By using this site, you agree to the Privacy Policy and Terms of Use.
Accept
MFM.news
  • Majalah
    • Majalah Online
    • Terkini
    • Fundamental
    • Strategi
    • Aktiviti
    • Teknikal Analisis
  • Pilihan Editor
  • Mengenai Broker
    • Broker Forex Malaysia
    • Bonus Tanpa Deposit
    • Buka Akaun Forex
    • Copytrade Forex
  • Platform Dagangan
Reading: Matawang kripto sah dijadikan mas kahwin-Mufti
Sign In
Breaking:
Hasil Bon Jerman 10 Tahun Tertinggi Sejak April
Saham Aussie Berundur daripada Penamat Rekod
Kadar Inflasi Oman Terendah Dalam 7 Bulan
Dolar Australia Meningkat Lebih Tinggi
Kadar Inflasi India Jatuh kepada 2019-Terendah
MFM.newsMFM.news
Font ResizerAa
Search
  • Majalah
    • Majalah Online
    • Terkini
    • Fundamental
    • Strategi
    • Aktiviti
    • Teknikal Analisis
  • Pilihan Editor
  • Mengenai Broker
    • Broker Forex Malaysia
    • Bonus Tanpa Deposit
    • Buka Akaun Forex
    • Copytrade Forex
  • Platform Dagangan
Have an existing account? Sign In
Follow US
© MajalahForexMalaysia - All rights reserved.
MFM.news > Blog > MENARIK HARI INI! > Matawang kripto sah dijadikan mas kahwin-Mufti
MENARIK HARI INI!

Matawang kripto sah dijadikan mas kahwin-Mufti

Last updated: July 3, 2022 1:02 am
By MFM Team
5 Min Read
Share
Gambar hiasan : Pasangan Jordan Simanjuntak dan Johana Dwi Utami menjadikan Bitcoin sebagai simbol pengikat cinta mereka dalam mahligai rumah tangga di Jakarta
SHARE

Ramai yang tertanya-tanya,adakah boleh menggunakan matawang kripto seperti Bitcoin,Etherium dan lain-lain sebagai mas kahwin.Mas kahwin atau mahar diberikan dalam pelbagai bentuk dan salah satunya mungkin ada yang berhajat menjadikan mata wang kripto sebagai mas kahwin. Namun, kaedah ini menimbulkan persoalan sama ada ia sah atau tidak kerana ia lari dari cara kebiasaan iaitu sama ada menggunakan wang ringgit sama ada tunai atau cek, sebentuk cincin, emas dan lain-lain lagi.

Sebelum ini, mas kahwin ini perlu dibayar mengikut nilai mas kahwin yang telah ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri masing-masing. Misalnya, negeri Selangor telah menetapkan nilai sebanyak RM300 untuk si lelaki diberikan pada si wanita. Begitu juga, dengan negeri-negeri yang lain.

Bagaimanapun, mungkin isu ini menjadi tanda tanya yang besar buat sesetengah orang apabila mereka mula mengemukakan pertanyaan adakah matawang kripto ini dapat dijadikan sebagai mas kahwin, sah atau sebaliknya.

Untuk menjawab persoalan itu, mari kita ikuti perkongsian yang penuh bermanfaat dibawakan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

HUKUM MENJADIKAN MATAWANG KRIPTO SEBAGAI MAS KAHWIN

kittoo 453

Soalan

Assalamualaikum. Saya ada satu pertanyaan. Adakah boleh kita menggunakan duit Crypto Coins sebagai mas kahwin? Terima kasih.

Ringkasan Jawapan

Di Malaysia, Crypto Coins atau disebut sebagai matawang kripto masih belum dianggap sebagai medium pertukaran yang sah sepertimana duit ringgit (RM) kerana Bank Negara Malaysia (BNM) masih belum mengiktirafnya. Walau bagaimanapun, dalam konteks semasa Malaysia wang kripto dianggap sebagai barang komoditi yang boleh diperdagangkan dan dijadikan sebagai aset. Bertitik tolak daripada konsep ini, maka seseorang boleh menjadikan matawang kripto sebagai mas kahwin dan hukumnya sah.

