By using this site, you agree to the Privacy Policy and Terms of Use.
Accept
MFM.news
  • Majalah
    • Majalah Online
    • Terkini
    • Fundamental
    • Strategi
    • Aktiviti
    • Teknikal Analisis
  • Pilihan Editor
  • Mengenai Broker
    • Broker Forex Malaysia
    • Bonus Tanpa Deposit
    • Buka Akaun Forex
    • Copytrade Forex
  • Platform Dagangan
Reading: KENAPA HARGA AYAM NAIK MENDADAK ???
Sign In
Breaking:
Saham Itali Memanjangkan Keuntungan
Hasil Bon Jerman 10 Tahun Tertinggi Sejak April
Saham Aussie Berundur daripada Penamat Rekod
Kadar Inflasi Oman Terendah Dalam 7 Bulan
Dolar Australia Meningkat Lebih Tinggi
MFM.newsMFM.news
Font ResizerAa
Search
  • Majalah
    • Majalah Online
    • Terkini
    • Fundamental
    • Strategi
    • Aktiviti
    • Teknikal Analisis
  • Pilihan Editor
  • Mengenai Broker
    • Broker Forex Malaysia
    • Bonus Tanpa Deposit
    • Buka Akaun Forex
    • Copytrade Forex
  • Platform Dagangan
Have an existing account? Sign In
Follow US
© MajalahForexMalaysia - All rights reserved.
MFM.news > Blog > Editor's Picks > KENAPA HARGA AYAM NAIK MENDADAK ???
Editor's PicksMENARIK HARI INI!

KENAPA HARGA AYAM NAIK MENDADAK ???

Last updated: September 11, 2021 3:25 am
By MFM Team
7 Min Read
Share
SHARE

Makanan merupakan salah satu perbelanjaan terbesar buat isi rumah di Malaysia. Menurut kajian Jabatan Perangkaan Malaysia, isi rumah secara puratanya membelanjakan RM783 untuk kos makanan manakala RM631 lagi untuk tujuan makan di luar yang dikategorikan di bawah perbelanjaan di restoran dan hotel.

Keseluruhannya, isi rumah membelanjakan 31.2% daripada keseluruhan perbelanjaan iaitu sebanyak RM4,534 bagi tujuan mengisi perut mereka.

Bagi kumpulan isi rumah berpendapatan rendah ataupun B40, mereka membelanjakan 36.8% daripada keseluruhan perbelanjaan mereka untuk tujuan tersebut. Angka ini jauh lebih tinggi berbanding golongan T20 dimana mereka hanya membelanjakan 26.4% untuk makanan.

Dalam erti kata lain, isu harga barangan makanan yang mahal lebih memberi kesan kepada golongan berpendapatan rendah berbanding kumpulan berpendapatan tinggi.

Di Malaysia, antara sumber protein utama yang menjadi santapan rakyat di negara ini adalah ayam dan daging. Mengikut Jabatan Perkhidmatan Veterinar, penggunaan daging ayam di Malaysia adalah sebanyak 1.5 juta tan pada tahun 2020. Manakala penggunaan daging lembu adalah sebanyak 200,000 tan.

Isi Rumah Berpendapatan Rendah Membelanjakan 1/3 Daripada Keseluruhan Perbelanjaan Mereka Untuk Tujuan Makan

su harga ayam ataupun daging melonjak tinggi sering kali menjadi isu nasional. Namun, apakah sebenarnya faktor kenaikkan harga barangan asas ini?

Menurut pelbagai laporan, harga ayam berkait rapat dengan kos dedak ( makanan ayam ) yang menjadi kos terbesar terhadap pengeluaran ayam iaitu setinggi 70%. Meskipun Malaysia mempunyai kadar sara diri melebihi 100% terhadap ayam, namun sebahagian besar dedak ayam iaitu  jagung diimport dari negara luar seperti Argentina.

Dedak Ayam Merupakan Kos Utama Pengeluaran Ayam

Syarikat-syarikat penternakan sering kali menyatakan bahawa kenaikkan harga jagung sebagai punca mengapa harga ayam meningkat naik. Walaubagaimanapun, industri penternakan ayam boleh dianggap agak kompleks kerana terdapat peneraju-peneraju industri yang mampu mempengaruhi harga ayam.

Hal ini kerana ada beberapa syarikat gergasi tempatan yang mempunyai pegangan pasaran yang tinggi sekaligus mampu mempengaruhi harga pasaran. Syarikat gergasi bukan sahaja mempunyai kawalan pasaran yang besar di dalam negara ini, mereka juga turut mengeluarkan makanan ayam yang memberikan mereka sedikit kelebihan di dalam menentukan harga produk akhir mereka.

