By using this site, you agree to the Privacy Policy and Terms of Use.
Accept
MFM.news
  • Majalah
    • Majalah Online
    • Terkini
    • Fundamental
    • Strategi
    • Aktiviti
    • Teknikal Analisis
  • Pilihan Editor
  • Mengenai Broker
    • Broker Forex Malaysia
    • Bonus Tanpa Deposit
    • Buka Akaun Forex
    • Copytrade Forex
  • Platform Dagangan
Reading: Kementerian,jabatan & agensi diarahkan jimat perbelanjaan kerajaan berkuat kuasa serta merta-MOF
Sign In
Breaking:
Hasil Bon Jerman 10 Tahun Tertinggi Sejak April
Saham Aussie Berundur daripada Penamat Rekod
Kadar Inflasi Oman Terendah Dalam 7 Bulan
Dolar Australia Meningkat Lebih Tinggi
Kadar Inflasi India Jatuh kepada 2019-Terendah
MFM.newsMFM.news
Font ResizerAa
Search
  • Majalah
    • Majalah Online
    • Terkini
    • Fundamental
    • Strategi
    • Aktiviti
    • Teknikal Analisis
  • Pilihan Editor
  • Mengenai Broker
    • Broker Forex Malaysia
    • Bonus Tanpa Deposit
    • Buka Akaun Forex
    • Copytrade Forex
  • Platform Dagangan
Have an existing account? Sign In
Follow US
© MajalahForexMalaysia - All rights reserved.
MFM.news > Blog > Berita Terkini > Kementerian,jabatan & agensi diarahkan jimat perbelanjaan kerajaan berkuat kuasa serta merta-MOF
Berita Terkini

Kementerian,jabatan & agensi diarahkan jimat perbelanjaan kerajaan berkuat kuasa serta merta-MOF

Last updated: July 16, 2022 1:42 am
By Fakhrul Razi
2 Min Read
Share
SHARE

Media-media tempatan di Malaysia hari ini melaporkan Kementerian, jabatan dan agensi kerajaan hendaklah sentiasa mengambil langkah untuk mengawal perbelanjaan ke luar negara bagi mengelak implikasi kewangan tambahan, demikian mengikut Kementerian Kewangan Malaysia (MOF).

MOF dalam Pekeliling Perbendaharaan Malaysia – Garis Panduan Penjimatan Perbelanjaan Awam berkata keperluan peruntukan tambahan bagi tujuan bertugas ke luar negara adalah tidak dipertimbangkan.

Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Seri Asri Hamidon berkata perbelanjaan bertugas ke luar negara hanya dibenarkan bagi urusan seperti mesyuarat/rundingan berjadual/berkala atau persidangan yang telah diluluskan dalam belanjawan tahunan dan yang benar-benar penting serta memberi impak yang signifikan kepada kepentingan negara.

“Selain itu, ia turut dibenarkan bagi mesyuarat dan persidangan yang telah diluluskan oleh Jemaah Menteri dan pegawai pengawal digalakkan untuk melibatkan atau mewakilkan kehadiran ke mesyuarat atau persidangan tertentu kepada duta/Ketua Perwakilan Malaysia di negara berkenaan atau negara yang berhampiran, tanpa penyertaan pegawai dari Malaysia ataupun penyertaan secara dalam talian,” katanya.

Beliau berkata, kekerapan perjalanan maksimum atas tugas rasmi ke luar negara yang dibenarkan dalam tempoh setahun adalah tiga kali bagi Ketua Setiausaha/ Timbalan Ketua Setiausaha/ Ketua Jabatan/ Ketua Agensi, manakala dua kali setahun bagi lain-lain pegawai.

Sementara itu, Asri berkata pembelian dan perolehan barangan serta bahan import bagi perolehan baharu tidak dibenarkan kecuali barangan tersebut tidak terdapat dari sumber tempatan dan keperluan memperolehinya melalui import benar-benar mendesak dan sangat penting.

“Bagaimanapun, kementerian/ jabatan/ agensi perlu mendapatkan kelulusan MOF terlebih dahulu,” katanya.

Menurutnya, semua badan berkanun dan syarikat subsidiari hendaklah memberi keutamaan kepada pelaburan domestik.

“Sebarang pelaburan yang membabitkan pengaliran wang ke luar negara, tidak termasuk yang telah mempunyai komitmen, kontrak serta jadual pembayaran, hendaklah mendapat kelulusan MOF,” katanya. – BERNAMA

Anda Pasti Sukakan Ini

BATTLE OF THE TRADERS 2019!

