By using this site, you agree to the Privacy Policy and Terms of Use.
Accept
MFM.news
  • Majalah
    • Majalah Online
    • Terkini
    • Fundamental
    • Strategi
    • Aktiviti
    • Teknikal Analisis
  • Pilihan Editor
  • Mengenai Broker
    • Broker Forex Malaysia
    • Bonus Tanpa Deposit
    • Buka Akaun Forex
    • Copytrade Forex
  • Platform Dagangan
Reading: Microsoft umum pelaburan US$2.2 bilion untuk pacu transformasi awan dan AI Malaysia
Sign In
Breaking:
Inflasi Kenya Menurun kepada 3.8% pada bulan Mei
Perumahan Jepun Mula Jatuh Lebih Daripada Jangkaan
Hasil Gilt 10 Tahun UK Meningkat
Thailand Dedahkan Bajet 2026 Di Tengah-tengah Masalah Ekonomi
Saham Kanada Mencapai Rekod Tinggi
MFM.newsMFM.news
Font ResizerAa
Search
  • Majalah
    • Majalah Online
    • Terkini
    • Fundamental
    • Strategi
    • Aktiviti
    • Teknikal Analisis
  • Pilihan Editor
  • Mengenai Broker
    • Broker Forex Malaysia
    • Bonus Tanpa Deposit
    • Buka Akaun Forex
    • Copytrade Forex
  • Platform Dagangan
Have an existing account? Sign In
Follow US
© MajalahForexMalaysia - All rights reserved.
MFM.news > Blog > Berita Terkini > Microsoft umum pelaburan US$2.2 bilion untuk pacu transformasi awan dan AI Malaysia
Berita Terkini

Microsoft umum pelaburan US$2.2 bilion untuk pacu transformasi awan dan AI Malaysia

Last updated: May 2, 2024 9:47 pm
By Mohd Fauzi
11 Min Read
Share
Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Microsoft Satya Nadella mengumumkan pelaburan berjumlah US$2.2 bilion untuk memacu infrastruktur awan dan AI untuk Malaysia di Microsoft Build: AI Day pada 2 Mei 2024 di Kuala Lumpur, Malaysia. Foto oleh Annice Lyn/Getty Images untuk Microsoft.
SHARE

Kuala Lumpur, 2 Mei 2024 –  Microsoft telah mengumumkan komitmen terbesar dalam sejarah 32 tahunnya di negara ini dengan pelaburan berjumlah US$2.2 bilion dalam tempoh empat tahun akan datang untuk menyokong transformasi digital Malaysia.

Pelaburan Microsoft termasuk:

  • membina infrastruktur awan dan kecerdasan buatan (AI) di Malaysia
  • mewujudkan peluang menguasai kemahiran AI untuk 200,000 lagi rakyat Malaysia
  • mengukuhkan kerjasama dengan Kerajaan Malaysia untuk menubuhkan Pusat AI negara dan meningkatkan keupayaan keselamatan siber negara
  • menyokong pertumbuhan komuniti pencipta perisian Malaysia.

Dengan matlamat meningkatkan produktiviti, daya saing, daya tahan dan pertumbuhan ekonomi negara, pelaburan ini membuktikan komitmen Microsoft untuk membangunkan Malaysia menjadi sebuah pusat pengkomputeran awan dan teknologi canggih yang berkaitan, termasuk AI generatif.

“Kami bertekad untuk menyokong transformasi AI Malaysia dan memastikan usaha ini membawa manfaat kepada seluruh rakyat Malaysia,” kata Satya Nadella, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Microsoft. “Pelaburan kami dalam infrastruktur dan kemahiran digital akan membantu syarikat perniagaan, masyarakat dan pencipta perisian Malaysia menggunakan teknologi terkini untuk memacu pertumbuhan ekonomi terangkum dan mempelopori inovasi di seluruh negara.”