Selain isu harga dedak, isu matawang juga memberi kesan terhadap harga ayam. Hal ini kerana Malaysia mengimport 4.3 juta tan makanan haiwan bernilai RM6.7 bilion. Ini bermaksud perubahan nilai matawang Ringgit berbanding tukaran asing mempunyai impak terhadap kos input ayam.

Bagi industri daging lembu, keadaannya sedikit berbeza. Malaysia hanya mengeluarkan 23.7% daging untuk kegunaan tempatan. Selebihnya, bekalan diimport dari negara luar terutamanya India.

Pada tahun 2019, Malaysia mengimport 159,200 tan daging lembu bernilai sekitar RM2 bilion sekaligus membolehkan pengguna tempatan membeli daging pada separuh harga berbanding tempatan.

Sebahagian Besar Import Daging Dimonopoli Oleh Beberapa Syarikat Sahaja

Laporan yang didedahkan oleh Suruhanjaya Persaingan Malaysia mendapati hanya terdapat beberapa pemain besar yang menguasai import daging ke Malaysia. Walaupun lebih 7,700 permit import dikeluarkan, namun 50% daripada keseluruhan permit import ini hanya dimiliki oleh lima syarikat pengimport sahaja.

Fatric Sdn Bhd misalnya mengimport 43,900 kg daging pada tahun 2018 diikuti Lucky Frozen Sdn Bhd sebanyak 25,900 kg.

Kos modal yang tinggi antara salah satu punca mengapa syarikat-syarikat lain sukar untuk bersaing di dalam industri ini. Selain itu, sebilangan pengimport gergasi sudah menjalinkan hubungan perniagaan lebih 30 tahun dengan pembekal, sekaligus memberikan kelebihan kepada mereka dalam menjalankan urusniaga.

Ini kerana pembekal lebih mudah untuk melakukan transaksi melibatkan kuantiti yang besar lantas memberikan kesukaran untuk pemain-pemain kecil untuk terlibat sama di dalam perniagaan ini.

Kuantiti Import Daging Semakin Berkurangan

Kerajaan Malaysia juga dilaporkan memberikan perhatian yang tinggi terhadap pengeluaran permit import daging bagi menjamin status keselamatan dan kehalalan daging tersebut. Hal ini kerana rumah sembelih daging yang diimport haruslah diaudit oleh pihak JAKIM bagi memastikan status kehalalannya tidak diragui.

Namun demikian, import daging haram tetap berlaku seperti mana yang didedahkan media pada penghujung tahun lepas. Beberapa syarikat yang mempunyai permit import yang terhad dilaporkan telah mengimport lebih 1,000 tan daging untuk diedarkan untuk pasaran tempatan.

Perkara ini mungkin perlu diambil perhatian oleh pihak yang bertanggungjawab, ini kerana jumlah import daging di Malaysia menurut perangkaan rasmi semakin menurun tatkala populasi semakin tinggi.

Ini sesuatu yang tidak masuk akal. Pada tahun 2019, penggunaan daging hanyalah sekitar 197,600 tan manakala penggunaan daging babi pula sebanyak 241,500 tan. Bagaimana penggunaan daging lembu yang dimakan hampir keseluruhan rakyat Malaysia ( kecuali penganut agama Hindu ) lebih rendah berbanding penggunaan daging babi yang hanya dimakan oleh lebih kurang 35% warga bukan Islam di Malaysia?

Makanan Haiwan Kos Utama Penternak Lembu

Kos Daging

Kos logistik, kos buruh dan rantaian simpanan sejukbeku ( cold chain storage ) merupakan perbelanjaan tertinggi buat pengedar dan peruncit daging import melibatkan sekitar 40% hingga 60% daripada kos keseluruhan.

Manakala bagi daging tempatan, makanan lembu merupakan kos tertinggi dengan anggaran sekitar 60% hingga 80% daripada keseluruhan kos ternakan di ladang.

Saban hari, kesedaran mengenai keselamatan makanan semakin mendapat tempat dalam kalangan sebilangan rakyat Malaysia. Susulan gangguan rantaian bekalan makanan sewaktu Covid-19, ada pihak yang berpendapat Malaysia perlu memperkukuhkan kemampuan untuk mengeluarkan sumber makanan tempatan.

Menurut Jawatankuasa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, keselamatan makanan bermaksud setiap orang pada setiap masa, mempunyai akses fizikal, sosial dan juga ekonomi untuk mendapatkan makanan berkhasiat bagi memenuhi pilihan diet yang diperlukan untuk meneruskan kehidupan dengan sihat dan aktif.

Kadar Sara Diri Makanan di Malaysia

Di Malaysia, hampir 30% beras diimport bagi memenuhi permintaan tempatan, ini bermaksud jika negara tidak dapat mengimport beras dari negara luar, hanya 70% populasi tempatan yang mampu mendapatkan beras.

Bagi daging lembu, kadar sara diri hanya 24% manakala daging kambing pula hanya 12.1%.

