By using this site, you agree to the Privacy Policy and Terms of Use.
Accept
MFM.news
  • Majalah
    • Majalah Online
    • Terkini
    • Fundamental
    • Strategi
    • Aktiviti
    • Teknikal Analisis
  • Pilihan Editor
  • Mengenai Broker
    • Broker Forex Malaysia
    • Bonus Tanpa Deposit
    • Buka Akaun Forex
    • Copytrade Forex
  • Platform Dagangan
Reading: Kekayaan 50 bilionair Malaysia merosot -FORBES
Sign In
Breaking:
Hasil Bon Jerman 10 Tahun Tertinggi Sejak April
Saham Aussie Berundur daripada Penamat Rekod
Kadar Inflasi Oman Terendah Dalam 7 Bulan
Dolar Australia Meningkat Lebih Tinggi
Kadar Inflasi India Jatuh kepada 2019-Terendah
MFM.newsMFM.news
Font ResizerAa
Search
  • Majalah
    • Majalah Online
    • Terkini
    • Fundamental
    • Strategi
    • Aktiviti
    • Teknikal Analisis
  • Pilihan Editor
  • Mengenai Broker
    • Broker Forex Malaysia
    • Bonus Tanpa Deposit
    • Buka Akaun Forex
    • Copytrade Forex
  • Platform Dagangan
Have an existing account? Sign In
Follow US
© MajalahForexMalaysia - All rights reserved.
MFM.news > Blog > Berita Terkini > Kekayaan 50 bilionair Malaysia merosot -FORBES
Berita TerkiniMENARIK HARI INI!

Kekayaan 50 bilionair Malaysia merosot -FORBES

Last updated: July 23, 2022 9:22 pm
By Fakhrul Razi
5 Min Read
Share
SHARE

Kekayaan terkumpul 50 individu terkaya Malaysia dalam senarai Forbes 2022 turun 10% berbanding setahun lepas kepada USD80.5 bilion manakala pengasas kumpulan Kuok, Robert Kuok masih menduduki tempat pertama.

“Secara keseluruhan, 30 orang terkaya dalam senarai itu menyaksikan kekayaan mereka merosot,” kata Forbes Asia ketika mengumumkan senarai tersebut hari ini.

Senarai lengkap boleh didapati di www.forbes.com/malaysia dan juga dalam edisi Jun Forbes Asia.

“Didorong sebahagiannya oleh pemulihan dalam permintaan domestik, ekonomi Malaysia berkembang 5.0% pada suku pertama 2022, mengatasi kesan pandemik serta kesan banjir kilat yang berlaku Disember lepas.

“Walaupun pasaran saham merosot sedikit dalam tempoh 12 bulan lalu, turun naik mata wang menyaksikan ringgit merosot 6.0%,” katanya.

Forbes Asia berkata, Kuok kekal berada di tempat pertama walaupun kekayaannya merosot kepada USD11 bilion daripada USD12.2 bilion tahun lepas.

Bagaimanapun, Pengerusi Syarikat Hong Leong (Malaysia) Quek Leng Chan meraih keuntungan tinggi dalam dolar dan menduduki tempat kedua individu terkaya Malaysia dengan kekayaan terkumpul sebanyak USD10.1 bilion.

Beliau menambah USD500 juta kepada nilai kekayaan bersihnya sebanyak USD9.6 bilion tahun lepas.

Koon Poh Keong dan adik beradiknya yang mengawal syarikat aluminium Press Metal Bhd kekal di tempat ketiga dengan USD6.2 bilion (RM27.2 bilion), tidak berubah daripada setahun lalu.

Melengkapkan senarai lima individu paling kaya adalah pengasas dan Pengerusi Public Bank Teh Hong Piow dengan nilai kekayaan USD5.7 bilion (RM25 bilion) dan Ananda Krishnan yang mempunyai kepentingan dalam syarikat telekomunikasi, Maxis Bhd serta penyedia perkhidmatan lapangan minyak, Bumi Armada Bhd dengan USD5 bilion (RM22 bilion).

“Pembuat sarung tangan getah Malaysia yang merupakan antara industri yang meraih keuntungan tinggi tahun lepas kini menghadapi cabaran. Permintaan untuk peralatan perlindungan diri merosot apabila kes Covid-19 berkurangan seterusnya menjejaskan saham syarikat,” katanya.

