By using this site, you agree to the Privacy Policy and Terms of Use.
Accept
MFM.news
  • Majalah
    • Majalah Online
    • Terkini
    • Fundamental
    • Strategi
    • Aktiviti
    • Teknikal Analisis
  • Pilihan Editor
  • Mengenai Broker
    • Broker Forex Malaysia
    • Bonus Tanpa Deposit
    • Buka Akaun Forex
    • Copytrade Forex
  • Platform Dagangan
Reading: Peniaga terima wang menerusi DuitNow QR akan dicaj bermula 1 November
Sign In
Breaking:
Jualan Runcit Ireland melonjak semula pada bulan Jun
Jangkaan Inflasi Kawasan Euro Turun untuk Bulan Ke-2
Pengarah Asana Justin Rosenstein Menjual Lebih 339K Saham
Saham di China Mencapai Ketinggian 41 minggu
Saham India Ditutup Tinggi
MFM.newsMFM.news
Font ResizerAa
Search
  • Majalah
    • Majalah Online
    • Terkini
    • Fundamental
    • Strategi
    • Aktiviti
    • Teknikal Analisis
  • Pilihan Editor
  • Mengenai Broker
    • Broker Forex Malaysia
    • Bonus Tanpa Deposit
    • Buka Akaun Forex
    • Copytrade Forex
  • Platform Dagangan
Have an existing account? Sign In
Follow US
© MajalahForexMalaysia - All rights reserved.
MFM.news > Blog > Berita Terkini > Peniaga terima wang menerusi DuitNow QR akan dicaj bermula 1 November
Berita Terkini

Peniaga terima wang menerusi DuitNow QR akan dicaj bermula 1 November

Last updated: September 27, 2023 7:48 pm
By Azawiya Azali
2 Min Read
Share
SHARE

Peniaga yang menerima wang daripada aplikasi DuitNow QR akan mula membayar caj transaksi bermula 1 November ini. 

Dalam satu e-mel, RHB Reflex memaklumkan penstrukturan harga itu dibuat oleh DuitNow, meliputi semua bank.

Menurut e-mel itu, caj akan ditolak daripada akaun semasa atau simpanan pada setiap 5 hari bulan.

Bahagian khidmat pelanggan RHB Reflex mengesahkan “merchant” atau penjual yang menerima wang menerusi DuitNow QR akan dikenakan caj bergantung kepada mod pemindahan wang.

“Sebanyak 0.25% akan dicaj daripada akaun penjual jika pembayaran dibuat daripada akaun semasa atau simpanan, manakala 0.50% dikenakan untuk pemindahan menerusi kad kredit,” katanya kepada MalaysiaNow.

Perkhidmatan DuitNow QR membolehkan pemindahan wang antara bank dan entiti bukan bank menerusi imbasan kod.

Ia ditubuhkan melalui PayNet di bawah Interoperable Credit Transfer Framework BNM.

Sebelum ini, tiada caj transaksi dikenakan untuk pemindahan wang bawah RM5,000. 

Caj sebanyak RM0.50 dikenakan untuk transaksi melebihi amaun RM5,000.

Antara entiti bukan bank yang menggunakan DuitNow QR termasuklah Boost, Grabpay, Setel dan Touch ‘n Go.

Perkara itu turut dimaklumkan oleh khidmat pelanggan Maybank ketika dihubungi MalaysiaNow.

“Caj dikenakan untuk pemindahan antara bank dan aplikasi yang menggunakan khidmat DuitNow.

“Tetapi jika pemindahan wang antara penghantar dan penerima menggunakan Maybank QR, tiada caj dikenakan,” katanya.

Sementara itu, khidmat pelanggan CIMB berkata tiada notis oleh CIMB mengenai caj itu buat masa ini.

“Kami belum dapat apa-apa notis menyatakan caj dikenakan kepada pelanggan untuk penggunaan DuitNow QR,” katanya.

