By using this site, you agree to the Privacy Policy and Terms of Use.
Accept
MFM.news
  • Majalah
    • Majalah Online
    • Terkini
    • Fundamental
    • Strategi
    • Aktiviti
    • Teknikal Analisis
  • Pilihan Editor
  • Mengenai Broker
    • Broker Forex Malaysia
    • Bonus Tanpa Deposit
    • Buka Akaun Forex
    • Copytrade Forex
  • Platform Dagangan
Reading: Najib cadangkan harga minyak RON95 dinaikkan agar tidak disalahguna golongan T20
Sign In
Breaking:
Hasil Bon Jerman 10 Tahun Tertinggi Sejak April
Saham Aussie Berundur daripada Penamat Rekod
Kadar Inflasi Oman Terendah Dalam 7 Bulan
Dolar Australia Meningkat Lebih Tinggi
Kadar Inflasi India Jatuh kepada 2019-Terendah
MFM.newsMFM.news
Font ResizerAa
Search
  • Majalah
    • Majalah Online
    • Terkini
    • Fundamental
    • Strategi
    • Aktiviti
    • Teknikal Analisis
  • Pilihan Editor
  • Mengenai Broker
    • Broker Forex Malaysia
    • Bonus Tanpa Deposit
    • Buka Akaun Forex
    • Copytrade Forex
  • Platform Dagangan
Have an existing account? Sign In
Follow US
© MajalahForexMalaysia - All rights reserved.
MFM.news > Blog > Berita Terkini > Najib cadangkan harga minyak RON95 dinaikkan agar tidak disalahguna golongan T20
Berita Terkini

Najib cadangkan harga minyak RON95 dinaikkan agar tidak disalahguna golongan T20

Last updated: June 22, 2022 5:19 pm
By Fatin Zulaikha
4 Min Read
Share
SHARE

Datuk Seri Najib Tun Razak menyarankan agar kerajaan mempertimbang untuk menaikkan harga minyak RON95 sebanyak RM0.10 atau RM0.20.

Ini kerana, bekas Perdana Menteri itu berkata, sudsidi minyak petrol secara pukal diberikan kerajaan telah membuatkan manfaat yang sepatutnya diberikan kepada golongan B40 dan M40 turut sama digunapakai oleh golongan T20.

Najib juga menyatakan beliau kurang bersetuju dengan pemberian subsidi secara pukal kerana sistem subsidi di negara ini lebih memanfaatkan orang kaya.

Katanya, penurunan 65 peratus jualan RON97 juga merupakan bukti bahawa sebahagian besar orang kaya dan orang yang berkemampuan telah bertukar minyak ke RON95 untuk menikmati subsidi kerajaan.

“Ibarat orang kaya ambil makanan dari food bank. Hari ini, kerajaan memberi subsidi sekitar RM2.50 bagi setiap satu liter RON95 yang dijual pada harga RM2.05. Sebab itu, harga minyak RON95 Malaysia adalah antara 10 paling murah di dunia, jauh lagi murah banding Arab Saudi dan UAE.

“Bermaksud jika seorang dari golongan T20 mengisi 50 liter minyak RON95 bagi kereta mewahnya, kerajaan sebenarnya memberi subsidi sebanyak RM125 setiap kali orang kaya isi minyak.

Gambar Google

“Sekiranya orang kaya ini isi minyak tiga kali sebulan bermaksud kerajaan memberi bantuan RM4,500 setahun bagi orang kaya, lagi tinggi berbanding BR1M kepada B40 dan M40,” katanya dalam satu kenyataan, di Facebook, pada Rabu.

Ahli Parlimen Pekan itu berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) pernah menyelesaikan masalah dan ketidakadilan dengan mengapungkan harga minyak.

“Penjimatan daripada ini pula disalurkan kepada pemberian BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) yang dinaikkan dan diperluaskan jumlah penerima dari RM500 ke RM1,200 dan akhirnya ke RM2,000 setahun pada masa Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

“Bagaimanapun, kadar inflasi yang tinggi dialami seluruh dunia membuatkan penarikan subsidi minyak secara sepenuhnya tidak sesuai dilaksanakan.

“Jangan sentuh harga diesel ketika inflasi masih tinggi sekarang kerana ia berkait langsung dengan kos pengeluaran, kos pengangkutan dan akhirnya akan memberi lebih tekanan kepada kadar inflasi,” jelasnya.

Beliau turut menyarankan kerajaan menaikkan duti eksport dan cukai durian runtuh bagi sektor minyak sawit pada ketika dunia masih kekurangan bekalan dan harganya tinggi.

Ini kerana, jelas beliau ia dibayar oleh pembeli asing dan juga syarikat-syarikat perladangan besar, bukan dibayar oleh peneroka.

“Penjimatan subsidi 10 sen atau 20 sen bersama hasil tambahan cukai sawit serta penjimatan dari tidak lagi memberi subsidi untuk ayam dan telur boleh disalurkan untuk diberi sebagai bantuan tunai kos sara hidup bagi golongan B40 dan T40 setiap tiga bulan selagi kadar inflasi masih tinggi.