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia berkata, “Kehadiran Microsoft selama 32 tahun di Malaysia menunjukkan kemitraan yang kukuh yang dibangun atas dasar kepercayaan. Kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelaburan teknologi yang dinamik semakin diiktiraf oleh pelbagai pihak di peringkat global, berkat kepada ekosistem semikonduktor yang kukuh dan tawaran nilai yang menekankan Malaysia sebagai pusat permulaan global.

“Pembangunan infrastruktur awan dan AI yang ditekankan oleh Microsoft, bersama dengan peluang pembangunan kemahiran dalam bidang AI, akan meningkatkan kapasiti digital Malaysia secara signifikan dan memperkuat kedudukan negara dalam arena teknologi global. Kami berharap untuk bersama-sama dengan Microsoft, mencipta lebih banyak peluang untuk usahawan kecil dan sederhana (SME) serta menyediakan pekerjaan yang lebih baik bagi rakyat, semasa kita memimpin revolusi AI untuk mempercepatkan pertumbuhan digital yang memperkasakan Malaysia.”

Sementara itu, Andrea Della Mattea, Presiden Microsoft ASEAN mengulas, “Penekanan strategik terhadap AI bukan sahaja mengukuhkan pertumbuhan ekonomi tetapi juga menggalakkan keterangkuman dengan merapatkan jurang digital, memastikan semua rakyat Malaysia dapat memainkan peranan dan meningkatkan kemahiran dalam dunia digital. Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan Kerajaan Malaysia dan memberi sokongan kami terhadap Rangka Kerja AI Negara, yang seterusnya meningkatkan daya saing global Malaysia. Kerjasama ini membolehkan negara ini membina keupayaan sebagai pusat serantau bagi inovasi digital dan teknologi pintar, sekali gus mencerminkan pendekatan berpandangan jauh pucuk pimpinan yang mengutamakan pembangunan lestari dan kesejahteraan masyarakat menerusi transformasi digital.”

Satya and MY PM
Pengerusi dan CEO Microsoft, Satya Nadella (Kiri), bertemu dengan YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia di Perdana Putra, Putrajaya, Malaysia pada 2 Mei 2024. Foto oleh Annice Lyn/Getty Images untuk Microsoft.

Meluaskan keupayaan digital Malaysia untuk merebut peluang AI

Pelaburan infrastruktur digital ini juga melanjutkan Inisiatif Bersama Malaysia oleh Microsoft yang diumumkan pada April 2021. Antara usaha yang dilaksanakan termasuk menubuhkan sebuah pusat data serantau yang pertama di Malaysia dengan matlamat menyokong pertumbuhan ekonomi inklusif.

Pelaburan yang diumumkan hari ini akan membolehkan Microsoft memenuhi permintaan bagi perkhidmatan pengkomputeran awan yang semakin meningkat di Malaysia, selain membolehkan negara merebut dan memanfaatkan pelbagai peluang untuk menggiatkan pertumbuhan ekonomi dan produktiviti menerusi teknologi AI terkini.

Menurut penyelidikan oleh Kearney, AI bakal menyumbang hampir US$1 trilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Asia Tenggara menjelang 2030, dengan Malaysia meraih US$115 bilion daripada anggaran tersebut.

Membina kemahiran untuk mengejar kecemerlangan dalam era AI

Pada Selasa lalu, Microsoft telah mengumumkan komitmen yang lebih luas untuk memberi peluang kepada 2.5 juta penduduk di rantau ASEAN meningkatkan kemahiran AI menjelang 2025. Latihan dan sokongan ini akan disediakan dengan kerjasama kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan serta organisasi perniagaan dan masyarakat di Malaysia, Indonesia, Filipina, Thailand, dan Vietnam.

