By using this site, you agree to the Privacy Policy and Terms of Use.
Accept
MFM.news
  • Majalah
    • Majalah Online
    • Terkini
    • Fundamental
    • Strategi
    • Aktiviti
    • Teknikal Analisis
  • Pilihan Editor
  • Mengenai Broker
    • Broker Forex Malaysia
    • Bonus Tanpa Deposit
    • Buka Akaun Forex
    • Copytrade Forex
  • Platform Dagangan
Reading: Tren hilang dari radar antara punca perkhidmatan LRT laluan Kelana Jaya dihentikan seminggu
Sign In
Breaking:
Hasil Bon Jerman 10 Tahun Tertinggi Sejak April
Saham Aussie Berundur daripada Penamat Rekod
Kadar Inflasi Oman Terendah Dalam 7 Bulan
Dolar Australia Meningkat Lebih Tinggi
Kadar Inflasi India Jatuh kepada 2019-Terendah
MFM.newsMFM.news
Font ResizerAa
Search
  • Majalah
    • Majalah Online
    • Terkini
    • Fundamental
    • Strategi
    • Aktiviti
    • Teknikal Analisis
  • Pilihan Editor
  • Mengenai Broker
    • Broker Forex Malaysia
    • Bonus Tanpa Deposit
    • Buka Akaun Forex
    • Copytrade Forex
  • Platform Dagangan
Have an existing account? Sign In
Follow US
© MajalahForexMalaysia - All rights reserved.
MFM.news > Blog > Berita Terkini > Tren hilang dari radar antara punca perkhidmatan LRT laluan Kelana Jaya dihentikan seminggu
Berita Terkini

Tren hilang dari radar antara punca perkhidmatan LRT laluan Kelana Jaya dihentikan seminggu

Last updated: November 11, 2022 1:24 am
By Fatin Zulaikha
3 Min Read
Share
SHARE

Perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya masih mengalami gangguan menyebabkan perkhidmatan antara Stesen LRT Kelana Jaya dan Stesen LRT Ampang Park diberhentikan.

Rapid Rail Sdn Bhd dalam kenyataan memaklumkan perkhidmatan antara kedua-dua stesen terbabit terpaksa dihentikan atas faktor keselamatan apabila gangguan pada sistem Kawalan Tren Automatik (ATC) Laluan Kelana Jaya mula dikesan jam 3.03 petang tadi.

“Setakat jam 8.30 malam tadi, perkhidmatan tren perantara dari Stesen LRT Gombak ke Stesen LRT Damai serta dari Stesen LRT Ara Damansara ke Stesen LRT Putra Heights masih berjalan.

“Operasi tren dari Stesen LRT Putra Heights berpatah balik di Stesen LRT Ara Damansara, manakala operasi tren dari Stesen LRT Gombak berpatah balik di Stesen LRT Damai,” katanya.

Menurutnya, perkhidmatan tren akan ditamatkan jam 11 malam ini.

“Pengumuman mengenai gangguan perkhidmatan sudah dilakukan di stesen dan di dalam tren bagi memaklumkan penumpang mengenai status perkhidmatan terkini serta makluman melalui media sosial Rapid KL.

“Ia untuk memudahkan penumpang merancang perjalanan mereka menggunakan perkhidmatan alternatif,” katanya.

Katanya, perkhidmatan bas perantara percuma antara stesen Kelana Jaya hingga Stesen Ampang Park turut disediakan bagi memudahkan pergerakan penumpang yang terkesan akibat gangguan perkhidmatan berkenaan.

“Perkhidmatan bas perantara akan dilanjutkan sehingga jam 12 tengah malam ini bagi menampung penumpang.

“Pasukan kejuruteraan dan teknikal Rapid Rail dibantu oleh pihak Thales Group di Canada selaku pengilang peralatan asal atau OEM sedang giat menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar gangguan ini.

“Setakat ini, apa yang diketahui adalah terdapat gangguan kepada komponen elektronik sistem kawalan tren automatik atau ATC yang menyebabkan kehilangan signal di antara pusat kawalan dan tren,” katanya.

Katanya, gangguan itu menyebabkan tren-tren tidak dapat beroperasi secara automatik antara Stesen LRT Kelana Jaya dan Stesen LRT Ampang Park.

“Kami akan memaklumkan status perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya dari semasa ke semasa kepada orang awam menerusi saluran media sosial dan media massa.