HSBC pula memaklumkan tiada memo dikeluarkan setakat ini namun akan memaparkan kemas kini di laman sesawang sekiranya caj tersebut mula dikenakan.- MALAYSIA NOW

Anda Pasti Sukakan Ini

Analisa Teknikal NzdUsd 06 Dis 2021

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE-84

Analisa Teknikal EurAud 17 Mac 2022

MILITAN SULU RANCANG SERANG SABAH FEBUARI 2022

US ‘Alarmed’ By Russia, China, SA Joint Naval Drills

TAGGED:Caj QR PayQR Pay Malaysia
Share This Article
Facebook Email Copy Link Print
Glad you finished the article! How do you feel about it?
Love0
Happy0
Surprise0
Embarrass0
Sleepy0
Sad0
Angry0
Leave a Comment

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


More like this

Analisa Pasaran Menjelang Laporan NFP 1 Ogos 2025: Pasaran Berjaga-jaga di Ambang Ketidaktentuan
July 30, 2025
Jualan Runcit Ireland melonjak semula pada bulan Jun
July 30, 2025
5 kereta terbaik berkelajuan tinggi
July 30, 2025
Hutang Kerajaan Persekutuan Cecah RM1.3 Trilion, Komitmen Terus Kekang Defisit Fiskal
July 30, 2025
Jangkaan Inflasi Kawasan Euro Turun untuk Bulan Ke-2
July 29, 2025
- Advertisement -
Ad image

Artikel menarik untuk anda

Berita Terkini

Harga barang di Brunei naik ekoran peningkatan 3.8% dalam CPI

By Fakhrul Razi
2 Min Read
AktivitiBerita TerkiniEditor's PicksKoleksi

BELAJAR DENGAN CERTIFIED TRADER!

By NAJMULDIN BIN HAMZAH
1 Min Read
Berita Terkini

Polis serbu 3 premis sediket pelaburan forex di Bangsar, 58 individu ditahan

By Azawiya Azali
2 Min Read

Segalanya di Majalah Forex Malaysia

Santai

Enam tarikan yang mesti dilihat di New Zealand

By MFM News Update
July 28, 2025
5 Min Read

Kalau nak KTMB untung,kita naikkan harga tambang komuter- Anthony Loke

By Mohd Fauzi
July 14, 2025
Berita Terkini

Whale Bitcoin Bangun Lepas 14 Tahun – 80,000 BTC Berpindah! Apa Maksudnya?

By Azawiya Azali
July 8, 2025
3 Min Read
Majalah Online

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 335 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

By MFM Team
0 Min Read
- Advertisement -
Ad image
News Ticker

Hasil Bon Jerman 10 Tahun Tertinggi Sejak April

Hasil Bund 10 tahun Jerman meningkat melebihi 2.7%, berlegar menghampiri paras tertinggi dalam tempoh lebih tiga…

By MFM News Update
July 16, 2025
Berita Terkini

Negara-Negara ASEAN Pilih VAT & GST: Kenapa Malaysia Masih Kekal dengan SST?

Sistem percukaian memainkan peranan penting dalam menjana pendapatan negara dan menyokong pembangunan ekonomi. Dalam kalangan negara-negara…

By Azawiya Azali
July 11, 2025
News Ticker

Minyak Turun apabila OPEC+ Mengesahkan Kenaikan Keluaran

Niaga hadapan minyak mentah WTI jatuh lebih daripada 3% kepada sekitar $56.1 setong pada hari Isnin…

By MFM News Update
May 5, 2025
Fundamental

Jenis-jenis Emas & Kenapa Trader Suka Trade GOLD (XAUUSD)

Emas merupakan logam berharga yang bukan sahaja digunakan untuk perhiasan, tetapi juga sebagai aset pelaburan dan…

By Azawiya Azali
June 30, 2025
MFM.news

MFM.news adalah laman interaktif bagi komuniti forex di Malaysia, Brunei dan Indonesia. Di MFM anda boleh dapatkan informasi terkini berkaitan forex, isu semasa, dan pasaran kewangan secara amnya. Terdapat juga promosi hebat daripada forex broker di Malaysia dikongsi di laman ini.

Lain-Lain

  • Laman Utama
  • Peluang Dagangan
  • Berita Terkini
  • Belajar Forex

Korporat

  • Profil
  • Perkhidmatan
  • Majalah Online
  • Hubungi Kami

© 2025 MFM.news – All rights reserved.

Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?

Not a member? Sign Up