By using this site, you agree to the Privacy Policy and Terms of Use.
Accept
MFM.news
  • Majalah
    • Majalah Online
    • Terkini
    • Fundamental
    • Strategi
    • Aktiviti
    • Teknikal Analisis
  • Pilihan Editor
  • Mengenai Broker
    • Broker Forex Malaysia
    • Bonus Tanpa Deposit
    • Buka Akaun Forex
    • Copytrade Forex
  • Platform Dagangan
Reading: TIADA LAGI PENGELUARAN KWSP SEBELUM UMUR BERSARA
Sign In
Breaking:
Inflasi Kenya Menurun kepada 3.8% pada bulan Mei
Perumahan Jepun Mula Jatuh Lebih Daripada Jangkaan
Hasil Gilt 10 Tahun UK Meningkat
Thailand Dedahkan Bajet 2026 Di Tengah-tengah Masalah Ekonomi
Saham Kanada Mencapai Rekod Tinggi
MFM.newsMFM.news
Font ResizerAa
Search
  • Majalah
    • Majalah Online
    • Terkini
    • Fundamental
    • Strategi
    • Aktiviti
    • Teknikal Analisis
  • Pilihan Editor
  • Mengenai Broker
    • Broker Forex Malaysia
    • Bonus Tanpa Deposit
    • Buka Akaun Forex
    • Copytrade Forex
  • Platform Dagangan
Have an existing account? Sign In
Follow US
© MajalahForexMalaysia - All rights reserved.
MFM.news > Blog > Editor's Picks > TIADA LAGI PENGELUARAN KWSP SEBELUM UMUR BERSARA
Editor's PicksMENARIK HARI INI!

TIADA LAGI PENGELUARAN KWSP SEBELUM UMUR BERSARA

Last updated: March 3, 2022 12:19 am
By MFM Team
7 Min Read
Share
SHARE

Buat masa ini Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak bercadang membenarkan lagi pengeluaran oleh pencarum menerusi idea i-Ceria dilontarkan Ahli Parlimen semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, apa yang utama sebagai pengurus dana persaraan adalah memenuhi mandat untuk membina semula simpanan hari tua pencarum.

Menurutnya, tempoh bagi tiga skim pengeluaran sudah pun berakhir iaitu i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra.

“Tiga skim itu sudah pun berakhir (kemudahan pengeluaran terakhir adalah i-Citra pada bulan lalu).

“Adalah penting bukan hanya melihat kepada permintaan itu (idea i-Ceria) tetapi juga konteks utama KWSP seperti yang saya bentangkan iaitu mengutamakan bekalan simpanan untuk pekerja yang sudah bersara.

“Kita faham apabila kita terima desakan. Tetapi kena ingat mandat diberikan kepada KWSP mengikut akta adalah menolong ahli mencapai simpanan untuk hari tua,” katanya pada sidang media selepas membentangkan prestasi kewangan KWSP 2021 selain mengumumkan dividen, di sini, hari ini.

Amir Hamzah berkata, data pekerja dan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara sudah pun memasuki fasa pemulihan ekonomi.

“Saya harap kita tak payah keluar lagi (mengeluarkan KWSP sebelum tempoh masa bersara).

“KWSP akan terus fokus dengan mandat untuk membina simpanan hari tua pencarum.

“Peranan kita adalah memudahkan kehidupan ahli sewaktu persaraan,” katanya.

Terdahulu dalam pembentangannya, beliau turut menjelaskan pengeluaran KWSP yang sudah dibuat ahli dalam tempoh pandemik Covid-19.

Katanya, ia membabitkan RM20.8 bilion pengeluaran i-Lestari bagi tempoh April 2020 hingga Mac 2021.

“i-Sinar berjumlah RM58.7 bilion bagi tempoh Januari hingga Disember 2021 dan i-Citra berjumlah RM21.4 bilion untuk tempoh Julai 2021 hingga Februari 2022.

“Jumlah keseluruhan pengeluaran untuk ketiga-tiga skim dianggarkan RM110 bilion,” katanya.

Berdasarkan rekod, katanya, seramai 7.3 juta ahli memohon sekurang-kurangnya satu atau semua skim berkenaan.

Menurutnya, kesan pengeluaran awal KWSP itu adalah agak membimbangkan kerana ramai ahli berisiko hidup dalam kemiskinan sewaktu persaraan.

“Orang tua tak cukup simpanan untuk bekalan perbelanjaan menjalani kehidupan seharian yang menjadi kebimbangan kami di KWSP.

“Malaysia negara menua atau akan mempunyai jumlah warga tua yang ramai.

“Penting setiap daripada kita mempunyai sekuriti simpanan untuk digunakan selepas persaraan atau sewaktu tidak lagi bekerja bagi menjana pendapatan,” katanya.

Beliau menegaskan, selain kesihatan, keupayaan kewangan masyarakat dalam golongan berusia juga perlu dijamin.

