By using this site, you agree to the Privacy Policy and Terms of Use.
Accept
MFM.news
  • Majalah
    • Majalah Online
    • Terkini
    • Fundamental
    • Strategi
    • Aktiviti
    • Teknikal Analisis
  • Pilihan Editor
  • Mengenai Broker
    • Broker Forex Malaysia
    • Bonus Tanpa Deposit
    • Buka Akaun Forex
    • Copytrade Forex
  • Platform Dagangan
Reading: Semakin ramai rakyat Malaysia lari bekerja di luar negara
Sign In
Breaking:
Saham Itali Memanjangkan Keuntungan
Hasil Bon Jerman 10 Tahun Tertinggi Sejak April
Saham Aussie Berundur daripada Penamat Rekod
Kadar Inflasi Oman Terendah Dalam 7 Bulan
Dolar Australia Meningkat Lebih Tinggi
MFM.newsMFM.news
Font ResizerAa
Search
  • Majalah
    • Majalah Online
    • Terkini
    • Fundamental
    • Strategi
    • Aktiviti
    • Teknikal Analisis
  • Pilihan Editor
  • Mengenai Broker
    • Broker Forex Malaysia
    • Bonus Tanpa Deposit
    • Buka Akaun Forex
    • Copytrade Forex
  • Platform Dagangan
Have an existing account? Sign In
Follow US
© MajalahForexMalaysia - All rights reserved.
MFM.news > Blog > Berita Terkini > Semakin ramai rakyat Malaysia lari bekerja di luar negara
Berita Terkini

Semakin ramai rakyat Malaysia lari bekerja di luar negara

Last updated: August 26, 2022 5:02 pm
By Fatin Zulaikha
2 Min Read
Share
SHARE

KEADAAN ekonomi negara yang masih tidak stabil pada masa kini menjadi dilema dalam kalangan masyarakat sehinggakan ada yang terpaksa bekerja lebih waktu atau mencari pendapatan sampingan.

Tertekan dengan kos sara hidup dan harga barangan yang semakin meningkat, rakyat terpaksa memikirkan jalan lain untuk menjana wang bagi menampung perbelanjaan isi rumah.

Hakikatnya, sehingga kini pembangunan dari segi taraf hidup masih lagi belum di tahap yang memuaskan meskipun pelbagai inisiatif bantuan telah ditawarkan oleh kerajaan bagi pelbagai lapisan masyarakat.

Dalam pada itu, pilihan lain bagi rakyat Malaysia adalah berhijrah ke negara lain bagi mendapatkan pekerjaan dengan tawaran gaji yang lebih baik.

Melihat pada alternatif tersebut, ia bukan satu pilihan yang teruk kerana negara luar seperti Singapura, Australia, Jepun, United Kingdom, Arab Saudi dan lain-lain menawarkan pendapatan lumayan sehingga mencecah tiga kali ganda berbanding gaji di negara ini.

Menariknya, tawaran gaji tersebut bukan hanya melibatkan golongan profesional semata-mata malah turut merangkumi pelbagai sektor termasuk sektor 3D (kotor, bahaya dan sukar).

Pada Khamis, Pakar Ekonomi Universiti Tun Abdul Razak (Unirazak), Profesor Dr Barjoyai Bardai berkata, trend bekerja di luar negara itu dijangka akan terus meningkat pada masa yang akan datang.

Ujar beliau, kebanyakan negara luar juga memerlukan tenaga kerja untuk sektor tertentu. Jadi situasi itu sudah tentu membuka peluang dan ruang kepada rakyat di negara ini untuk bekerja di luar negara.

Sementara itu, Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Kamarul Baharin Mansor berpandangan kekosongan pekerjaan di Malaysia akan terus diisi oleh pekerja asing sekiranya trend tersebut berterusan.

Menurutnya, sekiranya negara tidak mengambil pengajaran melalui situasi berkenaan, pekerja tempatan akan lebih suka untuk bekerja di luar negara.

Jelasnya, majikan akan menggunakan alasan itu untuk tidak menaikkan gaji pekerja sekiranya syarikat-syarikat banyak bergantung kepada pekerja asing.

Dari aspek penawaran gaji serta budaya kerja yang sihat, negara masih lagi ketinggalan berbanding negara-negara luar yang lain.

