By using this site, you agree to the Privacy Policy and Terms of Use.
Accept
MFM.news
  • Majalah
    • Majalah Online
    • Terkini
    • Fundamental
    • Strategi
    • Aktiviti
    • Teknikal Analisis
  • Pilihan Editor
  • Mengenai Broker
    • Broker Forex Malaysia
    • Bonus Tanpa Deposit
    • Buka Akaun Forex
    • Copytrade Forex
  • Platform Dagangan
Reading: Masa depan kolej & universiti swasta kini gelap ekoran trend 72% lepasan SPM tidak sambung belajar
Sign In
Breaking:
Hasil Bon Jerman 10 Tahun Tertinggi Sejak April
Saham Aussie Berundur daripada Penamat Rekod
Kadar Inflasi Oman Terendah Dalam 7 Bulan
Dolar Australia Meningkat Lebih Tinggi
Kadar Inflasi India Jatuh kepada 2019-Terendah
MFM.newsMFM.news
Font ResizerAa
Search
  • Majalah
    • Majalah Online
    • Terkini
    • Fundamental
    • Strategi
    • Aktiviti
    • Teknikal Analisis
  • Pilihan Editor
  • Mengenai Broker
    • Broker Forex Malaysia
    • Bonus Tanpa Deposit
    • Buka Akaun Forex
    • Copytrade Forex
  • Platform Dagangan
Have an existing account? Sign In
Follow US
© MajalahForexMalaysia - All rights reserved.
MFM.news > Blog > Berita Terkini > Masa depan kolej & universiti swasta kini gelap ekoran trend 72% lepasan SPM tidak sambung belajar
Berita TerkiniMENARIK HARI INI!

Masa depan kolej & universiti swasta kini gelap ekoran trend 72% lepasan SPM tidak sambung belajar

Last updated: July 27, 2022 2:40 pm
By Fatin Zulaikha
4 Min Read
Share
SHARE

Nasib industri Institut Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) negara yang terdiri daripada 37 universiti,20 kolej universiti,418 kolej dan 7 kampus cawangan luar negara di Malaysia kini terumbang-ambing berikutan wujud trend terkini dimana ramai lepasan SPM kini memilih untuk tidak lagi meneruskan pembelajaran mereka mengikut sistem atas pelbagai faktor.Industri pendidikan swasta ini dijangka mengalami kerugian berterusan didalam keadaan situasi ekonomi global juga tidak stabil menjadikan ianya perniagaan yang kini tidak lagi mempunyai prospek keuntungan yang cerah.

Tidak dinafikan segelintir anak muda hari ini lebih memilih untuk tidak menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Mungkin ada antaranya yang dipengaruhi dengan mentaliti bahawa pendidikan tidak menjamin masa depan.

Tetapi yang pasti, ramai sedang berdepan dengan kekangan kewangan untuk meneruskan pembelajaran. Tiada siapa pun tahu sebab sebenar yang dialami seseorang individu.

Seperti yang dikongsikan seorang perunding latihan yang dikenali sebagai Nik Akmal, data dari Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) mendapati lebih 72 peratus rakyat Malaysia memilih untuk tidak melanjutkan pelajaran selepas SPM.

Perkara itu katanya amat membimbangkan kerana biarpun pendidikan tidak mampu menjamin lahirnya individu yang berpelajaran, namun ia dapat memastikan seseorang itu lebih matang dalam membuat keputusan,

“Ini bukan masa nak pertahankan ego kita atau nak bergaduh tak bertempat. Jangan kita lahirkan generasi Malaysia yang tak berpendidikan. Kita kena naikkan dan idolakan orang berpelajaran, kewangan stabil dan bermanfaat pada komuniti.

“Belajar tak sampai degree? Tak apa, masih banyak peluang kemahiran. Yang penting, berpendidikan (educated not just education) Sebab dengan pendidikan kita lebih matang buat keputusan. Kalau kita bijak, tak tengok marketing dan konten bodoh. Kalau kita bijak, tak undi YB bebal,” ciapnya di Twitter.

Dia juga menjelaskan, dengan pendidikan, budaya-budaya jelik tidak akan wujud lagi dalam masyarakat contohnya budaya prank, jenaka rogol, dan persenda agama.

“Galakkan rakyat Malaysia sambung belajar lepas spm sebolehnya.. Kalau para influencer boleh beri galakkan perkara ni, moga wujud kesedaran sikit sebanyak. Moga sampai pada mereka yang perlu tahu,” tulisnya sambil meletakkan tanda pagar sambung belajar lepas SPM.

Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi pengguna media sosial. Mereka yakin sebenarnya faktor ekonomi yang parah menjadi punca ramai mula mengejar untuk mencari pendapatan sendiri demi kelangsungan hidup.

Mereka berkata, pendidikan sememangnya penting namun pada akhirnya duit lah yang paling penting untuk memastikan seseorang itu dapat makan.

Bahkan kata mereka, jika meneruskan pengajian dengan pinjaman penuh selama 4 tahun, kadar gaji lepasan ijazah tidak akan mampu membayar segala komitmen termasuk hutang belajar.