Semalam, di Dewan Rakyat, Ahli Parlimen Jempol, Datuk Seri Mohd Salim Sharif mencadangkan kerajaan memperkenalkan bantuan kewangan “i-Ceria” KWSP, iaitu kemudahan pengeluaran wang buat kali terakhir.

Mohd Salim ketika perbahasan Titah Diraja di Dewan Rakyat dilaporkan berkata, hal ini kerana terdapat keperluan mendesak bagi sebilangan rakyat Malaysia menggunakan wang persaraan mereka itu bagi tujuan meneruskan kelangsungan hidup.

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan dividen sebanyak 6.10 peratus bagi Simpanan Konvensional dan 5.65 peratus untuk Simpanan Syariah bagi tahun 2021.

Ia lebih tinggi berbanding 2020, yang mana dividen bagi Simpanan Konvensional sebanyak 5.20 peratus dan 4.90 peratus untuk Simpanan Syariah.

Jumlah pengagihan terkumpul bagi 2021 adalah RM56.72 bilion, iaitu RM50.45 bilion untuk Simpanan Konvensional dan RM6.27 bilion lagi untuk Simpanan Syariah.

Pada 2021, KWSP mencatatkan caruman bersih negatif (caruman setelah mengambil kira pengeluaran) untuk pertama kalinya dalam tempoh 20 tahun sebanyak RM58.2 bilion, namun ia tetap teguh dan berhemat dalam strategi pelaburan jangka panjangnya, selain menyesuaikan diri terhadap cabaran dalam memastikan pulangan mampan jangka panjang.

KWSP mencatatkan pendapatan pelaburan kasar sebanyak RM67.06 bilion, di mana RM6.91 bilion diperuntukkan kepada Simpanan Syariah.

Prestasi yang membanggakan itu adalah hasil pendekatan kepelbagaian portfolio yang berpandukan Alokasi Aset Strategik (SAA), yang memastikan KWSP bertahan terhadap kejutan kewangan serta kekal stabil dalam situasi yang tidak dijangka.

Berdasarkan kelas aset, instrumen Pendapatan Tetap merangkumi 45 peratus daripada pelaburan, manakala Ekuiti 44 peratus, Hartanah dan Infrastruktur serta instrumen Pasaran Wang masing-masing adalah enam dan lima peratus.

Pemulihan pasaran yang berterusan sepanjang 2021, terutama dalam pasaran maju, menyumbang kepada portfolio ekuiti tersenarai KWSP dan menyediakan peluang kepada dana persaraan ini untuk merealisasikan keuntungan.

Ekuiti, khususnya ekuiti tersenarai luar negara yang merekodkan pulangan pelaburan (ROI ) sebanyak 10.44 peratus, terus menjadi penyumbang pulangan utama.

Jumlah pendapatan bagi kelas aset Ekuiti adalah sebanyak RM38.93 bilion, atau 58 peratus daripada keseluruhan pendapatan kasar KWSP.

Portfolio ekuiti persendirian juga menunjukkan prestasi yang baik, merekodkan pulangan pelaburan sebanyak 19.01 peratus.

Untuk kesihatan jangka panjang, KWSP mengambil langkah berhemat untuk turun nilai kos sebanyak RM1.15 bilion daripada portfolio ekuiti tersenarai pada 2021, lebih rendah daripada RM7.71 bilion turun nilai kos yang dicatatkan pada 2020, selaras dengan pemulihan dalam pasaran ekuiti.

Dengan hampir separuh jumlah peruntukan aset KWSP adalah dalam instrumen Pendapatan Tetap, merangkumi Sekuriti Kerajaan Malaysia dan Bon Sama Taraf, serta Pinjaman dan Bon, KWSP dapat mengekalkan pulangan yang stabil.

Pendapatan daripada portfolio berkenaan menyumbang sebanyak RM19.50 bilion, atau 29 peratus daripada jumlah pendapatan kasar KWSP.

Pendapatan portfolio Hartanah dan Infrastruktur sebanyak RM7.69 bilion terus memainkan peranan sebagai pelindung nilai terhadap inflasi dengan pulangan pelaburan sebanyak 6.53 peratus.

Ini adalah 1.84 peratus melebihi pulangan pelaburan instrumen Pendapatan Tetap sebanyak 4.69 peratus, manakala pendapatan daripada instrumen Pasaran Wang merekodkan RM940 juta.

Aset luar negara KWSP adalah penyumbang kritikal kepada prestasi keseluruhan, di mana kepelbagaian kelas aset, pasaran dan mata wang memberikan kestabilan kepada pendapatan dan nilai tambah kepada keseluruhan pulangan KWSP.

Setakat Disember 2021, sekitar 37 peratus daripada aset pelaburan KWSP adalah di luar Malaysia dan merentasi pelbagai kelas aset.

Keseluruhan aset pelaburan meningkat 0.8 peratus kepada RM1.01 trilion daripada RM1.00 trilion pada 2020.

