By using this site, you agree to the Privacy Policy and Terms of Use.
Accept
MFM.news
  • Majalah
    • Majalah Online
    • Terkini
    • Fundamental
    • Strategi
    • Aktiviti
    • Teknikal Analisis
  • Pilihan Editor
  • Mengenai Broker
    • Broker Forex Malaysia
    • Bonus Tanpa Deposit
    • Buka Akaun Forex
    • Copytrade Forex
  • Platform Dagangan
Reading: Polis serbu 3 premis sediket pelaburan forex di Bangsar, 58 individu ditahan
Sign In
Breaking:
Hasil Bon Jerman 10 Tahun Tertinggi Sejak April
Saham Aussie Berundur daripada Penamat Rekod
Kadar Inflasi Oman Terendah Dalam 7 Bulan
Dolar Australia Meningkat Lebih Tinggi
Kadar Inflasi India Jatuh kepada 2019-Terendah
MFM.newsMFM.news
Font ResizerAa
Search
  • Majalah
    • Majalah Online
    • Terkini
    • Fundamental
    • Strategi
    • Aktiviti
    • Teknikal Analisis
  • Pilihan Editor
  • Mengenai Broker
    • Broker Forex Malaysia
    • Bonus Tanpa Deposit
    • Buka Akaun Forex
    • Copytrade Forex
  • Platform Dagangan
Have an existing account? Sign In
Follow US
© MajalahForexMalaysia - All rights reserved.
MFM.news > Blog > Berita Terkini > Polis serbu 3 premis sediket pelaburan forex di Bangsar, 58 individu ditahan
Berita Terkini

Polis serbu 3 premis sediket pelaburan forex di Bangsar, 58 individu ditahan

Last updated: October 21, 2023 4:18 pm
By Azawiya Azali
2 Min Read
Share
Kredit Gambar ; BERNAMA
SHARE

Polis menyerbu tiga premis perniagaan di ibu kota, semalam yang dikesan dijadikan pusat panggilan satu sindiket penipuan pelaburan mata wang (forex).

Ketiga-tiga premis yang terletak di sebuah pusat perniagaan di Bangsar itu diserbu hasil risikan Bahagian Risik/Operasi, Bahagian Siasatan Jenayah Komersial IPD Brickfields.

Serbuan turut disertai pasukan dari Bahagian Risikan/Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

Ketua Polis Brickfields, Amihizam Abdul Shukor, berkata pihaknya menahan seramai 58 individu yang terdiri 24 lelaki dan 32 wanita tempatan, selain dua warga asing termasuk wanita.

“Semua yang ditahan berusia antara 20 hingga 59 tahun. Modus operandi sindiket ini ialah menggunakan platform media sosial bagi mempromosi serta menawarkan pelaburan ‘forex’ yang menjanjikan pulangan lumayan.

“Mereka bukan sahaja menyasarkan mangsa di dalam negara, malah di luar negara termasuk Vietnam, China, Filipina, Singapura dan Eropah,” katanya menurut Berita Harian.

Amihizam berkata, polis turut merampas 50 komputer riba, komputer meja (9), telefon bimbit (4), satu unit modem wifi serta dua gegantung iklan pelaburan.

“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat unsur penipuan dalam skim pelaburan ‘forex’ yang ditawarkan secara dalam talian itu.

“Semua suspek direman empat hari bermula hari ini sehingga 23 Oktober untuk siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan serta Seksyen 511 dan 120B akta sama,” katanya.