“Segala kesulitan dialami para penumpang disebabkan oleh gangguan ini amat dikesali dan kami memohon maaf atas gangguan perjalanan yang terpaksa ditempuhi oleh semua pengguna perkhidmatan Rapid KL,” katanya.

Anda Pasti Sukakan Ini

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE-106 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN SECARA PERCUMA

Harga barang dijangka naik 20 peratus mulai Ogos

Analisa Teknikal AudUsd 14 April 2022

European Central Bank raises interest rates for first time in 11 years

Syarikat Palsu Forex Indonesia Tipu Lebih 400 Mangsa, Kerugian RM105 Juta

TAGGED:LRT DitutupLRT Kelana Jaya
Share This Article
Facebook Email Copy Link Print
Glad you finished the article! How do you feel about it?
Love0
Happy0
Surprise0
Embarrass0
Sleepy0
Sad0
Angry0
Leave a Comment

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


More like this

Perjalanan Bebas Visa Malaysia-China Bermula 17 Julai!
July 16, 2025
PM Perancis Cadang Mansuhkan Cuti Umum Untuk Kurangkan Hutang Negara
July 16, 2025
Pelabur Asing Jual Semula RM516.6 Juta Saham Tempatan, Trader Saham Beralih ke Forex Semasa Ketidaktentuan Pasaran
July 16, 2025
Hasil Bon Jerman 10 Tahun Tertinggi Sejak April
July 16, 2025
Saham Aussie Berundur daripada Penamat Rekod
July 16, 2025
- Advertisement -
Ad image

Artikel menarik untuk anda

Berita Terkini

Ekonomi New Zealand merosot ke dalam kemelesetan apabila kadar faedah yang lebih tinggi mencengkam

By Azawiya Azali
2 Min Read
Berita TerkiniFundamentalUncategorized

NEW ZEALAND DOLLAR (NZD)

By MFM Team
1 Min Read
Berita Terkini

Dunia Perdagangan dengan Octa: Dahulunya Dikenali sebagai OctaFX Malaysia

By Azawiya Azali
6 Min Read

Segalanya di Majalah Forex Malaysia

Berita Terkini

Kalau nak KTMB untung,kita naikkan harga tambang komuter- Anthony Loke

By Mohd Fauzi
July 14, 2025
3 Min Read

Kisah Lagenda Scammer Malaysia,Pak Man Telo

By Azawiya Azali
June 18, 2025
Berita Terkini

Rakyat Malaysia Bakal Nikmati Tarif Elektrik Lebih Adil Mulai 1 Julai 2025!

By Ahmad Danial
June 22, 2025
4 Min Read
Majalah Online

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 335 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

By MFM Team
0 Min Read
- Advertisement -
Ad image
Berita Terkini

Perlaksanaan E-Invois,Subsidi Bersasar Lebih Untungkan Pendatang Asing

Pelaksanaan pelbagai inisiatif kerajaan seperti e-invois, subsidi bersasar, dan penguatkuasaan semula terhadap penggunaan tong gas komersial…

By Azawiya Azali
June 3, 2025
News Ticker

Saham India Ditetapkan untuk Keuntungan Mingguan

BSE Sensex meningkat 387 mata, atau 0.5%, kepada 81,752 pada dagangan awal pada hari Jumaat, menghentikan…

By MFM News Update
June 20, 2025
News Ticker

Kadar Inflasi Malaysia Terendah Dalam Lebih 3 Tahun

Kadar inflasi tahunan Malaysia susut kepada 1.2% pada Mei 2025 daripada 1.4% dalam dua bulan sebelumnya,…

By MFM News Update
June 24, 2025
Berita Terkini

SC Tambah 59 Lagi Scammer dalam Senarai Peringatan – Hati-Hati Jangan Kena Game!

Nak melabur sekarang ni memang kena betul-betul buka mata dan buka hati. Baru-baru ni, Suruhanjaya Sekuriti…

By Azawiya Azali
June 22, 2025
MFM.news

MFM.news adalah laman interaktif bagi komuniti forex di Malaysia, Brunei dan Indonesia. Di MFM anda boleh dapatkan informasi terkini berkaitan forex, isu semasa, dan pasaran kewangan secara amnya. Terdapat juga promosi hebat daripada forex broker di Malaysia dikongsi di laman ini.

Lain-Lain

  • Laman Utama
  • Peluang Dagangan
  • Berita Terkini
  • Belajar Forex

Korporat

  • Profil
  • Perkhidmatan
  • Majalah Online
  • Hubungi Kami

© 2025 MFM.news – All rights reserved.

Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?

Not a member? Sign Up