By using this site, you agree to the Privacy Policy and Terms of Use.
Accept
MFM.news
  • Majalah
    • Majalah Online
    • Terkini
    • Fundamental
    • Strategi
    • Aktiviti
    • Teknikal Analisis
  • Pilihan Editor
  • Mengenai Broker
    • Broker Forex Malaysia
    • Bonus Tanpa Deposit
    • Buka Akaun Forex
    • Copytrade Forex
  • Platform Dagangan
Reading: Ringgit dijangka stabil ke paras RM3.95 berbanding dolar tahun depan
Sign In
Breaking:
Hasil Bon Jerman 10 Tahun Tertinggi Sejak April
Saham Aussie Berundur daripada Penamat Rekod
Kadar Inflasi Oman Terendah Dalam 7 Bulan
Dolar Australia Meningkat Lebih Tinggi
Kadar Inflasi India Jatuh kepada 2019-Terendah
MFM.newsMFM.news
Font ResizerAa
Search
  • Majalah
    • Majalah Online
    • Terkini
    • Fundamental
    • Strategi
    • Aktiviti
    • Teknikal Analisis
  • Pilihan Editor
  • Mengenai Broker
    • Broker Forex Malaysia
    • Bonus Tanpa Deposit
    • Buka Akaun Forex
    • Copytrade Forex
  • Platform Dagangan
Have an existing account? Sign In
Follow US
© MajalahForexMalaysia - All rights reserved.
MFM.news > Blog > Berita Terkini > Ringgit dijangka stabil ke paras RM3.95 berbanding dolar tahun depan
Berita Terkini

Ringgit dijangka stabil ke paras RM3.95 berbanding dolar tahun depan

Last updated: December 14, 2022 12:32 am
By Fatin Zulaikha
3 Min Read
Share
SHARE

Ketidaktentuan politik domestik yang kian reda serta jangkaan kemerosotan dolar Amerika Syarikat (AS) akan menyokong ringgit untuk mengukuh tahun depan dengan potensi mencecah paras sehingga RM3.95 sedolar, demikian kata penganalisis.

Penganalisis berkata, pembentukan kerajaan dalam tempoh yang singkat meskipun berdepan situasi Parlimen tergantung susulan tiada parti atau gabungan politik mendapat keputusan majoriti untuk membentuk kerajaan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) memberi kelegaan kepada pasaran.

Ketua Ahli Ekonomi Kumpulan dan Ketua Penyelidik AmBank Research, Dr Anthony Dass, berkata pihaknya telah membuat semakan semula terhadap unjuran ringgit berbanding dolar AS bagi akhir 2022 dan 2023.

Beliau berkata, bagi akhir 2022, pihaknya telah menaikkan unjuran ringgit berbanding dolar AS kepada RM4.25 hingga RM4.30 sedolar berbanding sebelum ini pada RM4.40 hingga RM4.45 sedolar.

“Sementara, bagi akhir 2023, ringgit dijangka pada paras RM3.95 hingga RM4.00 sedolar berbanding sebelum ini RM4.15 hingga RM4.20 sedolar berikutan keredaan kebisingan politik dan indeks dolar terus merosot daripada paras tingginya,” katanya dalam nota penyelidikannya.

Sementara itu, Kenanga Research pula menjangkakan dalam beberapa minggu akan datang, ringgit mungkin akan terus meraih manfaat daripada langkah Rizab Persekutuan AS (Fed) yang kurang agresif dalam kenaikan kadar penanda arasnya.

Ia berkata, penyusutan indeks AS (DXY) sebanyak hampir lima peratus berikutan nada yang kurang agresif daripada Fed serta pengukuhan yuan sebanyak 2.5 peratus berbanding dolar AS berikutan keyakinan pembukaan semula China telah membantu ringgit mengukuh berbanding dolar daripada kerugian pada Oktober.

Katanya, di peringkat domestik, mata wang tempatan disokong oleh pembentukan kerajaan perpaduan selepas lima hari dalam kebuntuan susulan keputusan PRU15.

Ringgit juga, jelasnya, mendapat sokongan daripada kemungkinan kemasukan besar dana portfolio ke dalam bon kerajaan dan pasaran ekuiti.

“Dengan kestabilan politik Malaysia dan kelemahan bermusim dolar AS mungkin membantu mata wang tempatan mengukuh berbanding dolar.

“Oleh itu, kami telah menyemak semula unjuran ringgit berbanding dolar AS akhir 2022 dan 2023 dengan masing-masing kepada RM4.38 sedolar berbanding RM4.54 sedolar sebelum ini dan RM4.11 sedolar berbanding RM4.26 sedolar sebelum ini,” katanya.