Huraian Jawapan

Mas kahwin atau mahar merupakan suatu pemberian yang wajib pihak suami tunaikan kepada pihak isteri. Dalam istilah fiqh, mahar membawa maksud sesuatu harta yang wajib diserahkan oleh pihak lelaki kepada perempuan kerana berlakunya akad nikah yang menghalalkan perhubungan di antara keduanya.

(Rujuk: Al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafi’e, 4/109-110)

Seterusnya, tiada had yang tertentu bagi sesebuah mahar sama ada had terendah mahupun had maksimum. Sebaliknya,semua benda yang bernilai dan mempunyai nilai untuk dijual ataupun dijadikan sewaan boleh dijadikan mahar sama ada berbentuk ‘ain (barang tersebut), hutang ataupun manfaat. Begitu juga dari segi kuantiti sedikit atau banyak sama ada sebuah kereta, wang tunai 10000 Dirham ataupun sebuah rumah. Bahkan mahar juga boleh diberikan dalam bentuk mengajarkan sesuatu ilmu seperti ilmu Al-Quran kepada isteri.

(Rujuk: Al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafi’e, 4/113)

Hal ini bertepatan dengan firman Allah SWT:

وَأُحِلَّ لَكُمْ مَا وَرَاءَ ذَلِكُمْ أَنْ تَبْتَغُوا بِأَمْوَالِكُمْ

Maksudnya: “Dan dihalalkan bagi kamu selain yang demikian (iaitu) mencari isteri-isteri dengan hartamu.”

                                                                                                              Surah al-Nisa’ (24)

Ayat ini hanya menyebut harta (المال) secara umum tanpa menetapkan bentuk atau kadar harta secara spesifik. Begitu juga, panduan Rasulullah SAW melalui hadisnya:

أَعْطِهَا وَلَوْ خَاتَمًا مِنْ حَدِيدٍ

Maksudnya: “Berikanlah kepada perempuan itu walaupun sebentuk cincin besi.”

Riwayat al-Bukhari (4741)

Dalam sebuah hadis Amir bin Rabi’ah RA memperihalkan pendirian sebegini dengan lebih jelas, hadisnya:

أَنَّ امْرَأَةً مِنْ بَنِي فَزَارَةَ تَزَوَّجَتْ عَلَى نَعْلَيْنِ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَرَضِيتِ مِنْ نَفْسِكِ وَمَالِكِ بِنَعْلَيْنِ. قَالَتْ نَعَمْ قَالَ فَأَجَازَهُ

Maksudnya: “Seorang perempuan daripada Bani Fazarah berkahwin dengan mas kahwin sepasang selipar. Maka Rasulullah SAW bersabda: “Adakah kamu reda mendapat sepasang selipar sebagai mas kahwin?” Perempuan itu menjawab: “Ya!” Lalu Baginda membenarkannya.”

Riwayat al-Tirmizi (1113)

Berkenaan kedudukan wang kripto, kenyataan pertama Bank Negara Malaysia (BNM) berkenaan Bitcoin dikeluarkan pada 2 Januari 2014 di laman web rasmi mereka. Dalam kenyataan ringkas tersebut, BNM menegaskan bahawa Bitcoin tidak diiktiraf sebagai satu mata wang rasmi (legal tender) di Malaysia dan BNM juga tidak mengawal selia operasi Bitcoin lantas orang awam dinasihatkan agar berhati-hati dengan risiko yang muncul daripada penggunaan mata wang digital seumpamanya. 

Namun begitu, walaupun wang kripto masih belum dianggap mata wang yang sah seperti Ringgit Malaysia (RM) dan lain-lain, ia tetap dianggap sebagai suatu barang komoditi yang boleh diperdagangkan dan dijadikan sebagai aset pelaburan. Bertitik tolak daripada konsep ini, maka wang kripto sah dijadikan sebagai salah satu bentuk mahar kerana dianggap sebagai suatu barangan yang bernilai sama seperti barang-barang yang lain.

Wallahu a’lam.

Anda Pasti Sukakan Ini

Analisa Teknikal EurJpy 23 Mac 2022

GRAB KINI TERSENARAI DI NASDAQ

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 150 SEDIA UNTUK DI MUAT TURUN PERCUMA

Forex Regulatory Organizations

❗️ ????? ???? ????? ❗️ ???????? ????? ??????? ????!