Jumlah kekayaan Kuan Kam Hon daripada Hartalega Holdings (11, USD1.9 bilion) dan Tan Sri Lim Wee Chai daripada Top Glove (14, USD1.4 bilion) pula merosot paling banyak dalam dolar.

Pasangan suami isteri Stanley Thai dan Cheryl Tan daripada Supermax (45) menyaksikan peratusan terbesar kejatuhan kekayaan mereka, berkurangan lebih dua pertiga kepada USD340 juta.

Kekayaan kolektif kumpulan lima orang lagi, termasuk Lim Kuang Sia daripada Kossan Rubber Industries (24, USD740 juta) dan Wong Teek Son daripada Riverstone Holdings (30, USD565 juta), turun lebih daripada USD5.7 bilion.

“Larangan sementara Indonesia ke atas eksport minyak masak dalam persekitaran penurunan pengeluaran minyak sawit Malaysia memberikan keuntungan kepada hartawan dalam sektor tersebut,” kata Forbes Asia.

Kekayaan yang dikongsi oleh adik-beradik yang mendapat pendidikan di Amerika Syarikat, Lee Oi Hian dan Lee Hau Hian (12, USD1.6 bilion) mendapat kelebihan lebih satu pertiga apabila saham syarikat mereka Batu Kawan dan anak syarikat perladangannya melonjak dengan peningkatan keuntungan.

Ling Chiong Ho (36, USD425 juta), salah seorang daripada dua orang yang kembali disenaraikan tahun ini selepas empat tahun apabila saham Sarawak Oil Palm, syarikat utama kumpulan Shin Yangnya, meraih keuntungan.

Sementara itu, penyenaraian Mac bagi pengeluar tenusu Farm Fresh mendorong Loi Tuan Ee (43) yang berkongsi kekayaan bersama dua adik-beradiknya, mempunyai kekayaan terkumpul sebanyak USD380 juta, syarikat tersebut disenaraikan buat kali pertama.

Farm Fresh yang diasaskan oleh Loi dan abangnya Loi Tuan Kin pada 2007 dan seterusnya mendapat sokongan dana kekayaan negara Khazanah Nasional, memiliki lima ladang tenusu di Malaysia dan satu di Australia.

Nilai bersih minimum untuk disenaraikan ialah USD255 juta, turun daripada USD315 juta pada 2021.

10 individu terkaya Malaysia adalah:

1) Robert Kuok; USD11 billion

2) Quek Leng Chan; USD10.1 billion

3) Koon Poh Keong dan adik-beradik; USD6.2 billion

4) Teh Hong Piow; USD5.7 billion

5) Ananda Krishnan; USD5 billion

6) Lee Yeow Chor dan Yeow Seng; USD4.8 billion

7) Chen Lip Keong; USD2.7 billion

8) Tan Yu Yeh dan Yu Wei; USD2.4 billion

9) Lim Kok Thay; USD2.35 billion

10) Lau Cho Kun; USD2 billion

Forbes Asia berkata, senarai itu dikumpul menggunakan maklumat pegangan saham dan kewangan yang diperoleh daripada keluarga dan individu, bursa saham, laporan tahunan dan penganalisis.

Kedudukan itu menyenaraikan kekayaan individu dan keluarga termasuk yang dikongsi bersama saudara-mara. Syarikat swasta dinilai berdasarkan syarikat sama yang didagangkan secara terbuka.

Nilai bersih adalah berdasarkan harga saham dan kadar pertukaran ketika pasaran ditutup pada 20 Mei, 2022.

Warga asing yang mempunyai hubungan perniagaan, kediaman atau hubungan perniagaan lain dengan negara atau warganegara yang tidak menetap di negara itu tetapi mempunyai perniagaan penting atau hubungan perniagaan lain dengan negara turut layak untuk disenaraikan, katanya.- FMT

Anda Pasti Sukakan Ini

Analisa Teknikal GbpJpy 14 Sep 2021

BREXIT: BORRIS JOHNSON BERI AMARAN BERSIAP SEDIA DENGAN “NO DEAL”, KESATUAN EROPAH IKRAR AKAN NAIKKAN INTENSITI RUNDINGAN

PM Anwar gesa rakyat utamakan guna barangan buatan Malaysia

US Dollar weakens as risk mood improves on debt ceiling suspension

Kenapa Orang Trade Forex Buat Duit Tapi Anda Tidak?