Anda Pasti Sukakan Ini

Analisa Teknikal GbpAud 15 Mac 2022

Setiausaha Perbendaharaan AS,Janet Yellen berkata 2024 akan menjadi tahun ‘sangat baik’ untuk ekonomi

MAYBANK BERI MAKLUMAN ATM & MAYBANK2U AKAN TERGENDALA 19 JUN 2021

GBP/JPY berdepan tekanan jualan dari paras 172.00, dasar BOE menarik perhatian

Analisa Teknikal AudUsd 04 Jan 2022

TAGGED:Forex Scam Malaysiascammer forexScammer Forex Malaysia
Share This Article
Facebook Email Copy Link Print
Glad you finished the article! How do you feel about it?
Love0
Happy0
Surprise0
Embarrass0
Sleepy0
Sad0
Angry0
Leave a Comment

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


More like this

Perjalanan Bebas Visa Malaysia-China Bermula 17 Julai!
July 16, 2025
PM Perancis Cadang Mansuhkan Cuti Umum Untuk Kurangkan Hutang Negara
July 16, 2025
Pelabur Asing Jual Semula RM516.6 Juta Saham Tempatan, Trader Saham Beralih ke Forex Semasa Ketidaktentuan Pasaran
July 16, 2025
Hasil Bon Jerman 10 Tahun Tertinggi Sejak April
July 16, 2025
Saham Aussie Berundur daripada Penamat Rekod
July 16, 2025
- Advertisement -
Ad image

Artikel menarik untuk anda

Berita TerkiniEditor's PicksFundamental

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE-83 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN SECARA PERCUMA!

By MFM Team
1 Min Read
Berita TerkiniMENARIK HARI INI!

Kisah skandal forex yang hampir mufliskan Bank Negara

By Fatin Zulaikha
7 Min Read
Berita Terkini

Cuti sekolah masih rancak walaupun inflasi dijangka meningkat

By MFM Team
1 Min Read

Segalanya di Majalah Forex Malaysia

News Ticker

Saham Eropah Potong Keuntungan

By MFM News Update
June 25, 2025
1 Min Read

Gergasi Rasuah Minyak Sawit Tumbang – RM3.6 Bilion Kena Sita!

By Ahmad Danial
June 22, 2025
Berita Terkini

Rakyat Malaysia Bakal Nikmati Tarif Elektrik Lebih Adil Mulai 1 Julai 2025!

By Ahmad Danial
June 22, 2025
4 Min Read
Majalah Online

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 335 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

By MFM Team
0 Min Read
- Advertisement -
Ad image
News Ticker

FDI China Merosot 10.8% pada S1

Pelaburan langsung asing (FDI) ke China merosot sebanyak 10.8% daripada tahun sebelumnya kepada kira-kira $36.9 bilion…

By MFM News Update
April 18, 2025
News Ticker

Paun Bertahan Hampir 3 Tahun Tinggi

Pound Britain mengurangkan kenaikan awal untuk menstabilkan sekitar $1.34, selepas mencecah secara ringkas $1.3469—paras paling kukuh…

By MFM News Update
May 21, 2025
Berita TerkiniMENARIK HARI INI!

Semakin Ramai Wanita Janda Kian Menyerlah Dalam Dunia Forex: Jadi IB & Trader Berjaya

Dalam era digital yang serba pantas ini, semakin ramai wanita, khususnya golongan janda di Malaysia, mula…

By Fatin Zulaikha
June 12, 2025
News Ticker

Saham di Greece Mencapai Ketinggian 15 tahun

Athens General meningkat kepada paras tertinggi 15 tahun pada 1895.00 Mata Indeks. Sepanjang 4 minggu yang…

By MFM News Update
July 2, 2025
MFM.news

MFM.news adalah laman interaktif bagi komuniti forex di Malaysia, Brunei dan Indonesia. Di MFM anda boleh dapatkan informasi terkini berkaitan forex, isu semasa, dan pasaran kewangan secara amnya. Terdapat juga promosi hebat daripada forex broker di Malaysia dikongsi di laman ini.

Lain-Lain

  • Laman Utama
  • Peluang Dagangan
  • Berita Terkini
  • Belajar Forex

Korporat

  • Profil
  • Perkhidmatan
  • Majalah Online
  • Hubungi Kami

© 2025 MFM.news – All rights reserved.

Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?

Not a member? Sign Up