By using this site, you agree to the Privacy Policy and Terms of Use.
Accept
MFM.news
  • Majalah
    • Majalah Online
    • Terkini
    • Fundamental
    • Strategi
    • Aktiviti
    • Teknikal Analisis
  • Pilihan Editor
  • Mengenai Broker
    • Broker Forex Malaysia
    • Bonus Tanpa Deposit
    • Buka Akaun Forex
    • Copytrade Forex
  • Platform Dagangan
Reading: Penularan varian Omicron BF.7,sekat segera kemasukan pelancong dari China
Sign In
Breaking:
Hasil Bon Jerman 10 Tahun Tertinggi Sejak April
Saham Aussie Berundur daripada Penamat Rekod
Kadar Inflasi Oman Terendah Dalam 7 Bulan
Dolar Australia Meningkat Lebih Tinggi
Kadar Inflasi India Jatuh kepada 2019-Terendah
MFM.newsMFM.news
Font ResizerAa
Search
  • Majalah
    • Majalah Online
    • Terkini
    • Fundamental
    • Strategi
    • Aktiviti
    • Teknikal Analisis
  • Pilihan Editor
  • Mengenai Broker
    • Broker Forex Malaysia
    • Bonus Tanpa Deposit
    • Buka Akaun Forex
    • Copytrade Forex
  • Platform Dagangan
Have an existing account? Sign In
Follow US
© MajalahForexMalaysia - All rights reserved.
MFM.news > Blog > Berita Terkini > Penularan varian Omicron BF.7,sekat segera kemasukan pelancong dari China
Berita Terkini

Penularan varian Omicron BF.7,sekat segera kemasukan pelancong dari China

Last updated: December 30, 2022 8:07 am
By Fatin Zulaikha
2 Min Read
Share
SHARE

Washington akan melaksanakan peraturan Covid-19 baharu kepada semua pengembara dari China yang ingin memasuki negara ini ekoran kebimbangan mengenai ‘kekurangan data yang telus’. 

Langkah itu dibuat selepas Jepun, India dan Malaysia mengumumkan peraturan ketat terhadap pengunjung dari China, susulan lonjakan jangkitan virus tersebut.

“Terdapat kebimbangan besar dalam komuniti antarabangsa mengenai perkembangan kes Covid-19 di China serta kekurangan data yang telus termasuk data penjujukan genom yang dilaporkan dari PRC,” kata pegawai di Washington. 

Beberapa hospital dan rumah pengebumian di China sesak dengan lambakan pesakit selepas wabak mula merebak kembali di negara yang menempatkan 1.4 bilion penduduk. 

Statistik rasmi pula hanya melaporkan satu kes kematian akibat Covid-19 dalam tempoh tujuh hari lalu, sekali gus menimbulkan keraguan dalam kalangan pakar kesihatan mengenai data yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan. 

Sementara itu, Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida pada Selasa memaklumkan negara itu akan mengetatkan semula kawalan sempadan terhadap pengembara dari China susulan peningkatan bilangan kes harian Covid-19.

Bermula Jumaat ini, Jepun mewajibkan semua pengunjung dari China dan individu yang sudah mengunjungi China dalam tempoh tujuh hari lalu, menjalani ujian calitan Covid-19 sejurus ketibaan. 

Individu yang disahkan positif perlu menjalani kuarantin selama tujuh hari, manakala, yang mempunyai gejala asimtomatik perlu dikuarantin lima hari. 

Bagi memastikan ketelusan ujian calitan dan pengesanan jangkitan, pihak kerajaan akan menguatkuasakan peraturan ketibaan dan pelepasan penumpang dari China, Hong Kong dan Macau hanya melalui empat lapangan terbang sahaja iaitu di Narita, Haneda, Kansai dan Chubu. 

Kerajaan juga meminta pengendali syarikat kapal terbang supaya tidak menambah jumlah penerbangan bagi laluan tersebut. 

Langkah tersebut diambil sehari selepas Kerajaan China mengumumkan pembukaan semula pintu sempadan bermula 8 Januari nanti serta memansuhkan peraturan kuarantin bagi membendung jangkitan virus Covid-19. 

Menurut Kishida, langkah sementara itu bertujuan mengelakkan penghidap virus ‘menyebarkan jangkitan’ ke Jepun. 

“Kerajaan juga akan mengambil pendekatan yang fleksibel sambil mempertimbangkan situasi jangkitan di China.

