By using this site, you agree to the Privacy Policy and Terms of Use.
Accept
MFM.news
  • Majalah
    • Majalah Online
    • Terkini
    • Fundamental
    • Strategi
    • Aktiviti
    • Teknikal Analisis
  • Pilihan Editor
  • Mengenai Broker
    • Broker Forex Malaysia
    • Bonus Tanpa Deposit
    • Buka Akaun Forex
    • Copytrade Forex
  • Platform Dagangan
Reading: Penduduk Malaysia dijangka meningkat 45 Juta pada 2050,beri cabaran dalam isu sekuriti makanan
Sign In
Breaking:
Saham Itali Memanjangkan Keuntungan
Hasil Bon Jerman 10 Tahun Tertinggi Sejak April
Saham Aussie Berundur daripada Penamat Rekod
Kadar Inflasi Oman Terendah Dalam 7 Bulan
Dolar Australia Meningkat Lebih Tinggi
MFM.newsMFM.news
Font ResizerAa
Search
  • Majalah
    • Majalah Online
    • Terkini
    • Fundamental
    • Strategi
    • Aktiviti
    • Teknikal Analisis
  • Pilihan Editor
  • Mengenai Broker
    • Broker Forex Malaysia
    • Bonus Tanpa Deposit
    • Buka Akaun Forex
    • Copytrade Forex
  • Platform Dagangan
Have an existing account? Sign In
Follow US
© MajalahForexMalaysia - All rights reserved.
MFM.news > Blog > MENARIK HARI INI! > Penduduk Malaysia dijangka meningkat 45 Juta pada 2050,beri cabaran dalam isu sekuriti makanan
MENARIK HARI INI!

Penduduk Malaysia dijangka meningkat 45 Juta pada 2050,beri cabaran dalam isu sekuriti makanan

Last updated: August 12, 2022 4:43 pm
By Fatin Zulaikha
6 Min Read
Share
SHARE

Penduduk Malaysia diunjurkan meningkat kepada lebih 45 juta menjelang 2050 sekali gus akan meningkatkan permintaan dan penggunaan terhadap makanan dan menimbulkan pelbagai cabaran termasuk ketidakamanan makanan.

Pensyarah Jabatan Perniagaantani dan Ekonomi Biosumber di Fakulti Pertanian Universiti Putra Malaysia Profesor Madya Dr Norsida Man berkata hal ini secara tidak langsung menimbulkan isu sekuriti makanan yang dikategorikan sebagai antara ancaman daripada perspektif keselamatan manusia di peringkat global.

ADAKAH MALAYSIA BERSEDIA BERDEPAN DENGAN SITUASI INI?

Sekuriti makanan boleh didefinisikan sebagai akses bagi semua penduduk ke atas makanan yang cukup untuk hidup sihat dan aktif.

Ia adalah sangat penting terutama dalam perkara berkaitan peningkatan jumlah penduduk, keselamatan makanan, kekurangan nutrisi, akses kepada makanan serta kemampanan sumber.

Di Malaysia, pelbagai dasar sudah dilaksanakan oleh kerajaan melalui Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) untuk memastikan bekalan makanan sentiasa mencukupi di samping menjamin ekonomi negara sejak dahulu.

Misalnya, Dasar Pertanian Negara Pertama hingga Dasar Pertanian Negara Ketiga (1984-2010), Dasar Agromakanan Negara (2011-2020) dan Dasar Agromakanan Negara 2.0 (2021-2030) serta pengeluaran padi menjadi perhatian utama dalam setiap Dasar Pertanian Negara yang dilaksanakan.

Dr Norsida berkata pertanian padi berperanan sebagai tunggak utama kepada jaminan bekalan makanan negara.

“Bagaimanapun, pelbagai masalah, isu dan cabaran tetap dihadapi dari tahun ke tahun oleh subsektor ini dalam mengekalkan atau menambah fungsinya,” katanya kepada Bernama dalam satu temu bual bertulis baru-baru ini.

Beliau menambah pemahaman secara menyeluruh mengenai masalah pertanian padi negara boleh membantu Malaysia untuk merungkaikan isu jaminan bekalan makanan yang hangat diperkatakan sekarang.

Antara senario masalah yang sinonim dengan subsektor padi dan beras adalah seperti penurunan kawasan bertanam, pengurangan bilangan petani, infrastuktur serta fasiliti yang kurang dinamik, peningkatan kos input seperti baja dan benih, perubahan cuaca dan iklim serta kekurangan pendedahan terhadap aplikasi teknologi moden dalam pertanian.