Seramai 200,000 orang di Malaysia dijangka mendapat manfaat daripada komitmen Microsoft untuk membina kemahiran insan dengan menyediakan:

  • pendidikan teknikal dan vokasional dan melengkapkan pelajar dengan kemahiran AI menerusi program AI TEACH Malaysia
  • peluang dan sokongan kepada wanita untuk membina kerjaya dalam keselamatan siber menerusi program Ready4AI&Security
  • latihan penguasaan AI kepada golongan muda untuk mempersiapkan mereka menceburi alam kerjaya dan memudahkan mereka mendapatkan kerja, terutamanya bagi golongan yang kurang diberi peluang dan terpinggir
  • ilmu dan kemahiran AI dan teknologi digital bagi kakitangan pertubuhan bukan keuntungan.

Komitmen ini menyokong aktiviti membina kemahiran yang dilaksanakan oleh Microsoft baru-baru ini di Malaysia, termasuk kejayaannya melengkapi lebih daripada 1.53 juta rakyat Malaysia dengan keupayaan digital sebagai sebahagian daripada inisiatif Bersama Malaysia.

Bekerjasama dengan Kerajaan untuk kukuhkan keupayaan AI dan keselamatan siber

Microsoft akan terus berganding bahu dengan Kerajaan Malaysia untuk mengukuhkan ekosistem digital negara menerusi beberapa inisiatif. Ini termasuk menubuhkan Pusat Kecemerlangan AI negara dengan kerjasama agensi-agensi di Kementerian Digital Malaysia untuk mendorong industri-industri penting mengguna pakai AI, sambil melaksanakan tadbir urus AI yang mantap dan tahap pematuhan yang kukuh. Antara inisiatif lain juga termasuk mengguna pakai AI dalam sektor awam menerusi projek yang dilaksanakan bersama:

  • Kementerian Pelaburan, Perdagangan, dan Perindustrian (MITI) yang bertujuan untuk menganalisis lintasan ekonomi dengan lebih baik dalam rundingan perdagangan antarabangsa
  • Cradle, sebuah agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi yang menggunakan Azure OpenAI Service untuk mencipta sebuah alat pembantu maklumat maya bagi platform MYStartup, yang merupakan ‘Jendela Tunggal’ ke dalam ekosistem syarikat pemula (startup) Malaysia. Platform tersebut telah dilancarkan di KL20 Summit baru-baru ini
  • Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan Suruhanjaya Tenaga Malaysia, yang akan menggunakan Copilot for Microsoft 365 bagi meningkatkan produktiviti di tempat kerja.

Microsoft juga akan bekerjasama dengan Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) menerusi inisiatif Perisai Siber (Cyber Shield) untuk mengukuhkan keupayaan keselamatan siber negara kita. Kolaborasi ini akan memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan keselamatan dan ketahanan sektor awam menerusi penilaian keselamatan dan pembinaan keupayaan.

Di samping itu, Microsoft akan menyokong peranan NACSA sebagai agensi utama Malaysia bagi hal ehwal keselamatan siber, dalam usahanya menyusun strategi keselamatan siber negara pada peringkat seterusnya. Menerusi inisiatif seperti program Ready4AI&Security Microsoft, kedua-dua organisasi terbabit akan meneroka kerjasama lebih rapat untuk membangunkan kemahiran keselamatan siber.

Potensi besar AI untuk dimanfaatkan oleh pencipta perisian

Microsoft akan terus membangunkan komuniti pencipta Malaysia menerusi inisiatif baharu seperti AI Odyssey, yang sedia membantu 2,000 pencipta Malaysia untuk membina kepakaran dalam bidang AI dengan mempelajari kemahiran baharu dan mendapatkan pentauliahan Microsoft.

Di GitHub, iaitu platform pembangunan aplikasi, kerjasama dan inovasi milik Microsoft, Malaysia adalah salah satu daripada pasaran yang berkembang pantas. Kira-kira 680,000 pencipta perisian negara menggunakan GitHub pada 2023, mencerminkan pertumbuhan tahunan 28 peratus.

