By using this site, you agree to the Privacy Policy and Terms of Use.
Accept
MFM.news
  • Majalah
    • Majalah Online
    • Terkini
    • Fundamental
    • Strategi
    • Aktiviti
    • Teknikal Analisis
  • Pilihan Editor
  • Mengenai Broker
    • Broker Forex Malaysia
    • Bonus Tanpa Deposit
    • Buka Akaun Forex
    • Copytrade Forex
  • Platform Dagangan
Reading: Krisis tenaga bakal menjadi lebih teruk – IEA
Sign In
Breaking:
Hasil Bon Jerman 10 Tahun Tertinggi Sejak April
Saham Aussie Berundur daripada Penamat Rekod
Kadar Inflasi Oman Terendah Dalam 7 Bulan
Dolar Australia Meningkat Lebih Tinggi
Kadar Inflasi India Jatuh kepada 2019-Terendah
MFM.newsMFM.news
Font ResizerAa
Search
  • Majalah
    • Majalah Online
    • Terkini
    • Fundamental
    • Strategi
    • Aktiviti
    • Teknikal Analisis
  • Pilihan Editor
  • Mengenai Broker
    • Broker Forex Malaysia
    • Bonus Tanpa Deposit
    • Buka Akaun Forex
    • Copytrade Forex
  • Platform Dagangan
Have an existing account? Sign In
Follow US
© MajalahForexMalaysia - All rights reserved.
MFM.news > Blog > Berita Terkini > Krisis tenaga bakal menjadi lebih teruk – IEA
Berita Terkini

Krisis tenaga bakal menjadi lebih teruk – IEA

Last updated: July 12, 2022 7:44 pm
By Fakhrul Razi
4 Min Read
Share
SHARE

Tekanan global terhadap bekalan tenaga yang telah mencetuskan kekurangan yang boleh melumpuhkan serta membuatkan harga bekalan kuasa dan bahan api melonjak di seluruh dunia mungkin menjadi lebih teruk, menurut ketua Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA).

“Dunia tidak pernah menyaksikan krisis tenaga sebegitu besar dari segi kedalaman dan kerumitannya,” kata Pengarah Eksekutif IEA Fatih Birol pada hari Selasa di forum tenaga global di Sydney. “Kita mungkin belum melihat yang paling teruk lagi,situasi ini akan menjejaskan seluruh dunia.”

Keseluruhan sistem tenaga berada dalam kekacauan berikutan pencerobohan pada Februari ke atas Ukraine oleh Rusia, yang merupakan pada masa itu pengeksport minyak dan gas asli terbesar dan pemain utama dalam komoditi, kata Birol. Harga yang melambung tinggi meningkatkan kos mengisi tangki gas, memanaskan rumah dan menjana kuasa industri di seluruh dunia, menambah tekanan inflasi dan membawa kepada rusuhan berdarah dari Afrika hinggake Sri Lanka.

Seperti krisis minyak pada 1970-an, yang mendorong keuntungan besar dalam kecekapan bahan api dan ledakan kuasa nuklear, dunia mungkin melihat penggunaan lebih pantas dasar kerajaan yang mempercepatkan peralihan kepada tenaga yang lebih bersih, kata Birol. Dalam pada itu, keselamatan bekalan minyak dan gas akan terus memberi cabaran kepada Eropah, dan juga bagi wilayah lain, katanya.


“Musim sejuk di Eropah kali ini akan menjadi sangat-sangat sukar,” kata Birol. “Ini adalah kebimbangan utama, dan ini mungkin mempunyai implikasi serius kepada ekonomi global.”

Kejatuhan kepada sektor tenaga global apabila AS dan sekutunya mencabar Presiden Vladimir Putin berhubung perang di Ukraine dan mencari alternatif kepada eksport Rusia telah menekankan keperluan untuk mengurangkan pergantungan kepada bahan api fosil, Setiausaha Tenaga AS Jennifer Granholm memberitahu forum yang sama.

“Langkah kami untuk membersihkan tenaga secara global boleh menjadi pelan keamanan yang paling hebat,” katanya. “Kami mahu dan perlu bergerak untuk membersihkan.”

Negara-negara lain perlu berhati-hati daripada menukar pergantungan kepada satu pembekal tenaga dominan iaitu Rusia kepada pembekal yang lain dalam peralihan kepada kuasa bersih, kata Granholm.

“China telah membangunkan banyak teknologi dan rantaian bekalan baru, dan itu boleh menyebabkan kita terdedah jika kita tidak membangunkan rantaian bekalan kita sendiri,” katanya.

Negara itu mengawal kira-kira 80% daripada rantaian bekalan global untuk tenaga solar, yang dijangka meningkat kepada 95% menjelang 2025, menurut IEA. China menguasai kebanyakan sektor bateri litium-ion, merupakan pengeluar utama turbin angin dan berusaha untuk membina kapasiti dengan cepat dalam teknologi hidrogen bersih.