“Majoriti daripada kita sedang bergelut meneruskan kehidupan. Banyak dalam kalangan kita yang dibayar dengan tidak wajar dan tidak bekerja. Kita perlu atasi masalah ini dahulu sebelum kita boleh bincang tentang menyambung pengajian tinggi,” komen pengguna Twitter.

“Sebagai lepasan SPM, saya memilih untuk tak sambung belajar. Saya gagal dalam permohonan UPU walaupun keputusan peperiksaan saya cemerlang. Kebanyakan mahasiswa lepasan Diploma yang berhutang dengan PTPTN juga struggle untuk buat pembayaran balik sebab gaji bagi lepasan Degree pun sekurang-kurangnya RM3,000 maksimum. Keluarga saya pun struggle jadi saya memang tak boleh sambung,” ciap pengguna lain.

Anda Pasti Sukakan Ini

Kos projek keretapi laju Indonesia meningkat,Jakarta mungkin mohon pinjaman baru dari bank-bank di China

Analisa Teknikal GbpAud 15 Dis 2021

TESTIMONI JEROME POWELL JADI TUMPUAN HARI INI; US DOLLAR MENDATAR KETIKA INI

Malaysia hentikan eksport ayam mulai 1 Jun 2022

Kerajaan tak tolak kemungkinan laksana semula GST – Rafizi

Share This Article
Facebook Email Copy Link Print
Glad you finished the article! How do you feel about it?
Love0
Happy0
Surprise0
Embarrass0
Sleepy0
Sad0
Angry0
Leave a Comment

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


More like this

Perjalanan Bebas Visa Malaysia-China Bermula 17 Julai!
July 16, 2025
PM Perancis Cadang Mansuhkan Cuti Umum Untuk Kurangkan Hutang Negara
July 16, 2025
Pelabur Asing Jual Semula RM516.6 Juta Saham Tempatan, Trader Saham Beralih ke Forex Semasa Ketidaktentuan Pasaran
July 16, 2025
Hasil Bon Jerman 10 Tahun Tertinggi Sejak April
July 16, 2025
Saham Aussie Berundur daripada Penamat Rekod
July 16, 2025
- Advertisement -
Ad image

Artikel menarik untuk anda

Berita TerkiniMENARIK HARI INI!StrategiTeknikal

Analisa Teknikal AudUsd 21 Dis 2021

By Zulhilmi Mohd Diah
0 Min Read
Berita Terkini

UK Hunt: Best tax cut right now is a cut in inflation

By Mohd Fauzi
1 Min Read
Berita TerkiniEditor's Picks

DOLAR AS MENGUKUH, WALAUPUN DATA BURUH AS MENGECEWAKAN

By MFM Team
2 Min Read

Segalanya di Majalah Forex Malaysia

News Ticker

Kadar Inflasi Jun Mesir Jatuh Lebih Daripada Jangkaan

By MFM News Update
July 9, 2025
1 Min Read

Kisah Lagenda Scammer Malaysia,Pak Man Telo

By Azawiya Azali
June 18, 2025
Berita Terkini

Rakyat Malaysia Bakal Nikmati Tarif Elektrik Lebih Adil Mulai 1 Julai 2025!

By Ahmad Danial
June 22, 2025
4 Min Read
Majalah Online

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 335 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

By MFM Team
0 Min Read
- Advertisement -
Ad image
Berita Terkini

Pinjam Duit Bank Adakah Hukumnya Haram?

Zaman sekarang, ramai antara kita – terutamanya anak muda – dah mula celik kewangan. Tapi bila…

By Fatin Zulaikha
June 24, 2025
News Ticker

Dolar Bergelut Di Tengah-tengah Ketaktentuan Dasar Perdagangan

Indeks dolar AS mengenepi lebih rendah kepada sekitar 100.9 pada Khamis, kekal di bawah tekanan apabila…

By MFM News Update
May 15, 2025
Berita Terkini

Prestasi perdagangan kini Malaysia makin padu!

Prestasi perdagangan Malaysia kini makin padu! Untuk bulan Mei 2025, jumlah perdagangan negara melonjak 2.6% kepada…

By Azawiya Azali
June 20, 2025
News Ticker

Saham New Zealand Meningkat untuk Hari Ke-3 Berturut-turut

Penanda aras indeks S&P/NZX 50 New Zealand meningkat 0.3% untuk ditutup pada 12,649 pada Khamis, melanjutkan…

By MFM News Update
June 12, 2025
MFM.news

MFM.news adalah laman interaktif bagi komuniti forex di Malaysia, Brunei dan Indonesia. Di MFM anda boleh dapatkan informasi terkini berkaitan forex, isu semasa, dan pasaran kewangan secara amnya. Terdapat juga promosi hebat daripada forex broker di Malaysia dikongsi di laman ini.

Lain-Lain

  • Laman Utama
  • Peluang Dagangan
  • Berita Terkini
  • Belajar Forex

Korporat

  • Profil
  • Perkhidmatan
  • Majalah Online
  • Hubungi Kami

© 2025 MFM.news – All rights reserved.

Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?

Not a member? Sign Up