Pagi tadi (23 Julai 2025), rakyat Malaysia dikejutkan dengan satu pengumuman istimewa daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim atau lebih mesra digelar PMX. Pengumuman tu disiarkan secara langsung di YouTube rasmi beliau pada jam 10.30 pagi dan dalam masa tak sampai 30 minit, lebih 100,000 orang dah tonton!
Ramai rakyat, terutamanya golongan muda, puji langkah yang diumumkan oleh PMX. Ada yang siap kata sanggup undi beliau untuk sepenggal lagi. Apa yang best sangat sampai ramai excited? Jom tengok apa isi penting pengumuman PMX tadi:
🌟 1. RM100 Tunai untuk Semua Dewasa!
Kalau korang umur 18 tahun ke atas dan warganegara Malaysia, korang akan dapat RM100 secara one-off!
Bayaran ni akan dimasukkan terus ke dalam MyKad dan boleh guna untuk beli barang keperluan asas. Permohonan dibuka 31 Ogos 2025. Easy peasy.
🛢️ 2. Harga Petrol RON95 Turun!
Yes, berita baik untuk yang ada motor & kereta! Harga RON95 akan turun jadi RM1.99/liter (sebelum ni RM2.05).
Tapi berita ni hanya untuk rakyat Malaysia je. Orang luar bayar harga pasaran.
🚗 3. Tak Ada Kenaikan Tol
PMX umum tiada kenaikan tol untuk 10 lebuh raya utama. Maksudnya, korang boleh balik kampung atau travel tanpa pening kepala fikir tol makin mahal. Terbaik!
🇲🇾 4. Cuti Umum Tambahan!
Korang suka long weekend?
PMX bagi hadiah special – 15 September 2025 (Isnin) dijadikan cuti umum tambahan sempena sambutan Hari Malaysia! Nak plan cuti dari sekarang pun boleh.
🛒 5. Jualan Rahmah Diperluas
Harga barang makin naik, kan? Tapi PMX ada plan. Program Jualan Rahmah MADANI akan diperluas ke semua kawasan DUN dengan bajet RM600 juta! So lebih banyak tempat ada barang murah lepas ni.
🤝 6. Program Sejahtera MADANI
Kerajaan akan bekerjasama dengan sektor korporat bantu golongan miskin dan miskin tegar.
Maknanya, makin ramai yang akan dapat bantuan & perhatian dari pihak berwajib. No one gets left behind.
💬 Apa Kata Rakyat?
Di media sosial, ramai yang puas hati dengan pengumuman ni:
“Terima kasih PMX, aku akan pilih dia lagi walaupun partinya tengah bergelut. Hari ini dia buat kerja bagus.” – Zac, di X (Twitter)
“Berbaloi tunggu pengumuman ni, banyak bantuan. Terima kasih banyak Datuk Seri!” – Mubin
💡 Ringkas Tapi Bermakna
Pengumuman ini mungkin nampak simple, tapi impaknya besar. Dalam keadaan ekonomi yang mencabar, langkah-langkah ni boleh bantu kurangkan beban rakyat, terutamanya anak muda yang struggle dengan kos sara hidup.