Perkembangan terbaru termasuk AS mengehadkan import produk dari wilayah Xinjiang China dan cukai yang telah lama dibincangkan di Eropah ke atas import barangan yang dibuat dengan tenaga karbon tinggi boleh membantu mempelbagaikan rantaian bekalan solar dengan mewujudkan pembukaan untuk pengeluar seperti India, Martin Green, seorang profesor di Universiti New South Wales, berkata pada persidangan itu.

“Dengan membina rantaian bekalan tenaga bersih yang berdaya tahan, kita boleh melindungi ekonomi kita daripada kejutan krisis seterusnya,” kata Menteri Perubahan Iklim dan Tenaga Australia Chris Bowen dalam ucapan di forum itu. “Tiada masa untuk dibazirkan.”

– BLOOMBERG

Anda Pasti Sukakan Ini

Analisa Teknikal UsdCad 15 Dis 2021

Analisis Harga Indeks USD: Tekanan menurun dikurangkan di atas 103.50

Bursa Malaysia naik lebih 50 mata selepas pengumuman Anwar Ibrahim sebagai PM ke 10

Pelaburan RM170 billion China harapan baru untuk memulihkan ekonomi Malaysia

ANALISA TEKNIKAL USDCAD 20 OKT 2021

TAGGED:Global Energy CrisisKrisis Tenaga GlobalSydney Global Energy Forum 2022
Share This Article
Facebook Email Copy Link Print
Glad you finished the article! How do you feel about it?
Love0
Happy0
Surprise0
Embarrass0
Sleepy0
Sad0
Angry0
Leave a Comment

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


More like this

Perjalanan Bebas Visa Malaysia-China Bermula 17 Julai!
July 16, 2025
PM Perancis Cadang Mansuhkan Cuti Umum Untuk Kurangkan Hutang Negara
July 16, 2025
Pelabur Asing Jual Semula RM516.6 Juta Saham Tempatan, Trader Saham Beralih ke Forex Semasa Ketidaktentuan Pasaran
July 16, 2025
Hasil Bon Jerman 10 Tahun Tertinggi Sejak April
July 16, 2025
Saham Aussie Berundur daripada Penamat Rekod
July 16, 2025
- Advertisement -
Ad image

Artikel menarik untuk anda

Berita TerkiniMENARIK HARI INI!StrategiTeknikal

ANALISA TEKNIKAL GBPUSD 21 NOV 2021

By Zulhilmi Mohd Diah
1 Min Read
Berita Terkini

Apa kebendanya Jana Wibawa ni?.

By Fatin Zulaikha
3 Min Read
Berita Terkini

Sejuta pelancong China dijangka tiba ke Malaysia,lari daripada ‘lockdown’ ketat di China

By Fatin Zulaikha
2 Min Read

Segalanya di Majalah Forex Malaysia

News Ticker

Inflasi Poland Meningkat Lebih Tinggi pada Jun

By MFM News Update
June 30, 2025
1 Min Read

Kisah Lagenda Scammer Malaysia,Pak Man Telo

By Azawiya Azali
June 18, 2025
Berita Terkini

Rakyat Malaysia Bakal Nikmati Tarif Elektrik Lebih Adil Mulai 1 Julai 2025!

By Ahmad Danial
June 22, 2025
4 Min Read
Majalah Online

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 335 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

By MFM Team
0 Min Read
- Advertisement -
Ad image
Berita Terkini

AS Kenakan Cukai Import Tambahan Terhadap Produk Solar Malaysia dan Negara Asia Tenggara

Washington, 22 April 2025 — Amerika Syarikat (AS) telah mengenakan cukai import tambahan serta tindakan anti-subsidi…

By Azawiya Azali
April 22, 2025
Berita Terkini

Tong Gas Ungu: Ramai Peniaga Kecil Mula Rasa Terbeban?

Sejak 1 Mei lalu, kerajaan dah wajibkan penggunaan tong gas LPG komersial 14kg – yang kita…

By Azawiya Azali
May 30, 2025
Berita Terkini

Israel serang Iran dalam skala besar dalam operasi ‘Rising Lion’

Serangan “Rising Lion” (juga dikenali sebagai “Strength of a Lion”) Tarikh & Masa: Awal pagi 13 Jun 2025, Israel melancarkan…

By Azawiya Azali
June 13, 2025
Berita Terkini

Starmer Laksana Misi Besar Tarik Pelabur Dari Genggaman Trump

LONDON – Perdana Menteri UK, Sir Keir Starmer kini sedang mengorak langkah besar dalam mencuri perhatian…

By Azawiya Azali
April 24, 2025
MFM.news

MFM.news adalah laman interaktif bagi komuniti forex di Malaysia, Brunei dan Indonesia. Di MFM anda boleh dapatkan informasi terkini berkaitan forex, isu semasa, dan pasaran kewangan secara amnya. Terdapat juga promosi hebat daripada forex broker di Malaysia dikongsi di laman ini.

Lain-Lain

  • Laman Utama
  • Peluang Dagangan
  • Berita Terkini
  • Belajar Forex

Korporat

  • Profil
  • Perkhidmatan
  • Majalah Online
  • Hubungi Kami

© 2025 MFM.news – All rights reserved.

Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?

Not a member? Sign Up