular dan akhirnya produk buatan tempatan dipandang rendah.

Namun kini, tiada istilah produk kelas kedua kerana produk buatan Malaysia telah terbukti mendapat pengiktirafan di peringkat global.

Menyebut tentang produk, Malaysia ada segala-galanya. Banyak produk keluaran Malaysia dijamin kualiti malah jauh lebih baik berbanding produk berjenama antarabangsa.

Produk kita bukan hanya jaguh kampung kerana jenama automotif, barangan elektrik, kraf tangan, fesyen dan produk kecantikan malah pelbagai jenis makanan kini sudah dikenali seantero dunia.

Nama seperti Bonia, Padini, British India – antara jenama yang digilai penggemar fesyen sejak sekian lama walhal mereka tidak sedar mereka sebenarnya menyanjungi produk buatan Malaysia!

Jadi, siapa kata produk Malaysia tiada standard? KBBM sebenarnya telah berjaya meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kualiti barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan di Malaysia setaraf dengan piawaian antarabangsa.

KBBM ibarat satu landasan tepat bagi menyemai kecintaan dan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat melalui barangan buatan Malaysia.

Jadi, jangan sesekali memperlekeh produk kita selagi belum tahu kualiti dan keberkesanannya!

Lebih Jimat

Harga bukan jaminan atau ukuran sesuatu barangan itu disahkan berkualiti kerana rakyat Malaysia kini lebih bijak membuat pertimbangan dalam urusan pembelian sesuatu produk.

Menerusi platform E-dagang, kualiti sesuatu produk dapat diukur melalui hantaran komen atau ulasan yang dibuat oleh pengguna.

Setiap produk akan dilabelkan sebagai ‘berkualiti atau wajib beli’ menerusi jumlah bintang, jumlah tanda suka, dan komen-komen positif yang diberikan pengguna.

Kenapa perlu melabur dengan harga tinggi hanya untuk mengejar jenama sedangkan produk Malaysia bukan sahaja berkualiti malah jauh lebih murah dan jimat belanja!

Membeli barangan Malaysia secara tidak langsung memberi kuasa kepada pengguna menaik taraf produk yang dihasilkan pengusaha tempatan khususnya golongan Industri Kecil dan Sederhana (IKS).

Kesan akibat pandemik masih terasa apabila banyak industri terjejas, gulung tikar dan pekerja diberhentikan.Kita diancam kesan buruk inflasi serta matawang kita semakin lemah.

Inilah masa dan ketikanya rakyat Malaysia sebagai pengguna sama-sama menyertai KBBM dengan mengutamakan produk tempatan yang bukan sahaja berkualiti, murah tetapi dijamin dari segi status pembuatannya!

Produk yang mempunyai label SIRIM atau tanda pensijilan SIRIM memberi jaminan kepada pengguna bahawa ia disahkan telah mematuhi standard yang telah ditetapkan dan selamat digunakan terutamanya barangan elektrik.

Produk kita, wajah kita – maka berbanggalah dengan barangan buatan Malaysia. Pengguna bijak, faedahnya banyak!.



Anda Pasti Sukakan Ini

Kemudahan Pengeluaran Wang KWSP Sebelum Menjelang Bulan Puasa

ENGULFING CANDLE MAMPU MENJANA KEUNTUNGAN

BNM Mungkin Turunkan Kadar OPR Jika Ekonomi Terus Lemah

NFP MINGGU INI DAN KESAN KEPADA US DOLLAR

HARGA MINYAK MELAMBUNG NAIK SEJURUS SERANGAN RUSIA TERHADAP UKRAINE

Share This Article
Facebook Email Copy Link Print
Glad you finished the article! How do you feel about it?
Love0
Happy0
Surprise0
Embarrass0
Sleepy0
Sad0
Angry0
Leave a Comment

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


More like this

Perjalanan Bebas Visa Malaysia-China Bermula 17 Julai!
July 16, 2025
PM Perancis Cadang Mansuhkan Cuti Umum Untuk Kurangkan Hutang Negara
July 16, 2025
Pelabur Asing Jual Semula RM516.6 Juta Saham Tempatan, Trader Saham Beralih ke Forex Semasa Ketidaktentuan Pasaran
July 16, 2025
Hasil Bon Jerman 10 Tahun Tertinggi Sejak April
July 16, 2025
Saham Aussie Berundur daripada Penamat Rekod
July 16, 2025
- Advertisement -
Ad image

Artikel menarik untuk anda

Berita Terkini

Whale Bitcoin Bangun Lepas 14 Tahun – 80,000 BTC Berpindah! Apa Maksudnya?

By Azawiya Azali
3 Min Read
Berita Terkini

AMarkets menambah baik syarat perdagangan untuk pedagang Malaysia!

By Azawiya Azali
1 Min Read
Berita Terkini

Bank Dunia memberi amaran ekonomi global berisiko kehilangan dekad pertumbuhan

By Fatin Zulaikha
3 Min Read

Segalanya di Majalah Forex Malaysia

Berita Terkini

GEAR‑uP & Gaji RM3,100: Langkah Berani Kerajaan Bantu Anak Muda Malaysia

By Ahmad Danial
July 2, 2025
4 Min Read

Kisah Lagenda Scammer Malaysia,Pak Man Telo

By Azawiya Azali
June 18, 2025
Berita Terkini

Rakyat Malaysia Bakal Nikmati Tarif Elektrik Lebih Adil Mulai 1 Julai 2025!

By Ahmad Danial
June 22, 2025
4 Min Read
Majalah Online

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 335 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

By MFM Team
0 Min Read
- Advertisement -
Ad image
Berita Terkini

SC Tambah 59 Lagi Scammer dalam Senarai Peringatan – Hati-Hati Jangan Kena Game!

Nak melabur sekarang ni memang kena betul-betul buka mata dan buka hati. Baru-baru ni, Suruhanjaya Sekuriti…

By Azawiya Azali
June 22, 2025
News Ticker

BTC/USD: Harga Bitcoin Disenyapkan Hampir $95,000 kerana Pedagang Kripto Memerhati Keputusan Kadar Fed

Perkara utama: Token oren mengalami hujung minggu yang tidak menentu dengan kedua-dua hari dalam keadaan merah…

By MFM News Update
May 5, 2025
Berita Terkini

Perang Dagang Amerika Syarikat-China: The Art Of Deal

Tindakan mengejut bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, yang mencadangkan pengurangan tarif terhadap barangan import…

By Azawiya Azali
April 28, 2025
News Ticker

Saham Eropah Turun pada Jumaat, Tarif Diperhati

Bursa-bursa Eropah utama diniagakan dalam merah pada hari Jumaat, dengan kedua-dua STOXX 50 dan STOXX 600…

By MFM News Update
July 11, 2025
MFM.news

MFM.news adalah laman interaktif bagi komuniti forex di Malaysia, Brunei dan Indonesia. Di MFM anda boleh dapatkan informasi terkini berkaitan forex, isu semasa, dan pasaran kewangan secara amnya. Terdapat juga promosi hebat daripada forex broker di Malaysia dikongsi di laman ini.

Lain-Lain

  • Laman Utama
  • Peluang Dagangan
  • Berita Terkini
  • Belajar Forex

Korporat

  • Profil
  • Perkhidmatan
  • Majalah Online
  • Hubungi Kami

© 2025 MFM.news – All rights reserved.

Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?

Not a member? Sign Up