PELIBATAN AGENSI KERAJAAN, BUKAN KERAJAAN TINGKATKAN INDUSTRI PADI MALAYSIA

Secara dasarnya, pengukuhan keseluruhan rantaian bekalan perlu dijadikan agenda utama dalam mempertingkatkan keupayaan industri padi negara terutamanya dan menekankan bahawa agensi kerajaan dan bukan kerajaan perlu berganding bahu dalam menjayakan usaha tersebut, kata Dr Norsida.

“Misalnya, Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) dan beberapa Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) perlu terlibat dalam pemantauan kemajuan pertanian padi di Malaysia terutamanya dalam pengurusan infrastruktur pertanian, pengukuhan perkhidmatan sokongan dan pengurusan ladang, penyediaan perundingan melalui program, dan memperkukuh agensi perkhidmatan,” katanya.

Jabatan Pertanian pula bertanggungjawab kepada pembangunan pertanian padi di luar kawasan jelapang.

Dr Norsida berkata pelibatan aktif syarikat swasta seperti Padiberas Nasional Bhd (BERNAS), Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS), FGV Holdings Bhd dan lain-lain dilihat sebagai perintis inovasi subsektor padi dan beras serta berupaya memacu aspirasi kerajaan dalam memperkasakan objektif kelestarian industri padi beras negara.

“BERNAS sebagai contoh, terus melaksanakan tanggungjawabnya dalam mengimbangi keperluan negara, pengguna dan pesawah. Setelah mengambil alih peranan Lembaga Padi dan Beras Negara lebih dua dekad yang lepas, BERNAS kini mempunyai peranan yang penting dalam menjamin keselamatan makanan negara,” tambahnya.

Ini kerana antara mandat yang diberi melalui tanggungjawab sosial BERNAS adalah mengurus serta menyenggara stok simpanan beras negara agar bekalan itu ada dan selamat untuk sebarang keadaan serta risiko yang mendatang, tambahnya.

PERLU IMBANGI BEKALAN BERAS DENGAN IMPORT KOMODITI TERSEBUT

Umum mengetahui yang Malaysia mengimport lebih kurang 30 peratus dari negara luar bagi mencukupkan kadar sara diri beras.

Dari sudut positif, pengimportan beras dapat menjamin kecukupan bekalan sekiranya terjadi masalah gangguan pembekalan beras di dalam negara dan menjadi tanggungjawab BERNAS untuk mengimbangi bekalan beras dengan mengimport komoditi itu mengikut persetujuan pihak kerajaan.

Selain itu, BERNAS, FGV dan NAFAS juga kini semakin giat mengembangkan lagi kawasan penanaman padi berskala besar, SMART SBB di seluruh negara.

“Program ini merupakan satu daripada inisiatif yang diperkenalkan kerajaan untuk meningkatkan hasil pendapatan pesawah di seluruh negara dengan menyelaras sistem pengurusan ladang secara berkelompok untuk mencapai skala ekonomi,” kata Dr Norsida.

Pelaksanaan Smart Sawah Berskala Besar (SMART SBB) adalah seiring dengan matlamat MAFI bagi meningkatkan kadar Tahap Sara Diri (SSL) beras negara sebanyak 75 peratus dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

SEKURITI MAKANAN DI MALAYSIA

Sekuriti makanan negara bukan hanya berfokuskan pengeluaran makanan utama iaitu beras tetapi juga sumber makanan lain seperti ayam, telur, daging dan sebagainya.

Bagaimanapun, industri ternakan sedang menghadapi masalah yang kritikal ketika ini kerana harga import makanan asas ternakan semakin tinggi dan harganya menjadi mahal di pasaran.

Untuk mengatasi masalah tersebut, BERNAS bersama FGV Integrated Farming membangun dan melancarkan produk makanan ternakan berkualiti tinggi baru-baru ini yang menghasilkan formulasi baru makanan ayam kampung menggunakan hasil sampingan daripada pengilangan padi dan beras seperti dedak dan sekam padi yang bernutrien tinggi.

“Kolaborasi strategik antara dua syarikat swasta itu membuktikan kesungguhan mereka dalam mengoptimumkan penggunaan sumber, mengukuhkan rantaian nilai produk agromakanan untuk pasaran domestik, sekali gus mendukung teras utama kerangka sekuriti makanan negara,” kata Dr Norsida.

Dari sudut penyelidikan dan pembangunan pula, usaha berterusan dalam menghasilkan input pertanian seperti benih dan baja berkualiti amat diperlukan.