Ada pula pihak yang skeptikal dengan istilah keselamatan makanan. Menurut mereka, apa ertinya memakan daging tempatan jika harganya jauh lebih tinggi berbanding daging import lantas tidak mampu dibeli oleh orang ramai.

Apapun pandangan, isu keselamatan dan harga makanan perlu diberi perhatian kerana ia memberi impak yang besar terutamanya kepada golongan marhaen di negara ini. – EKONOMI RAKYAT

* Harga makanan juga berubah berdasarkan permintaan yang tinggi terutamanya di musim perayaan selain faktor-faktor lain di negara pengeksport

Anda Pasti Sukakan Ini

MENJELANG LAPORAN NON-FARM PAYROLL(NFP) MALAM INI

SEMINAR PERCUMA ANJURAN FBS DAN MAJALAH FOREX MALAYSIA BESERTA MAJLIS BUKA PUASA

BELI PISANG GORENG MENGGUNAKAN NOT RM1000?.

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE-60

SENDIKET PENIPUAN PELABURAN FOREX CGC ASIA TUMPAS

Share This Article
Facebook Email Copy Link Print
Glad you finished the article! How do you feel about it?
Love0
Happy0
Surprise0
Embarrass0
Sleepy0
Sad0
Angry0
Leave a Comment

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


More like this

Saham Itali Memanjangkan Keuntungan
July 18, 2025
Trump Kutip $50 Bilion Bila Satu Dunia “Ketar Telor” Nak Balas Balik Tarif Perdagangan
July 18, 2025
Kerajaan Gagal Batalkan Saman Berkaitan Isu Penamatan Kontrak KL Tower
July 18, 2025
Perjalanan Bebas Visa Malaysia-China Bermula 17 Julai!
July 16, 2025
PM Perancis Cadang Mansuhkan Cuti Umum Untuk Kurangkan Hutang Negara
July 16, 2025
- Advertisement -
Ad image

Artikel menarik untuk anda

MENARIK HARI INI!

Forex Regulatory Organizations

By shahrulsohaimi
8 Min Read
Berita TerkiniEditor's PicksFundamentalMajalah Online

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE-69

By MFM Team
0 Min Read
Editor's PicksMENARIK HARI INI!

LABUR FOREX DAN LEBUR RM 1 JUTA, KES DI MALAYSIA

By MFM Team
2 Min Read

Segalanya di Majalah Forex Malaysia

Berita Terkini

SC Tambah 59 Lagi Scammer dalam Senarai Peringatan – Hati-Hati Jangan Kena Game!

By Azawiya Azali
June 22, 2025
2 Min Read

AS Serang Iran: Permulaan Perang Dunia Ke-3?

By Mohd Fauzi
June 22, 2025
Berita Terkini

Rakyat Malaysia Bakal Nikmati Tarif Elektrik Lebih Adil Mulai 1 Julai 2025!

By Ahmad Danial
June 22, 2025
4 Min Read
Majalah Online

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 335 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

By MFM Team
0 Min Read
- Advertisement -
Ad image
News Ticker

Pasaran Eropah Akan Dibuka Lebih Tinggi pada Optimisme Perdagangan

Pasaran ekuiti Eropah bersedia untuk permulaan yang positif pada hari Jumaat, dirangsang dengan meredakan ketegangan perdagangan…

By MFM News Update
May 2, 2025
News Ticker

Rizab Forex Singapura Mencapai Ketinggian 3 Tahun

Rizab pertukaran asing di Singapura meningkat kepada SGD 518.08 bilion pada Mei 2025 daripada SGD 508.22…

By MFM News Update
June 9, 2025
Berita Terkini

Fintech & Digital Bank Malaysia 2025: Siapa yang Mendominasi?

Pengenalan: Era Revolusi Kewangan Digital di Malaysia Tahun 2025 menandakan lonjakan ketara dalam landskap kewangan Malaysia,…

By Azawiya Azali
June 8, 2025
News Ticker

Hasil 10 Tahun China Berkekalan Stabil

Hasil bon kerajaan 10 tahun China kekal stabil kepada sekitar 1.64% pada hari Isnin, apabila pelabur…

By MFM News Update
June 23, 2025
MFM.news

MFM.news adalah laman interaktif bagi komuniti forex di Malaysia, Brunei dan Indonesia. Di MFM anda boleh dapatkan informasi terkini berkaitan forex, isu semasa, dan pasaran kewangan secara amnya. Terdapat juga promosi hebat daripada forex broker di Malaysia dikongsi di laman ini.

Lain-Lain

  • Laman Utama
  • Peluang Dagangan
  • Berita Terkini
  • Belajar Forex

Korporat

  • Profil
  • Perkhidmatan
  • Majalah Online
  • Hubungi Kami

© 2025 MFM.news – All rights reserved.

Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?

Not a member? Sign Up