|
Menteri Ekonomi Jepun, Daishiro Yamagiwa mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan selepas terpalit dengan isu kontroversi melibatkan hubungannya dengan Gereja Penyatuan atau Unification Church yang mana turut terkait dengan pembunuhan bekas Perdana Menteri, Shinzo Abe.
Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida memberitahu bahawa pengganti Yamagiwa akan diumumkan pada Selasa.
|