Malah, pelbagai organisasi Malaysia meningkatkan produktiviti dan menggiatkan inovasi menggunakan penyelesaian dipacu AI generatif Microsoft. Antaranya termasuk:

  • Agroz, merupakan syarikat teknologi pertanian Malaysia yang mereka bentuk dan mengendalikan tanaman menegak dalam persekitaran terkawal di Malaysia. Matlamatnya ialah untuk mengusahakan lebih banyak tanaman yang menghasilkan makanan penuh berkhasiat dalam ruang lebih kecil tanpa menggunakan racun perosak dan bahan kimia lain. Syarikat ini telah membina “Agroz Copilot for Farmers” berlandaskan Azure OpenAI Service, yang membolehkan petani membuat pertanyaan kepada sistem pertanian Agroz menggunakan bahasa biasa atau gambar dan menerima cadangan tentang langkah-langkah yang patut diambil setiap hari untuk meningkatkan produktiviti dan kecekapan operasi kebun mereka.
  • Doctor2U, salah satu daripada aplikasi penjagaan kesihatan terkemuka di Malaysia, menggunakan GitHub Copilot untuk mempercepatkan penciptaan. Tugas yang sebelum ini mengambil masa dua jam kini boleh disiapkan dalam hanya 30 minit. Malah, proses mendapatkan rekod daripada pangkalan data berjuta-juta pesakit kini dipercepatkan menerusi ciri kelebihan Azure AI Search, iaitu daripada satu minit kepada satu saat.
  • Pandai merupakan aplikasi yang membantu lebih daripada 800,000 murid belajar, berlatih dan meningkatkan prestasi akademik masing-masing. Baru-baru ini, aplikasi tersebut menggunakan bot pengajian peribadi yang dinamakan Pbot menerusi Azure OpenAI Service untuk memantau kemajuan murid dan memberikan bantuan akademik. Pandai dirangka untuk menjadi “teman dan tutor peribadi” yang menambah baik pengalaman menimba ilmu setiap murid.
  • PETRONAS, penyedia perkhidmatan tenaga global bersepadu kebanggaan Malaysia, menerajui gelombang AI dengan meningkatkan produktiviti dan kreativiti kakitangan menerusi Copilot for Microsoft 365, bagi membina tenaga kerja global masa depan yang lebih cemerlang. PETRONAS juga menggunakan Azure OpenAI Service untuk mencipta penyelesaian berlandaskan AI yang membantu meningkatkan kecekapan operasi, kebolehpercayaan dan keselamatan kakitangan.
  • Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), agensi perumahan utama di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, menggunakan Copilot for Microsoft 365 di jabatan teknologi maklumat, sumber manusia, kewangan dan undang-undangnya. PR1MA berjaya mengurangkan masa untuk menyempurnakan tugas pentadbiran rutin sebanyak 30 peratus, membolehkan kakitangan memberi lebih tumpuan kepada inisiatif strategik dan aktiviti nilai tambah.
  • Prudential, syarikat insurans hayat dan kesihatan yang terkemuka di Malaysia, menggunakan Azure OpenAI Service untuk menerapkan kelebihan AI ke dalam khidmat pusat panggilannya. Kemudahan ini mengurangkan masa yang diperlukan oleh pasukan perkhidmatan Prudential mengumpulkan maklumat produk untuk ejen, iaitu daripada empat minit kepada kurang 30 saat. Justeru, mereka boleh berkhidmat dengan lebih pantas dan cekap kepada pelanggan. Syarikat ini bercadang untuk meluaskan penggunaan kemudahan ini tidak lama lagi.

Anda Pasti Sukakan Ini

Kenaikan kadar baru FED 0.75% akan turut beri impak pada Malaysia,OPR naik lagi November tahun ini.