Bagaimanapun, Kenanga Research berkata, pusingan U dalam dasar COVID-19 China mungkin mengubah naratif kenaikan ringgit.- BH

Anda Pasti Sukakan Ini

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE-59 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN

OECD meningkatkan ramalan inflasi untuk ekonomi global

61% rakyat Amerika kini terpaksa ikat perut kerana kos sara hidup semakin tinggi

Apakah maksud US Shutdown ? Tujuh perkara yang anda patut tahu

Harga barang naik mendadak,kerajaan Korea Selatan naikkan gaji minimum 5%.

TAGGED:Nilai Ringgit MalaysiaRinggit MalaysiaRinggit Naik
Share This Article
Facebook Email Copy Link Print
Glad you finished the article! How do you feel about it?
Love0
Happy0
Surprise0
Embarrass0
Sleepy0
Sad0
Angry0
Leave a Comment

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


More like this

Perjalanan Bebas Visa Malaysia-China Bermula 17 Julai!
July 16, 2025
PM Perancis Cadang Mansuhkan Cuti Umum Untuk Kurangkan Hutang Negara
July 16, 2025
Pelabur Asing Jual Semula RM516.6 Juta Saham Tempatan, Trader Saham Beralih ke Forex Semasa Ketidaktentuan Pasaran
July 16, 2025
Hasil Bon Jerman 10 Tahun Tertinggi Sejak April
July 16, 2025
Saham Aussie Berundur daripada Penamat Rekod
July 16, 2025
- Advertisement -
Ad image

Artikel menarik untuk anda

Berita Terkini

Desakan Tubuh RCI Bongkar Campur Tangan Pelantikan Ketua Hakim Negara: Cabaran terhadap Kebebasan Kuasa Kehakiman Malaysia

By Azawiya Azali
2 Min Read
AktivitiBerita TerkiniEditor's Picks

LAPORAN TERKINI BOTT 2019 MINGGU KE-2

By NAJMULDIN BIN HAMZAH
0 Min Read
Berita Terkini

528 warga asing lari dari depoh tahanan imigresen

By MFM Team
2 Min Read

Segalanya di Majalah Forex Malaysia

Berita Terkini

Perjalanan Bebas Visa Malaysia-China Bermula 17 Julai!

By Fatin Zulaikha
July 16, 2025
2 Min Read

Kisah Lagenda Scammer Malaysia,Pak Man Telo

By Azawiya Azali
June 18, 2025
Berita Terkini

Rakyat Malaysia Bakal Nikmati Tarif Elektrik Lebih Adil Mulai 1 Julai 2025!

By Ahmad Danial
June 22, 2025
4 Min Read
Majalah Online

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 335 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

By MFM Team
0 Min Read
- Advertisement -
Ad image
News Ticker

Hasil Bon 10 Tahun Perancis Kekal pada 3.2%

Hasil bon kerajaan 10 tahun Perancis berlegar sekitar 3.2% apabila pelabur kekal fokus pada ketegangan geopolitik…

By MFM News Update
June 23, 2025
Berita Terkini

Lima Individu, Termasuk Dua Beradik Bergelar Datuk, Mengaku Tidak Bersalah atas Pertuduhan Skim Ponzi XFOX

SHAH ALAM, — Lima individu, termasuk sepasang adik-beradik perempuan salah seorang bergelar Datuk, dihadapkan ke Mahkamah…

By Azawiya Azali
July 3, 2025
News Ticker

Kadar Inflasi Kuwait Merosot ke 4 Bulan Terendah

Kadar inflasi tahunan di Kuwait merosot sedikit kepada 2.41% pada Mac 2025, turun daripada 2.49% pada…

By MFM News Update
April 21, 2025
Berita Terkini

Nissan Pertimbang Jual Ibu Pejabat di Yokohama Demi Kelangsungan Syarikat

Nissan yang kini sedang bergelut dengan masalah kewangan dilaporkan sedang mempertimbangkan untuk menjual ibu pejabat globalnya…

By Fakhrul Razi
May 31, 2025
MFM.news

MFM.news adalah laman interaktif bagi komuniti forex di Malaysia, Brunei dan Indonesia. Di MFM anda boleh dapatkan informasi terkini berkaitan forex, isu semasa, dan pasaran kewangan secara amnya. Terdapat juga promosi hebat daripada forex broker di Malaysia dikongsi di laman ini.

Lain-Lain

  • Laman Utama
  • Peluang Dagangan
  • Berita Terkini
  • Belajar Forex

Korporat

  • Profil
  • Perkhidmatan
  • Majalah Online
  • Hubungi Kami

© 2025 MFM.news – All rights reserved.

Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?

Not a member? Sign Up