ANALISA TEKNIKAL – PAIR GBP/USD TERUS MENGUKUH DAN MENGHAMPIRI PARAS TERTINGGI TAHUN 2020

PERKEMBANGAN SEMASA KRISIS BREXIT

Italy’s economy to shrink for 3 straight quarters, Treasury says

GENETIK TRADER, PENUHI POTENSI ANDA DAN JADI YANG TERHEBAT!

TAGGED:Kementerian KewanganKetua Setiausaha PerbendaharaanMOF
Share This Article
Facebook Email Copy Link Print
Glad you finished the article! How do you feel about it?
Love0
Happy0
Surprise0
Embarrass0
Sleepy0
Sad0
Angry0
Leave a Comment

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


More like this

Perjalanan Bebas Visa Malaysia-China Bermula 17 Julai!
July 16, 2025
PM Perancis Cadang Mansuhkan Cuti Umum Untuk Kurangkan Hutang Negara
July 16, 2025
Pelabur Asing Jual Semula RM516.6 Juta Saham Tempatan, Trader Saham Beralih ke Forex Semasa Ketidaktentuan Pasaran
July 16, 2025
Hasil Bon Jerman 10 Tahun Tertinggi Sejak April
July 16, 2025
Saham Aussie Berundur daripada Penamat Rekod
July 16, 2025
- Advertisement -
Ad image

Artikel menarik untuk anda

Berita TerkiniEditor's PicksFundamentalMajalah Online

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE-69

By MFM Team
0 Min Read
Berita TerkiniEditor's PicksMENARIK HARI INI!

TOP GLOVE CORP BHD. AMALKAN BURUH PAKSA ?

By NAJMULDIN BIN HAMZAH
2 Min Read
Berita TerkiniTeknikal

EUR/USD mengurangkan kerugian kepada 1.0730 berikutan keyakinan untuk perjanjian hutang AS di tengah-tengah pasaran yang sunyi

By Mohd Fauzi
4 Min Read

Segalanya di Majalah Forex Malaysia

Berita Terkini

Rakyat Malaysia Bakal Nikmati Tarif Elektrik Lebih Adil Mulai 1 Julai 2025!

By Ahmad Danial
June 22, 2025
4 Min Read

Kisah Lagenda Scammer Malaysia,Pak Man Telo

By Azawiya Azali
June 18, 2025
Berita Terkini

Rakyat Malaysia Bakal Nikmati Tarif Elektrik Lebih Adil Mulai 1 Julai 2025!

By Ahmad Danial
June 22, 2025
4 Min Read
Majalah Online

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 335 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

By MFM Team
0 Min Read
- Advertisement -
Ad image
News Ticker

Harga Pengguna Cyprus Turun Paling Banyak Sejak 2021

Harga pengguna di Cyprus menurun sebanyak 0.4% tahun ke tahun pada Jun 2025, berikutan penurunan 0.2%…

By MFM News Update
July 3, 2025
News Ticker

Rizab Forex Taiwan Mencapai Rekod Baru pada bulan Jun

Rizab pertukaran asing Taiwan meningkat kepada rekod USD 598.43 bilion pada Jun daripada USD 592.95 bilion…

By MFM News Update
July 4, 2025
Berita Terkini

Kenapa Orang Trade Forex Buat Duit Tapi Anda Tidak?

Pernah tak anda tertanya-tanya, kenapa ramai orang boleh buat duit dengan trading forex, tapi anda masih…

By Ahmad Danial
June 18, 2025
Berita TerkiniStrategi

Mata Wang Paling Power di Dunia 2025 – No, Bukan USD Bro!

Kalau kau ingat USD (US Dollar) tu paling kuat sebab selalu nampak dalam chart, haaa… kau…

By Dhia Fazura
July 2, 2025
MFM.news

MFM.news adalah laman interaktif bagi komuniti forex di Malaysia, Brunei dan Indonesia. Di MFM anda boleh dapatkan informasi terkini berkaitan forex, isu semasa, dan pasaran kewangan secara amnya. Terdapat juga promosi hebat daripada forex broker di Malaysia dikongsi di laman ini.

Lain-Lain

  • Laman Utama
  • Peluang Dagangan
  • Berita Terkini
  • Belajar Forex

Korporat

  • Profil
  • Perkhidmatan
  • Majalah Online
  • Hubungi Kami

© 2025 MFM.news – All rights reserved.

Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?

Not a member? Sign Up