“Golongan T20 tidak kisah dan tidak terkesan jika harga makanan tinggi namun ia merupakan tekanan yang besar bagi golongan b40 dan sebahagian besar golongan M40.

“Pemberian bantuan tunai kos sara hidup setiap tiga bulan akan melegakan tekanan kos makanan bagi golongan B40 dan M40,” katanya.

Beliau mengulas mengenai kenaikan harga ayam dan telur bermula pada Julai ini susulan pemansuhan harga siling RM8.90 sekilogram serta kemungkinan kenaikan tarik elektrik.

-AWANI

Anda Pasti Sukakan Ini

DITENGAH-TENGAH KETEGANGAN DI UKRAINE,PENIAGA MINYAK BERGANTUNG PADA PERJANJIAN DENGAN IRAN

EUR/USD akan jatuh ke arah 0.97 menjelang akhir tahun – Nordea

Pengukuhan ekonomi, ringgit dorong Malaysia capai status berpendapatan tinggi menjelang 2027 – Rafizi

Malaysia tidak lagi dalam krisis: Gabenor BNM

Analisa Teknikal Bitcoins/Btc 17 May 2022

TAGGED:Najib RazakNajib RON95
Share This Article
Facebook Email Copy Link Print
Glad you finished the article! How do you feel about it?
Love0
Happy0
Surprise0
Embarrass0
Sleepy0
Sad0
Angry0
Leave a Comment

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


More like this

Perjalanan Bebas Visa Malaysia-China Bermula 17 Julai!
July 16, 2025
PM Perancis Cadang Mansuhkan Cuti Umum Untuk Kurangkan Hutang Negara
July 16, 2025
Pelabur Asing Jual Semula RM516.6 Juta Saham Tempatan, Trader Saham Beralih ke Forex Semasa Ketidaktentuan Pasaran
July 16, 2025
Hasil Bon Jerman 10 Tahun Tertinggi Sejak April
July 16, 2025
Saham Aussie Berundur daripada Penamat Rekod
July 16, 2025
- Advertisement -
Ad image

Artikel menarik untuk anda

Berita Terkini

Covid-19: 6232 kes, 67 kematian dilaporkan

By Fatin Zulaikha
2 Min Read
Berita Terkini

Bursa reprimands Silver Ridge, fines four directors RM100,000

By Ahmad Danial
3 Min Read
Berita Terkini

Produk Perubatan Mengandungi Ganja Mula Dibenarkan Tahun Depan – Khairy

By Fatin Zulaikha
3 Min Read

Segalanya di Majalah Forex Malaysia

News Ticker

Saham Eropah Turun pada Jumaat, Tarif Diperhati

By MFM News Update
July 11, 2025
1 Min Read

Kisah Lagenda Scammer Malaysia,Pak Man Telo

By Azawiya Azali
June 18, 2025
Berita Terkini

Rakyat Malaysia Bakal Nikmati Tarif Elektrik Lebih Adil Mulai 1 Julai 2025!

By Ahmad Danial
June 22, 2025
4 Min Read
Majalah Online

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 335 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

By MFM Team
0 Min Read
- Advertisement -
Ad image
Berita Terkini

Angin perubahan bertiup di selatan,PAP dijangka menang majoriti mudah tapi…

Parti Tindakan Rakyat (PAP) telah menjadi parti dominan dalam politik Singapura sejak kemerdekaan pada tahun 1965.…

By Fatin Zulaikha
April 27, 2025
Berita Terkini

Perjalanan Bebas Visa Malaysia-China Bermula 17 Julai!

Berita baik untuk warganegara Malaysia! Mulai 17 Julai, kita semua boleh masuk ke China tanpa visa…

By Fatin Zulaikha
July 16, 2025
News Ticker

Harga Pengeluar Portugal Jatuh Paling Banyak Sejak 2023

Harga pengeluar di Portugal jatuh sebanyak 2.7% tahun ke tahun pada April 2025, menandakan penurunan paling…

By MFM News Update
May 20, 2025
News Ticker

Keluaran Perindustrian Tahunan Sepanyol Meningkat 0.6% pada April

Pengeluaran perindustrian Sepanyol, diselaraskan untuk kesan bermusim dan kalendar, meningkat 0.6% tahun ke tahun pada bulan…

By MFM News Update
June 4, 2025
MFM.news

MFM.news adalah laman interaktif bagi komuniti forex di Malaysia, Brunei dan Indonesia. Di MFM anda boleh dapatkan informasi terkini berkaitan forex, isu semasa, dan pasaran kewangan secara amnya. Terdapat juga promosi hebat daripada forex broker di Malaysia dikongsi di laman ini.

Lain-Lain

  • Laman Utama
  • Peluang Dagangan
  • Berita Terkini
  • Belajar Forex

Korporat

  • Profil
  • Perkhidmatan
  • Majalah Online
  • Hubungi Kami

© 2025 MFM.news – All rights reserved.

Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?

Not a member? Sign Up