By using this site, you agree to the Privacy Policy and Terms of Use.
Accept
MFM.news
  • Majalah
    • Majalah Online
    • Terkini
    • Fundamental
    • Strategi
    • Aktiviti
    • Teknikal Analisis
  • Pilihan Editor
  • Mengenai Broker
    • Broker Forex Malaysia
    • Bonus Tanpa Deposit
    • Buka Akaun Forex
    • Copytrade Forex
  • Platform Dagangan
Reading: Rumusan : Belanjawan 2024 disifatkan sebagai belanjawan terbaik dalam sejarah Malaysia
Sign In
Breaking:
Hasil Bon Jerman 10 Tahun Tertinggi Sejak April
Saham Aussie Berundur daripada Penamat Rekod
Kadar Inflasi Oman Terendah Dalam 7 Bulan
Dolar Australia Meningkat Lebih Tinggi
Kadar Inflasi India Jatuh kepada 2019-Terendah
MFM.newsMFM.news
Font ResizerAa
Search
  • Majalah
    • Majalah Online
    • Terkini
    • Fundamental
    • Strategi
    • Aktiviti
    • Teknikal Analisis
  • Pilihan Editor
  • Mengenai Broker
    • Broker Forex Malaysia
    • Bonus Tanpa Deposit
    • Buka Akaun Forex
    • Copytrade Forex
  • Platform Dagangan
Have an existing account? Sign In
Follow US
© MajalahForexMalaysia - All rights reserved.
MFM.news > Blog > MENARIK HARI INI! > Rumusan : Belanjawan 2024 disifatkan sebagai belanjawan terbaik dalam sejarah Malaysia
MENARIK HARI INI!

Rumusan : Belanjawan 2024 disifatkan sebagai belanjawan terbaik dalam sejarah Malaysia

Last updated: October 19, 2023 10:51 am
By Ahmad Danial
6 Min Read
Share
SHARE

Lazimnya, pada bulan Oktober/ November setiap tahun kerajaan akan mengumumkan bajet bagi perancangan tadbir urus negara pada tahun hadapan. Sebagai rakyat Malaysia, kita pastinya menanti-nanti dasar dan polisi yang akan diperkenalkan sama ada ia memberi manfaat kepada kita secara langsung atau tidak langsung.

Ikuti perkongsian di bawah mengenai tarikh pembentangan Belanjawan dan Intipati Bajet 2024 untuk maklumat lebih lanjut.

Belanjawan yang telah dibentangkan di Dewan Rakyat, Bangunan Parlimen Malaysia oleh Menteri Kewangan/ Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di hadapan seluruh ahli Parlimen serta disiarkan secara langsung di semua stesen penyiaran awam dan juga berbayar di Malaysia. Ia juga diharap dapat membantu meningkatkan semula ekonomi negara serta meningkatkan kesejahteraan rakyat.

Belanjawan 2024 Malaysia Di bawah dikongsikan maklumat berkenaan Bajet 2024 untuk rujukan semua.

Justeru, pembentangan Bajet tahun ini diharapkan memberi keutamaan kepada usaha membantu rakyat yang terjejas dari setiap sudut seperti kewangan dan kebajikan serta memastikan ekonomi negara berjalan semula dan kembali rancak demi kemaslahatan bersama.

Semoga inisiatif seperti Bantuan Sara Hidup diteruskan bagi membantu golongan bersasar seperti golongan B40 dan pelbagai lagi stimulus serta pakej ekonomi yang membantu rakyat khususnya dan negara secara amnya.

Tarikh Pembentangan Bajet 2024 Pembentangan Belanjawan dijadualkan berlangsung pada tarikh yang telah dinyatakan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (Kerajaan Perpaduan) iaitu pada:

  • 13 Oktober 2023 (Hari Jumaat)
  • Bermula jam 4 petang di Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia
  • Siaran langsung di saluran radio dan utama di Malaysia

Intipati Bajet 2024

Intipati perkara-perkara penting yang diumumkan oleh Menteri Kewangan semasa pembentangan bajet 2024 akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Peruntukkan Bajet 2024