“Kita juga mengambil langkah waspada untuk tidak menghentikan aliran masuk pengunjung antarabangsa,” katanya.-REUTERS  

Anda Pasti Sukakan Ini

Erdogan Untouchable Heading Into Türkiye Presidential Election — Poll

Kerajaan mansuhkan subsidi menyeluruh secara berperingkat – Rafizi

KAPAL KONTENA EVER GREEN YANG TERSANGKUT DI TERUSAN SUEZ BERJAYA DIAPUNGKAN

Sistem perbankan Malaysia sudah lapuk,ketinggalan zaman & tidak lagi selamat

Kementerian,jabatan & agensi diarahkan jimat perbelanjaan kerajaan berkuat kuasa serta merta-MOF

TAGGED:Covid ChinaOmicron BF.7Omicron China
Share This Article
Facebook Email Copy Link Print
Glad you finished the article! How do you feel about it?
Love0
Happy0
Surprise0
Embarrass0
Sleepy0
Sad0
Angry0
Leave a Comment

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


More like this

Perjalanan Bebas Visa Malaysia-China Bermula 17 Julai!
July 16, 2025
PM Perancis Cadang Mansuhkan Cuti Umum Untuk Kurangkan Hutang Negara
July 16, 2025
Pelabur Asing Jual Semula RM516.6 Juta Saham Tempatan, Trader Saham Beralih ke Forex Semasa Ketidaktentuan Pasaran
July 16, 2025
Hasil Bon Jerman 10 Tahun Tertinggi Sejak April
July 16, 2025
Saham Aussie Berundur daripada Penamat Rekod
July 16, 2025
- Advertisement -
Ad image

Artikel menarik untuk anda

Berita TerkiniMENARIK HARI INI!StrategiTeknikal

ANALISA TEKNIKAL EURAUD 25 NOV 2021

By Zulhilmi Mohd Diah
0 Min Read
Berita TerkiniEditor's Picks

APA SUDAH JADI PADA AMERIKA SYARIKAT?

By MFM Team
1 Min Read
Berita TerkiniEditor's Picks

Maksud Scalping dan Swing Dalam Forex

By MFM Team
6 Min Read

Segalanya di Majalah Forex Malaysia

Berita Terkini

Malaysia Catat Peningkatan Aliran Masuk Pelaburan asing (FDI) kepada RM51.5 Bilion pada 2024

By Azawiya Azali
June 27, 2025
2 Min Read

Kisah Lagenda Scammer Malaysia,Pak Man Telo

By Azawiya Azali
June 18, 2025
Berita Terkini

Rakyat Malaysia Bakal Nikmati Tarif Elektrik Lebih Adil Mulai 1 Julai 2025!

By Ahmad Danial
June 22, 2025
4 Min Read
Majalah Online

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 335 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

By MFM Team
0 Min Read
- Advertisement -
Ad image
News Ticker

Kadar Inflasi Romania pada 4.85% pada bulan April

Kadar inflasi tahunan Romania secara relatifnya kekal stabil pada 4.85% pada April 2025, berbanding 4.86% pada…

By MFM News Update
May 13, 2025
Berita Terkini

PM Perancis Cadang Mansuhkan Cuti Umum Untuk Kurangkan Hutang Negara

Perdana Menteri Perancis, Francois Bayrou, baru-baru ini mencadangkan untuk memansuhkan dua cuti umum sebagai sebahagian daripada…

By Azawiya Azali
July 16, 2025
News Ticker

Saham Jepun Meningkat Walaupun Ketegangan Timur Tengah

Indeks Nikkei 225 meningkat 0.9% kepada melebihi 38,000 manakala Indeks Topix yang lebih luas meningkat 0.8%…

By MFM News Update
June 16, 2025
Berita Terkini

KL Foodie Bakal Masuk Bursa Malaysia – Dari TikTok ke Dunia Korporat!

Pernah tengok video makanan best dari KL Foodie kat TikTok atau Instagram? Kalau ya, kau sebenarnya…

By Azawiya Azali
June 24, 2025
MFM.news

MFM.news adalah laman interaktif bagi komuniti forex di Malaysia, Brunei dan Indonesia. Di MFM anda boleh dapatkan informasi terkini berkaitan forex, isu semasa, dan pasaran kewangan secara amnya. Terdapat juga promosi hebat daripada forex broker di Malaysia dikongsi di laman ini.

Lain-Lain

  • Laman Utama
  • Peluang Dagangan
  • Berita Terkini
  • Belajar Forex

Korporat

  • Profil
  • Perkhidmatan
  • Majalah Online
  • Hubungi Kami

© 2025 MFM.news – All rights reserved.

Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?

Not a member? Sign Up