Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 2.75% hingga sekurang-kurangnya tahun 2027. Ini susulan inflasi yang masih dikawal dan pertumbuhan ekonomi dalam negeri yang menunjukkan ketahanan walau terdapat ketidakpastian dari luar seperti tarif dan perdagangan antarabangsa.
Selepas pemotongan OPR pertama dalam lima tahun pada Julai 2025 untuk merangsang ekonomi, para penganalisis berpendapat bahawa BNM akan berhati-hati sebelum membuat sebarang langkah selanjutnya. Pemotongan kadar telah dibuat sebagai langkah “pre-emptive” (sedia hadapi masalah) kerana pertumbuhan ekonomi diramal melemah akibat isu perdagangan global serta ramalan yang memberangsangkan bagi eksport.

Ringgit Malaysia menunjukkan potensi pemulihan berterusan terhadap dolar AS, di mana para penganalisis menjangkakan rally kecil boleh berlaku jika kadar faedah luaran tidak meningkat dengan drastik dan jika aliran masuk modal asing bertambah. Salah satu faktor yang membantu ialah rizab pertukaran asing Malaysia yang berada pada paras tertinggi hampir tiga tahun — ini memberi ruang sokongan kepada ringgit agar tidak terlalu mudah tertekan.
Walau bagaimanapun, ringgit masih terdedah kepada risiko yang datang dari luar negara seperti tarif AS, ketidakstabilan pasaran global, dan perubahan dasar monetari di negara yang berpengaruh seperti AS dan China. BNM telah menyatakan bahawa mereka akan memantau perkembangan ini dan bersedia untuk campur tangan jika kejatuhan nilai ringgit dianggap “excessive” (terlalu besar).

Dapatkan maklumat terkini mengenai promosi deposit, bonus dagangan, self rebate, dan pelbagai tawaran menarik dari kami. Sertai channel rasmi WhatsApp dan Telegram kami untuk tidak terlepas sebarang peluang menarik