Jumlah : RM 393.8bilion

Perbelanjaan operasi: RM303.8 bilion

Perbelanjaan pembangunan: RM90 bilion

Simpanan Luar Jangka : RM2 billion

#image_title

Isi Penting Belanjawan 2024

  • Kenaikan kadar Cukai Perkhidmatan dari 6% ke 8% dengan skop diluaskan kepada perkhidmatan logistik, pembrokeran, penajajaminan dan karaoke. Kadar 6% dikekalkan untuk perkhidmatan makanan dan minuman, telekomunikasi, parkir kereta dan logistik.
  • Cukai Keuntungan Modal sebanyak 10% daripada keuntungan bersih pelupusan saham tidak tersenarai oleh syarikat mulai 1 Mac 2024
  • Cukai Barang Bernilai Tinggi dari 5% hingga 10% berdasarkan nilai ambang harga barangan
  • Rebat Bil Elektrik sehingga RM40 sebulan bagi isi rumah miskin tegar. Bayaran deposit akaun bil elektrik atas nama sendiri untuk 120,000 isi rumah miskin juga dikecualikan.
  • Kenaikan harga diesel secara berperingkat bagi menyasarkan semula subsidi dan mengelakkan penyeludupan
  • Portal Fraud Kebangsaan (NFD) dijangka dilancarkan pada tahun 2024 bagi mengekang masalah scam, penipuan di internet
  • Peruntukan pembangunan untuk Sabah dan Sarawak sebanyak RM12.4 Billion
  • Tahun Melawat Malaysia ditetapkan semula pada tahun 2026
  • Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik kepada rakyat berpendapatan tahunan RM120,000 dan ke bawah. Rebat akan diberikan sehingga RM2,400 kepada pembeli
  • Peruntukan Sumbangan Tunai Rahmah dinaikkan daripada RM8 bilion kepada RM10 billion Kadar maksimum STR meningkat daripada RM3,100 kepada RM3,700
  • -Kadar minumum STR bagi golongan belia meningkat dari RM350 kepada RM500 Permohonan baru akan dibuka seawal November 2023
  • -Bayaran pertama pada bulan Februari 2024
  • Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan diperluaskan kepada 700 ribu penerima STR dan menerima RM100 sebulan untuk tempoh 12 bulan
  • Semua lantikan MySTEP disediakan tawaran mengikuti program peningkatan kemahiran di bawah MyFutureJobs PERKESO akan menyediakan insentif khas sebanyak RM1,500 sebulan selama enam bulan bagi menyokong kemasukan lebih 3,300 pencari kerja golongan rentan
  • Kerajaan akan menanggung bayaran ujian memandu lesen motosikal kelas B2, e-hailing dan teksi untuk 40,000 belia daripada keluarga kurang mampu 100,000 topi keledar termasuk untuk kanak-kanak akan diagihkan secara percuma kepada keluarga kurang mampu
  • FLYsiswa diperkenalkan sebagai bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan bagi pelajar yang kurang mampu
  • Akaun Fleksibel KWSP akan diperkenalkan sebagai akaun baharu yang boleh diakses ahli pada bila-bila masa
  • Ganjaran RM500 kepada golongan belia yang berjaya melakukan aktiviti kesukarelawanan dengan badan yang diiktiraf oleh Kerajaan
  • Kadar elaun pelatih OKU yang mengikuti Program Pemulihan Dalam Komuniti akan ditingkatkan kepada RM300
  • Diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN bermula 14 Oktober 2023 hingga 31 Mac 2024:
  • -10% ke atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman
  • -10% untuk bayaran sekurang-kurangnya
  • -50% daripada baki hutang dalam sekali bayaran-15% untuk bayaran secara potongan gaji atau debit terus berjadual
  • Yuran bagi tujuan pendaftaran masuk ke universiti awam dihadkan untuk tidak melebihi RM1,500 bermula Januari 2024.
  • Skim Perubatan Madani diperluaskan ke seluruh negara Skim mySalam diteruskan bagi tempoh dua tahun Pas bulanan My50 diteruskan bagi perkhidmatan bas dan rel PRASARANA
  • Sumbangan Khas RM700 kepada guru takmir, guru KAFA, imam, bilal, siak, noja dan marbut di peringkat komuniti
  • Pelepasan cukai khusus pembelian peralatan dan aktiviti sukan terhad sehingga RM1,000. Juga diperluas meliputi perbelanjaan yuran mengikuti latihan sukan RM2,000
  • Bayaran Insentif Awal kepada semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak pada akhir bulan Februari 2024 RM1,000
  • Bayaran Insentif Awal kepada semua Jawatan Utama Sektor Awam melibatkan semua termasuk polis, bomba, tentera angkatan bersenjata dan seluruh anggota beruniform pada akhir bulan Februari 2024 RM1,000
  • Bayaran Insentif kepada semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen serta veteran tidak berpencen pada akhir bulan Februari 2024

Live Streaming/ Siaran Langsung Bajet 2024

Teks Lengkap Ucapan Belanjawan 2024 boleh dimuat turun di Kementerian Kewangan Sekian sahaja perkongsian di atas diharapkan segala inisiatif yang mengutamakan agenda rakyat dilaksanakan dengan amanah dan telus.