Justeru itu, isu ini perlu dikaji dengan lebih mendalam dan kerajaan perlu merangka pelan strategik bagi mengatasi isu ini sebelum terlambat.- SINAR

Anda Pasti Sukakan Ini

Bank Of Canada naikkan kadar faedah sebanyak 100 mata asas kepada 2.5%

Hasil 10 Tahun China Berkekalan Stabil

Kisah skandal forex yang hampir mufliskan Bank Negara

SEMINAR FBS SANDAKAN SABAH

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE-90 SEDIA UNTUK MUAT TURUN !

TAGGED:Ekonomi Malaysiakerja di luar negara'Rakyat Malaysia bekerja di luar negara
Share This Article
Facebook Email Copy Link Print
Glad you finished the article! How do you feel about it?
Love0
Happy0
Surprise0
Embarrass0
Sleepy0
Sad0
Angry0
Leave a Comment

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


More like this

Saham Itali Memanjangkan Keuntungan
July 18, 2025
Trump Kutip $50 Bilion Bila Satu Dunia “Ketar Telor” Nak Balas Balik Tarif Perdagangan
July 18, 2025
Kerajaan Gagal Batalkan Saman Berkaitan Isu Penamatan Kontrak KL Tower
July 18, 2025
Perjalanan Bebas Visa Malaysia-China Bermula 17 Julai!
July 16, 2025
PM Perancis Cadang Mansuhkan Cuti Umum Untuk Kurangkan Hutang Negara
July 16, 2025
- Advertisement -
Ad image

Artikel menarik untuk anda

Berita Terkini

Jerome Powell Testimony: All about Fed Chair’s second day in US Congress

By Ahmad Danial
1 Min Read
Berita Terkini

Climate Change Could Cost The Global Economy $23 Trillion By 2050

By Fatin Zulaikha
6 Min Read
News Ticker

Euro Teguh Mendahului Pemotongan Kadar ECB

By MFM News Update
1 Min Read

Segalanya di Majalah Forex Malaysia

Berita Terkini

Trump Kutip $50 Bilion Bila Satu Dunia “Ketar Telor” Nak Balas Balik Tarif Perdagangan

By Azawiya Azali
July 18, 2025
3 Min Read

AS Serang Iran: Permulaan Perang Dunia Ke-3?

By Mohd Fauzi
June 22, 2025
Berita Terkini

Rakyat Malaysia Bakal Nikmati Tarif Elektrik Lebih Adil Mulai 1 Julai 2025!

By Ahmad Danial
June 22, 2025
4 Min Read
Majalah Online

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 335 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

By MFM Team
0 Min Read
- Advertisement -
Ad image
Strategi

7 Cara Realistik Jana Wang Tambahan Online — Dari Freelancing ke Kasino Dalam Talian

Kos sara hidup makin mencabar, dan ramai antara kita tertanya-tanya: “Apa cara paling praktikal untuk tambah…

By Azawiya Azali
June 28, 2025
AktivitiBerita Terkini

5 Keping Gold Bar & USD600 Menanti! Contest Lot Terbanyak JustMarkets Kini Dibuka – Siapa Paling Ganas Lot, Dia Menang!

Kuala Lumpur, 13 Jun 2025 – Nusantara Global Network dengan bangganya mengumumkan pembukaan rasmi Contest Lot…

By Azawiya Azali
June 13, 2025
Berita Terkini

SC Tambah 59 Lagi Scammer dalam Senarai Peringatan – Hati-Hati Jangan Kena Game!

Nak melabur sekarang ni memang kena betul-betul buka mata dan buka hati. Baru-baru ni, Suruhanjaya Sekuriti…

By Azawiya Azali
June 22, 2025
News Ticker

Euro Teguh Mendahului Pemotongan Kadar ECB

Euro berlegar hanya di bawah paras $1.14 apabila pelabur melihat ke hadapan kepada keputusan dasar Bank…

By MFM News Update
June 4, 2025
MFM.news

MFM.news adalah laman interaktif bagi komuniti forex di Malaysia, Brunei dan Indonesia. Di MFM anda boleh dapatkan informasi terkini berkaitan forex, isu semasa, dan pasaran kewangan secara amnya. Terdapat juga promosi hebat daripada forex broker di Malaysia dikongsi di laman ini.

Lain-Lain

  • Laman Utama
  • Peluang Dagangan
  • Berita Terkini
  • Belajar Forex

Korporat

  • Profil
  • Perkhidmatan
  • Majalah Online
  • Hubungi Kami

© 2025 MFM.news – All rights reserved.

Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?

Not a member? Sign Up