Permintaan maaf atas Ralat Kadar Pertukaran AS$-RM

GKP TAMBAHAN MULAI DIBAYAR 25 MAC 2021

PASARAN MELIHAT PERKEMBANGAN DI UKRAINE DENGAN BERHATI-HATI

SENARAI PESERTA RASMI BOTT 2019 MINGGU KE-3

TAGGED:MIcropsoft AIMicrosoft Malaysia
Share This Article
Facebook Email Copy Link Print
Glad you finished the article! How do you feel about it?
Love0
Happy0
Surprise0
Embarrass0
Sleepy0
Sad0
Angry0
Leave a Comment

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


More like this

Nissan Pertimbang Jual Ibu Pejabat di Yokohama Demi Kelangsungan Syarikat
May 31, 2025
FBM KLCI Dijangka Bergerak Dalam Julat Tidak Menentu – Pelabur Disaran Waspada Menjelang Minggu Singkat Perdagangan
May 31, 2025
Inflasi Kenya Menurun kepada 3.8% pada bulan Mei
May 30, 2025
Tong Gas Ungu: Ramai Peniaga Kecil Mula Rasa Terbeban?
May 30, 2025
Perumahan Jepun Mula Jatuh Lebih Daripada Jangkaan
May 30, 2025
- Advertisement -
Ad image

Artikel menarik untuk anda

Berita TerkiniMENARIK HARI INI!StrategiTeknikal

Analisa Teknikal EurAud 08 Jun 2022

By Zulhilmi Mohd Diah
2 Min Read
Berita Terkini

SPRM beku akaun parti Bersatu

By Fatin Zulaikha
1 Min Read
Berita Terkini

PERKEMBANGAN SEMASA KRISIS BREXIT

By NAJMULDIN BIN HAMZAH
2 Min Read

Segalanya di Majalah Forex Malaysia

Berita Terkini

Saham Chengdu Aircraft Melonjak Selepas Jet India Ditembak Jatuh oleh Pakistan

By Azawiya Azali
May 7, 2025
3 Min Read

Bill Gates Pilih Indonesia untuk Ujikaji Vaksin TBC

By Ahmad Danial
May 7, 2025
Berita Terkini

Sarawak,Brunei,Filipina; Medan Petempuran Laut China Selatan

By Fatin Zulaikha
May 6, 2025
4 Min Read
Majalah Online

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 335 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

By MFM Team
0 Min Read
- Advertisement -
Ad image
Berita Terkini

Malaysia Tidak Kenakan Tarif Balas, Fokus Rundingan & Strategi

Malaysia tidak bercadang mengenakan tarif balas susulan keputusan Amerika Syarikat (AS) menaikkan tarif kepada 24% ke…

By Ahmad Danial
April 4, 2025
News Ticker

Hasil 10 Tahun AS Kekal Mendahului Keputusan Fed

Hasil pada nota Perbendaharaan AS 10 tahun kekal sedikit berubah sekitar 4.3% pada hari Rabu kerana…

By MFM News Update
March 19, 2025
News Ticker

Saham Hong Kong Di Bawah Tekanan

Saham Hong Kong jatuh 536 mata, atau 2.5%, kepada 20,934 sekitar tengah hari pada hari Rabu,…

By MFM News Update
April 16, 2025
News Ticker

Saham New Zealand Melambung Susulan Kenaikan Wall Street, Penggantungan Tarif

Saham di New Zealand melonjak 451 mata atau 3.8% kepada 12,258 dalam dagangan pagi Khamis, pulih…

By MFM News Update
April 10, 2025
MFM.news

MFM.news adalah laman interaktif bagi komuniti forex di Malaysia, Brunei dan Indonesia. Di MFM anda boleh dapatkan informasi terkini berkaitan forex, isu semasa, dan pasaran kewangan secara amnya. Terdapat juga promosi hebat daripada forex broker di Malaysia dikongsi di laman ini.

Lain-Lain

  • Laman Utama
  • Peluang Dagangan
  • Berita Terkini
  • Belajar Forex

Korporat

  • Profil
  • Perkhidmatan
  • Majalah Online
  • Hubungi Kami

© 2025 MFM.news – All rights reserved.

Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?

Not a member? Sign Up