By using this site, you agree to the Privacy Policy and Terms of Use.
Accept
MFM.news
  • Majalah
    • Majalah Online
    • Terkini
    • Fundamental
    • Strategi
    • Aktiviti
    • Teknikal Analisis
  • Pilihan Editor
  • Mengenai Broker
    • Broker Forex Malaysia
    • Bonus Tanpa Deposit
    • Buka Akaun Forex
    • Copytrade Forex
  • Platform Dagangan
Reading: Rancangan Indonesia tetap harga sawit sendiri akan memberi kesan keseluruhan rantaian industri perladangan sawit dunia
Sign In
Breaking:
Hasil Bon Jerman 10 Tahun Tertinggi Sejak April
Saham Aussie Berundur daripada Penamat Rekod
Kadar Inflasi Oman Terendah Dalam 7 Bulan
Dolar Australia Meningkat Lebih Tinggi
Kadar Inflasi India Jatuh kepada 2019-Terendah
MFM.newsMFM.news
Font ResizerAa
Search
  • Majalah
    • Majalah Online
    • Terkini
    • Fundamental
    • Strategi
    • Aktiviti
    • Teknikal Analisis
  • Pilihan Editor
  • Mengenai Broker
    • Broker Forex Malaysia
    • Bonus Tanpa Deposit
    • Buka Akaun Forex
    • Copytrade Forex
  • Platform Dagangan
Have an existing account? Sign In
Follow US
© MajalahForexMalaysia - All rights reserved.
MFM.news > Blog > Berita Terkini > Rancangan Indonesia tetap harga sawit sendiri akan memberi kesan keseluruhan rantaian industri perladangan sawit dunia
Berita Terkini

Rancangan Indonesia tetap harga sawit sendiri akan memberi kesan keseluruhan rantaian industri perladangan sawit dunia

Last updated: July 12, 2023 3:34 pm
By Fatin Zulaikha
3 Min Read
Share
SHARE

Malaysia akan mengadakan pertemuan dengan kerajaan Indonesia bagi membincangkan hasrat republik itu untuk mempunyai penanda aras harga minyak sawit mentah (MSM) sendiri, kata Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau berkata, perkara tersebut perlu dibincang bersama kerana rancangan Indonesia itu akan memberi kesan keseluruhan rantaian industri perladangan sawit bukan sahaja kepada Malaysia, malah di peringkat dunia.

Fadillah berkata, pertemuan Malaysia dan Indonesia dicadangkan berlangsung pada minggu kedua Februari bagi membincangkan perkara tersebut agar memberi manfaat kepada semua pihak.

“Perbincangan perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan penetapan harga dilaksanakan untuk kebaikan sektor perladangan di kedua-dua negara,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Amanat Tahun Baharu Kementerian Perladangan dan Komoditi, di sini, hari ini.

Menteri Perdagangan Indonesia, Zulkifli Hasan sebelum ini dilaporkan berkata, jika boleh, negara itu mempunyai harga penanda aras minyak sawit sebelum Jun dan tidak perlu lagi bergantung kepada Kuala Lumpur.

Indonesia adalah pengeluar minyak sawit terbesar dunia ketika ini dengan hampir 50 juta tan MSM setahun.

Pada 12 Januari lepas, Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Datuk Dr Ahmad Parveez Ghulam Kadir berkata, harga MSM pada 2023 dijangka antara RM4,000 dan RM4,200 satu tan metrik berbanding RM5,087.50 satu tan pada tahun lepas.

Fadillah berkata, turut akan dibincangkan dalam pertemuan Malaysia dan Indonesia itu nanti ialah mengenai isu sekatan dan halangan perdagangan terhadap produk sawit oleh Kesatuan Eropah.

Dalam pada itu, Fadillah berkata, sektor agrokomoditi negara mencatatkan jumlah nilai dagangan sebanyak RM268.2 bilion pada tahun lepas manakala imbangan dagangan pula berjumlah RM146.5 bilion.

“Pendapatan eksport produk agrokomoditi pula sebanyak RM207.3 bilion atau 13.4 peratus daripada keseluruhan pendapatan eksport negara,” katanya.

Beliau yakin prestasi perdagangan akan kekal positif bagi tahun ini walaupun terdapat sedikit penurunan sebanyak 1.1 peratus pada tahun lepas berbanding tahun sebelumnya.

Dari segi sumbangan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi tempoh Januari hingga September tahun lepas, sektor agrokomoditi telah menyumbang sebanyak RM61.3 bilion iaitu sebanyak 5.5 peratus daripada keseluruhan KDNK nasional, katanya.

Dalam pada itu, Fadillah berkata, seramai 63,000 tenaga kerja asing masih diperlukan dalam sektor agrokomoditi bagi sektor sawit.