Sehingga kini, pelbagai inisiatif dijalankan antara MAFI; Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI); Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI); Institut Pengajian Tinggi dan agensi-agensi yang berkaitan.

Sumber : Bernama

Anda Pasti Sukakan Ini

SPRM telah membekukan RM100 juta wang dalam pelbagai akaun & menyita pelbagai aset mewah milik Kartel Tender.

Edukasi Forex:Apa itu mesyuarat FOMC

ANALISA TEKNIKAL EURAUD 25 NOV 2021

Selamatkah wang anda di bank sekarang?

Analisa Teknikal NzdUsd 06 Dis 2021

TAGGED:Bantuan Kerajaan MalaysiaKeselamatan MakananStatistik Penduduk Malaysia
Share This Article
Facebook Email Copy Link Print
Glad you finished the article! How do you feel about it?
Love0
Happy0
Surprise0
Embarrass0
Sleepy0
Sad0
Angry0
Leave a Comment

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


More like this

Saham Itali Memanjangkan Keuntungan
July 18, 2025
Trump Kutip $50 Bilion Bila Satu Dunia “Ketar Telor” Nak Balas Balik Tarif Perdagangan
July 18, 2025
Kerajaan Gagal Batalkan Saman Berkaitan Isu Penamatan Kontrak KL Tower
July 18, 2025
Perjalanan Bebas Visa Malaysia-China Bermula 17 Julai!
July 16, 2025
PM Perancis Cadang Mansuhkan Cuti Umum Untuk Kurangkan Hutang Negara
July 16, 2025
- Advertisement -
Ad image

Artikel menarik untuk anda

Berita TerkiniMENARIK HARI INI!StrategiTeknikal

Analisa Teknikal UsdCad 22 Mac 2022

By Zulhilmi Mohd Diah
1 Min Read
Berita TerkiniMENARIK HARI INI!StrategiTeknikal

Analisa Teknikal NzdUsd 22 Feb 2022

By MFM Team
1 Min Read
Editor's PicksMENARIK HARI INI!

Leverage: Apa yang Trader Perlu Tahu

By MFM Team
24 Min Read

Segalanya di Majalah Forex Malaysia

Berita Terkini

Desakan Tubuh RCI Bongkar Campur Tangan Pelantikan Ketua Hakim Negara: Cabaran terhadap Kebebasan Kuasa Kehakiman Malaysia

By Azawiya Azali
July 7, 2025
2 Min Read

AS Serang Iran: Permulaan Perang Dunia Ke-3?

By Mohd Fauzi
June 22, 2025
Berita Terkini

Rakyat Malaysia Bakal Nikmati Tarif Elektrik Lebih Adil Mulai 1 Julai 2025!

By Ahmad Danial
June 22, 2025
4 Min Read
Majalah Online

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 335 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

By MFM Team
0 Min Read
- Advertisement -
Ad image
Berita Terkini

Starbucks Sedia Jual Sahamnya Bernilai Sehingga $10 Bilion

Shanghai, 10 Julai 2025 – Starbucks Corporation dilaporkan sedang dalam proses rundingan untuk menjual sebahagian saham…

By Dhia Fazura
July 10, 2025
News Ticker

Saham Jepun Lebih Tinggi Menjelang Keputusan BOJ

Nikkei 225 meningkat 0.3% kepada melebihi 38,400, manakala Topix yang lebih luas menokok 0.1% kepada 2,780…

By MFM News Update
June 17, 2025
Berita Terkini

Experience the Future of Trading at Traders Fair Hong Kong 2025

Hong Kong Traders Fair is making its much-anticipated return to one of Asia’s most influential financial…

By Azawiya Azali
July 9, 2025
News Ticker

Saham New Zealand Meningkat untuk Hari Ke-3 Berturut-turut

Penanda aras indeks S&P/NZX 50 New Zealand meningkat 0.3% untuk ditutup pada 12,649 pada Khamis, melanjutkan…

By MFM News Update
June 12, 2025
MFM.news

MFM.news adalah laman interaktif bagi komuniti forex di Malaysia, Brunei dan Indonesia. Di MFM anda boleh dapatkan informasi terkini berkaitan forex, isu semasa, dan pasaran kewangan secara amnya. Terdapat juga promosi hebat daripada forex broker di Malaysia dikongsi di laman ini.

Lain-Lain

  • Laman Utama
  • Peluang Dagangan
  • Berita Terkini
  • Belajar Forex

Korporat

  • Profil
  • Perkhidmatan
  • Majalah Online
  • Hubungi Kami

© 2025 MFM.news – All rights reserved.

Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?

Not a member? Sign Up