TAGGED:Hukum mas kahwin kriptoMahar KriptoMas Kahwin Bitcoin
Share This Article
Facebook Email Copy Link Print
Glad you finished the article! How do you feel about it?
Love0
Happy0
Surprise0
Embarrass0
Sleepy0
Sad0
Angry0
Leave a Comment

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


More like this

Perjalanan Bebas Visa Malaysia-China Bermula 17 Julai!
July 16, 2025
PM Perancis Cadang Mansuhkan Cuti Umum Untuk Kurangkan Hutang Negara
July 16, 2025
Pelabur Asing Jual Semula RM516.6 Juta Saham Tempatan, Trader Saham Beralih ke Forex Semasa Ketidaktentuan Pasaran
July 16, 2025
Hasil Bon Jerman 10 Tahun Tertinggi Sejak April
July 16, 2025
Saham Aussie Berundur daripada Penamat Rekod
July 16, 2025
- Advertisement -
Ad image

Artikel menarik untuk anda

Editor's PicksMENARIK HARI INI!Teknikal

RAMALAN HARGA KRIPTO : SHIBA INU, RIPPLE & CARDANO

By MFM Team
2 Min Read
Berita TerkiniMENARIK HARI INI!StrategiTeknikal

Analisa Teknikal EurJpy 16 Sep 2021

By Zulhilmi Mohd Diah
1 Min Read
MENARIK HARI INI!

Analisa Harga USD/JPY: Pembeli kehilangan momentum dan ‘pull back, dari paras tertinggi 24 tahun

By Mohd Fauzi
3 Min Read

Segalanya di Majalah Forex Malaysia

Berita Terkini

Skandal Rasuah Minyak 285 Trillion! Riza Chalid DiBuru Indonesia,Dipercayai Melarikan Diri Ke Malaysia

By Azawiya Azali
July 14, 2025
4 Min Read

Kisah Lagenda Scammer Malaysia,Pak Man Telo

By Azawiya Azali
June 18, 2025
Berita Terkini

Rakyat Malaysia Bakal Nikmati Tarif Elektrik Lebih Adil Mulai 1 Julai 2025!

By Ahmad Danial
June 22, 2025
4 Min Read
Majalah Online

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 335 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

By MFM Team
0 Min Read
- Advertisement -
Ad image
News Ticker

Won Korea Selatan Mencapai Ketinggian 37 minggu

USDKRW menurun kepada paras terendah 37 minggu pada 1351.00. Sepanjang 4 minggu yang lalu, Dolar AS…

By MFM News Update
June 30, 2025
Berita Terkini

Octa Malaysia 2025: Mengapa Dakwaan “OctaFX penipu” Tidak Benar

Pengenalan Sebagai seorang yang aktif mengamati perkembangan pasaran dagangan dalam talian di Malaysia, saya telah meneliti…

By Ahmad Danial
April 24, 2025
News Ticker

Dolar Australia Meningkat Lebih Tinggi

Dolar Australia naik lebih tinggi kepada sekitar $0.654 pada hari Selasa, berikutan penurunan ketara pada sesi…

By MFM News Update
July 15, 2025
Berita Terkini

Perlaksanaan E-Invois,Subsidi Bersasar Lebih Untungkan Pendatang Asing

Pelaksanaan pelbagai inisiatif kerajaan seperti e-invois, subsidi bersasar, dan penguatkuasaan semula terhadap penggunaan tong gas komersial…

By Azawiya Azali
June 3, 2025
MFM.news

MFM.news adalah laman interaktif bagi komuniti forex di Malaysia, Brunei dan Indonesia. Di MFM anda boleh dapatkan informasi terkini berkaitan forex, isu semasa, dan pasaran kewangan secara amnya. Terdapat juga promosi hebat daripada forex broker di Malaysia dikongsi di laman ini.

Lain-Lain

  • Laman Utama
  • Peluang Dagangan
  • Berita Terkini
  • Belajar Forex

Korporat

  • Profil
  • Perkhidmatan
  • Majalah Online
  • Hubungi Kami

© 2025 MFM.news – All rights reserved.

Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?

Not a member? Sign Up