Menurutnya, kekurangan pekerja dalam sektor tersebut telah menyebabkan produktiviti hasil sawit terjejas teruk dan negara mengalami kehilangan hasil pendapatan dianggarkan RM20 bilion pada tahun lepas. – BERNAMA

Anda Pasti Sukakan Ini

NEW ZEALAND DOLLAR (NZD)

SC Tambah 59 Lagi Scammer dalam Senarai Peringatan – Hati-Hati Jangan Kena Game!

PM says not distracted by party, politics, focussed on running the country

Singapura kaji peraturan baru untuk menghalalkan perkahwinan sejenis

Indonesia bekukan penghantaran pekerja asing ke Malaysia

TAGGED:Harga SawitHarga Sawit MentahHarga Sawit Terkini
Share This Article
Facebook Email Copy Link Print
Glad you finished the article! How do you feel about it?
Love0
Happy0
Surprise0
Embarrass0
Sleepy0
Sad0
Angry0
Leave a Comment

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


More like this

Perjalanan Bebas Visa Malaysia-China Bermula 17 Julai!
July 16, 2025
PM Perancis Cadang Mansuhkan Cuti Umum Untuk Kurangkan Hutang Negara
July 16, 2025
Pelabur Asing Jual Semula RM516.6 Juta Saham Tempatan, Trader Saham Beralih ke Forex Semasa Ketidaktentuan Pasaran
July 16, 2025
Hasil Bon Jerman 10 Tahun Tertinggi Sejak April
July 16, 2025
Saham Aussie Berundur daripada Penamat Rekod
July 16, 2025
- Advertisement -
Ad image

Artikel menarik untuk anda

Berita Terkini

Harga emas menjunam di tengah-tengah mood berhati-hati menjelang minit FOMC, data AS

By Azawiya Azali
5 Min Read
Berita Terkini

Kes pecah amanah LCS,pegawai BNS dituduh di mahkamah hari ini.

By Fakhrul Razi
2 Min Read
Berita Terkini

Hukuman mati ke atas bekas jeneral polis Indonesia atas pembunuhan kejam terhadap pengawal peribadinya

By Ahmad Danial
2 Min Read

Segalanya di Majalah Forex Malaysia

News Ticker

Hasil Bon Jerman 10 Tahun Tertinggi Sejak April

By MFM News Update
July 16, 2025
1 Min Read

Kisah Lagenda Scammer Malaysia,Pak Man Telo

By Azawiya Azali
June 18, 2025
Berita Terkini

Rakyat Malaysia Bakal Nikmati Tarif Elektrik Lebih Adil Mulai 1 Julai 2025!

By Ahmad Danial
June 22, 2025
4 Min Read
Majalah Online

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 335 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

By MFM Team
0 Min Read
- Advertisement -
Ad image
Berita Terkini

Petronas Kurangkan 10 Peratus Pekerja, Lebih 5,000 Bakal Terlibat

Petroliam Nasional Bhd (Petronas) bakal mengurangkan kira-kira 10 peratus daripada tenaga kerjanya, melibatkan lebih 5,000 orang…

By Azawiya Azali
June 6, 2025
News Ticker

GBP/USD: Sterling Mencapai $1.34 dalam Sesi Kemenangan Ke-11 Berturut-turut. Rintangan Besar pada $1.3430

Perkara utama: Ia adalah titik pemulihan peralihan arah aliran sebelumnya — $1.3430 boleh menjadi corak dua…

By MFM News Update
April 22, 2025
News Ticker

Inflasi Pengeluar Iceland pada 6 Bulan Terendah

Harga pengeluar Iceland meningkat sebanyak 5.4% tahun ke tahun pada April 2025, perlahan daripada kenaikan 8.3%…

By MFM News Update
May 23, 2025
News Ticker

Harga Pengeluar AS Lebih Rendah daripada Ramalan

Harga pengeluar AS naik sedikit sebanyak 0.1% bulan ke bulan pada Mei 2025, berikutan kejatuhan 0.2%…

By MFM News Update
June 12, 2025
MFM.news

MFM.news adalah laman interaktif bagi komuniti forex di Malaysia, Brunei dan Indonesia. Di MFM anda boleh dapatkan informasi terkini berkaitan forex, isu semasa, dan pasaran kewangan secara amnya. Terdapat juga promosi hebat daripada forex broker di Malaysia dikongsi di laman ini.

Lain-Lain

  • Laman Utama
  • Peluang Dagangan
  • Berita Terkini
  • Belajar Forex

Korporat

  • Profil
  • Perkhidmatan
  • Majalah Online
  • Hubungi Kami

© 2025 MFM.news – All rights reserved.

Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?

Not a member? Sign Up