Kadang-kadang nak urus hal kerajaan ni memang boleh buat kita tarik nafas panjang. Nak renew lesen, urus KWSP, atau bayar bil, semua kena ikut waktu pejabat. Kalau kerja dari pagi sampai petang, memang susah. Tapi sekarang, kerajaan dah mula fikir cara yang lebih mesra rakyat — lahirlah Kiosk Sentuhan Madani.
Urusan Kerajaan, Senang Macam Singgah Shopping
Kiosk Sentuhan Madani ni ibarat bawa kaunter kerajaan masuk ke tengah pusat beli-belah atau lokasi tumpuan orang ramai. Tak payah dah susah-susah ambil cuti.
Bila-bila masa tengah keluar, boleh singgah buat urusan rasmi — cepat, senang, dan tanpa stress.
Tiga Lokasi Strategik Dah Dibuka
Setakat ini, tiga kiosk dah mula beroperasi:
- Alamanda Shopping Centre, Putrajaya – dibuka 9 Januari 2025, dirasmikan oleh Perdana Menteri.
- KL Sentral – mula beroperasi 13 Mac 2025, sesuai untuk yang lalu-lalang naik tren atau bas ekspres.
- 1 Utama Shopping Centre, Petaling Jaya – dibuka 8 Mei 2025 di Old Wing, tingkat 2, berhampiran Wondermama dan Le Creuset.

Lebih 100 Perkhidmatan Dalam Satu Tempat
Antara perkhidmatan yang boleh dibuat di kiosk ini termasuk:
- JPJ (lesen memandu, cukai jalan)
- KWSP
- ASNB
- Pos Malaysia
- TNB
- TM Unifi
- MyDigital ID
Yang menariknya, waktu operasi 10 pagi – 10 malam setiap hari. Jadi, lepas kerja atau hujung minggu pun boleh datang.
Rakyat Lebih Mudah, Hidup Lebih Tenang
Konsep ini memang direka untuk memudahkan urusan rakyat. Lokasi dipilih di tempat orang selalu pergi — pusat beli-belah dan hab pengangkutan — supaya mudah diakses.
Tak ada lagi suasana tegang kaunter pejabat, sebaliknya lebih santai dan mesra.
Harapan Akan Datang
Kalau kemudahan ini diperluas ke seluruh negara termasuk Kedah,Perlis,Kelantan,Terengganu memang ramai akan gembira. Bayangkan tengah beli-belah di Aman Central atau singgah di pusat bandar Alor Setar, terus boleh selesaikan urusan kerajaan dalam masa kurang 10 minit.
Kesimpulannya, Kiosk Sentuhan Madani ni bukti kerajaan serius nak memodenkan cara kita berurusan. Tak kira muda atau tua, semua rakyat disantuni. Urusan rasmi jadi lebih fleksibel, cepat, dan mesra — sesuai dengan gaya hidup kita hari ini.