Jumlah keahlian setakat Disember 2021 meningkat sebanyak dua peratus kepada 15.2 juta, manakala majikan yang berdaftar dengan KWSP adalah berjumlah 553,000.

Dengan purata dividen sebenar tiga tahun selepas pelarasan terhadap inflasi sebanyak 4.91 peratus untuk Simpanan Konvensional dan 4.51 peratus untuk Simpanan Syariah, KWSP melangkaui sasaran strategiknya untuk mengisytiharkan purata dividen sebenar sekurang-kurangnya 2.00 peratus dalam tempoh tiga tahun berturut-turut.

 

Anda Pasti Sukakan Ini

Analisa Teknikal UsdCad 10 Jan 2022

Analisa Teknikal UsdCad 08 Dis 2021

CHINA KENAKAN LARANGAN IMPORT BIJIH BESI DARIPADA AUSTRALIA

TERKINI KEDUDUKAN PESERTA BOTT 2019 MINGGU KE-3

HARGA MINYAK STABIL PADA PARAS $40 DOLLAR SETONG.

TAGGED:i CitraKWSP
Share This Article
Facebook Email Copy Link Print
Glad you finished the article! How do you feel about it?
Love0
Happy0
Surprise0
Embarrass0
Sleepy0
Sad0
Angry0
Leave a Comment

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


More like this

Inflasi Kenya Menurun kepada 3.8% pada bulan Mei
May 30, 2025
Tong Gas Ungu: Ramai Peniaga Kecil Mula Rasa Terbeban?
May 30, 2025
Perumahan Jepun Mula Jatuh Lebih Daripada Jangkaan
May 30, 2025
Hasil Gilt 10 Tahun UK Meningkat
May 29, 2025
Thailand Dedahkan Bajet 2026 Di Tengah-tengah Masalah Ekonomi
May 29, 2025
- Advertisement -
Ad image

Artikel menarik untuk anda

Berita TerkiniEditor's PicksStrategiTeknikal

MENILAI PELUANG DAGANGAN DI PAIR USD/CAD

By MFM Team
1 Min Read
Editor's PicksMENARIK HARI INI!Strategi

FOREX HARI INI: APA ANDA PERLU TAHU PADA HARI JUMAAT 9 JULAI

By MFM Team
2 Min Read
Berita TerkiniEditor's Picks

HASIL PERBENDAHARAAN AMERIKA SYARIKAT (U.S 10-YEAR YIELDS) MELONJAK KE PARAS TERINGGI

By MFM Team
1 Min Read

Segalanya di Majalah Forex Malaysia

Berita Terkini

Wiki Finance Expo Cyprus 2025: Europe’s Premier Fintech, Crypto & Forex Event!

By Azawiya Azali
May 20, 2025
3 Min Read

Bill Gates Pilih Indonesia untuk Ujikaji Vaksin TBC

By Ahmad Danial
May 7, 2025
Berita Terkini

Sarawak,Brunei,Filipina; Medan Petempuran Laut China Selatan

By Fatin Zulaikha
May 6, 2025
4 Min Read
Majalah Online

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 335 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

By MFM Team
0 Min Read
- Advertisement -
Ad image
News Ticker

IXIC: Nasdaq Menjunam 6% dalam Hari Terburuk Sejak Pandemik. Inilah Kerugian Teknologi Terbesar.

Perkara utama: Penurunan besar dalam Apple, Amazon, Meta dan Nvidia berada di belakang kekalahan sejarah dalam…

By MFM News Update
April 4, 2025
News Ticker

Kadar Inflasi Mongolia Menurun pada Mac

Kadar inflasi tahunan di Mongolia perlahan kepada 9.1% pada Mac 2025 daripada paras tertinggi hampir satu…

By MFM News Update
April 10, 2025
News Ticker

Harga Import Korea Selatan Meningkat untuk Bulan Ke-4

Harga import Korea Selatan meningkat 4.6% tahun ke tahun pada Februari 2025, perlahan daripada peningkatan 6.5%…

By MFM News Update
March 14, 2025
News Ticker

USD/JPY: Dolar Tembus ¥150.00 apabila Kenaikan Harga Mendahului di tengah-tengah Optimisme Tarif

Di bahagian negeri, Rumah Putih berkemungkinan akan mengetepikan beberapa tarif khusus industri pada 2 April. Di…

By MFM News Update
March 26, 2025
MFM.news

MFM.news adalah laman interaktif bagi komuniti forex di Malaysia, Brunei dan Indonesia. Di MFM anda boleh dapatkan informasi terkini berkaitan forex, isu semasa, dan pasaran kewangan secara amnya. Terdapat juga promosi hebat daripada forex broker di Malaysia dikongsi di laman ini.

Lain-Lain

  • Laman Utama
  • Peluang Dagangan
  • Berita Terkini
  • Belajar Forex

Korporat

  • Profil
  • Perkhidmatan
  • Majalah Online
  • Hubungi Kami

© 2025 MFM.news – All rights reserved.

Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?

Not a member? Sign Up