Anda Pasti Sukakan Ini

Analisa Teknikal Gold 15 Mac 2022

Semakin Ramai Wanita Janda Kian Menyerlah Dalam Dunia Forex: Jadi IB & Trader Berjaya

EURO MENGUKUH MENGATASI BEBERAPA MATAWANG LAIN SELEPAS RUNDINGAN BREXIT DICAPAI MINGGU LALU

Kualiti jalanraya di Malaysia antara yang terbaik di dunia

80% pekerja di Amerika bimbang kehilangan pekerjaan mereka semasa kemelesetan

TAGGED:Analisa Bajet 2024Bajet 2024Intipati Bajet 2024
Share This Article
Facebook Email Copy Link Print
Glad you finished the article! How do you feel about it?
Love0
Happy0
Surprise0
Embarrass0
Sleepy0
Sad0
Angry0
Leave a Comment

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


More like this

Perjalanan Bebas Visa Malaysia-China Bermula 17 Julai!
July 16, 2025
PM Perancis Cadang Mansuhkan Cuti Umum Untuk Kurangkan Hutang Negara
July 16, 2025
Pelabur Asing Jual Semula RM516.6 Juta Saham Tempatan, Trader Saham Beralih ke Forex Semasa Ketidaktentuan Pasaran
July 16, 2025
Hasil Bon Jerman 10 Tahun Tertinggi Sejak April
July 16, 2025
Saham Aussie Berundur daripada Penamat Rekod
July 16, 2025
- Advertisement -
Ad image

Artikel menarik untuk anda

Berita TerkiniMENARIK HARI INI!StrategiTeknikal

ANALISA TEKNIKAL GBPJPY 16 NOV 2021

By Zulhilmi Mohd Diah
1 Min Read
MENARIK HARI INI!

Rising interest rates will hit already weak UK economy, output shows

By MFM Team
5 Min Read
AktivitiEditor's PicksMENARIK HARI INI!

❗️ ????? ???? ????? ❗️ ???????? ????? ??????? ????!

By MFM Team
1 Min Read

Segalanya di Majalah Forex Malaysia

Berita Terkini

AS Serang Iran: Permulaan Perang Dunia Ke-3?

By Mohd Fauzi
June 22, 2025
3 Min Read

Kisah Lagenda Scammer Malaysia,Pak Man Telo

By Azawiya Azali
June 18, 2025
Berita Terkini

Rakyat Malaysia Bakal Nikmati Tarif Elektrik Lebih Adil Mulai 1 Julai 2025!

By Ahmad Danial
June 22, 2025
4 Min Read
Majalah Online

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 335 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

By MFM Team
0 Min Read
- Advertisement -
Ad image
News Ticker

Ekuiti di New Zealand Meningkat Lagi

NZX 50 meningkat 64 mata, atau 0.5%, kepada 12,708 pada awal dagangan Rabu, membina keuntungan daripada…

By MFM News Update
May 21, 2025
News Ticker

Eksport Jepun Jatuh buat Kali Pertama dalam 8 Bulan

Eksport Jepun turun 1.7% yoy kepada paras terendah empat bulan pada JPY 8,134.99 bilion pada Mei…

By MFM News Update
June 18, 2025
News Ticker

Won Korea Selatan Mengukuh Di Tengah-tengah Ketenangan Politik dan Optimisme Perdagangan Global

Won Korea Selatan meningkat ke arah 1,360 setiap dolar minggu ini, mencecah paras tertinggi dalam tujuh…

By MFM News Update
June 5, 2025
Berita Terkini

Lima Individu, Termasuk Dua Beradik Bergelar Datuk, Mengaku Tidak Bersalah atas Pertuduhan Skim Ponzi XFOX

SHAH ALAM, — Lima individu, termasuk sepasang adik-beradik perempuan salah seorang bergelar Datuk, dihadapkan ke Mahkamah…

By Azawiya Azali
July 3, 2025
MFM.news

MFM.news adalah laman interaktif bagi komuniti forex di Malaysia, Brunei dan Indonesia. Di MFM anda boleh dapatkan informasi terkini berkaitan forex, isu semasa, dan pasaran kewangan secara amnya. Terdapat juga promosi hebat daripada forex broker di Malaysia dikongsi di laman ini.

Lain-Lain

  • Laman Utama
  • Peluang Dagangan
  • Berita Terkini
  • Belajar Forex

Korporat

  • Profil
  • Perkhidmatan
  • Majalah Online
  • Hubungi Kami

© 2025 MFM.news – All rights reserved.

Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?

Not a member? Sign Up