TAGGED:50 orang terkaya di Malaysia50 richiest man in MalaysiaOrang terkaya di Malaysia
Share This Article
Facebook Email Copy Link Print
Glad you finished the article! How do you feel about it?
Love0
Happy0
Surprise0
Embarrass0
Sleepy0
Sad0
Angry0
Leave a Comment

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


More like this

Perjalanan Bebas Visa Malaysia-China Bermula 17 Julai!
July 16, 2025
PM Perancis Cadang Mansuhkan Cuti Umum Untuk Kurangkan Hutang Negara
July 16, 2025
Pelabur Asing Jual Semula RM516.6 Juta Saham Tempatan, Trader Saham Beralih ke Forex Semasa Ketidaktentuan Pasaran
July 16, 2025
Hasil Bon Jerman 10 Tahun Tertinggi Sejak April
July 16, 2025
Saham Aussie Berundur daripada Penamat Rekod
July 16, 2025
- Advertisement -
Ad image

Artikel menarik untuk anda

Berita TerkiniEditor's PicksMENARIK HARI INI!

MALAYSIA MENGUMUMKAN PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI BERNILAI $4.9 BILLION

By MFM Team
2 Min Read
Berita TerkiniMENARIK HARI INI!StrategiTeknikal

ANALISA TEKNIKAL EURJPY 11 NOV 2021

By Zulhilmi Mohd Diah
1 Min Read
Berita Terkini

India mungkin larang eksport beras berikutan krisis makanan global

By MFM Team
6 Min Read

Segalanya di Majalah Forex Malaysia

Berita Terkini

Lima Individu, Termasuk Dua Beradik Bergelar Datuk, Mengaku Tidak Bersalah atas Pertuduhan Skim Ponzi XFOX

By Azawiya Azali
July 3, 2025
3 Min Read

Kisah Lagenda Scammer Malaysia,Pak Man Telo

By Azawiya Azali
June 18, 2025
Berita Terkini

Rakyat Malaysia Bakal Nikmati Tarif Elektrik Lebih Adil Mulai 1 Julai 2025!

By Ahmad Danial
June 22, 2025
4 Min Read
Majalah Online

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 335 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

By MFM Team
0 Min Read
- Advertisement -
Ad image
News Ticker

Hasil Bon 10 Tahun Perancis Kekal pada 3.2%

Hasil bon kerajaan 10 tahun Perancis berlegar sekitar 3.2% apabila pelabur kekal fokus pada ketegangan geopolitik…

By MFM News Update
June 23, 2025
News Ticker

Hasil 10 Tahun Jepun Merosot disebabkan Data Ekonomi yang Lemah

Hasil bon kerajaan Jepun 10 tahun susut kepada sekitar 1.3% pada hari Rabu, menandakan paras terendah…

By MFM News Update
April 30, 2025
News Ticker

Tarif Trump Akan Berkuatkuasa pada 1 Ogos

Presiden AS Donald Trump mengesahkan bahawa tarif ditetapkan untuk berkuat kuasa pada 1 Ogos, bukan 9…

By MFM News Update
July 7, 2025
News Ticker

Rizab Asing Jepun Mencapai Tinggi Hampir 3 Tahun

Rizab asing Jepun meningkat sebanyak $25.74 bilion kepada $1.3 trilion pada April 2025, mencecah paras tertinggi…

By MFM News Update
May 9, 2025
MFM.news

MFM.news adalah laman interaktif bagi komuniti forex di Malaysia, Brunei dan Indonesia. Di MFM anda boleh dapatkan informasi terkini berkaitan forex, isu semasa, dan pasaran kewangan secara amnya. Terdapat juga promosi hebat daripada forex broker di Malaysia dikongsi di laman ini.

Lain-Lain

  • Laman Utama
  • Peluang Dagangan
  • Berita Terkini
  • Belajar Forex

Korporat

  • Profil
  • Perkhidmatan
  • Majalah Online
  • Hubungi Kami

© 2025 MFM.news – All rights reserved.

Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?

Not a member? Sign Up